15 Ramadhan
Alhamdulillah ...15 hari dalam bulan Ramadhan telah pun kita harungi..kita sedang berada dalam fasa kedua Ramadhan...fasa pengampunan...ambil lah peluang ini sebanyak-banyaknya untuk solat sunat taubat dan mohon pengampunan dari Allah SWT. Sedang nabi yang maksum pun memohon keampunan dari Allah..apalah sangat diri kita yang kerdil ini...yang sentiasa terleka dan terlalai ...mengapa kita sangat sombong sehingga tidak mahu mengambil peluang ini untuk memohon keampunan dari Allah....
Akhir Ramadhan semakin hampir...semakin sedih diri ini kerana tidak lama lagi bulan yang Mulia ini akan meninggalkan kita...
Sudah 15 hari juga anak ke-6 ku, Mu'adz menjadi Imam solat Terawikh dikampung ku di selatan tanah air..kampung Rimba Terjun, Pontian.
Syukur Alhamdulillah...ini anak kedua ku yang hafiz dan menjadi Imam Solat Terawikh...semoga Allah sentiasa memelihara dirinya dari perkara yang tidak baik..dan tetapkan lah hatinya untuk sentiasa berada di jalan yang benar...Amin.
Setiap kali Imam tahfiz menjadi Imam solat Terawikh di Mesjid Negeri Shah Alam, fikiranku sentiasa teringatkan anak ku yang menjadi imam di surau kampung ku...Mudah-mudahan Allah Permudahkan segalanya buat anakku....