Showing posts with label Daerah Hulu Perak. Show all posts
Showing posts with label Daerah Hulu Perak. Show all posts

Wednesday, April 23, 2014

Pengkalan Hulu - Bandar Pelancongan Sempadan



Macam yang semua tau...
baru-baru ni awok berkesempatan menyertai program Lawatan FAM Trip Pengkalan Hulu ; The Undiscovered Trail 2014 ....
dan sebabkan udah lebih seminggu....
awok cadang nak buat penutup atas lawatan tempohari...

Kalo sebelum ni...
jika disebut Pengkalan Hulu....
awok akan terbayang jauhnya nak kesana dari Ipoh (2 jam setengah - 3 jam)....
dan bandar transit sebelum nak ke Baling atopon nak ke Betong, Thailand....
tapi selepas je awok mengikut lawatan ke sana baru2 ni...
pandangan awok terhadap Bandar Pengkalan Hulu berubah 360° ....

Macam yang kome tahu...
Pengkalan Hulu ni terletak dalam daerah Hulu Perak...
daerah yang agak jauh....
dan tak hairan jugak le bila kod telefon disni menggunakan kod 04 dan bukannya 05 sebagaimana biasa untuk Negeri Perak.....
bagaimana nak kesana rasanya awok tak perlu bagitau kot?...
ramai yang dah tau kan?!

dan di Hulu Perak ni...
ada 2 tempat yang popular dimata antarabangsa ketika ini...
1. Lembah Lenggong - Tapak Warisan Dunia UNESCO

2. Taman Negeri Royal Belum
dan Pengkalan Hulu seperti terpinggir...
apapun awok tabik pada Majlis Daerah Pengkalan Hulu...
terutamanya YDP nya Encik Shukri b. Azari...
yang tak penat dan tak pernah lelah berusaha 'memperkenalkan' Pengkalan Hulu kepada semua...

dan jangan kome tak percaya...
Bandar kecil seperti Pengkalan Hulu ni...
ada sebuat pusat Bowling, Kelab Golf, KFC dan juga stadium mini.....
hebat juga Bandar kecik ni!...

tapi apa yang menarik minat awok kepada Pengkalan Hulu...
ialah macam mana tenangnya hidup di Pekan/Bandar kecik...
yang kita tak perlu terkejo2 nak kesana-kesini.....
kalau tempat kita tinggal masih lagi macam tu...

dan Pengkalan Hulu juga dikelilingi dengan pemandangan hutan yang menarik pada awok...
sebagai seorang pencinta aktiviti hutan/lasak ....
awok rasa Pengkalan Hulu menawarkan produk yang baik kepada kita semua.....
baik dari segi alam semulajadi, tradisi, tinggalan sejarahnya......
Pengkalan Hulu bukan lagi Bandar yang boleh dianggap sebagai Bandar Transit ke Baling ato ke Pekan Betong....
tapi Pengkalan Hulu kini boleh gah disebut sebagai
Pengkalan Hulu : Bandar Pelancongan Sempadan.

Antara Produk pelancongan yang ada di Pengkalan Hulu




Gua Khalid

Gambo kredit : Ipoh Echo


















Tasek Takong
Gambo Kredit : Ipoh Echo

















Kolam Air Panas / Chalet Air Panas
Gambo Kredit ; Ipoh Echo

















Kelab Golf Pengkalan Hulu

Gambo Kredit : Ipoh Echo


















Rahman Hydrauclic Tin Sdn Bhd


Kompleks Bebas Cukai di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu


 Pesta Songkhran di Kg Tasek, Pengkalan Hulu

Batu Sempadan Malaysia-Thailand





Dan kalo kome berminat nak  menjelajah Pengkalan Hulu....
kome jangan segan silu untuk menghubungi Majlis Daerah Pengkalan Hulu dan bercakap dengan Pegawai di Unit Pelancongan deme....
Encik Haniff Faiz Misnan (017-846 5346)




Friday, April 18, 2014

Gua Gendang, Pengkalan Hulu


Cantik ciptaan Allah...
tak terjangkau dek minda...
tak tercapai dek akal!

Gua Gendang dan Gua Itik sebenarnya terletak berhampiran dengan Kg Tasek, Pengkalan Hulu...
dan 9km dari Pekan Pengkalan Hulu......
seperti yang awok nyatakan sebelum ini......
pada yang sukakan aktiviti rekreasi seperti jungle trekking dan meneroka gua....
ini pilihan gua yang terbaik pada awok.....

sebelum kome teruja...
sila buang dulu diri kome dari zon selesa kome...
dan bayangkan kome ditempat yang jauh dari tilam empuk....
jalan simen dan tangga yang selesa, ...
sebabnya kome takkan jumpa semua tu disini....

Dari Gua Itik ke Gua Gendang...
peserta terpaksa menaiki dan menuruni bukit...

Wajah2 ceria....



Gua Gendang dipercayai pernah digunakan oleh komunis semasa darurat dahulu sebagai tempat persembunyian deme......
kerana lokasi yang strategik dan banyak tempat yang agak tersembunyi didalam Gua Gendang.....

Bertukar menjadi tawar....
bila terpaksa menuruni masuk ke gua melalui lubang sempit....
curam dan tinggi.....

Langkah terpaksa diatur secara berhati2...
hujan hari sebelum menyebabkan tangga tali agak licin dari biasa...

Salam perkenalan dengan Gua Gendang...
sebelum jauh meneko ke dalam gua...

Ada sinar dihujung terowong...
yang hanya dapat dilihat sahaja....

Ok... ini kawasan yang tak dalam....
tapi disebabkan air yang deras.....
peserta perlu berhati2 meredah sungai.....

Beso dalam gua ni kome....

apa yang menarik semasa penjelajahan awok .....
dipertengahan jalan di Gua Gendang setiap kumpulan akan diminta untuk menutup sebarang lampu yang ada....
dan diminta untuk menerokai Gua Gendang yang gelap hanya melalui bunyi arus sungai......
dan pada masa itu, kita akan dapat meneka dari mana Gua Gendang mendapat namanya!....
bunyi arus sungai yang deras dan menghentam dalaman gua...
akan menghasilkan bunyi seperti gendang....
Sebelum sesi menutup lampu...
Pihak Bomba memberi sedikit taklimat....
Gelap2 pun....posing tetap posing...

Nak ceritakan betapa gelapnya dalam gua ni....
dan kome bayangkan kalo lampu tu pun ditutup.....


uiiishhh... pengalaman yang indah pada awok......
dan ada sesetengah tempat di Gua Gendang ini yang memerlukan peserta untuk merangkak seperti komando..... meredah air sungai......
oh yeaaa..... sungai ini merintangi gua Gendang ni....
memang confirm kita akan basah......

dan pada yang berminat untuk menjelajah Gua Itik, Gua Gendang dan juga Gua Khalid...
kome boleh hubungi pihak berwajib seperti berikut:-

Kenangan Terindah!

Peserta berjaya menamatkan penerokaan Gua Itik dan Gua Gendang dengan hensemnye!!!

Jalan Keluo dari Gua Gendang

Ingat seksa tak lepas lagi...
dari Gua Gendang...
peserta perlu mendaki bukit...
nasib baik disini ada tali ...
senang sikit nak berpaut....

Ahaksss...
rasanya ramai yang dah kenal ni

Muka penat atau seronok...
kome tentukan!

Gua Gendang Resort

Hisyam : 019-4139216
Baha : 016-446 0449
Azian : 016-447 0449
Pejabat : 04-431 0684
Faks : 04-431 0319
Email : guagendangresort@gmail.com
Facebook : Gua Gendang
Koordinat GPS Gua Gendang : N 05°38.736' E100°57.793'


P/S: Gua Khalid ...
ye memang ada dan namanya memang Gua Khalid...
tapi sebab kami semua tak teroka....
awok tak berani nak up kan entri nya.....



















Thursday, April 17, 2014

Gua Itik, Pengkalan Hulu



Sebelum entri ni ditulis...
maafkan awok .... Sobri Yaacob dengan Eshamzhalim ...
sebabnya 2 - 3 hari ni entri kami akan berkisar di Pengkalan Hulu .......
kami teruja dengan lawatan kami sepanjang berada di Pengkalan Hulu baru2 ni...

kome juga jangan pelik....
sebabnya entri2 awok berkaitan dengan Pengkalan Hulu takkan mengikut turutan 'kejadian' ...
dan tidka juga mengikut hari...
sebabnya awok lebih tumpukan kepada produk pelancongan yang ada di Pengkalan Hulu....

dan disebabkan itu...
entri kali ini adalah berkaitan dengan Gua Gendang dan Gua Itik....
pada yang suka kepada aktiviti lasak...
rasanya tiada masalah untuk menjelajah kedua2 gua ini......

suka awok ingatkan...
perjalanan ke Gua Gendang dan Gua Itik tidaklah semudah kome ke Gua Tempurung....
ataopon ke Gua Kelam di Perlis...

sebelum penjelajahan dimulakan...
taklimat keselamatan akan diberi oleh pihak Kem Gua Gendang Resort dan Jabatan Bomba....
dan peralatan keselamatan akan diberi kepada para peserta......
para peserta dipecahkan kepada 3 kumpulan...
untuk memudahkan pemantauan dan jagaan pihak bomba...

Gua Gendang & Gua Itik
Exercise dulu...
yang sebenonye peserta terpaksa jalan kaki ke dalam...
disebabkan pokok tumbang di tengah jalan menuju ke Kem...

GUA ITIK

Gua Itik tidaklah sepanjang Gua Gendang.....
tetpi perjalanan menyusuri sungai di Gua Itik memang mencabar.....
pada yang tak 'fit' ...
memang akan mengaku kalah....
sebabnya kome perlu mendaki bukit dan meredah hutan serta arus sungai yang deras sebelum sampai ke pintu gua.....

ditambah dengan hujan turun dengan lebat hari sebelumnya...
arus sungai menjadi lebih kuat dari biasa...
tapi itu yang membuatkan para peserta berkobar-kobar nak menjelajah Gua Itik....

Mendengar penerangan dan taklimat keselamatan dari pihak kem Gua Gendang Resort dan Jabatan Bomba...
sebelum meneroka kedua2 gua.....
Para peserta tekun mendengo taklimat...
maklumle...berdebo2 nak masuk gua..nak redah hutan...

Antara peralatan wajib yang akan dibekalkan...
topi keselamatan dan torch light @ head light ?....

Meredah hutan belukar dan mendaki bukit....
blogger tersohor... ahaks....

Macam biasa....
bergambo tak dilupakan....

Tinggi ni kome....
nampak mudah....
tapi jangan risau...
abang bonba dah tunggu kat bawah tu...

Blogger dan photographer tersohor.....
posing tetap posing......

Antara halangan yang perlu ditempuhi....
batang balak...dan air sungai yang deras....

Dah nampak pintu gua Itik.....
lega.... tapi tak penyeksaan tak habis lagi.....

Gelap???
itu lah sebabnya mengapa peserta dibekalkan dengan head lamp (head light?)....

Rare.... jenuh pakei kasut camni redah hutan...dan gua

Keluar dari Gua...
peserta perlu menempuh kebun getah pulak......
sebelum ke Gua Gendang...

 Entri Gua Gendang akan menyusul kemudian!!!










Monday, April 14, 2014

Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail

Sebagaimana yang awok janjikan .....
awok akan kembali bersiaran pada hari Selasa ni...

Alhamdulillah...
awok baru sahaja menjelajah daerah kecil Pengkalan Hulu yang terletak di Daerah Hulu Perak......
program Fam Trip - Pengkalan Hulu - The Undiscovered Trail ini  dianjurkan oleh pihak Tourism Malaysia Pejabat Negeri Perak dengan kerjasama Majlis Daerah Pengkalan Hulu......
bermula dari 12 - 14 April yang lalu...
disertai oleh pihak media, blogger dan agensi pelancongan...
bertujuan untuk menyelongkar keindahan dan kawasan berpontesi untuk pelancongan di Pengkalan Hulu yang berada jauh dipenghujung negeri Perak.....

Sebelum tahun 1909 ....
Pengkalan Hulu adalah sebuah daerah dibawah jajahan Kerajaan Reman dari Siam....
hanya pada tahun 1909 barulah Pengkalan Hulu ataupun nama lamanya Kroh diserahkan kepada Kerajaan Negeri Perak pada masa itu....

Untuk makluman kome juga ...
Pengkalan Hulu dikenali sebagai Kroh sehingga tahun 1984...
dan dituko oleh Almarhum Sultan Idris Al-Mutawakkil Alallahi Shah (Sultan Idris Shah II)..
kenapa Pengkalan Hulu dikenali sebagi Kroh sebelum 1984 akan awok ceritakan dalam entri awok akan datang......

dibawah awok sertakan dahulu gambo2 untuk tatapan kome...
sebelum entri sebenonya keluar nanti..
errr...awok tak habis pening lagi ni....


Pengkalan Hulu
Singgah makan tengahari di Restoran Tasek Raban, Lenggong pada 12 April 2014...

Pengkalan Hulu
Melawat Lombong Bijih Timah terbesar di Malaysia...

Pengkalan Hulu
Pesta Songkhran di Kg Tasek, Pengkalan Hulu...

Pengkalan Hulu
Batu Sempadan Malaysia - Thailand...
yang berada di Bukit Berapit, Pengkalan Hulu dibahagian Malaysia...
dan di kawasan Betong dibahagian Thailand...

Pengkalan Hulu
Pintu Gerbang masuk ke Thailand...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang dan Gua Itik...
Awesome!!!!

Pengkalan Hulu
Antara Blogger dan Media serta Agensi Pelancongan yang terlibat...

Pengkalan Hulu
Gua Gendang!!

Pengkalan Hulu
Bergambar di Pintu Keluar di Gua Gendang!

Pengkalan Hulu
Nasi Buluh Kalatia

Gambar Belangkas