Showing posts with label LUXOR. Show all posts
Showing posts with label LUXOR. Show all posts

Monday, March 16, 2015

MAKAM HULU BALANG FIRAUN DI TEMUI DI MESIR


Makam purba pengawal kuil dewa Mesir Amun, Amenhotep berjaya ditemui pasukan arkeologi Amerika Syarikat bersama pasukan penyelidik Mesir di bandar Luxor, 700 kilometer di selatan Kaherah, baru-baru ini.


Kementerian sejarah purba Mesir berkata, makam itu wujud sejak Dinasti ke-18 Kerajaan Baru Mesir sekitar 1543 hingga 1292 sebelum masihi iaitu yang paling terkenal pada zaman Mesir Purba dan ditemui awal bulan ini di kaki gunung Thebes, di antara Lembah Raja-Raja.

Kementerian itu minggu lalu mengedar gambar makam dengan keindahan luar biasa menunjukkan lukisan serta tulisan hieroglif yang menggambarkan perayaan dan kegiatan harian dengan penuh warna-warni yang jelas tidak pudar dimamah zaman.

Malangnya, Menteri Sejarah Purba Mamouh al-Damaty berkata makam itu menunjukkan kesan dijarah malah keranda batu tempat mumia dihiasi batu permata juga hilang.

Makam itu dihiasi pelbagai lukisan cantik yang kebanyakannya menggambarkan pemilik makam bersama isterinya dengan adegan kehidupan seharian.

Ketua Pengarah Kementerian rantau Mesir Ata, Sultan Eid berkata makam berbentuk T itu sengaja dimusnahkan pada zaman purba namun puncanya tidak diketahui.

“Nama, gelaran pemilik makam, beberapa teks hieroglif dan lukisan serta nama dewa Amun sengaja dipadamkan,” katanya.Turut ditemui ialah makam anak Amenhotep, Sa-Mut dan isteri Ta-Khaeet.

Bandar Luxor dengan 500,000 penduduk di tebing Sungai Nil adalah muzium terbuka dengan pelbagai kuil serta makam diraja.

Al-Damaty berkata dalam satu kenyataan berasingan bahawa sebuah rumah rehat milik Raja Thutmosis II, juga dari Dinasti ke-18 Kerajaan Baru Mesir ditemui di wilayah Terusan Suez di wilayah Ismailia.

Gambar Belangkas