Showing posts with label rakan alam maya. Show all posts
Showing posts with label rakan alam maya. Show all posts

Saturday, January 15, 2011

Siapakah Itu?

 (sila klik untuk lihat dgn lebih jelas)

Tadi saja-saja jalan tengok trafik ke blog di nuffnang... klik nak tahu siapakah referrals tertinggi.
Selain dari google, yang kedua tertinggi adalah dari 
Terkejut jugak....kerana tuan punya blog ini sebenarnya sudah lama kembali ke Rahmatullah. Saya ada tulis entri berkenaan itu di sini. Semoga Allah meRahmati dan menempatkan roh Allahyarhamah bersama orang-orang yang soleh. Amin.
Disebabkan blog Allahyarhamah masih ada dan tidak ditutup, maka masih ramai lagi followers blog Allahyarhamah yang masih klik melalui blog Allahyarhamah untuk ke blog-blog lain yang tersenarai di bloglist disitu...
Al-Fatihah utk Allahyarhamah Raden Galoh

Thursday, December 2, 2010

Facebook? Hati-hati jangan tertipu

Guru wanita kerugian RM15,000 ditipu rakan Facebook


2010/12/02

KOTA BHARU: Seorang guru wanita kerugian RM15,000 selepas dipercayai ditipu seorang kenalan melalui laman sosial Facebook. 

Pemangku Timbalan Ketua Polis Kelantan, ACP Mazlan Lazim, berkata ia berlaku selepas beberapa minggu guru wanita dari Taman Uda Murni, dekat sini, berkenalan dengan seorang lelaki yang dipercayai berasal dari Iraq.
Katanya, pada 30 November lalu, suspek menghantar khidmat pesanan ringkas melalui laman sosial itu kepada mangsa mengenai hasratnya untuk mempelajari agama Islam.
"Bagaimanapun, suspek menghubungi mangsa semalam bahawa dia menghadapi masalah dengan Imigresen di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) kerana membawa sejumlah besar wang pound sterling yang tidak diisytihar. 

"Selepas menerima panggilan dari suspek itu, mangsa sekali lagi menerima panggilan dari seorang wanita yang memperkenalkan diri sebagai pegawai Imigresen dan bertanya sama ada mangsa mengenali suspek. 

"Wanita itu memperkenalkan diri sebagai Fatimah dan dia dikatakan telah menawarkan diri untuk membantu membebaskan suspek dengan syarat mangsa membuat bayaran sebanyak RM15,000. 

"Selepas membuat transaksi, mangsa kemudian telah menghubungi pihak Imigresen KLIA untuk memaklumkan perkara itu (kemasukan wang) tetapi mangsa dimaklumkan bahawa wanita yang mendakwa sebagai Fatimah itu bukan kakitangan jabatan itu di KLIA," katanya. 
Mazlan berkata, selepas menyedari beliau tertipu, mangsa cuba menghubungi suspek tetapi tidak berjaya sebelum membuat laporan polis di Ibu Pejabat Polis Daerah Kota Baharu. - BERNAMA

sumber: Berita Harian Online

Gambar Belangkas