Showing posts with label Kg Jamuan. Show all posts
Showing posts with label Kg Jamuan. Show all posts

Saturday, February 22, 2014

Jambatan Sultan Iskandar / Victoria Bridge

Ini rasanya entri terakhir awok berkaitan dengan lawatan/rombongan awok ke Parlimen Padang Rengas.....

Ok... kome jangan tersilap ye...
Jambatan Sultan Iskandar dengan Victoria Bridge ni dua tempat yang berbeza...
Jambatan Sultan Iskandar berada di Kg Jamuan, Kuala Kangsar....
sementaghe Victoria Bridge pulak berada di Karai, Kuala Kangsar...

Keistimewaan kedua-dua jambatan ni ...
sebabnye deme dibina oleh pihak british zaman tok nun dulu....
bezanya pulak.....
Jambatan Sultan Iskandar yang dibina merentasi Sungai Perak merupakan jambatan yang menghubungkan Kuala Kangsar dengan Karai/Enggor.....
dan digunakan sampai sekaghang kalo kome menggunakan jalan lama balik ke Ipoh atopon Sg Siput...

Victoria Bridge pulak merupakan Jambatan yang digunakan untuk keretapi merentasi Sg Perak...
Victoria Bridge ni sekaghang udah tak digunakan lagi...
tapi bersebelahan dengan Victoria Bridge ni ada dibina laluan baghu keretapi ke utara...
pada awok....Victoria Bridge cukop sesuai pada kaki kamera....
buat gambo outdoor cantik...

macam yang awok pernah cakap sebelum ni....
apa sahaja tempat yang ada nilai sejarah....
pasti ada nilai pada pelancongan setempat....
kome jangan tak tau.....
memang ada 'mereka-mereka' yang suka dan akan pergi ke tempat2 bersejarah macam ni....


Yang ini ramai tak tau...
dibawah Jambatan Sultan Iskandar....
ada kubu pertahanan tentera Jepun.....
dan masih gah sehingga kini...
walopon penuh berconteng...

Kome tengok besi yang digunakan...
masih kukuh dan teguh sampei sekaghang....

Sila abaikan contengan yang ada didinding kubu lama ni....
Jalan lama ke Sungai Siput dan Ipoh...
selalu sesak bila tiba musim perayaan....
maklumle sume oghang nak elak daghi guna highway yang sesak....
deme tak sedo.... laghi dari highway....
kesudahannya tetap jugak sesak...



Besi padu yang digunakan...
Insyallah tahan....



Sungai Perak mengalir dibawah Victoria Bridge...
menjadi saksi kewujudan Victoria Bridge sampei le sekaghang.....
Cantik dan yang gemokan outing shooting oudoor...
tak perlu riso keretapi takkan lalu...
sebabnya udah ada laluan baghu disebelah Victoria Bridge ni....




Monday, February 17, 2014

Rumah Kutai

Dalam banyak2 tempat yang awok pergi...
ini le tempat yang awok paling sedih sekali...
Rumah Kutai atopon yang sebenonye bermaksud rumah lama....
tak berjaga.......
dan kesudahannya...
tunggu nak rebah ke bumi je...
lokasi rumah Kutai ni di Kg  Jamuan, Kuala Kangsar......

ikut pada makluman informer awok...
sebelum ni memang cantik rumah ni Kutai ni dijaga Jabatan Warisan...
tapi sebab takda inisiatif nak jaga....
Rumah Kutai ni pun tak diselenggara dengan baik....

kalo nak bina balik rumah Kutai ni...
mau juta2 jugak belanja nye....
daghi kos yang tak sebeghape...
udah jadi berjuta...

betoi le kat Malaysia ni...
kita mudah nak membina benda berjuta...
tapi payah nak maintain kan benda tu...







Dinding rumah kutai yang dibuat menggunakan buluh yang dianyam....

Atas bumbung rumah kutai ni.......


Keadaan dalaman Rumah Kutai......
sayang betoii

Kome tengok seni binaan dia.....
palang nya pun guna batang kayu je...... 

Gambar Belangkas