Showing posts with label cara bakar lemak dengan betul. Show all posts
Showing posts with label cara bakar lemak dengan betul. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Kurus dan perut yang kempis idaman semua? Kurus cepat dalam seminggu?

Assalamua'laikum dan selamat sejahtera. 
Sape yang tak nak perut kempis,kan? Kurus tu maksudnya, takdelah kurus sangat sampai nampak tulang-belulang rusuk. Tu dah jadi aneroksia pulak nanti. Kurus maknanya berat badan yang ideal. Lagi best, kalau perut kita ada 6 packs macam roti petak-petak tu. Untuk lelakilah. Kalau perempuan yang ada petak-petak ni, gerun pulak suaminya nanti...hehe =)

Kurus dan perut yang kempis dalam masa seminggu?

Baca panduan ini kalau anda betul-betul nak turunkan berat badan dalam seminggu!

Apakah mustahil? Memang boleh tapi hanya jika anda terkena cirit birit berpanjangan. Dah sakit perut cirit birit, mana nak makan, kan? Mesti kurus punyalah. Tapi itu bukan jalan selesai yang betul. Ada yang sanggup makan macam-macam ubat yang takde kelulusan Biro Kawalan Farmaseutikal Kebangsaan (BPFK). Kalau dah tersalah makan ubat pelik-pelik, mula-mula memang nampak berkesan. Mungkin boleh kurus mendadak dalam masa seminggu dua, tapi awas....mungkin buah pinggang kita pulak yang jadi mangsanya nanti. Bukan takde kes macam ni, memang ada diluar sana!

Jadi, jika nak kurus dan kempiskan perut dengan cepat ianya memang boleh tapi biarlah betul dan kena caranya. Seminggu, berapa sangat berat badan yang boleh kita turunkan? Takkan sampai 10kg? Terlampau berharap  macam ni bakal memakan diri kita nanti. Turunkan berat badan mestilah konsisten setiap minggu. Bukannya tiba-tiba kurus. Sah memang ada benda tak kena nanti. Mintak jauhlah yer.

Cara teknik nak kuruskan badan dan kempiskan perut.

Saya ada berkongsi di beberapa entri tentang cara nak kuruskan badan. Anda boleh baca di bawah;

  1. 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut
  2. 7 Petua Mudah Kempiskan Perut Tanpa Ubat & Selamat
Sebetulnya, untuk turunkan berat badan dengan berjaya, apa yang penting ialah satu benda yang kita panggil KALORI. Berapa banyak yang kita ambil, dan berapa banyak yang kita bakar. Kalau kita makan makanan yang tinggi kalori dan kita tak bakar balik kalori tadi, ia akan bertukar menjadi lemak tersimpan. Makin lama, makin tebal. Ini yang buatkan berat badan kita semakin bertambah.

Jadi, kenalah tahu berapa nilai kalori yang betul untuk kita kuruskan badan dan kempiskan perut. Memang payah kalau takde asas. Macam mana nak kira nilai kalori makanan yang kita makan tiap-tiap hari? Jenuh tu nak kira, kan? Sebab itulah, saya rekomen anda untuk baca sendiri cara nak kira, cara nak bersenam untuk bakar kalori dengan pantas, dan insyaAllah kalau anda betul-betul ikut cara yang ditunjuk, tak mustahil untuk anda kurus selepas sebulan. Janji anda tak putus asa dan ada disiplin!

Boleh baca cara nak kuruskan badan dan kempiskan perut di ebook di bawah. InsyaAllah berbaloi untuk anda laburkan sedikit duit untuk beli ebook ni. Boleh baca ebook ni di smartphone atau di komputer anda nanti. Bila dah faham, terus buat. Jangan tunggu-tunggu yer!

Perlukan bantuan mereka yang sudah berjaya kuruskan badan tak?


Anda perlukan BANTUAN untuk kuruskan badan? Cuba klik pautan di bawah untuk bantuan PAKAR!

Ingat satu benda iaitu KALORI. Lagi banyak kita bakar, lagi cepat kita kurus. Tapi kena tahu cara yang betul. Kalau tak, memang tak kurus-kurus. Selamat berjaya! Moga tampil lebih segak dan berkeyakinan!

Gambar Belangkas