Showing posts with label Perniagaan. Show all posts
Showing posts with label Perniagaan. Show all posts

Wednesday, September 9, 2015

Swift code bank malaysia




Swift code bank malaysia. Apa itu swift code? Kenapa ia penting? Ia digunakan untuk apa? Ini antara soalan-soalan yang bermain di dalam fikiran aku ketika aku diminta untuk mengisikan (BIC). Baik, apa itu Bic code? Jika anda ingin berurusan mengenai perpindahan wang melibatkan bank antarabangsa, anda perlu tahu akan hal ini.




Baik. Swift code merupakan suatu format piawai Kod Bank Identifi (BIC) dan ia adalah kod pengenalan unik bagi bank tertentu. Kod-kod ini digunakan ketika proses memindahkan wang antara bank, terutamanya bagi pemindahan antarabangsa. Bank-bank juga menggunakan kod ini untuk bertukar-tukar mesej di antara mereka. Swift code terdiri daripada 8 atau 11 aksara. Apabila kod 8-digit diberikan, ia merujuk kepada pejabat utama.



Penerangan di atas adalah bahasa kamus. Kalau dalam bahasa mudahnya, swift code digunakan apabila korang ingin memindahkan atau ada proses kemasukan wang dari bank luar negara ke dalam akaun bank korang. Dalam form yang korang perlu isi, akan ada 1 kolum (BIC). Korang kena kenal pasti bank apa yang korang guna, semacam contoh maybank. Jadinya bagi maybank, swift codenya adalah MBBEMYKL. Dari mana nak tahu code ini? Nanti aku terangkan sekejap lagi ya!

Buat masa sekarang, ada lebih 40,000 swift code *korang rasa korang boleh hafal tak? Hehehe*. Kod-kod ini mempunyai hubungan aktif dengan rangkaian swift. Swift code dikendalikan oleh Society for Worldwide Interbank Financial Telecommunication (SWIFT) dan beribupejabat di La Hulpe, Belgium. Ok, sekarang dah jelaskan Apa itu swift code? Dan apa itu Bic code? Sekarang aku nak kongsikan pula Swift code bank malaysia.

Senarai Swift code bank malaysia.


No Bank Bandar Swift code
1 AFFIN BANK BERHAD Kuala Lumpur PHBMMYKL
2 AMBANK (M) BERHAD Kuala Lumpur ARBKMYKL
3 BANK ISLAM MALAYSIA BERHAD Kuala Lumpur BIMBMYKL
4 BANK KERJASAMA RAKYAT MALAYSIA BERHAD (BANK RAKYAT) Kuala Lumpur BKRMMYKL
5 BANK NEGARA MALAYSIA Kuala Lumpur BNMAMYKL
6  BANK PERTANIAN MALAYSIA BERHAD-AGROBANK Kuala Lumpur AGOBMYKL
7 CIMB BANK BERHAD Kuala Lumpur CIBBMYKL
8 CITIBANK BERHAD Kuala Lumpur  CITIMYKLLAB
9 HONG LEONG BANK BERHAD Kuala Lumpur HLBBMYKL
10 MALAYAN BANKING BERHAD (MAYBANK) Kuala Lumpur MBBEMYKL

Ini adalah sebahagian daripada bank-bank yang ada. Harus juga dingatkan bahawa swift code di atas adalah berlainan mengikut negeri. Semacam contoh, code di atas digunapakai di kuala lumpur sahaja. Ianya mungkin berlainan jika anda ingin mencari swift code bagi negeri melaka atau negeri selain daripada kuala lumpur. Jika anda ingin mencari code bagi negeri lain, ada boleh carinya di Theswiftcodes. Semoga perkongsian ini memberi manfaat. InsyaAllah.

Friday, August 28, 2015

5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar. Pernah berhadapan dengan pelanggan cerewet? Ianya sudah pasti bukanlah pengalaman yang mengembirakan untuk anda. Pernahkah anda dengar tentang istilah ini: Pelanggan adalah raja? Yang membawa maksud, pelanggan sentiasa berada di pihak yang benar. Salah satu cara meningkatkan penjualan produk adalah mencari pelanggan baru. Tetapi bagaimana jika anda berhadapan dengan pelanggan yang cerewet ini? Dalam siri motivasi di blog ceritaejoy, kami berkongsikan cara hebat berurusan dengan pelanggan ini. Ayuh teruskan bacaan anda!


Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar.


#1 Kesabaran.

Jangan sesekali biarkan kesabaran anda hilang. Bertenang dan beri tindak balas dengan cara terbaik kepada pelanggan anda. Ini akan menjadikan pelanggan anda lebih tenang. Berikan masa untuk mereka meluahkan perasaan mereka.

#2 Mendengar.

Sentiasa dengar apa yang pelanggan anda luahkan. Ini adalah 1 rahsia di dalam membantu anda berurusan dengan pelanggan yang sukar. Masalah atau soalan pelanggan adalah penting kepada mereka. Beri respon kepada mereka dan berusaha menyelesaikan masalah mereka.

#3 Merasai.

Letakkan diri anda di dalam diri pelanggan. Cuba fahami masalah mereka. Sentiasa beri respon, “saya faham masalah ini” atau “saya tahu apa yang kamu rasa”.

#4 Jangan ambil hati.

Di dalam keadaan marah, pelanggan lebih cenderung mengeluarkan kata-kata kesat atau emosi.  Jangan sesekali ambil hati. Ini adalah kerana, kita juga akan melakukan perkara yang sama jika berhadapan dengan perkara seperti ini. Cuba untuk bertenang dan bawa emosi pelanggan anda kepada keadaan yang lebih tenang.

#5 Cari penyelesaian.

Jangan hanya mendengar luahan pelanggan, sebaliknya cuba mencari apakah jalan terbaik di dalam menyelesaikan masalah pelanggan anda. Berikan jalan alternative atau maklumat berkaitan kepada pelanggan anda, bagaimana masalah mereka ini boleh diselesaikan.

Jadi inilah 5 Tips Hebat Berurusan Dengan Pelanggan Sukar yang boleh anda praktikkan. Sentiasa ingat, pelanggan adalah penentu kepada masa depan perniagaan anda. Emosi mereka hanyalah bersifat sementara. Sebagai seorang yang professional, anda sudah pasti mampu menghadapi masalah ini dengan tenang. Semoga perkongsian ini memberi manfaat dan terima kasih kerana sudi singgah ke blog ceritaejoy.

Sunday, August 23, 2015

Perniagaan VS Pengalaman.


Perniagaan VS Pengalaman. Mood aku sedikit terganggu pagi ini. Ianya gara-gara perbalahan pendapat mengenai peniagaan dan juga pengalaman. Aku berpendirian, apabila kita ingin memasuki sesuatu bidang itu, pengalaman adalah perkara paling utama. Tanpa pengalaman, segala macam usaha adalah sia-sia.

Di dalam usaha memulakan perniagaan, modal sahaja tidak mencukupi. Ada modal yang banyak, tetapi kurang pengalaman di dalam pengendalian perniagaan, yang akhirnya berkesudahan kembali kepada kehidupan biasa. Jika pengalaman itu besar, dari ceruk mana pun, kita boleh buat wang. Ini terbukti dengan kejayaan ramai suri rumah buat duit dari rumah. Dalam pada fokus mereka di dalam menjaga anak-anak, mereka mampu menjana pendapatan dari rumah. Ini terhasil dari pengalaman yang ada.

Kalau kita bercerita mengenai blog. Kalau dulunya blog hanya di gunakan sebagai medium "luahan perasaan" tetapi kini ramai yang dah berjaya buat duit dengan blog. Ya! Blog juga adalah satu perniagaan. Dan ianya juga berkaitan dengan pengalaman. Dari mana datangnya ilmu? Dari pengalaman.

Aku beri 1 contoh perniagaan. Kita memilih untuk membuka kedai makanan. Pelbagai menu yang kita sediakan. Tetapi kita tak pernah tahu bagaimana rupa atau lebih teruk lagi langsung tiada pengalaman menjual makanan. Apakah yang akan jadi kepada perniagaan kita? Ianya samada tidak bertahan lama atau kekal sebagai kedai kecil sahaja.

Berbeza jika kita mempunyai pengalaman. Kita faham dengan selok belok perniagaan. Kita jelas dengan apa yang kita ingin lakukan. InsyaAllah, apa yang kita bina akan berjaya. Hanya dengan pengalaman.

Hmm. Aku tidak suka dengan mereka yang bermuka-muka di dalam perniagaan. Mereka yang gemar menggunakan pengalaman orang lain di dalam perniagaan mereka. Mereka yang langsung tidak tahu dengan apa yang mereka jualkan. Mereka kata produk mereka bagus, tetapi mereka sendiri tidak menggunakannya. Mereka ajar kita cara pelaburan yang betul, tetapi mereka sendiri tidak melabur. Apakah anda akan percaya dengan perniagaan seperti ini?

Wednesday, May 13, 2015

Punca perniagaan tidak berjaya.

Punca perniagaan tidak berjaya|ceritaejoy.

Aku bukanlah seorang yang pakar di dalam bidang perniagaan. Aku juga bukan seorang yang pakar perniagaan. Jadi, siapa aku untuk bercakap mengenai punca perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Aku sebenarnya mencari jawapan dan meluahkan apa yang mata aku lihat. 

Baik, kenapa perniagaan yang dijalankan, tidak berjaya? *Fokus aku adalah pada perniagaan yang tidak berjaya dan terkandas di tengah jalan ya. Aku sentiasa tertanya-tanya. Dan jawapan yang paling utama, yang sering kedengaran adalah, kurangnya ilmu. Tak usah cakap bisnes la, apa pun, kalau tiada ilmu, tak kemana perginya. 

Yang menjadi bualan utama aku adalah, mereka yang sungguh hebat di dalam penghasilan produk, samada yang sedia ada ataupun produk terbaru, yang tak pernah ada pun sebelum ni. Bunyinya dah menunjukkan mereka ini cukup pakar di dalam bidang pernigaan. Tetapi, perniagaan mereka juga tidak berkembang. Apa puncanya? Ini yang selalu buatkan aku tertanya-tanya. 

Kita ambil contoh, perniagaan makanan ya. *Ini adalah pendapat aku ya, mungkin tidak sama dengan pendapat orang lain. Burger yang di hasilkan di bahu-bahu jalan, atau di dalam-dalam kampung, lebih sedap daripada burger yang dihasilkan di sebuah restoran terkenal. Betul. Aku lebih suka makan burger-burger daripada kedai-kedai ini. Tetapi, kenapa perniagaan mereka tidak sangat berjaya dan hanya berada di kawasan itu sahaja? Yang akhirnya membawa kepada penutupan kedai.

Sebaliknya berlaku dengan restoran yang menghasilkan burger tadi. Perniagaan mereka menjadi sangat berjaya. Tak salah kalau aku cakap, burger mereka adalah burger sepanjang zaman. Sejak aku kecil, hinggalah aku dewasa dan mempunyai anak-anak, mereka masih menghasilkan burger yang sama. Kedengaran sangat hebat kan?

Jadi, apakah punca perniagaan tidak berjaya? Produk dah hebat, rasa dah sedap, tapi tak juga berjaya. Kalau nak dibandingkan masakan kedai-kedai biasa dengan hotel-hotel mewah, sedap lagi masakan di kedai-kedai biasa ni, tetapi kenapa perniagaan mereka tak juga berjaya?

Aku pernah terbaca dalam 1 buku. Antara yang aku ingat sampai sekarang adalah, produk menjadi no 2 di dalam perniagaan. Aiks? Dah nama pun bisnes, dah tentulah produk menjadi perkara paling utama. Tetapi kenapa ia menjadi no 2 di dalam perniagaan?

Yang buatkan aku jadi lebih sakit hati adalah, buku tu tak menceritakan langsung apakah perkara paling utama di dalam perniagaan hinggalah aku selesai baca buku tu, barulah dikongsikan apakah perkara paling utama di dalam perniagaan. *Biasalahkan, kita ni malas nak membaca dan mencari ilmu, jadinya, semua perkara nak cepat. Kalau boleh, nak orang beritahu dan ajar terus langkah-langkah menjadi sangat berjaya di dalam perniagaan.

Ok, aku rasa macam dah membebel panjang-panjang pulak. Kesudahannya, takda orang baca pun. Hahahahaha. Apakah perkara paling utama di dalam perniagaan? Inilah punca kenapa perniagaan tidak berjaya. Perkara yang paling utama bukanlah produk tetapi ia adalah bagaimana cara anda niagakan produk anda. 

Ambil contoh perniagaan burger tadi. Bagaimana perniagaan restoran tadi menjadi sangat berjaya. Yang sebenarnya, mereka langsung tidak menjual burger, sebaliknya mereka menjual hartanah. Apa yang mereka lakukan adalah, mereka memastikan pelanggan mereka, boleh menikmati burger mereka walau di mana sahaja mereka berada dan yang lebih hebat lagi, dengan rasa yang sama!

Rasanya itu masih belum hebat lagi, pada mata aku, yang menjadikan mereka lebih hebat adalah, walaupun mereka dah berniaga belas atau puluhan tahun, pekerja yang baru sehari bekerja, mampu menghasilkan burger yang punya rasa yang sama dengan burger yang dihasilkan belas atau puluhan tahun dulu. Hebat bukan?

Ini bermakna, walaupun burger mereka dikatakan hebat, sesiapa sahaja boleh menghasilkannya walaupun pekerja yang baru masuk kerja tu adalah seorang mekanik kereta sebelumnya. Ha. Amacam? Boleh buat?

Inilah rahsia mereka. Kenapa mereka sangat berjaya di dalam perniagaan. Dan inilah punca kenapa perniagaan yang dijalankan tidak berjaya. Kuncinya adalah, jangan sekadar menghasilkan produk, sebaliknya, belajar bagaimana memasarkan produk, siapa target pelanggan, masalah pelanggan yang bagaimana yang kita selesaikan, dan kesenangan pelanggan di dalam mendapatkan produk kita walau di mana mereka berada.

Benar, 90% punca rezeki adalah daripada perniagaan, dan semua orang ingin menjalankan perniagaan. Tetapi ianya tidak semudah kata-kata. 90% itu melambangkan usaha dan bakinya adalah kejayaan yang bakal anda kecapi. Hehehehe.

Haffizul iskandar.

Sunday, April 5, 2015

Pembeli penipu

Pembeli online penipu.

Assalamulaikum Dan Salam Sejahtera.

Pembeli penipu atau lebih tepatnya pembeli online penipu memang banyakkan dalam masyarakat kita. Dulu aku selalu dengar, sekarang aku pulak yang merasa. Sebenarnya, takdalah banyak mana pun, tapi, masih juga menipu kan?

Sebelum ni, wife aku cuma surirumah sepenuh masa. Tapi, disebabkan ingin menambah pendapatan keluarga, wife aku ada buat peniagaan kecil-kecilan, Menerima tempahan baju kurung untuk wanita dewasa dan kanak-kanak.

Dalam dunia yang serba maju ni, perniagaan bukan sekadar dalam dunia realiti, tapi juga dalam dunia online. Aku pun suka bisnes online ni. Mudah dan selesa. Sebabnya, kita pilih barang, buat bayaran dan barang sampai ke pintu rumah. Itu tanggapan biasa. Yang luar biasanya, kadang-kadang lain size yang diminta, lain pulak size yang sampai. Itu belum cerita cara penghantaran lagi. Ada sesetengah penghantar barang yang tidak memiliki etika langsung. Kita belum sempat bukak pintu lagi, dia dah gerak dah. Aii, tunggu la sekejap bang, kot ngah separuh bogel, nak jugak pakai pakaian yang elok, baru keluar. Hish!

Sebenarnya, ramai juga blogger malaysia yang menjalankan perniagaan baju kurung online ni. Ia juga salah satu cara jana income dengan blog. InsyaAllah, aku juga bakal menyusul, membantu perniagaan isteri.

Berbalik kepada pembeli penipu atau pembeli online penipu ni, ceritanya macam ni. Wife aku terima tempahan melalui pos dari rakan beliau. Kira kenal la jugak. Bila dapat tempahan, bayaran hanya dikenakan bila barang yang dipesan sudah siap sepenuhnya. 

Bila baju kurungnya dah siap, wife aku pun beritahulah rakan beliau ni. Wife aku pulak tahu kat mana rumah rakan dia ni. Jadi, disebabkan rakan dia ni sibuk, wife aku pun hantar baju dia ke rumah keluarga dia (Sebenarnya, ini juga atas permintaan rakan wife aku ni).

Dan sepatutnya bila tempahan sudah siap, bayaran haruslah dibuatkan? Tapi tidak sama sekali. Hingga sekarang, wife aku masih belum terima apa-apa bayaran lagi. Ish, dah kenapa. Barang dah ambil, tapi taknak bayar? Sebenarnya, wife aku kenal dengan rakan dia ni siap dengan family dia lagi. Itu yang berani hantar baju dulu, walaupun bayaran masih belum dibuat. 

Rupanya salah sama sekali. Betul la orang cakap, jangan pernah percayakan sesiapa pun. Inilah jadinya. Aku sebenarnya pelik dengan manusia macam ni. Bayaran baju tak sampai RM100 pun. Baju dia dengan anak dia lagi. Pun susah jugak nak bayar. Kalau harga sampai beratus-ratus tu, mungkinlah kan.

Lepas tu, dia boleh buat dek je. Kita dah mesej banyak kali, pun dia buat dek je. Tak kan lah, sampai nak ke rumah minta kan? Sendiri faham sudah.

Sebenarnya, ini juga adalah pengalaman pertama kali berhadapan dengan perkara macam ni. Aku tahu, bukan setakat pembeli online penipu atau pembeli penipu ni, malah lebih dari itu pun ada. Ada banyak lagi ragam pelanggan yang pelik-pelik. Takpe, ambil ia sebagai pengajaran untuk masa mendatang. Pengajaran, pengajaran jugak, Duit tu bayar la kan.

Bagi sesiapa yang ingin menempah baju kurung dewasa dan kanak-kanak dengan harga yang sememangnya murah dan sudah tentu tanpa cas GST, boleh hubungi 0136400070 (Maria).

Monday, March 23, 2015

Iklan Mempengaruhi Minda Anak-Anak.

Didikan anak.

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera.

Saja aku nak kongsikan perihal iklan yang mempengaruhi minda anak-anak ni. Kalau anda perasan, sekarang ni ada iklan di televisyen yang menceritakan keburukan dadah. Ha, perasan tak?

Mulanya, aku tak berapa perasan iklan ni, atas sebab, aku hanya menonton berita sahaja. Tetapi bila wife aku menjerit-jerit, meminta aku untuk menghalang anak aku dari menonton, baru aku sedar akan perkara ni.

Iklan ni menceritakan kesan buruk akibat daripada pengambilan dadah. Tetapi, tetapi bila seorang kanak-kanak yang masih belum mampu membaca dengan baik, mereka akan melihatnya sebagai satu contoh perbuatan.

Disini ibubapa memainkan peranan yang penting di dalam mendidik anak-anak. Betul, itu aku sangat setuju. Tetapi, bagi ibubapa yang memiliki anak di bawah umur 5 tahun atau kurang, ia pasti sesuatu yang sukar.

Mereka akan menganggap, apa sahaja yang menjadi tontonan mereka sebagai salah satu bentuk pendidikan.

Bukan aku menyalahkan 100% iklan seperti ini, cumanya, pada aku, iklan seperti ini tidak benar-benar menceritakan atau memaksudkan perkara itu.

Perlu ada iklan yang lebih terkesan atau lebih terasa. Hinggakan anak kecil yang tidak tahu apa-apa, akan menjadi sangat takut untuk menonton, apatah lagi mahu mencuba.

Perkara yang mempengaruhi minda anak


Rakyat malaysia sekarang, sudah terlalu kreatif. Mereka mampu menghasilkan iklan seperti ini. Malaysia juga sudah semakin maju. Iklan sepatutnya perlulah lebih fokus atau menunjukkan perkara yang sebenar dan tanpa berselindung.

Kalau kita lihat pada iklan yang ada, banyak perkara tersirat atau tidak menunjukkan perkara yang sebenar. Ia lebih kepada "kiasan".

Aku mencadangkan, supaya iklan-iklan yang ada lebih menceritakan perkara sebenar. Kerana iklan-iklan seperti yang aku maksudkan di atas, iklan yang mampu mempengaruhi minda anak-anak.

Kalau kita lihat pada keadaan di dalam rumah. Bagi ibu yang menjaga sendiri anak mereka. Tumpuan mereka bukan sahaja kepada anak, malahan kepada keseluruhan tugasan rumah.

Bila tumpuan ibu beralih ke arah tugasan rumah, anak-anak akan memilih untuk menonton rancangan kegemaran mereka di televisyen.

Di waktu ini, pasti akan muncul iklan-iklan yang aku maksudkan tadi. Bagi ibu yang peka, mereka akan cepat-cepat menukar siaran akan menukar perhatian anak-anak mereka kepada perkara lain.

Tapi bagi mereka yang menganggap ia sekadar iklan biasa, takut kalau ia akan menjadi ikutan. Ini yang aku cukup risaukan.

Sekali lagi, aku tidak bermaksud untuk merendahkan niat mereka yang membuat iklan seperti ini. Aku cuma risaukan, jika anak-anak tidak memahami apa yang cuba di sampaikan dan lebih teruk lagi, kalau-kalau menjadi ikutan.

Aku sekadar meluahkan pendapat aku semata-mata. Tidak berniat menjatuhkan atau memperlekehkan sesiapa. Demi untuk semua juga.

Wednesday, March 18, 2015

Menang Dalam Perniagaan.

Teknik Berniaga Online

Aku sekarang ni, lebih suka berbual mengenai perniagaan. Ini mungkin disebabkan keghairahan aku dalam proses memiliki kehidupan sendiri. Bagaimana mahu menang dalam perniagaan.

Bukanlah bermaksud bekerja dengan orang bererti tiada kehidupan, cumanya, jika perniagaan milik kita, masa juga adalah milikan penuh kita.

Aku mencari-cari apakah teknik berniaga online yang terbaik. Dan hampir kebanyakkan orang berkongsi akan pentingnya iklan yang berkesan.

Kalau kita tengok dalam pasaran malaysia sekarang ni, boleh dikatakan hampir kesemua produk sudah ada. Jadi, bagaimana kita yang baru nak bertapak ni, nak masuk dalam pasaran?

Boleh juga aku katakan, dalam pasaran online pun, banyak blogger malaysia yang menjalankan perniagaan. Ini juga adalah cara jana income dengan blog.

Jadi, macamana nak bersaing? Jangan cakap dengan aku pakai bomoh bagai semua ya.

Aku nak bagi sedikit contoh, katakan ada 100 peniaga tudung, dan aku adalah peniaga yang ke 101. Macamana aku nak bersaing dengan 100 peniaga tudung yang sememangnya berpengalaman luas dalam bidang perniagaan.

Fikir punya fikir, makan punya makan, jalan punya jalan. Aku berbual dengan wife aku. Apa yang aku dapat adalah,

"Bila produk sudah semakin banyak, apa yang membuatkan kita unik dan menarik, kau memang dabomb adalah, penggunaan "ayat-ayat" berkuasa di dalam peniagaan serta tawaran-tawaran mengila untuk para pelanggan"

Ini sahaja caranya untuk kita menang dalam perniagaan. Ini sahaja caranya untuk kita menjadi unik di dalam perniagaan. Hehehe.

Aku teringat 1 ayat yang aku pernah baca kat dalam email aku, antara ayatnya berbunyi:

"Berikan tawaran kepada pelanggan yang mana pelanggan itu tidak akan mampu untuk menolaknya"

Rahsia Jualan Produk Jutaan Ringgit.

Rahsia berniaga.

Apakah rahsia jualan produk jutaan ringgit? Ini yang selalu bermain di dalam fikiran aku. Bagaimana mereka mampu menjual produk yang harganya bukan ratus, bukan ribu, tapi jutaan ringgit.

Aku memerhatikan setiap gerak geri mereka. Dalam usaha aku mencari, apakah rahsia mereka, berjaya menjual produk jutaan ringgit. Inilah rahsia berniaga.

Dalam pemerhatian aku. Kadang-kadang tu, bahasa mereka tak fasih mana pun. Terkadang tu, bahasa yang digunakan, tak langsung menerangkan apa yang ingin mereka maksudkan. Sampai kadang-kadang tu, kena guna bahasa isyarat. *ok, ini aku sengaja bohong.

Tapi, mereka mampu menjual produk mereka. Apa rahsia jualan produk jutaan ringgit ni?

Di syarikat tempat aku bekerja sekarang, majoriti pembekal kepada syarikat ini adalah daripada mereka. Kenapa dan bagaimana mereka mampu bertahan lama di dalam perniagaan ni?

Sepanjang pemerhatian aku, akhirnya aku dapat selongkar apa yang menjadi rahsia mereka selama ni. Rahsia berniaga yang dah lama mereka praktikkan. Rahsia jualan produk jutaan ringgit.

Rahsia mereka adalah, mereka sebenarnya bukan menjual produk! 

Dah kenapa kan? Dah tu, mereka jual apa?

Mereka menjual IMPAK daripada produk tu. Ha. Impak!

Inilah rahsia yang mereka pegang daripada dulu. Inilah rahsia jualan produk jutaan ringgit. Katakan mereka ingin menjual mesin pembuatan. Fokus utama mereka adalah, mengurangkan tenaga kerja manusia dan memaksimumkan pengeluaran syarikat.

Impak daripada jualan produk ini adalah, syarikat mampu mengurangkan belanja pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja tetapi memperoleh keuntungan berganda daripada pembelian produk ni.

Selain daripada tu, mereka memberikan "Perkhidmatan selepas jualan" class A! Dan perkhidmatan mereka adalah PERCUMA.

Syarikat dah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembelian produk mereka. Dan jika mereka memberikan perkhidmatan "berbayar", ia pasti akan menjadikan penjualan produk yang pertama dan terakhir daripada mereka.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nampak, bagaimana mereka mampu menjual produk jutaan ringgit. Tapi inilah antara rahsia berniaga mereka. 

Rahsia jualan produk jutaan ringgit. Apa pula pendapat korang? Sila komen di bawah yer. :)

Gambar Belangkas