Showing posts with label Sydney. Show all posts
Showing posts with label Sydney. Show all posts

Wednesday, January 7, 2015

JOM KE AUSTRALIA DENGAN ENRICH REDEMPTION 30%-50% OFF

Yes! The fun has began for Enrich Miles collectors!! 

Kalau dah lama berangan nak tengok penguin atau kangaroo, inilah masanya!

Kalau teringin nak tengok Opera House, inilah masanya!


 ENRICH HEARTS AUSTRALIA

wow.. love is in the air..
 
Senang citer, kalau dah collect Enrich Miles dan dah memang ada keinginan nak ke Australia, jangan lepaskan peluang untuk ke sana dengan promosi hebat daripada MAS ini. Redemption sehingga 50% daripada redemption biasa tau.

Menurut website MAS, tawaran ini bermula hari ini 7 Jan 2015 sehingga 13 Jan 2015 ini. Seminggu je ye. Valid untuk travel ke Australia dari 1 Feb 2015 sehingga 15 Jun 2015. 

Tuan-tuan dan puan-puan.. inilah tawaran yang saya maksudkan. Dah leh ke Australia dengan serendah 7,500 Enrich Miles sahaja. Wow!!



 



 


3 cara untuk buat redemption ini:
1. Online melalui Enrich portal - kena log in dulu
2. Call MAS Call Centre at 1 300 88 3000 (within Malaysia) or +603 7843 3000 (outside Malaysia)
3. Kat mana-mana kaunter tiket MAS

Owh ye, memandangkan dorang dah kasi off sehingga 50% gini, standard online rebate yang 15% tu dah tak terpakai k. Takleh tambah 50% + 15%.. huhu..

So ape tunggu lagi? Meh lawat website MAS di http://www.malaysiaairlines.com/EnrichHeartsAustralia

Saya dah pernah ke Sydney. So saya terpaksa lepaskan peluang hebat ini. Saya pasti En. Suami akan reject mentah kalau ajak ke sana lagi. Huhu..

Best, best!!


Saturday, August 11, 2012

Sydney Part 7 - Pengalaman secara keseluruhan

Secara keseluruhannya, trip ke Sydney dengan keluarga amat seronok. Sebelum ni beranggapan bawa anak kecik leceh sebab dorang banyak ragam, tapi hakikatnye memang banyak ragam cuma ragam itulah yang menyeronokkan dan menceriakan percutian.

Cuaca
Masa kitorang pergi bulan May 2012, musim luruh dah start, so cuaca agak sejuk, tapi tak sejuk sangat. kalu pepagi memang sejuk kena pakai baju sejuk (sweater biasa pon cukup 1 lapis), namun bila mentari start menyinar dalam kul 10pagi tu dah leh pakai pakaian biasa. Waktu tu memang best sebab berangin je. Petang dalam kul 5pm kebanyakan kedai dah tutup sebab cuaca dah nak gelap. So time ni cuaca memang best tapi masa nak melancong tu agak singkat. Maybe lenkali kena pegi masa musim panas (summer).

Waktu malam adalah waktu yang paling sejuk. Kitorang siap minta portable heater tambahan untuk bilik tidur. Sejuk gilos. Masa ni pakai la tebal2. Jangan lupa bawa baju tidur yang sesuai untuk anak2.

Solat
Tak susah sebab kita leh jamak, cuma kena perhatikan waktu betul2. Sekarang smartphone dah ada apps untuk tahu waktu solat dan tunjuk arah kiblat. So, jangan lupa install apps ni dalam smartphone anda. Semasa kat luar apartment, kitorang bawa sehelai tikar kecil yang boleh dilipat untuk dijadikan tikar sembahyang. Bagi pompuan, xyahlah bawa telekung, cuma pastikan betul2 tutup aurat. Kitorang biasanye pergi ke taman-taman yang ada pondok atau wakaf dan solat kat situ. Leceh nak gi cari Masjid yang ntah kat mana ntah. Wuduk kena amik siap2 kat toilet la kan..

Tandas
Biasalah kalu pegi negeri mat saleh, MUSTI bawa air untuk cucian selepas melepas. Dorang mana ade pili air dalam cubicle. Kitorang standby botol mineral kosong kat dlm beg. Kalu nak kencing/melepas, isi air dulu kat sinki then masuk cubicle. Senang, kan..?

Kulit Kering/Gatal
Ini pon keadaan biasa bila berada kat cuaca sejuk yang kering. Humidity kat sana tak sama ngan Malaysia. Bila kulit terdedah lelama dalam cuaca gitu, kulit akan jadi kering dan kadang2 gatal. Budak-budak kecil paling ketara. So jangan lupa bawa losyen. Kitorang bawa losyen Jonhson & Johnson botol kecik tu.

Bibir Kering/Merekah
Ini juga disebabkan oleh faktor cuaca. Sila bawa lip balm untuk kegunaan sekeluarga.

Keperluan Anak - Lampin & Susu
Kitorang bawa lampin dari Malaysia. Yup, kedengarannye leceh dan banyak sebab pergi lama 8 hari. Tapi jangan risau sebab lampin ringan je walaupun size agak besar. Lampin pakai buang kat sana mahal beb.

Susu dan apa2 produk tenusu (dairy products) tak boleh dibawa masuk ke Australia. Iyalah kan.. Austraia kan pengeluar produk tenusu gak. Dorang nak kita beli produk dorang la tu. Imigresen dorang check siap ngan anjing untuk hidu bagasi masa kat airport. Kalau takat sikit untuk keperluan dalam kapal terbang, dorang tak kisah, tapi kalu banyak dorang akan rampas. So bila dorang tanye ade bawa ke tak, ngaku je la ada dan tunjukkan belen dari atas kapal terbang tu. Jangan takut. Tapi yang banyak punye jangan bawa k.. wat rugi je.

Makan 
Sebenarnya kat Sydney ada banyak restoran halal, cuma kena betul2 cari lah. Kitorang tak cari sebab prefer masak sendri. Yang kitorang tau ada kat darling Harbour, itupun secara kebetulan nampak. Ohya, lagi satu nak bagitau harga makanan kat Sydney amatlah mahal. Untuk makan ala carte 1 jenis makanan je dah berharga lebih kurang AUD10-AUD20.  Tu baru sorang, kalu ramai cam kitorang ni ada 3 dewasa dan 2 kanak-kanak... darab plak ngan 3 kali makan sehari...hmm... xlarat wehh...

Masak sendri adalah solution yang paling praktikal bagi kami. Perencah, tepung, mihun kering, maggi, kicap dan sos kitorang bawa dari Malaysia. Kitorang bawa sabun Taharah (nih ada jual kat kedai ubatan tradisional kat Malaysia) untuk cuci pinggan mangkuk dan periuk belanga kat apartment tu sebelum pakai. Sabun ni mengandungi 7 jenis tanah untuk menyucikan. Iyelah kan.. kita xtau ape penghuni sebelum ni dah masak dan makan guna peralatan tu sumer..
Sabun Taharah

Pakaian
Untuk bulan May, tak perlu pakaian yang terlalu tebal. Bayangkan Cameron Highlands, hah gitu la keperluan pakaiannye. Cuma bagi yang tak tahan sejuk, sila standby sarung tangan skali. Anak2 saya pakai sarung tangan sebab dorang tak tahan.


Persekitaran
Sydney adalah bandar yang mesra pelancong & mesra OKU. Orangnye peramah. Mana-mana tempat ada kemudahan untuk OKU. Kalu nak keluar sesorang pon tak menakutkan.

Internet
OK, yang ni memang saya tak faham. Bandar cam gini besar, tapi internet susah nak dapat. Eh, sorry, bukan susah nak dapat, tapi mahal gilos. Memandangkan kitorang nak enjoy cuti je, so xpe la xde internetpon...

Signed off!

Saturday, June 2, 2012

Sydney Part 3 - Sydney Aquarium, Sydney Wildlife & Madame Tussauds

Antara tempat menarik yang kitorang anak beranak enjoy sesangat masa kat Sydney ialah 3 tempat yang bersebelahan satu sama lain ini, iaitu;
1. Sydney Aquarium
2. Sydney Wildlife
3. Madame Tussauds
Once dah sampai kat Darling Harbour, terus leh nampak bangunannya.



Untuk sesi melawat kat sini, kitorang beli tiket combo secara online dari Malaysia lagi. Kalu beli kat kaunter, tiket >20% lebih mahal. Kalau beli tiket single pon mahal gak. Bila beli combo cam gini, leh save banyak. Kitorang amik yang 3 attraction combo passes, macam kat bawah ni. Details leh tengok kat mana-mana website Sydney wildlife, Sydney aquarium atau Madame Tussauds. Anyway, nih link untuk korang access terus; http://www.wildlifesydney.com.au/tickets/#combo-passes

  

SYDNEY AQUARIUM
Sydney Aquarium lebey kurang macam Aquaria KLCC. Cuma dorang punye ikan lagi besar-besar, terutama pari dan jerung. Kat situ leh gak tengok camne dorang menjaga jerung sebab kita leh gi tempat ternakan tu. 
Jerung dan pari memang besor...

Highlights of the day - Feeding time untuk ikan pari. Gambo xberapa clear sebab pakai cameraphone jer. Alangkah indahnye kalu ade kamera canggih macam mamat tuu..

Siap suapkan lagik, k... manjenye dier...

Last sebelum kuar, posing untuk potret famili sat...

SYDNEY WILDLIFE

Sydney Wildlife plak betul2 sebelah Sydney Aquarium je. Australia kan terkenal ngan memacam haiwan, kan..so rugi kalu tak pegi sini. Mini zoo ni dalam bangunan je, tapi dorang all out buat mini zoo ni mcm kat habitat sebenar haiwan2 tu. Siap ada pokok real, tanah, dan lain-lain kat dlm bangunan 3 tingkat ni. Rasa macam jungle trek betul la kan.. Sesiap yang ada masa lebey leh duk situ tunggu time bagi makan, sebab masa tu dorang kasi pengunjung sentuh haiwan tu..kalu berani laa..
Masa kitorang gi, sempat la rasa sesi beramah mesra ngan emu
Nih sebenarnye kat tingkat 2 dlm bangunan.. tapi siap ade pokok, busut sumer..nak kasi haiwan rasa 'at home',muahaha..kono tipu emu tu ek..

Posing di kolam Rex, seekor buaya yang besor (eleh, kat Malaysia pon ade ekk, muahaha..) dan juga tengok koala manjat pokok

 Anak dan abahnye ukur tinggi kat kangaroo, Kak Nab take 5 sat..

Kat pintu keluar tu, awek cun ni pelawa Ammar sentuh ulor. Berani gak anak bujang mama ni..

MADAME TUSSAUDS
Madame Tussauds was my favourite! Ape taknye, inilah masanye nak berposing ngan orang2 ternama dunia dan artis2. Madame Tussauds ni baru je dibuka di Sydney, kat tempat lain macam London atau Paris dah lama ada. Di sini patung lilin orang2 ternama ni dipamerkan, saiz sebenar dan memang nampak real.

Leo DiCaprio dan the Queen (selesanye Nina, macam nenek dia je..heheh!)

The Genius & a genius in the making..aminn...

Posing wehh... (^_^)

"Siapa ni, mama?" tanya Ammar. "Inilah Madame Tussauds, dear" jawabku.

Kalu nak diikutkan, Madame Tussauds ni tak leh kongsi entri ngan yang lain, sebab best sangat tempatnya. Tapi rasanye, cukup2lah ek. 

Signed off!

Gambar Belangkas