Showing posts with label kakitangan kerajaan. Show all posts
Showing posts with label kakitangan kerajaan. Show all posts

Saturday, March 7, 2015

Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun


Cuepacs minta kerajaan pertimbang umur bersara daripada 60 kepada 62 tahun
Cuepacs meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun. -Gambar fail
KEMAMAN: Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan supaya membuat pertimbangan bagi melanjutkan umur persaraan penjawat awam daripada 60 tahun kepada 62 tahun.

Presidennya, Datuk Azih Muda berkata kebanyakan negara melanjutkan usia persaraan kepada 65 tahun seperti Thailand, Singapura, Sri Lanka, negara Eropah serta Amerika Syarikat dan kita sebagai negara, yang menuju negara maju harus mengambil langkah sama.

"Pertimbangan umur persaraan perlu dibuat, berikutan ekonomi negara yang tidak menentu dalam menuju negara maju.

"Selain itu, kerajaan menanggung kos yang tinggi untuk melahirkan pegawai yang berpengalaman dan mempunyai kepakaran...seperti pensyarah, kebanyakan mereka pada usia 55 hingga 56 baru mendapat Ijazah Kedoktoran (PhD), jadi takkan dah beribu-ribu habis buat PhD, baru berkhidmat lima tahun sudah nak
pencen?" katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas merasmikan Majlis Misi Bantuan Bencana Banjir 2015 anjuran Cuepacs dan Angkasa yang turut dihadiri Setiausaha Perhubungan Angkasa Terengganu, Mohamed Yusoff serta Pengerusi Cuepacs Terengganu, Muhamad Maliki Idris di sini hari ini.

Azih berkata, pelaksanaan usia persaraan 62 tahun harus diberi pertimbangan bagi penjawat awam yang melepasi tapisan tertentu seperti mempunyai tahap kesihatan yang baik serta masih berminat untuk menyumbang kepakaran tenaga kerja.

"Kerajaan juga menanggung kos yang tinggi setiap tahun untuk bayaran pencen kira-kira 70,000 penjawat awam dan kalau umur pencen dilanjutkan, mungkin pengaliran keluar wang tidak terlalu tinggi selepas ini.

"Mengenai peluang pekerjaan untuk anak muda, sebenarnya walaupun usia pencen dilanjutkan, peluang untuk anak muda masih ada dan tiada sekatan sebab ada penjawat awam yang pencen disebabkan persaraan wajib, persaraan pilihan serta kekosongan jawatan disebabkan kematian.

Dalam pada itu, Azih berharap kerajaan tidak akan menamatkan perkhidmatan kira-kira 70,000 penjawat awam yang dilantik secara kontrak, bermula pada 31 Dis ini.

Beliau yang agak terkilan berkata adalah tidak wajar bagi kerajaan menamatkan kontrak pekerja ini kerana mereka juga mempunyai tanggungan untuk meneruskan hidup dengan ekonomi negara pada masa kini yang tidak menentu.

"Sekurang-kurangnya kerajaan perlu beri mereka peluang bekerja dan bukannya menutup peluang mereka dan golongan ini merupakan 'lidah kerajaan' sebenarnya," katanya.

Sunday, February 15, 2015

DATO SUK TERJAH PENJAWAT AWAM BERSARAPAN & BELI BELAH PADA WAKTU KERJA (7 GAMBAR)


SELANGOR - Terkedu dan tak tahu apa alasan nak bagi apabila Dato’ Haji Mohammed Khusrin Haji Munawi (SUK Selangor) membuat spot check terhadap beberapa  orang penjawat awam yang didapati leka bersarapan pagi dan juga bershopping pada waktu berkerja di bangunan Sultan Salahudin Abdul Aziz Shah (SSAAS) pada 13 Februari yang lalu.

Ketika lawatan mengejut (spot check) tersebut didapati ramai kakitangan awam yang melakukan kesalahan tersebut di waktu berkerja.

“Unit Intergriti SUK Selangor akan memantau aktiviti ini dan tindakan tatatertib boleh diambil,” menurut kenyataan yang telah dimuat naik di laman Facebook beliau.

Beberapa gambar yang dimuat naik, menunjukkan 4 orang pegawai audit 5S didapati terkantoi sedang bersarapan pagi di Kafe Dewan Jubli Perak.

Beberapa penjawat awam yang lain juga turut dilihat membeli belah di gerai-gerai kecil di bangunan terbabit maklumlah baru dapat gaji. 

“Diharapkan semua penjawat awam dapat mengubah budaya ini demi nama baik perkhidmatan awam,” jelas kenyataan itu.







Kredit : hypemedia

Gambar Belangkas