Showing posts with label aksi gadis. Show all posts
Showing posts with label aksi gadis. Show all posts

Tuesday, March 24, 2015

Gadis Penghisap Dadah Kini di Dedahkan Kantoi..!!






















Mohon rakan-rakan yang kenal pada pelaku melaporkan pada Bahagian Narkotik sekiranya betul apa yang gambar ni tunjuk. Jika benar, dan tak tertangkap, moga dia diberi hidayah untuk berubah. Buruk benau rupanya.




















Video tersebut dilaporkan mula tersebar di Facebook pada minggu lepas. Sehari selepas viralnya video itu, pihak keluarga gadis tersebut telah mengambil tindakan dengan pergi ke rumah sewa milik gadis tersebut di sekitar bandaraya Kuala Lumpur.

Kehadiran keluarganya itu bagaikan telah dihidu oleh gadis tersebut. Beliau dikatakan telah membawa diri ke rumah rakannya di sekitar bangsar sebelum rakannya itu telah bertindak menghubungi salah seorang ahli keluarga gadis tersebut untuk memaklumkan lokasi mereka.

...Setelah berjaya mendapatkan gadis tersebut, keluarganya telah membuat keputusan untuk membawanya pulang ke kampung halaman bagi tujuan pemulihan...

Tuesday, March 17, 2015

Video Insiden Malang Gadis Cantik Semasa Clubbing


Insiden Malang Seorang Gadis Cantik Ketika Clubbing
 Insiden Malang Seorang Gadis Cantik Ketika Clubbing | Seorang gadis muda telah pergi ke kelab malam bagi menghiburkan diri bersama rakan-rakannya berakhir dengan satu insiden malang.
Beberapa gambar tidak senonoh dan bajunya ditanggal oleh seseorang yang tidak dikenali dalam keadaan tidak sedar telah tersebar di laman sosial.
Wanita itu mengesahkan beberapa gambar yang tersebar itu merupakan dirinya menerusi perbualan WeChatnya dengan seorang kawan.

Friday, March 13, 2015

‘Kami hanya ringan-ringan, bukan seks pun’

Sungai Petani: “Saya hanya berasmara saja dengan dia (teman lelaki) dan bukannya melakukan hubungan seks pun.”
Begitu alasan memualkan seorang gadis berusia 21 tahun apabila ditahan bersama pasangan lelakinya di dalam bilik sebuah hotel murah, semalam dalam operasi bersepadu syariah oleh Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Kedah (JHEAIK) bersama beberapa agensi lain.
Gadis itu dan pasangannya berusia 21 tahun ditahan jam 2 pagi antara tujuh pasangan yang dicekup kerana berdua-duaan di dalam bilik di beberapa buah hotel sekitar bandar ini dalam serbuan berasingan.
2
PEGAWAI JHEAIK mengambil keterangan pasangan kekasih yang ditahan dalam serbuan.


Ketika ditahan, gadis berasal dari Kampung Naga Lilit, Padang Serai, Kulim terbabit hanya berbaju-T dan bertuala ditemui bersembunyi di belakang pintu ketika teman lelakinya membuka pintu selepas diketuk berulang kali oleh pegawai penguat kuasa.
Gadis itu mendakwa dia terpaksa bermalam di hotel yang disewa teman lelakinya pada harga RM30 semalam kerana tidak mahu pulang ke rumah selepas dimarahi bapanya akibat gagal membayar ansuran motosikalnya selepas berhenti kerja di sebuah kilang.
“Selepas dimarahi bapa, saya keluar dari rumah dan menunggang motosikal datang ke rumah ibu saudara di Sungai Petani, tetapi disuruh pulang walaupun saya enggan berbuat demikian lalu menelefon teman lelaki agar menyewa sebuah bilik hotel.
“Saya dan dia (teman lelaki) tidak buat apa-apa pun, cuma ringan-ringan saja sebelum kena serbu,” katanya ketika disoal selepas ditahan, namun mengaku pernah tidur bersama beberapa kali sebelum ini.

Gambar Belangkas