Showing posts with label Dokumentari. Show all posts
Showing posts with label Dokumentari. Show all posts

Tuesday, May 12, 2015

[Gambar] Keadaan Titanic setelah laut kering

Bayangkan sekiranya air laut di Lautan Atlantik mampu dikeringkan, bagaimanakah dengan segala misteri yang menyelebungi lautan paling mengerikan di dunia itu? Bagaimanakah keadaan bangkai Titanic yang kini bersemadi di dasar lautan Atlantik? Pernahkah anda cuba membayangkannya? Artikel kali ini akan membawa anda meninjau lokasi kemalangan kapal persiaran mewah, Titanic yang begitu ikonik di seantero dunia. Are you ready to go back to Titanic?
Setelah berabad lama ia berada di dalam ruangan gelap Lautan Atlantik, kini dengan kelebihan teknologi pemetaan dasar laut yang digabungkan dengan teknik terkini grafik komputer, sebuah pasukan khas mampu menggambarkan keadaan bangkai kapal yang bersemadi di dasar laut.

Penenggelaman RMS Titanic berlaku pada malam hari 14 April 1912 hingga pagi 15 April 1912 di Utara Lautan Atlantik, setelah melakukan pelayaran sulungnya selama empat hari dari Southampton ke New York. Pelbagai teori telah diketengahkan, tentang mengapa dan bagaimana ia boleh tenggelam. Dari teori saintifik hinggalah yang bersifat 'ghaib' atau 'spiritual'.

Teori Saintifik:
1. Dikatakan bahawa kapal ini dibina dengan bahan yang lemah. (Namun, selepas seratus tahun teori ini telah disahkan oleh para pengkaji sebagai - salah
2. Kapten kapal dikatakan bertindak mengekalkan kelajuan kapal meskipun menerima amaran.
3. Banyak lagi teori yang diketengahkan. (Sila rujuk dokumentari bertajuk Titanic 100 Mystery Solved.  klik disini)

Teori Ghaib atau Spiritual:
1. Titanic dikatakan menjadi mangsa sumpahan mumia firaun yang dikatakan turut sama dibawa ketika pelayaran bersejarah ini. (Para pengkaji berjaya membuktikan bahawa teori ini hanya rekaan seorang penulis yang diragui - salah)
2. Titanic dikatakan tenggelam setelah ada yang mengatakan bahawa Tuhan juga tidak mampu menenggelamkannya. (Dakwaan ini tidak dapat dipastikan benar - tidak diketahui)

Misteri bagaimana RMS Titanic boleh tenggelam, bagaimanapun telah dijelaskan dalam sebuah lagi dokumentari terbitan History Channel bertajuk Titanic 100 Mystery Solved. Berikut pula adalah snapshot daripada dokumentari terbitan Discovery Channel bertajuk Drain The Titanic yang memaparkan gambaran - bagaimana sekiranya Lautan Atlantik berjaya dikeringkan dan keadaan Titanic yang berada di dasarnya.
Hebat bukan?. Kehebatan teknologi pemetaan dasar laut yang digunakan dalam ekspedisi ini secara tidak langsung membuatkan penulis terfikir, bagaimana objek sebesar pesawat Boeing 777 yang dihebahkan berakhir di Lautan Hindi masih tidak dapat dikesan hingga ke hari ini. Mengarut! Betul cakap Tun Dr Mahathir Mohamad, mustahil objek sebesar pesawat Boeing 777 boleh hilang tanpa dikesan.

Dokumentari Drain the Titanic boleh di tonton dibawah:


Tragedi yang melibatkan kapal persiaran mewah ini mula menjadi popular selepas James Cameron, seorang pengarah filem Hollywood mengangkat sejarah Titanic ke layar perak pada tahun 1997. Diantara filem-filem berkisarkan kapal persiaran mewah, Titanic ini adalah - Saved From Titanic (1912), Titanic (1943), Titanic (1953), SOS Titanic (1979), Raise the Titanic (1980), Titanic (1997), dan Titanic II (2010).


Saturday, April 18, 2015

Teori Interstellar


Pernahkah anda terfikir, bahawa masa atau waktu yang anda miliki kini, sama dengan 'seseorang' yang berada 5 juta tahun cahaya dari planet yang anda diami kini? Adakah masa atau waktu yang anda rasakan sekarang sama dengan 'seseorang' yang berada di bibir lohong hitam yang sedang berada pada tahap klimaks daya gravitinya? Adakah masa atau waktu yang anda tahu kini,sama dengan 'seseorang' yang berada di tengah-tengah pusat bumi? Pernah tak anda terfikir,jika suatu ketika... semua sel-sel dan zarah-zarah tidak berubah, atau pegun...adakah masa dan waktu itu benar-benar wujud ketika itu? 

Teori Sains - Interstellar secara mudahnya memberitahu kita bahawa:
Alam semesta yang kita lihat yakni jasad-jasad di langit itu sebenarnya imej yang wujud pada masa lampau. Pertimbangannya ialah imej matahari yang sampai kepada kita itu adalah lewat 8 minit dari imej terkini matahari pada masa-nyata. Yakni, jika seseorang berada hanya satu meter di hadapan matahari, maka dia melihat matahari 8 minit lebih awal dari kita di bumi.
Dokumentari The Science of Interstellar dari Discovery Channel kali ini akan membawa anda menyelami teori sains yang diketengahkan oleh pengarah Christopher Nolan dalam filemnya, Interstellar.


Tuesday, March 3, 2015

[Video, Gambar] Penipuan Moon Landings

Pada tanggal 20 Julai 1969, Neil Armstrong dan Buzz Aldrin telah mencipta sejarah sebagai manusia pertama dan kedua yang menjejakkan kaki ke bulan. Program NASA ini telah membuka mata kebanyakan rakyat Amerika tentang keupayaan teknologi negara Uncle Sam itu. Program Apollo 11 ini juga telah berjaya menjatuhkan empayar Soviet Union puluhan tahun berikutnya apabila negara Eropah Timur itu mula menghasilkan mesin-mesin yang tidak berguna pada awal kejayaan Apollo 11 seperti yang dilaporkan.
Namun, tahukah anda kebanyakan pihak pada hari ini, termasuk rakyat Amerika sendiri, percaya bahawa program Apollo 11 sebenarnya tidak lebih hanyalah propaganda Amerika Syarikat semata-mata. Hal ini demikian kerana;
1. Pada era 1960-an Amerika dan Soviet Union berada pada situasi Perang Teknologi, manifestasi daripada Perang Dingin.
2. Teknologi komputer pada waktu itu sangat mundur.
3. Tiada bintang yang kelihatan.
4. Bayang-bayang terbentuk dari dua sumber cahaya.
5. Debu-debu yang terhasil dari 'kenderaan' yang dinaiki neil Armstrong dan Buzz Aldrin tidak menghapuskan kesan tapak kaki.
6. Sebuah batu dikesan mempunyai tanda 'C'. (NASA mengatakan bahawa ia adalah kecacatan yang terhasil ketika gambar dicuci. Namun, pengkaji mengatakan ia adalah props yang tidak dialihkan kerana kecuaian pihak yang membikin adegan ini.)

Dokumentari bertajuk The Truth Behind The Moon Landings ini akan membawa anda menyelongkar segala kecacatan yang terdapat pada Apollo 11. Menerusi dokumentari ini, anda akan melihat bagaimana penyelidik cuba melakonkan semula situasi ketika Moon Landings bagi menentukan samada hukum fizik Apollo 11 menyamai hukum fizik kajian mereka. Jika ia menyamai hasil kajian yang dilakukan olej penyelidik ini bermakna Apollo 11 adalah hoax. Selamat menonton.



Berikut adalah antara snapshot yang diperolehi daripada dokumentari di atas.
Sebuah filem James Bond bertajuk Diamond Are Forever lakonan Sir Sean Connery pernah memaparkan bagaimana Moon Landing ini dilakukan di dalam sebuah studio di kawasan terpencil. 

Friday, January 30, 2015

[Gambar] Keadaan Segitiga Bermuda setelah kering

Menggunakan bantuan teknologi terkini yang dipanggil Sonar Mapping, sekumpulan pengkaji Barat berjaya menggambarkan rupabentuk muka bumi di dasar lautan paling misteri di dunia, Segitiga Bermuda. Berikut adalah antara snapshot yang dipetik daripada dokumentari National Geographic, Drain The Bermuda Triangle.
Dan ini pula adalah Great Bahamas Banks, ketinggiannya adalah tiga (3) kali ganda ketinggian gunung-ganang di Grand Canyon.
Ramai di antara kita yang mengaitkan kehilangan pesawat terbang dan kapal-kapal di Segitiga Bermuda ini dengan tarikan magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda. Persoalan mengenai daya kuasa magnet yang terdapat di Segitiga Bermuda boleh jadi juga telah dimanipulasikan oleh pihak-pihak berkepentingan atas sebab-sebab tertentu. Atau, mungkin memang benar daya tarikan magnet di Segitiga Bermuda sememangnya lemah bahkan tiada langsung. Hanya Allah SWT yang maha mengetahui segala isi-isi di langit dan di bumi-Nya.
Bagaimana pula dengan persoalan mengenai lokasi yang disebut-sebut sebagai mahligai iblis laknatullah? Bagi para pembaca yang pernah membaca buku Berdialog Dengan Jin Islam tulisan Muhammad Isa Dawud, pastinya sedia maklum dengan pendedahan rahsia ghaib Segitiga Bermuda oleh jin yang ditemubual oleh penulis tersohor dunia itu. [muat turun disini] Apa yang dapat saya katakan disini hanyalah Allah SWT yang maha mengetahui.
Namun ingin sekali saya kongsikan kepada anda sebuah hadith berkenaan Ibnu Sayyad. Hadith ini tergolong dalam hadith-hadith Dajjal. Para ulama berselisih pendapat mengenai Dajjal - antara pendapat yang diperdebatkan adalah samada Dajjal itu adalah sebuah sistem, bangsa atau Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin yang kini sedang disembunyikan di alam ghaib. Ulama yang berpegang kepada pendirian bahawa Dajjal itu adalah sebuah sistem dan bangsa, merupakan ulama moden dan teori ini mula diketengahkan ketika era kemerdekaan negara-negara Timur Tengah daripada empayar British. {1} Namun, ulama Islam sedunia secara rasminya berpegang kepada pendapat bahawa Dajjal itu ialah sejenis makhluk (manusia) hasil daripada benih manusia dan jin. Ibnu Sayyad bukanlah Dajjal, namun mempunyai sifat-sifat Dajjal sehinggakan para sahabat Nabi Muhammad SAW juga menyangka bahawa beliau adalah Dajjal yang sering disebut-sebut oleh para Nabi dan Rasul sebelum itu. {2}

Imam Ahmad meriwayatkan dari Jabir bin Abdullah r.a, dia berkata;
"Bahawasanya ada seorang wanita Yahudi di Madinah melahirkan anak lelaki dalam keadaan (sebelah) matanya terhapus dan taringnya nampak (panjang). Rasulullah SAW khuatir kalau-kalau anak lelaki itu Dajjal. Lalu Baginda mencarinya, dan didapati dia sedang mengdengkur di balik selimut. Melihat kedatangan Rasulullah SAW, ibu anak itu memberitahu; "Hai Abdullah, ini ada Abul Qasim datang. Keluarlah dari selimut, temui dia!" kata Rasulullah SAW. "Kalau saja ibunya membiarkan, tentu anak itu akan berbicara berterus terang." Namun demikian tetap juga beliau bertanya, "Hai Ibn Sayyad, apa yang kamu lihat?" dia jawap, "Saya melihat kebenaran dan melihat kebatilan. Saya juga melihat 'Arsy di atas air." Rasulullah SAW bertanya, "Apakah  kamu percaya bahawa aku Rasul Allah?" Dia malah balik bertanya, "Apakah kamu juga percaya bahawa aku Rasul Allah?" Rasulullah SAW menyatakan, "Aku beriman kepada Allah dan Rasul-rasul-Nya." Kamudian Baginda pergi meninggalkannya. Rasulullah SAW datang mencarinya lagi di kebun korma mereka. Kali ini pun ibunya memberitahu, "Hai Abdullah ini ada Abul Qasim datang." Oleh kerana itu Rasulullah SAW pun berkata, "Ada apa dengan perempuan ini?" Semoga Allah memeranginya. kalau saja dia membiarkan, pastilah anak itu akan berterus-terang." {3}
Dari Abi Sa'id; berkata Abi Sa'id, "Rasulullah SAW, Abu Bakar dan Umar bertemu dengan Ibn Sayyad di suatu jalan di Madinah, maka Rasulullah SAW bertanya kepadanya, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku adalah utusan Allah" ia bertanya kembali, "Apakah kamu bersaksi bahawa aku utusan Allah?" Baginda bersabda, "Aku beriman kepada Allah, malaikat-malaikatNya, dan kitab-kitabNya. Apa yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat singgahsana di atas air." Baginda bersabda, "Kamu melihat singgahsana iblis di atas laut. Apa lagi yang kamu lihat?" Ia menjawap, "Aku melihat orang-orang jujur dan pendusta." Bersabda Rasulullah SAW, "Kesamaran atas dakwaannya ini. Biarkan dia." {4}
Mungkin apa yang kita lihat adalah sesuatu yang 'hanya perlu' untuk kita lihat. Dan apa yang belum kita lihat adalah sesuatu yang 'tidak pelu' untuk kita lihat. Wallahu A'lam Bishawab.
ps: Fakta mengejutkan yang penulis perolehi selepas menonton dokumentari ini, adalah Tsunami yang melanda sebahagian kawasan di Asia pada tahun 2004 berpunca daripada sebuah 'insiden' di dasar lautan Segitiga Bermuda. [klik disini]

____________________________________
1. Lihat buku Membongkar Misteri Dajjal, Muhammad Nurani Maarif
2. Lihat buku Dajjal 'Sudah' Muncul Dari Khurasan, Abu Fatiah Al-Adnani
3. Lihat Kitabul Fitan Juz l: 102-103, Tahqiq : Muhammad Fahim Abu Ubayyah. Juga Kitabul Fitan oleh Al-Hafidz Ibnu Katsir dalam bab Ibnu Sayyad.
4. Lihat Kitabul Fitan Wa Ashratul Sa'ah, 18:14-50

Tuesday, October 7, 2014

Lokasi Atlantis dikenalpasti? [Video]

Kumpulan penyelidik yang diketuai oleh Amerika Syarikat (AS) percaya, mereka mungkin telah mengenal pasti lokasi bandar purba Atlantis yang hilang beribu-ribu tahun dahulu selepas ia dilanda tsunami, menyebabkannya tertimbus dalam lumpur di selatan Sepanyol.

Penemuan itu didedahkan dalam rancangan khas di siaran National Geographic, Finding Atlantis hari ini.

"Inilah kuasa yang dibawa tsunami. Sukar untuk memahami ia boleh menenggelamkan bandar sehingga 96 kilometer ke daratan dan itulah yang banyak kami bincangkan," kata Richard Freund dari Universiti Hartford, Connecticut yang mengetuai kumpulan pencarian antarabangsa itu.

Bagi menyelesaikan misteri berkurun lamanya itu, pasukan berkenaan menggunakan gambar satelit untuk mengesan bandar yang tenggelam bagi mengenal pasti tapak Atlantis di selatan Sepanyol.

Menurut Freund, bandar yang tertanam di kawasan paya yang luas terbentang di Dona Ana Park itu menunjukkan ciri-ciri bandar purba yang dikenali sebagai Atlantis.

Pasukan arkeologi dan geologi itu pada 2009 dan 2010 menggunakan kombinasi radar untuk mengesan sesuatu benda jauh di dalam tanah, pemetaan digital dan teknologi di dalam air untuk meninjau tapak tersebut.

Penemuan beberapa siri 'bandar memorial' yang dibina di Atlantis dan digambarkan oleh pelarian kota purba itu selepas bandar tersebut dimusnahkan oleh tsunami menambahkan lagi bukti dan keyakinan kumpulan penyelidik itu.

Penduduk Atlantis yang tidak terkorban selepas bencana tsunami melanda telah melarikan diri ke kawasan darat dan membina bandar baru di sana.

Walaupun sukar untuk mengetahui dengan pasti tapak kota purba itu, Freund memberitahu, penemuan memorial bandar itu membuatkannya yakin Atlantis tertimbus dengan lumpur di selatan negara Sepanyol.


Saturday, October 4, 2014

Siapakah Pembunuh Dracula? - Istimewa Aidiladha

Sultan Mehmed II berperanan dalam mengakhiri kekejaman Dracula, seorang Pemerintah dari Wallachia yang terkenal karena kekejamannya. Dua kali Sultan Mehmed II mengerahkan pasukannya untuk menangkap Dracula. Pada serangan pertama Dracula berjaya melarikan diri, tetapi pada serangan kedua akhirnya Dracula terbunuh tidak jauh dari Danau Snagov. Kejeyaan Sultan Mehmed II dalam membunuh Dracula inilah yang telah digelapkan oleh Barat. Mereka sedaya upaya berusaha agar nama Sultan Mehmed II (Muhammad al-Fatih) lenyap dari sebutan sejarah. Maka tidak hairanlah hingga kini nama Dracula diangkat oleh bangsa Barat, sedangkan nama Sultan Mehmed II langsung tidak disebut.

Sempena Hari Raya Aidiladha ini Macjay.Net berkongsi serba ringkas sebuah video yang menyentuh kisah perperangan antara Sultan Mehmed II dan Dracula.


Friday, November 4, 2011

Menjawap Penafian Kewujudan Tuhan

Tajuk : God? (Bahasa Melayu)
Terbitan : Bushwackk Penterjemah : Fr33DoMFighT3Rz

Menempuh suatu era sains moden pada hari ini, muncul satu golongan yang tidak mempercayai kewujudan tuhan dan berpendapat bahawa alam ini terjadi dengan sendirinya. Dokumentari yang diproduksikan oleh Bushwackk, iaitu produksi sama yang telah menghasilkan dokumentari Solomon's Temple sebelum ini, akan cuba merungkai dan menjawab segala hujah pandangan dan kepercayaan golongan atheist dan ini akan dihuraikan secara terperinci merangkumi hujah saintifik, logik, falsafah dan matematik sebagai bukti kewujudan tuhan yang diragui mereka.

Antara perkara yang dikupas di dalam siri ini adalah :
  1. Persoalan mengenai kewujudan alam dengan sendirinya tanpa sebab
  2. Sedikit kaitan teori sains dengan al-Quran
  3. Kejuruteraan alam yang mengagumkan sebagai bukti kewujudan pencipta
  4. Mukjizat yang terkandung di dalam al-Quran
  5. Isu-isu yang melanda masyarakat kita pada hari ini
Semoga siri ini dapat memantapkan lagi kefahaman akidah kita.













Saturday, November 13, 2010

Lost Tapes : Bigfoot

Percayakah anda pada kewujudan Bigfoot? Beberapa tahun dahulu, Malaysia telah digegarkan dengan berita penemuan sejenis makhluk misteri yang dikenali sebagai Bigfoot. klik di sini

Namun kali ini video yang pernah ditayangkan oleh Animal Planet dan Discovery Channel ini akan membuatkan kita berfikir sejenak.

Seorang wanita yang bertugas sebagai ranger hutan sedang menjalankan tugasnya untuk beberapa hari lagi sebelum tugasnya tamat pada musim itu. Nak dijadikan cerita, seorang pemburu haram telah 'jatuh cinta' pada ranger hutan yang jelita ini. Pemburu haram itu kerap kali mengekori dan merakamkan aksi ranger wanita terbabit. Suatu hari, ketika di sungai, ranger wanita terbabit telah terdengar suatu suara.

Ketika sedang meninjau kamera CCTV yang dipasang pada sebatang pokok, ranger wanita tersebut menjumpai sejenis 'bulu' dan ia seakan-akan bulu orang utan atau lebih kepada gorilla. Hasil kajian yang dibuat oleh ibu pejabat, mereka mendapati bahawa bulu tersebut tidak tergolong dikalangan binatang seperti monyet, gorilla, orang utan atau yang sewaktu dengannya.

Ketika ini kerap kali terdengar bunyi-bunyi ngauman...

Diringkaskan cerita, di akhir video ini 'Bigfoot' tersebut telah menyelamatkan ranger wanita itu daripada gangguan pemburu haram tadi. Dokumentari ini telah dirakamkan melalui kamera CCTV dan HandyCam.
P/S : Terdapat satu kes dimana seekor Gorilla jantan di sebuah zoo, tidak mahu makan apabila 'petugas wanita' yang selalu memberinya makan tidak bertugas untuk masa yang agak lama. Binatang tersebut telah lari dari kandangnya. Petugas yang lain mengesyaki bahawa Gorilla tersebut telah 'jatuh hati' pada wanita tersebut.

Gambar Belangkas