Showing posts with label uke. Show all posts
Showing posts with label uke. Show all posts

Sunday, February 1, 2015

Ustaz Kazim Elias Teruk Dihentam Dalam Facebook dan Laman Sosial Kerana Gelaran Datuk?



ustaz kazim

Shah Alam – “Saya rasa saya tidak mampu untuk menangkis ‘penghentam’ saya di Facebook, jadi saya dibantu oleh ‘pengikut’, dan ‘kelab peminat’ saya untuk menangkis ‘serangan’ mereka,” demikian reaksi Datuk Kazim Elias ketika ditanya mengenai cara beliau menangani ‘penghentamnya’ di Facebook.

Berbicara lanjut Kazim berkata, apa yang beliau tulis diruangan Facebooknya adalah sama di alam nyata, dan sama sekali beliau tidak bersikap berpura-pura dan hipokrit.

“Kalau ada orang hentam saya, dalam FB saya tetap akan siarkan…teruskan tidak ‘delete’ dan’ block’.

“Untuk dia terus menulis boleh orang nilaikan, sebenarnya apa yang kita tulis dan komen sebenarnya itulah hati budi kita. Dan orang akan menilai hati budi kita dengan tulisan, sebab itu saya biarkan sahaja mereka apa yang mereka hendak kata dan tulis.

“Cuma ada batas dan had, itu yang kita pantau. Kalau sentuh Perlembagaan, keselematan dan sentuh raja-raja itu kita ‘block’,” katanya ketika ditemui Sinar Online di Karnival Karangkraf 2015, semalam.

Dalam nada bersahaja katanya, “kalau mereka hendak hentam saya hentamlah”.

Mengulas lanjut, Kazim berkata beliau akan terus menulis selagimana diperlukan oleh masyarakat.

“Insya-ALLAH kalau masyarakat rasa UKE perlu dalam masyarakat saya akan teruslah menulis,” katanya.  Sinar Online

Gambar Belangkas