Showing posts with label panduan lulus temuduga pegawai pembangunan masyarakat ambilan jun 2013. Show all posts
Showing posts with label panduan lulus temuduga pegawai pembangunan masyarakat ambilan jun 2013. Show all posts

Monday, June 3, 2013

Panduan Lulus Pegawai Pembangunan Masyarakat Jun 2013 Penting Hadir Temuduga | Panduan Tulis Resume

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera.

Menghadiri temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat Jun 2013 adalah antara detik penting dalam hidup kebanyakan dari kita. Banyak perkara bakal berubah sebelum dan selepas kita menghadiri temuduga. Persiapan yang rapi banyak mempengaruhi kejayaan mahupun kegagalan kita dalam temuduga. Namun, ada sesuatu yang ramai antara kita terlupa dan mungkin tidak sedar. Apakah ia?


Tips lulus temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 Jun 2013

Dapatkan Tips & Panduan Mudah Lulus Temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 

Kita kadang-kadang banyak kali tewas sebelum kita bertarung. Kita sendiri
tewas dengan diri sendiri. Cuba kita perhatikan ayat-ayat di bawah. Ada tak kita pernah menyebutnya?

  1. "Alaaa...kau pandai,boleh la lulus temuduga..aku ni bodoh..
  2. "Ish,tak mungkin la aku boleh lulus temuduga tu.Aku ni SPM pun tak lepas.." 
  3. "Aku dapat kerja tu sebab nasib je pun,bukan sebab aku hebat.."
Perasan tak? Perasan tak kita terlalu merendah diri. Memang ada masanya kita perlu merendah diri, tapi dalam soal menghadiri temuduga, merendah diri yang keterlaluan bakal menampakkan kita kurang keyakinan diri.

Bagaimana mungkin majikan berminat pada bakal pekerja yang kurang keyakinan diri? Cuba sama-sama kita fahami dan mengerti.

Untuk berjaya dalam sesi temuduga contohnya untuk jawatan Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 ambilan 2013, kita seharusnya tidak terlalu merendah diri dan sepatutnya kita tunjukkan apa yang kita boleh lakukan dengan kelebihan yang kita ada. Pasti majikan nampak kelebihan dalam diri kita.

Andai kita sendiri tidak yakin pada kemampuan diri, bagaimana kita nak mengharap majikan untuk terima kita sebagai pekerja mereka?

Maka, tips lulus temuduga hari ini ialah untuk tidak memandang rendah keupayaan diri sendiri dan cuba mencari kelebihan dalam diri dan bagaimana untuk menukar kelemahan diri menjadi kelebihan. InshaAllah, akan saya cuba ceritakan di dalam tips lulus temuduga berikutnya.

Tak cukup masa untuk mencari tips dan panduan yang benar-benar mampu membantu anda semasa menghadiri temuduga Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 2013? Dapatkan panduan dan tips Pegawai Pembangunan Masyarakat S41 di bawah (jualan terhad bermula 5 Jun)

BELI PANDUAN LULUS TEMUDUGA PEGAWAI PEMBANGUNAN MASYARAKAT S41

Baca juga entri ini;
Selamat bersedia untuk menghadiri temuduga dan semoga berjaya!

Monday, May 27, 2013

7 Panduan Mudah Mencari Kerja | Panduan Lulus Temuduga Pembangunan Masyarakat S41

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera.
Berikut adalah perkongsian tentang panduan mencari kerja selepas kita berhempas pulas menuntut ilmu bertahun-tahun. Peluang kerja kerajaan mahupun swasta tidak akan datang kepada kita jika kita tak berusaha. Oleh itu, saya kongsikan 7 Petua Mudah Mencari Kerja Kerajaan mahupun swasta.


1. Usaha sendiri - Kumpulkan paling kurang 10 syarikat berkaitan jurusan anda. Kemudian siapkan resume lengkap berserta surat permohonan. Boleh dapatkan dalam buku Yellow Pages mahupun carian di internet.

2. Jangan memilih kerja - Maksudnya jangan terlalu memilih kerja. Dalam zaman yang memerlukan banyak pengalaman berbanding teori semata, perlu untuk fresh graduate untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin. Percayalah, pengalaman anda bakal memberi impak besar dalam resume anda dalam 2-3 tahun selepas itu.

3. Buat kajian - Ada baiknya anda mengkaji serba sedikit tentang syarikat yang anda pohon. Pilihlah organisasi yang lebih stabil untuk mendapatkan pengalaman kerja yang lebih baik. Jika sukakan cabaran lebih besar, apa salahnya mencuba di syarikat kecil, pasti nikmat bekerja akan lebih terasa. Bekerja di sektor swasta juga kadangkala lebih memberi anda pengalaman yang lebih baik. Tepuk dada, tanya selera.

4. 'First Impression' - Oleh kerana wakil anda ialah surat dan resume, pastikan semuanya lengkap dan terbaik. Jangkaan awal majikan pastinya tertumpu kepada resume anda, panggilan yang lakukan dan saat temuduga. Pastikan semuanya sudah lengkap dan tersedia.

5. Sanggup bekerja dari bawah - Jika mendapat tawaran peringkat bawahan, terima saja kerana ia peluang terbaik untuk anda memahami denyut nadi sesebuah organisasi. Jadikan ianya sumber motivasi terbaik untuk menimba pengalaman samada kerja kerajaan atau swasta.

6. Capai keputusan baik - Keputusan yang baik dalam peperiksaan masih lagi menjadi tanda aras penting untuk mendapat pekerjaan. Lebih baik bila anda juga aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Pasti lebih menarik majikan untuk memilih anda berbanding pelajar pasif.

7. Jangan bergantung pada sesuatu yang tak pasti - Istilah "kabel besar" dan "bumiputera" selalunya membuatkan kita terlebih rileks dalam mencari peluang kerja kerajaan mahupun swasta. Lupakan terma-terma 'khas' tersebut, dan berusahalah sebaik mungkin.

Runsing tiada panduan untuk menulis resume dengan lengkap baik dan menarik perhatian majikan? Saya sarankan anda untuk mendapatkan panduan menulis resume ini. Pasti puas hati dengan contoh menulis resume, dan pelbagai lagi tips menarik untuk pencari kerja seperti anda. Dapatkan di bawah;

Gambar Belangkas