Showing posts with label bolasepak. Show all posts
Showing posts with label bolasepak. Show all posts

Saturday, June 13, 2015

Pemain import T-Team meninggal dunia ketika menentang Kelantan di SSMIV


Pemain import T-Team, Faramola David Aniya meninggal dunia ketika beraksi pada perlawanan persahabatan menentang Kelantan di Stadium Sultan Muhammad IV, sebentar tadi. 

Aniya tiba-tiba rebah di atas padang ketika permainan sedang berlangsung dan dihantar ke Hospital Raja Perempuan Zainab II serta-merta oleh paramedik.


Sumber:

Thursday, June 4, 2015

Adidas sedia but istimewa untuk Messi

    But MESSI15 oleh Adidas

PENGELUAR barangan sukan Jerman, Adidas mendedahkan sepasang but istimewa yang khas dihasilkan untuk pemain bolasepak terhandal, Lionel Messi.

Menurut Adidas, but MESSI15 tersebut telah direka oleh Messi sendiri.

Beberapa bahan khas jugu turut dipilih sendiri oleh  Messi supaya but berkenaan dapat 'bersaing' dengan kehebatan bintang bolasepak dari Argentina tersebut.

MESSI15 akan dilengkapi teknologi messiFRAME yang memberikan padanan tepat dan selesa, messiPRINT untuk bentuk menarik dan messiGAMBETRAX akan memberikan kelebihan aerodinamik kepada pemakai.

But tersebut yang digelar 'but paling hebat sepanjang zaman' akan digunakan buat pertama kali oleh Messi pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah di Berlin pada 6 Jun nanti.



Sumber: Sinar Harian

Sunday, May 10, 2015

Kempen singkir Israel dari Uefa, Fifa

 Kempen 'Kick Israeli Racism out of UEFA - Foto Facebook Kick Israeli Racism out of Uefa

KEMPEN menyingkirkan pasukan bola sepak Israel daripada pentas bola sepak antarabangsa yang diberi nama Kick Israeli Racism out of  Uefa (Kesatuan Persatuan Bola Sepak Eropah) mula dilakukan menerusi laman Facebook.

Tindakan itu dibuat berikutan kekejaman Israel terhadap umat Islam di Palestin.

Malahan, pemain bola Israel turut didakwa menindas rakyat Palestin walaupun di atas padang.

“Keahlian Persatuan Bola Sepak Israel (Fifa) Israel perlu digantung sehingga negara itu menghormati hak asasi rakyat Palestin dan berpegang pada undang-undang antarabangsa.

“Dengan cara itu sahaja, pemain bola sepak Palestin boleh bermain dan bersaing di peringkat antarabangsa.

“Pendudukan Israel ke atas Palestin telah memberi impak kepada sukan Palestin. Mereka (Israel)  telah mengehadkan pergerakan pemain di Tebing Barat,” lapor kenyataan yang disiarkan Facebook Kick Israeli Racism out of  Uefa.

Selain di Tebing Barat dan Gaza, mereka juga menghalang pemain Palestin daripada mengambil bahagian dalam pertandingan antarabangsa.

Israel turut mengehadkan import peralatan sukan penting malahan pemain juga diganggu, ditahan, dipenjara dan dibunuh.

Sementara itu, kempen itu turut mendakwa pihak Israel secara terang-terangan mendokumentasikan penghinaan kaum di dalam dokumen rasmi bola sepak mereka.

“Pemain yang berasal dari Palestin menderita atas penghinaan itu dan mereka juga menyelar Palestin dengan sorokan: ‘hanya kematian untuk orang-orang Arab’,” kenyataan itu dipetik.

Dalam pada itu, pada tahun 2013, pemain bola sepak seperti Eric Cantona, Frederic Kanoute dan 50 peserta antarabangsa lain mencabar keputusan Uefa untuk mengadakan kejohanan Bola Sepak lelaki bawah  21 di Israel.

Kejadian itu telah menyebabkan aktivis hak asasi manusia mempersoalkan bagaimana sebuah organisasi yang jelas menggalakkan anti-perkauman boleh mengadakan kejohanan tersebut.

Namun Uefa masih merancang untuk mengadakan kejohanan bola sepak wanita bawah 19 selain akan meletakkan Israel sebagai tempat untuk perlawanan awal dalam Euro 2020.

“Di samping itu, Persatuan Bola Sepak Antarabangsa Fifa juga telah mengiktiraf beberapa pencabulan Israel dan mewujudkan pasukan Petugas bertujuan untuk memudahkan pergerakan pemain Israel.

“Ingatlah bahawa apabila Fifa menggantung keahlian FA Afrika Selatan antara tahun 1946 dan 1992, tindakan itu telah menyumbang kepada tekanan antarabangsa untuk menamatkan diskriminasi aparteid,” ulas kenyataan itu.

Laman yang diwujudkan itu telah mendapat 1221 Like dan terdapat petisyen orang ramai bagi menyokong kempen tersebut.

Sehingga kini, hampir 20,000 yang telah memberi sokongan.


Sumber: Sinar Harian

Friday, April 10, 2015

Menang Sukan SEA, saya beri kamu ciuman

Diem My
Pasukan bola sepak Vietnam mendapat motivasi tambahan apabila seorang model dan artis cantik Vietnam, Diem My berjanji untuk memberi hadiah ciuman, kepada setiap anggota pasukan bola sepak Vietnam, jika berjaya memenangi Sukan SEA di Singapura pada 5-16 Jun akan datang. - Dipetik dari laman Rocket News 24, Jumaat, 10 April 2015

Bola sepak Malaysia kini sebaris dengan Bangladesh, ranking jatuh 11 anak tangga


Ranking FIFA: Malaysia Di Tangga Ke-164 Dunia

KUALA LUMPUR: Kekalahan 0-6 kepada Oman pada aksi persahabatan antarabangsa di tempat lawan pada 26 Mac lepas, menyaksikan Malaysia jatuh 11 anak tangga dalam ranking bola sepak dunia.

Berdasarkan ranking terbaharu dikeluarkan oleh Persekutuan Bola Sepak Antarabangsa (FIFA) pada Khamis, Malaysia berada pada kedudukan ke-164 dunia dan merupakan keputusan terburuk bagi tahun ini.

Untuk rekod, skuad kendalian Dollah Salleh meraih kedudukan ke-154 dunia pada Januari serta Februari dan meningkat satu anak tangga pada kedudukan ke-153 dunia bulan lepas.

Kedudukan terkini itu, meletakkan skuad kebangsaan sebaris dengan beberapa pasukan seperti Bhutan (163), Grenada (165), Puerto Rico (166) selain Hong Kong dan Bangladesh yang berkongsi kedudukan ke-167 dunia.

Dalam kalangan negara Asia Tenggara, Malaysia turun dua anak tangga untuk berada di tempat kelapan di belakang Vietnam (125), Filipina (139), Thailand (142), Timor Leste (152), Myanmar (158), Indonesia (159) dan Singapura yang berada pada kedudukan ke-162 dunia.

Kedudukan Malaysia di peringkat Asia turut menyaksikan mereka turun empat anak tangga untuk berada pada kedudukan ke-33 dari 46 negara.

Juara Piala Dunia 2014, Jerman terus mengekalkan status sebagai pasukan terbaik dunia dengan mengumpul 1,687 mata, diikuti Argentina di tangga kedua dengan 1,490 mata.

Wakil Eropah, Belgium pula naik satu anak tangga untuk berada pada kedudukan ketiga selepas mengumpul 1,457 mata, dan ia susulan kejayaan mereka meraih kemenangan berdepan Israel dan Cyprus dalam kempen kelayakan Kejohanan Bola Sepak Eropah 2016, bulan lepas.

Colombia pula turun ke tangga keempat dengan kutipan 1,449 mata dan kedudukan keseluruhan ranking tersebut, melibatkan 209 negara.


Sumber: mstar.com.my

Thursday, April 9, 2015

Penjaga Gol QPR Diperbodoh Budak Pengutip Bola

MELEPASKAN tiga gol sudah cukup memalukan bagi seorang penjaga gol, namun Rob Green terpaksa melalui penghinaan tambahan apabila dia diperbodohkan budak pengutip bola.

Kejadian mengaibkan penjaga gol QPR itu berlaku ketika pasukan tersebut seri 3-3 dengan Aston Villa pada Isnin.
 

Ketika insiden itu, QPR memperolehi sepakan gol apabila bola terkeluar.

Namun ketika Green menghulurkan tangan meminta bola daripada budak tersebut di tepi gawang, lelaki berkenaan bertindak menggolekkan bola di celah kaki penjaga gol terbabit.


Budak tersebut sebelum itu cuba memberikan bola di tangan Green namun bertindak spontan untuk memalukan penjaga gol terbabit.

Dia kemudian melarikan diri kerana bimbang dipukul Green yang kelihatan tenang.



Kredit: mstar.com.my

Tuesday, March 31, 2015

Wayne Rooney Abdi Tatu Liverpool Di Bahu


STARSPORT Online mendedahkan bahawa Ketua Pasukan Manchester United, Wayne Rooney mempunyai tatu burung skuad Liverpool pada bahu kananya.

Perkara berkenaan didedahkan selepas 10 hari penyerang setia United itu membantu skuadnya menewaskan Liverpool 2-1 dalam saingan Liga Perdana Inggeris.

Ketua pasukan England itu juga hampir menjaringkan gol untuk United namun sepakan penalti yang diambil gagal menerjah ke gawang gol Liverpool.

Pada tatu itu juga tercatat perkataan YNWA (You'll Never Walk Alone) yang merupakan laungan keramat penyokong Liverpool.

Selain Rooney, bekas pemain Liverpool Daniel Agger dilapor turut mempunyai tatu sama.

Sebagai rekod Liverpool tidak memenangi gelaran juara Liga Perdana Inggeris sejak 25 tahun lalu.



Sumber: mstar.com.my

Saturday, March 14, 2015

Kutipan Filem 'The Red Warriors The Movie' Dijangka Cecah RM3 Juta

 Presiden Persatuan Bola Sepak Kelantan Tan Sri Annuar Musa (kiri) bersama Ketua Pasukan The Red Warriors (TRW), Mohd Badhri Mohd Radzi menunjukkan jersi baru pasukan pada Majlis Memperkenalkan Edisi Terkini Jersi TRW 2015, Jumaat. -foto BERNAMA 

KOTA BAHARU: Persatuan Bola Sepak Kelantan (KAFA) menjangkakan kutipan filem 'The Red Warriors (TRW) The Movie' yang dihasilkan oleh pihaknya mampu mencecah RM3 juta.

Presidennya Tan Sri Annuar Musa berkata filem berkenaan dijangka dapat ditayangkan pada September depan.

"Kalau diluluskan oleh Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (Finas) ia akan ditayangkan minggu ketiga September ini dan sekarang ia tertakluk kepada kelulusan yang diberi oleh Finas.

"Kita tidak ada sasaran tertentu untuk filem ini tetapi kita jangka kutipan filem boleh mencecah RM3 juta dan ada kemungkinan lebih," katanya kepada pemberita selepas Majlis Memperkenalkan Edisi Terkini Jersi The Red Warriors (TRW) 2015 di sini, Jumaat.

Beliau berkata proses penghasilan filem berkenaan mengambil masa hampir setahun dan kosnya mencecah RM2 juta.

"Kos agak tinggi dan ini merupakan kaedah untuk memperkasakan TRW, ia juga untuk membina imej pasukan itu sendiri.

"Selain itu, filem ini amat menarik kerana pemain berlakon dan saya turut berlakon walaupun kami bukan pelakon utama dan jalan cerita menceritakan mengenai bola sepak," kata Annuar.

Dalam perkembangan lain, Annuar berkata pihaknya bercadang untuk bekerjasama dengan pengusaha hotel bajet bagi menghasilkan sebuah hotel yang bertemakan bola sepak di Kelantan dan Kuala Lumpur.

"Kita sedang berbincang dengan pengusaha hotel dan ini merupakan sesuatu yang baharu contohnya setiap tingkat akan ada imej bola sepak seperti Piala Dunia ataupun Liga Perdana Inggeris (EPL).

"Kita berharap hujung tahun ini ia dapat beroperasi kerana ia sangat unik dan ia mungkin yang pertama di sini (Malaysia)," katanya.

Mengulas mengenai majlis berkenaan, Annuar berkata jersi yang dilancarkan hari ini akan menjadi jersi rasmi untuk pasukan Kelantan dan digunakan sepanjang musim ini.


Sumber: mstar.com.my

Gambar Belangkas