Season 2013 bakal berakhir dan muncul pula tahun baru 2014.Adakah PAGparanormal masih lagi mempunyai misi & visi yang sama untuk meneruskan perjuangannya sebagai pengkaji paranormal??Season lepas iaitu bagi tahun 2013 menyaksikan momentum kajian PAGparanormal agak perlahan dengan hanya 4 video kajian sahaja di upload ke channel youtube mereka.Tidak seperti tahun-tahun yang lepas.Boleh dilihat juga kerjasama PAGparanormal Film & Documentary bersama 3AJ Studios & Entertainment membolehkan video-video PAGparanormal di rakam dan di edit dengan baik untuk keselesaan tontonan umum.Dengar khabar bagi season 2014 ini founder PAG iaitu En. Azree aka Az PAG ingin melakukan sedikit perubahan dari segi tema,penggambaran dan cara kajian yang dilakukan.
Warna tema terbaru PAGparanormal yang bakal kita lihat pada season akan datang.
Mengapa warna ini dipilih untuk season akan datang?Az PAG berkata terlalu ramai yang menggunakan tema yang sama (merah) dan itu boleh membuatkan orang terkeliru dan menyatakan bahawa PAG sentiasa melakukan perubahan (up to date) demi memenuhi kepuasan para peminat Paranormal Malaysia.Az PAG juga sempat berseloroh menceritakan yang ada juga pihak yang suka `mengadaptasikan` style PAG seolah olah PAG ini mcm `artis terkenal` sambil tertawa..Sedangkan apa yang kami lakukan ini adalah sekadar minat (hobi) dan diterjemahkan kepada masyarakat melalui video-video di youtube,laman sosial facebook dan blog.Kepada fan PAGparanormal..nantikan baju edisi khas (limited edition) season 2014.Jutaan terima kasih kepada semua krew (AJ, Dr. Scan, Ron Asraff, Mirol, Yuyie dan Yusz) yang sentiasa bertungkus lumus menaikkan nama PAG - Az PAG (Founder PAGparanormal aka Pengembaraan Alam Ghaib).
PAGparanormal 2009 - 2013