Showing posts with label Info Berguna. Show all posts
Showing posts with label Info Berguna. Show all posts

Thursday, November 13, 2014

Makan kaki ayam dapat mencegah risiko tulang rapuh

Kaki ayam merupakan bahagian paling tak popular di kalangan kita. Kalau dibuat bancian tentu ramai yang menyatakan bahawa mereka tidak menyukainya. Banyak alasan yang diberi, antaranya, tak ada isi,  jijik, konon nya kerana kaki ayam itu diguna untuk mencakar segala macam benda, dan berbagai alasan lagi.

Tetapi tahu kah kita disebalik tidak popularnya kaki ayam itu ia mengandungi khasiat yang tidak ketahui ramai. Jadi, mulai sekarang jangan lagi dibuang kaki ayam. Jadikan ia satu dari sumber makanan yang menyumbang ke arah kesihatan  yang baik.

**New York: Kajian terbaru mendapati pengambilan kaki ayam dikatakan mampu mencegah berlakunya ‘osteoporosis’ iaitu sejenis penyakit tulang rapuh, mudah retak dan patah. Masalah tulang ini biasanya tidak menunjukkan sebarang gejala di mana ia berlaku tanpa disedari.

Bagi mencegah osteoporosis seseorang biasanya dinasihatkan mengurangkan faktor risiko dengan meningkatkan pengambilan nutrisi dan bersukan secara teratur.

Pengambilan minuman atau makanan yang mengandungi kalsium tinggi adalah satu cara mengelak serangan osteoporosis.

Elak tulang rapuh

Tanda disedari, kaki ayam juga dikatakan memainkan peranan penting mengelak tulang rapuh disebabkan ia dikatakan kaya dengan sejumlah nutrisi yang berfungsi untuk menjaga tulang dalam tubuh manusia. - forexbrokers.my

Kebaikan susu ibu (susu badan) kepada bayi

Soalan:Bayi saya berumur enam bulan dan menyusu badan. Saya ingin mengetahui cara untuk menyusukan bayi dengan susu formula kerana sudah banyak jenama susu formula yang telah saya cuba tetapi bayi saya tidak mahu menyusuinya. Mohon doktor membantu saya.

Ros, Pulau Pinang.

Jawapan

Pada kebiasaan, saya menggalakkan penyusuan susu ibu lebih daripada susu formula. Ini adalah kerana susu ibu mempunyai kebaikan yang tidak terdapat dalam susu formula yang pada umumnya ialah susu lembu yang dijadikan susu tepung. Susu ibu mengandungi antibodi yang dapat disalurkan terus kepada bayi. Antibodi tersebut amat berguna untuk menguatkan pertahanan badan bayi daripada mengalami sebarang jangkitan terutamanya yang melibatkan penyakit seperti selesema dan penyakit alahan seperti asma, ekzema (penyakit kulit), cirit-birit dan sebagainya.

Di samping itu, susu ibu memberi kelebihan dari segi kasih sayang seorang ibu kepada anaknya dan sebaliknya secara tidak langsung.Ibu yang bekerja dinasihatkan memerah susunya terlebih dahulu di dalam bekas yang diletakkan di dalam peti sejuk untuk dibekukan. Apabila mahu digunakan semula letakkan bekas tersebut di dalam bekas yang mengandungi air suam.

Kaedah ini memerlukan teknik pemerahan susu yang betul agar mudah dilakukan di mana-mana tempat yang bersesuaian. Namun jika terdapat masalah yang memerlukan penyusuan susu ibu tersebut dihentikan dan menukarkan kepada susu formula, ini memerlukan masa kerana bayi tersebut telah biasa dengan cara penyusuan dengan susu ibunya dari segi panjang-pendek puting payu dara, penyedutan susu daripada puting payu dara, kebiasaan rasa susu ibu, dan persekitaran yang selamat semasa menghisap susu ibunya. Ini akan mengambil masa untuk bayi tersebut membiasakan dirinya antara puting botol dan puting payu dara yang berbeza dari segi tekstur dan panjang-pendeknya.

Perbezaan jenis susu formula yang diberikan hanya memainkan peranan yang sederhana sehinggalah bayi tersebut serasi dengan penghisapan susu botol. Sehingga tempoh itu, penyesuaian peralihan tersebut perlu diambil perhatian oleh si ibu agar bayi tersebut benar-benar sihat dan diberikan susu dan kasih sayang yang secukupnya. Saya harap anda dapat meneruskan penyusuan bayi anda dengan susu ibu.

8 khasiat yang terkandung dalam buah tembikai

Tahukah anda, buah tembikai mempunyai beberapa khasiat yang mungkin anda tidak sedar. Tidak dinafikan buah tembikai menjadi kegemaran setiap orang lebih-lebih lagi ketika bulan Ramadhan. Berikut adalah 8 khasiat yang terkandung dalam buah kesukaan ramai iaitu tembikai.

1. Mencegah penyakit asma

Kandungan vitamin C dalam buah tembikai adalah salah satu nutrien yang dapat mencegah penyakit asma .

2. Mengawal tekanan darah

Satu kajian yang diterbitkan oleh American Journal of Hypertension mendapati bahawa suplemen ekstrak buah tembikai mampu mengurangkan tekanan darah pada pergelangan kaki, tekanan darah brachial dan pantulan gelombang karotid di kalangan orang dewasa pertengahan umur yang mempunyai masalah kegemukan dengan prehypertensi atau hipertensi peringkat 1 dan ekstrak tembikai pula dapat memperbaiki fungsi arteri menjadi lebih baik. Diet yang kaya dengan lycopene pula boleh membantu melindungi daripada penyakit jantung.

3. Mencegah Kanser

Sebagai sumber yang sangat kaya dengan vitamin C dan kandungan antioksidan yang tinggi serta antioksidan lain, tembikai boleh membantu memerangi pembentukan radikal bebas yang sedia maklum boleh menyebabkan kanser. Pengambilan Lycopene telah dikaitkan dapat merendahkan risiko dan pencegahan kanser prostat dalam beberapa kajian.

4. Membantu Penghadaman

Kandungan air dan gentian dalam tembikai dapat membantu mencegah sembelit dan menggalakkan kekerapan untuk saluran penghadaman yang sihat.

5. Penghidratan

Mengandungi 92% air dan penuh dengan elektrolit penting, tembikai adalah makanan ringan yang baik mengatasi masalah badan terhidrasi semasa bulan Ramadhan ini.

6. Mengatasi masalah keradangan

Choline adalah nutrien yang sangat penting dan serba boleh yang terkandung dalam tembikai . Ia membantu badan kita semasa tidur, pergerakan otot, pembelajaran dan ingatan. Choline juga membantu untuk mengekalkan struktur membran sel, membantu dalam penghantaran impuls saraf, membantu dalam penyerapan lemak dan mengurangkan keradangan kronik

7. Mengurangkan kesakitan Otot

Tembikai dan jus tembikai telah terbukti dapat mengurangkan kesakitan otot dan meningkatkan masa pemulihan selepas latihan dalam atlet. Penyelidik percaya yang asid amino L-citrulline yang terkandung dalam tembikai yang membawa kepada kelebihan tersebut.

8. Kulit yang sihat

Tembikai juga baik untuk kulit anda kerana ia mengandungi vitamin A, sejenis nutrien yang diperlukan untuk pengeluaran sebum dalam mengekalkan rambut yang lembap. Vitamin A juga diperlukan untuk pertumbuhan semua tisu badan, termasuk kulit dan rambut.

Pengambilan yang mencukupi vitamin C (satu cawan tembikai menyediakan 21% daripada keperluan harian) juga diperlukan untuk pembinaan dan penyelenggaraan kolagen, yang menyediakan struktur untuk kulit dan rambut. Tembikai juga menyumbang kepada penghidratan secara keseluruhan, untuk mempunyai kulit dan rambut yang sihat.

Wednesday, September 3, 2014

Kelebihan solat witir


Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Jadikan penghabisan (penutup) solatmu pada waktu malam dengan solat witir.” (HR Muslim) 

Rasulullah sallallahu `alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang bimbang tidak bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada awal malam, dan sesiapa yang ingin bangun pada akhir malam, maka berwitirlah pada akhir malam". (HR Muslim). 

“Sesungguhnya Allah itu witir (ganjil), dan Allah menyukai witir, maka lazimkanlah solat witir, wahai ahli Al-Quran.” (HR Abu Daud dan Tirmizi)

“Sesungguhnya Allah telah memberikan (hadiah) kepada kamu satu solat, yang mana ianya adalah lebih baik daripada unta merah (unta yang terbaik). Itu lah Solat Witir". (HR Abu Daud, Tarmizi dan Ibnu Majah) 

"Solat witir adalah benar. Sesiapa yang tidak solat witir dia bukanlah daripada golongan kami", Rasulullah mengulangi sebanyak tiga kali. (HR Imam Ahmad, Abu Daud dan al-Hakim). 

Wallahu a'lam.

Tuesday, September 2, 2014

Senarai kadar harga baru lesen memandu Class D & B2


Umum mengetahui kadar harga bagi pengambilan lesen memandu Class D & B2 akan dinaikkan dalam masa terdekat atas beberapa alasan utama iaitu penambahbaikan institut-institut memandu di seluruh Malaysia, kenaikan harga minyak petrol dan rancangan menukar jenis kereta kepada model Viva.

Khabar angin tentang kenaikan harga lesen memandu itu kini semakin benar apabila akademi-akademi memandu telah mengeluarkan satu jadual harga terbaru seperti yang anda boleh perhatikan di bawah. Memang agak mengejutkan kerana kenaikan tersebut mencecah sehingga 50 peratus berbanding harga terdahulu.


Senarai frekuensi radio seluruh Malaysia: radio online

Bagi semua peminat-peminat radio tempatan di Malaysia, info ini sedikit sebanyak dapat membantu anda yang tercari-cari frekuensi radio kegemaran anda. Disini terdapat senarai frekeunsi radio untuk radio utama di Malaysia dan radio live online streaming percuma.


Hot FM
Lembah Klang --97.6 FM
Pulau Pinang/Alor Setar --88.2 FM
Ipoh --104.5 FM
Johor Bahru --90.1 FM
Kota Kinabalu --87.7 FM
Kuching --94.3 FM
Melaka --104.3 FM
Kuantan --92.4 FM
Terengganu-- 105.0 FM
Seremban-- 99.5 FM
Singapura -- 90.1 FM
Kota Bharu -- 105.1 FM

ERA FM
Kuala Lumpur --103.3FM
Johor Bahru, Singapura-- 104.5FM
Kota Bahru --103.3FM
Langkawi -- 90.7FM
Melaka -- 90.3FM
Negeri Sembilan-- 103.6FM
Kuantan --98.0FM
Kuching --96.1FM
Ipoh -- 103.7FM
Pulau Pinang --103.6FM
Kota Kinabalu --102.4FM
Taiping --95.2FM
Tapah--102.0FM
Kuala Terengganu --102.8FM

Sinar FM
Alor Star --97.1FM
Peneng --97.1FM
Kota Bahru --93.8FM
Kuala Terengganu -- 97.5FM
Taiping -- 96.4FM
Ipoh --96.9FM
Kuantan --97.2FM
Lembah Klang --96.7FM
Johor Bahru -- 87.8FM
Melaka --96.0FM
Seremban --96.9FM
Kuching --102.1FM
Kota Kinabalu --104.9FM

Suria FM
Lembah Klang --105.3 fm
Melaka --88.5 fm
Seremban, Negeri Sembilan --107.0 fm
Johor Utara --88.5 fm
Johor Baharu --101.4 fm
Kuantan, Pahang --96.1 fm
Perlis, P. Pinang, Kedah --106.9 fm
Terengganu --102.4 fm
Kota Bahru, Kelantan --106.1 fm
Ipoh, Perak --96.0 fm
Taiping --91.7 fm
Kota Kinabalu --105.9 fm

Muzik FM
Perlis / Kedah / Penang --100.5FM
Sik --102.7FM
Pulau Pinang --96.9FM
Ipoh --90.9FM
Cameron Highlands --93.1FM
Kuala Lumpur --88.5FM
Selangor --95.3FM
Kuala Pilah / Jelebu --91.7FM
Melaka / Johor Utara --96.6FM
Johor Selatan --105.7FM
Kuantan --107.1FM
Pahang --89.3FM
K.Terengganu --91.7FM
Gua Musang --91.1FM
Kota Bahru --101.9FM
Kuching --88.1FM
Sri Aman --98.9FM
Sarike --i90.3FM
Mukah --89.1FM
Kapit --91.9FM
Sibu --98.5FM
Betong --93.6FM
Bintulu --90.3FM
Miri --92.97FM
Limbang --98.1FM
Lawas --96.7FM
Pulau Labuan --88.5FM
Beaufort --96.5FM
Kota Kinabalu --88.9FM
Ranau --100.3FM
Kota Belud --100.7FM
Tenom --89.3FM
Kudat --94.9FM
Sandakan --92.1FM
Lahad Datu --102.9FM
Tawau --94.7FM


IKIM FM
Lembah Klang --91.5 FM
Perlis/Kedah/Langkawi/ Pulau Pinang --89.0 FM
Ipoh --102.7 FM
Negeri Sembilan --102.7 FM
Melaka --89.5 FM
Johor Bahru --106.2 FM
Kuantan --89.6 FM
Kuala Terengganu --100.2 FM
Kota Bharu --89.8 FM
Kuching --93.6 FM
Kota Kinabalu --93.9 FM


Hitz FM
Klang Valley --92.9 FM
Seremban --95.0 FM
Malacca --93.0 FM
Johor Bahru/Singapore --97.6 FM
Ipoh --92.7 FM
Alor Setar/Penang --93.0 FM
Taiping --93.6 FM
Kota Bahru --92.8 FM
Kuala Terengganu --94.8 FM
Kuantan --93.2 FM
Kuching --95.3 FM
Kota Kinabalu --100.8 FM
Astro --Channel 852

FLY FM
Klang Valley --95.8 FM
Penang -- 89.9 FM
Ipoh --87.9 FM
Seremban --98.6 FM
Kuantan --87.6 FM
Malacca --94.0 FM
Johor Bahru --102.5 FM
Singapore --102.5 FM
Terengganu --107.5 FM
Kota Bahru --107.4 FM
Alor Setar --99.1 FM

MIX FM
Penang/ Alor Setar -- 91.0 FM
Taiping --91.3 FM
Ipoh --94.3 FM
Klang Valley --94.5 FM
Seremban --94.2 FM
Melaka --91.1 FM
Johor Bahru --99.1 FM
Kuantan --94.1 FM
Kuala Terengganu --98.3FM
Kota Bahru --94.6 FM
Kuching --97.7 FM
Kota Kinabalu --101.6 FM
Astro Channel --855

XFRESH FM
Klang Valley --103.0 FM
Penang/Kedah/Perlis -- 106.5 FM
Ipoh --98.5 FM
Taiping --104.9 FM
Seremban --97.9 FM
Kuantan --100.0 FM
Malacca --107.3 FM
Johor --103.3 FM
Terengganu --104.0 FM
Kota Bahru --99.8 FM
Kuching --103.7 FM
Kota Kinabalu --98.6 FM
Astro --Ch.858

Friday, September 20, 2013

17 fakta menarik tentang orang tangan kidal


1. Menurut statistik, dari sebuah populasi, 15% daripadanya adalah kidal. Lelaki biasanya dua kali lebih cenderung menjadi kidal berbanding wanita.

2. Orang kidal memiliki kemungkinan lebih besar untuk mejadi jenius. 20% dari jumlah anggota organisasi MENSA, sebuah organisasi untuk manusia dengan IQ tertinggi di dunia, dilaporkan kidal.

3. Jika anda seorang lelaki, kidal, dan masih belajar, maka diperkirakan anda akan 15% lebih kaya daripada lelaki yang tidak kidal. Sekiranya sudah tamat kuliah, lelaki kidal akan 20% lebih kaya!

4. Walaupun begitu orang kidal memiliki kecendrungan lebih tinggi untuk ketagih rokok dan alkohol.

5. Jika kedua orang tua kidal, maka ada kemungkinan 50% keturunan mereka juga akan kidal. Sebaliknya, jika kedua orang tua tidak kidal, kemungkinan tadi akan turun menjadi 2% sahaja.

6. Pakar psikologi dari Universiti Queen di Belfast menyatakan bahawa kucing betina cenderung tidak kidal, sementara kucing jantan cenderung kidal (siapa sangka, kucing boleh kidal juga!).

7. Entah mengapa, orang kidal katanya lebih tidak suka buku berjilid dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

8. Orang kidal dapat merespon stimulasi (rangsangan) dengan lebih baik sehingga kebanyakan orang kidal juara dalam bermain game.

9. Semakin tua seorang wanita mengandung dan melahirkan, semakin besar kemngkinan anaknya lahir kidal.

10. 4 dari 5 desainer komputer Mac dilaporkan kidal.

11. Menurut sebuah kajian, orang kidal hidupnya 9 tahun lebih pendek dibandingkan dengan mereka yang bukan kidal.

12. Orang kidal lebih cenderung atletik, memiliki kesedaran yang lebih istimewa dan berfikir lebih cepat.

13. Menurut sebuah kajian yang dilakukan oleh Dr Alan Searleman dari St Lawrence University di New York, menunjukkan bahawa orang kidal mampu mendukung sisi kiri tubuhnya untuk semua kegiatan fisikal. Orang kidal juga dua kali lebih berjaya dalam penyelesaian masalah dan memiliki IQ lebih tinggi dari orang yang aktif dengan tangan kanan.

14. Orang dengan tangan kidal relatif lebih cerdas daripada bukan kidal (Guardian UK)

15. Orang Kidal lebih mudah mengawal emosi dibandingkan dengan bukan kidal (National Geographic)

16. Jumlah orang Kidal meningkat pesat setelah tahun 1910 (BBC)

17. Orang Kidal sehingga kini berjumlah sekitar 10% dari seluruh populasi dunia (National Geographic)

Petua untuk mengurangkan sakit gigi


Sakit gigi memang amat menyeksakan dan pasti menganggu tugas harian kita. Apa lagi kalau berlaku di tegah malam. Hendak ke klinik mungkin klinik sudah tutup pada malam hari. Jadi terpaksalah anda menanggung sakit sampai ke pagi. Kerana itu berikhtiarlah sebelum sakit gigi membelenggu anda. 

Petua ini bolehlah diamalkan setiap hari bagi mengurangkan kesakitan gigi anda. Caranya, campurkan sedikit garam halus pada ubat gigi apabila hendak menggosok gigi setiap pagi. Jika ini diamalkan, anda bukan sahaja dapat menghindarkan diri dari sakit gigi dan mulut, malah gigi anda juga akan menjadi lebih putih dan berseri

Tips keluarga bahagia suami isteri


1. Sebarkan Salam. Misalnya salam apabila hendak masuk rumah, keluar rumah, menerima atau menelefon, membiasakan anak kecil untuk bersalaman dengan tetamu.

2. Membiasakan berdoa dalam setiap aktiviti misalnya doa selepas solat, doa makan, doa masuk & keluar rumah, doa masuk dan keluar tandas, doa belajar, dan doa-doa lainnya

3. Membiasakan untuk membaca Al Quran bersama. Perlu disemak apabila bacaan Al Quran didengarkan

4. Panggil-memanggil dengan panggilan yang baik, seperti Rasulullah yang memanggil isterinya Aisyah dengan panggilan humairah (yang kemerah-merahan).

5. Membiasakan solat berjemaah. Untuk laki-laki, sangat digalakkan untuk berjamaah di masjid.

6. Berolahraga rutin bersama keluarga rutin mingguan, jangan rutin bulanan atau malah tahunan. Tidak perlu jauh-jauh, yang paling utama adalah kerutinan dari olahraga tersebut.

7. Rehlah bersama keluarga. Dengan rehlah ini hubungan antara suami, istri, anak akan semakin dekat. tidak perlu yang jauh-jauh dan mahal-mahal. Seperti kata Aa Gym : 3M (Mulai dari yang kecil, mulai dari sendiri, mulai sekarang juga).

8. Bersikap lemah lembut (romantis) kepada suami ataupun istri. "Sesungguhnya, apabila seorang suami memandang isterinya (dengan kasih dan sayang) dan isterinya juga memandang suaminya (dengan kasih dan sayang), maka Allah akan memandang keduanya dengan pandangan kasih dan sayang. Dan apabila seorang suami memegangi jemari isterinya (dengan kasih dan sayang) maka berjatuhanlah dosa-dosa dari segala jemari keduanya" (HR. Abu Sa’id). (ian)

Khasiat yang terdapat dalam rumpai laut


1. Iodine yang terdapat di dalamnya dikatakan mampu memperbaiki fungsi kelenjar thyroid sekaligus mencegah penyakit seperti Goitre(kelenjar thyroid membengkak).

2. Mampu merendahkan kadar acidic dalam makanan yang diambil, justeru sesuai dimakan bersama nasi dan lauk-pauk berprotein yang mana kedua-duanya bersifat acidic. Contoh makanan yang menggunakan konsep ini adalah Onigiri dan Sushi.

3. Kenapa sifat alkaline dalam rumpai laut itu tinggi? Antaranya adalah disebabkan kehadiran mineral yang tinggi dan pelbagai di dalamnya, mencukupi untuk keperluan manusia. Tambahan, rumpai laut adalah antara tumbuhan yang mempunyai banyak mineral didalamnya jika dibandingkan dengan sayur daratan yang lain. Antaranya ialah kalsium, kalium, zat besi, magnesium, iodine, dan zinc.

4. Kaya dengan serat, meskipun struktur komposisinya tidak sama dengan tumbuhan/sayur darat. Ini secara langsung mampu mengawal paras gula dalam darah si pemakannya.

5. Bersifat anti-mutagen dan anti-oksidan, justeru mampu merendahkan kadar kolestrol dan mencegah kedatangan penyakit seperti kanser dan penyakit jantung.

6. Beberapa jenis rumpai laut bertindak sebagai ejen detox. Terdapat komponen di dalamnya yang mampu bergabung dengan metal toksik dalam sistem pencernaan kita, lalu dinyahkan secara semulajadi melalui tahi.

7. Ekstrak rumpai laut (Fucoidan) juga digunakan dalam penghasilan pil diet. Pil diet tersebut mampu membuatkan kita rasa cepat kenyang apabila makan dengan sedikit.

8. Mula diperkatakan dalam dunia kesihatan sejak beberapa puluh tahun yang lalu, sedangkan ia sudah menjadi sebahagian diet orang Timur, terutama yang menetap dipinggir pantai, sejak berzaman lagi.

9. Meskipun berkhasiat, namun tidak boleh diambil dalam kuantiti yang banyak dan berterusan kerana dikhuatiri akan mengakibatkan keracunan iodine.

10. Rumpai laut yang sudah busuk berupaya menghasilkan gas hidrogen sulfida. Ianya beracun dan boleh mengakibatkan muntah dan cirit birit.

Sunday, September 15, 2013

5 tips berguna untuk kekal awet muda


1 - Mandi pagi sebelum subuh atau sekurang-kurangnya sejam sebelum matahari naik. waktu pagi air nya sejuk air yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul. Kita boleh saksikan orang mengamalkan mandi pagi kebanyakan badan tidak gemuk.termasuk lah mengamalkan senaman awal pagi.

2 - Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk setiap pagi. Mujarabnya Insyaallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

3 - Waktu sembahyang subuh (pagi) disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang-kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin.

Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yangg tidak dipenuhi darah, dengan bersujud maka darah akan mengalir ke ruang berkenaan.

4 - Dalam kitab juga ada melarang kita makan makanan darat bercampur dengan makanan laut. Nabi pernah menegah kita makan ikan bersama susu. Ia dikhuatiri akan cepat mendapat penyakit. Ini terbukti oleh saintis yang menjumpai dimana dalam badan ayam mengandungi ion (+) manakala dalam ikan mengandungi ion (-). jika dalam suapan ayam bercampur dengan ikan maka terjadi tindakan balas biokimia yang terhasil yang boleh merosakkan usus kita.

5 - Nabi juga mengajar kita makan dengan tangan dan bila habis hendaklah menjilat jari. Begitu juga ahli sain telah menjumpai bahawa enzim banyak terkandung dicelah jari-jari, iaitu 10 kali ganda terdapat dalam air liur. (enzim sejenis alat percerna makanan, tanpanya makanan tidak hadam).

Keburukan susu kacang soya kepada lelaki dan wanita


Disamping kelebihan dan khasiat yang ada dalam susu soya, ianya juga mempunyai beberapa keburukan yang boleh menjejaskan kesihatan manusia. Antaranya:

1. Tinggi kandungan asid phytic yang menghalang penyerapan zat dan mineral di dalam usus. Akibatnya, zat-zat dalam makanan kita makan sehari-hari tak memberi manfaat kerana tak diserap tubuh.

2. Mengandungi hemaglutinin. Akibatnya, sel darah bercantum sesama sendiri.

3. Mengandungi goitrogen. Akibatnya, fungsi tiroid menjadi lemah.

4. Kebanyakan soya adalah genetically modified, tujuannya adalah untuk memperbaiki kualiti dari segi saiz dan macam-macam lah. Tapi malangnya tinggi kandungan racun perosak, dan khasiatnya semulajadinya.

5. Tinggi kandungan natural toxin iaitu antizat yang menghalang tugas enzim mencerna makanan dalam tubuh. Dan toksin ini tak dapat dimusnahkan melalui proses memasak. Kesan sampingan seperti kembung perut, kekurangan asid amino, kerosakan pankreas. Dan akhir sekali, disebabkan unsur antizat yang ada dalam soya. Sesetengah pengeluar hasil soya dorang basuh soya tu dengan asid dalam tangki aluminium nak pastikan antizat tu hilang.

6. Wujud unsur heavy metal toxic dalam tubuh badan, dan ia menyebabkan NYANYUK.

Soya juga dapat melemahkan kejantanan lelakidan mengurangkan kesuburan lelaki dan perempuan.selain itu juga soya dapat meningkatkan risiko kanser payudara,kanser ovari,kanser prostat,serta melemahkan otak dan tulang sbb dalam soya ada hormon estrogen yang sama dgn estrogen kat wanita. pastu soya ada phytic acid yang membuatkan penyerapan kalsium,magnesium dan zinc yang penting untuk badan kita terjejas.

Info keburukan susu soya kepada wanita!!!

  • 2 gelas susu soya sehari, dalam masa sebulan, adalah cukup untuk mengubah masa kitaran haid wanita!

Khasiat dan kebaikan kacang tanah


Kacang tanah mengandungi protin yang tinggi, zat besi, vitamin E dan kalsium, vitamin B kompleks dan Fosforus. Kacang tanah sering disalah anggap sebagai penyebab tumbuhnya jerawat, malah kandungan protin dalam kacang tanah adalah jauh lebih tinggi dari dagaging, telur dan kacang soya.

Ia juga mengandungi amino asid yang tinggi. Minyak dari kacang tanah adalah sumber terbaik pencuci perut. Bagi menambah kandungan susu badan bagi ibu yang menyusukan bayinya, digalak mengambil kacang tanah yang dipanggang bersama susu kambing.

Kacang tanah juga dikatakan mengandungi bahan yang dapat membina ketahanan tubuh bagi menentang penyakit batuk kering. Mengambil satu auns kacang tanah lima kali seminggu dilaporkan dapat mencegah penyakit jantung. Memakan segenggam kacang tanah setiap hari terutama pesakit kencing manis dapat membantu kekurangan zat.

Kelebihan dan kebaikan kacang soya


Kacang soya semakin popular dikalangan pengamal makanan sihat samada dari barat atau timur.Antara kelebihan kacang soya adalah:

Kacang soya merupakan makanan seimbang yang sangat baik dan lebih murah daripada daging, susu atau telur. Ia mengandungi 50% protein bagi setiap 100 g kacang soya, merupakan 2x lebih daripada kacang tanah, 11x lebih daripada susu dan 3x lebih daripada telur.

Ia kaya dengan bahan mineral seperti calcium, sodium, manganese, magnesium, iron and phosphorous. Ia juga kaya dengan vitamin A,B,C,D serta lecithin.

Kacang soya boleh dijadikan bahan penganti susu bagi bayi yang mempunyai alahan terhadap susu lembu. Protein soya boleh mengurangkan resiko penyakit kanser dan jantung.

Kacang soya mudah dicerna dan mengandungi semua asid amino yang diperlukan untuk membina dan membaiki tisu badan yang rosak serta membekalkan tenaga.

kacang soya sangat baik sebagai bahan bagi hidangan vegetarian. Ia mempunyai kadar lemak yang rendah dan kaya denagn protein, sesuai untuk pesakit jantung dan kencing manis. Kesimpulannya, kacang soya sangat selamat, berzat, murah dan sesuai bagi semua lapisan umur.

Friday, September 13, 2013

Ranking Universiti Dan Kolej Universiti di Malaysia Berdasarkan MQA

SETARA bermaksud Sistem Penarafan Institusi Pengajian Tinggi Malaysia. Ranking ini berdasarkan kualiti pengajaran dan pembelajaran pada tahap 6 kerangka kelayakan malaysia(peringkat Ijazah Pertama). Ia dinilai berdasarkan input, proses dan output kualiti pengajaran dan pembelajaran. Input meliputi bakat, sumber dan governan. Proses untuk menilai kurikulum dan output kepuasan graduan terhadap institusi pengajian tersebut. Dibahagikan kepada 6 TIER. TIER 6 adalah tahap tertinggi dan Tier 1 adalah paling lemah. 


KOD
1- IPTA
2- IPTS




Wednesday, September 11, 2013

Download Plants vs Zombies 2 sudah melebihi 25 juta pengguna


Game percuma yang cukup popular iaitu Plants vs Zombies kini muncul lagi dengan siri ke-2. Sejak dilancarkan pada Julai 2013 yang lepas, Plants vs Zombies 2 kini sudah didownload lebih 25,000,000 pengguna seluruh dunia.

Games Plants vs Zombies 2 yang dilancarkan pada Julai 2013 bermula dengan pelantar iOS dan ia bakal dilancarkan pada platform yang lain pada masa akan datang termasuk Android dan PC. Sejak game ini dilancarkan, para pengguna sudahpun menempuh sebanyak 5.4 billion kali zombi dan menanam lebih 10 billion tumbuhan. Secara keseluruhannya, pengguna telahpun bermain game ini selama 81 juta jam.

Tuesday, August 27, 2013

Bisa sengatan obor-obor boleh membawa maut



KUALA LUMPUR:
 Pada awal Februari 2010, seorang pelancong wanita dari Sweden yang sedang bercuti di Langkawi mati di sengat obor-obor atau ampai-ampai ketika berenang di Pantai Cenang.
Menurut laporan media, Carina Löfgren sedang menuju untuk kembali ke pantaibila dia disengat obor-obor hanya beberapa meter dari pantai.
Suaminya Ronny Lofgren dilaporkan sebagai berkata: "Carina berada hampirsatu meter di depan saya semasa kejadian itu.
"Airnya bukanlah dalam sangat, hanya paras peha saya. Tiba-tina dia (Carina)menjerit dan memegang pehanya. Kami mengesyaki dia disengat obor-obor.
"Bila berada di samping Carina, kami cuba mencabut sesungut dari kakinya danberjaya melakukan dalam beberapa saat tetapi beliau kemudian jatuh pengsan."
Menurut laporan media juga, suami dan adik lelaki Carina telah membawa mangsa keluar dari air.
Adikya cuba membantu Carina dengan memberi rawatan kecemasan termasuk pernafasan dari mulut ke mulut dan resusitasi kardiopulmonari (CPR).
"Beliau (adik carina) telah mencuba CPR selama empat hingga lima minit,"
"Carina mati dalam pelukan saya," cerita Ronny dengan penuh kesedihan dalamlaporan media itu.
Menurut laporan media itu juga, ambulans tiba tidak sampai 15 minit dan kakitangan paramedik memberitahu Ronny bahawa sudah agak terlewat untukmenyelamatkan Carina.
TANPA TULANG BELAKANG
Menurut pakar-pakar biologi marin (laut), ampai-ampai kotak adalah sekumpulan hidupan invertebrata (tanpa tulang belakang) yang tergolong dalam kumpulan Cubozoa.
Satu daripada hidupan jenis ini yang paling bahaya ialah Chironex fleckeri yang dikenali juga sebagai 'tebuan laut'.
Pakar-pakar menyatakan Chironex Fleckeri dijumpai di lautan sekeliling Australia dan spesimen jenis itu mempunyai venom yang cukup bagi membunuh60 orang dewasa.
"Organisme ini adalah kecil dan lutcahaya membuatkan ia sukar kelihatan,"jelas seorang penyelam skuba veteran, Steven Martyn, yang ditemui di sebuahhospital di sini.
Kegagalan jantung dikenalpasti sebagai penyebab utama kematian bila mangsadisengat 'tebuan laut' dan kerapkali dalam kes seumpama itu kematian dilaporkanberlaku dengan begitu cepat," kata Martyn.
DESTINASI PERCUTIAN
Bagi Martyn, adalah penting untuk mengetahui tentang wujud atau tidaknyaobor-obor di pantai resort di destinasi percutian yang dikunjungi.
"Ada diantara destinasi percutian popular meletakkan jaring bagi memerangkapobor-obor tetapi ia hanya berjaya memerangkap obor-obor yang besar manakala yang kecil dapat meloloskan diri," kata beliau.
Ada laporan mengenai mereka yang berenang disengat dan gagal kembali kepantai dan sebab kematian adalah kegagalan jantung akibat disengat obor-obor.
Jikapun sempat kembali ke pantai, mangsa perlu mendapatkan segera bantuanperubatan, kata Martyn.
SESUNGUT
Menurut ensiklopedia mengenai hidupan marin, sesungut obor-obor mempunyairatusan sel penyengat yang dikenali sebagai nematocysts.
Nematocysts melindungi obor-obor daripada pemangsa (predator) dan digunakanbagi menyengat hidupan kecil yang lain.
Bergantung kepada spesies obor-obor, sentuhan kepada sel penyengat ini bolehmembawa kecederaan dan kematian.
Kesannya berbeza dari gatal-gatal, sakit yang sedikit dan kecil kepada jenisyang 'pedih dan berapi' selain boleh menyebabkan iritasai kulit seperti kulitmelepuh selain menimbulkan kesukaran pernafasan, serangan jantung dan kematian.
Samada sengatan daripada obor-obor menjadi toksik bergantung kepada jenisobor-obor itu dan ketahanan (tahap imuniti) badan manusia yang disengat.
Menurut ensiklopedia itu lagi, sengatan obor-obor yang paling toksik adalahdaripada 'ampai-ampai kotak' atau Chironex fleckeri dan Caruka barnesi yangterdapat di Australia dan sebahagian dari laut Indo-Pasifik.
Obor-obor jenis ini diketahui dapat membunuh manusia hanya dalam masa limaminit.
REAKSI
Lain individu akan memberi reaksi yang berbeza terhadap sengatan obor-obor.
"Anggaplah sengatan obor-obor sebagai racun dan jika lebih kecil saiz badanorang yang disengat, maka kesannya akan lebih besar berbanding dengan orang yangbersaiz badan besar," jelas Martyn.
Samalah juga reaksi terhadap sengatan lebah, ada yang hanya menimbulkanalergi biasa dan ada yang mengalami kejutan anaphilaktik yang membawakematian dari hanya satu sengatan.
"Begitu juga dengan sengatan daripada obor-obor," tambah Martyn. - BERNAMA

Monday, August 26, 2013

Download percuma 20 ebook bisnes internet mediafire


Khas untuk peminat-peminat bisnes internet ataupun anda yang berminat untuk mengetahui cara buat duit secara online di internet, download secara percuma dari mediafire koleksi 20 ebook menarik yang mungkin sedikit dapat membantu anda. Download secara percuma dan jangan lupa kongsikan dengan rakan anda yang lain.

1. Laporan Adsense Janawang
2. Model Internet, Clickbank, Paypal
3. 17 Info Berguna Seksual
4. Bina Blog dalam 3 minit
5. ClickBank for Newbies
6. Kesilapan Ushawan Muda Internet
7. Diari Kehidupan Seorang IM
8. 7 Rahsia Gaya Pos
9. Pelita Affiliate
10. Panduan Daftar Paypal
11. Formula Matematik
12. Panduan Membeli Belah Secara Online
13. 100 Cara Promosi Tingkatkan Web Trafik Anda
14. Panduan Nuffnang
15. Panduan Blogger Adsense
16. 6 Modul Adsense
17. Rahsia Web Jualan
18. Panduan Domain
19. 5 Langkah Perniagaan Internet
20. 5 Rahsia Sulit Untuk Kaya Di Internet

Iklan percuma Facebook 2013 - FB Ads


Adakah anda seorang peniaga yang menjual barangan secara online ataupun anda seorang yang pakar dalam bisnes internet? Jika YA jawapan anda, pengiklanan di Facebook mungkin menjadi suatu medium penting bagi anda meningkatkan hasil jualan di internet.

Saya ingin berkongsi satu Facebook group dimana anda bebas mengiklankan pelbagai produk ataupun bisnes anda kepada ahli group bila-bila masa sahaja dengan syarat anda haruslah mempunyai akaun Facebook. Zaman sekarang boleh dikatakan semua orang mempunyai akaun Facebook masing-masing bukan? Jadi sertailah sekarang group iklan percuma Facebook kerana ianya adalah PERCUMA!

Planet baru seperti bumi dijumpai luar sistem solar

Gambar hiasan
WASHINGTON: Sebuah planet yang sama seperti bumi berdasarkan lokasi dan saiznya ditemui di luar sistem solar, demikian menurut ahli astronomi Eropah. Ia berjaya dikesan ketika mengelilingi sistem bintang pada jarak 40 trilion kilometer.

Bagaimanapun, planet yang sama seperti bumi itu didapati berada pada kedudukan terlalu hampir dengan bintang, yang mana ia mengelilingi hanya selang beberapa hari. - AP - mStar Online


Gambar Belangkas