Monday, August 5, 2013

X posa makan di kedai cina...

IPOH: Seramai 10 lelaki beragama Islam berusia antara 55 hingga 70 tahun ditahan kerana makan di sebuah kedai makanan Cina di Pasir Putih, di sini. 

Kesemua mereka ditahan dalam serbuan Bahagian Penguatkuasa Jabatan Agama Islam Perak (JAIPk) ke kedai makan berkenaan yang menjadi tumpuan kaki ponteng puasa jam 11.10 pagi tadi. 


Ketua Pegawai Penguatkuasa JAIPk, Ahmad Nizam Amiruddin, berkata kesemua lelaki berkenaan diambil keterangan dan disaman mengikut Seksyen 24 Enakmen Jenayah Syariah Negeri Perak. 


Katanya, tangkapan terbaru itu menjadikan bilangan umat Islam yang ditangkap atas kesalahan itu di Perak sepanjang Ramadan kepada 30 orang, meningkat berbanding hanya 18 ditahan tahun lalu.


Kalu tgk pada umor nya "kubor kata mari rumah kata pi" dah. Kalu pun x posa makan je lah kat rumah, baru la gentelman. Mana p yg muda2. Xkan semua posa kot? Yang muda2 ni advance skit, ada yg suruh bangla p beli pun ada, p nasi kandar pakai helmet la. Suruh org pompuan beli la. Ye la nak buat tu pikir le jugak jgn nak tunjuk berani sgt. 

Tp heran, sesama manusia ad rasa takut dan malu. Kat Allah xdak ka rs takut ngan malu tu. Syirik dah ni. Takut kan manusia lebih drp takutkan ALlah...

Bilangan pula bertambah sekali ganda tu. Kalu la pendidikan agama bertambah, tentula bil tu berkurang...

Wallahualam....

No comments:

Post a Comment

Gambar Belangkas