Showing posts with label Prospek. Show all posts
Showing posts with label Prospek. Show all posts

Thursday, April 9, 2015

73 AYAT NEGATIF DARI PROSPEK VS 73 AYAT POSITIF DARI NETWORKERS.





73 AYAT NEGATIF DARI PROSPEK VS 73 AYAT POSITIF DARI NETWORKERS.

01
PROSPEK KATA : �DAH BANYAK KALI SAYA DENGAR BENDA NI TAPI TAK ADA YANG MENARIK PUN�
ANDA JAWAB :

Saya tak nafikan apa yang anda cakap tu mungkin ada kebenarannya tapi saya nak tanya anda, apa yang anda katakan tak menarik tu? Dari sudut mana yang tak menarik tu? Syarikat ke? Produk ke? Pelan Pemasaran ke? Sistemnya ke? Saya tanya ni bukan apa, supaya saya dapat tahu dan saya mungkin boleh menjelaskan pada anda. Saya tak nafikan ramai orang tidak memberikan penjelasan yang jelas tentang perniagaan ini. Pada saya mereka mungkin fikir, kalau jelaskan secara terperinci mungkin anda tak nak join dan mereka tidak jelaskan secara terang dan terperinci pada anda. Pada saya, saya kena jujur dan ikhlas dengan anda tentang bisnes ini. Kalau saya tipu tentu anda akan tahu juga satu hari nanti. Pada saya anda join ke tak join tu tidak menjadi masalah, apa yang penting saya dapat beri penjelasan yang sebenarnya tentang bisnes ini.


02
PROSPEK KATA : �SAYA SUSAH NAK CARI ORANG�
ANDA JAWAB :

Betul saya tak nafikan bahawa ramai orang yang berfikiran seperti anda, mereka ada duit tapi masalahnya mereka kata mereka susah cari orang. sebenarnya apa yang anda buat ialah bukan cari orang tapi perkenalkan bisnes ini kepada orang. Cari dan perkenalkan adalah dua benda yang berbeza. Sebenarnya tak susah untuk perkenalkan bisnes ini, Cuma kadang-kadang kita tak sedar yang sebenarnya mudah sahaja. Apa yang perlu anda lakukan ialah jumpa orang dan bercakap. Ramai orang sedang cari peluang cuma kita yang tidak tahu. Sampaikan saja peluang yang kita ada, mustahil kita tidak akan jumpa orang yang sedang mencari peluang. Adik beradik ada, saudara mara ada, kawan kawan ada, jiran jiran ada, orang yang kita tidak kenal pun ada, malah lebih ramai daripada orang yang kita kenal. Apa masalahnya dan susahnya peluang nak cari orang? Yang jadi susah jika kita tidak bercakap tentang peluang yang kita ada pada orang. Itu mintak maaf, sesiapapun tak boleh tolong kecuali diri kita sendiri!


03
PROSPEK KATA : �SAYA TAK ADA MASA UNTUK BUAT BENDA NI, BOLEH AWAK JALANKAN UNTUK SAYA?�
ANDA JAWAB :
Maaf, kalau anda nak saya jalankan bisnes ni untuk anda, anda tak join pun tak apa. Ini bisnes anda, saya hanya bantu anda untuk jalankan bisnes ni tapi kalau anda nak saya buatkan untuk anda sepenuhnya, lebih baik anda lupakan saja peluang ini. Saya faham komitmen anda dan tanggungjawab anda terhadap kerjaya anda, famili dan macam-macam lagi. Kalau nak ikutkan saya pun tak punya banyak masa tapi bila fikirkan balik, sebenarnya masih ada masa yang saya tidak tahu di mana saya bazirkan. Sebelum ini saya jumpa kawan kawan minum kopi tapi saya hanya bual bual kosong tapi bila saya join bisnes ini, saya dah ada topik perbualan yang menjurus kepada yang lebih berfaedah dan menguntungkan. Kalau anda nak tahu, sebenarnya masa tu kita yang tentukan, kita yang aturkan dan kalau kita fikir kita tak ada masa maka memang masa itu tidak ada tapi kalau kita fikirkan masa itu ada maka masa itu memang ada. Apa pun terpulanglah kepada kita untuk menentukan masa tersebut. Anda fikirkanlah sendiri, betul ke anda tak ada masa atau banyak masa yang anda dah terbuang? Pada pendapat saya, sekurang kurangnya 2-4 jam dalam sehari kita tidak tahu ke mana perginya masa kita.




04
PROSPEK KATA: �SAYA BUKAN TAK BERMINAT TAPI KERJA SAYA SEKARANG PUN DAH BANYAK�
ANDA JAWAB :

Saya faham situasi anda, saya dulu pun macam anda jugak. Bangun pagi ingat kerja, nak tidur ingat kerja, boleh dikatakan setiap saat saya ingatkan kerja. Tension gila dibuatnya, cuti pun ingat kerja tapi saya berfikir sampai bila nak selesai problem ni? Nak berhenti kerja komitmen banyak, hutang rumah nak bayar, installment kereta lagi, kredit kad, belanja dapur lagi, isteri pulak tak kerja, anak-anak nak sekolah, duit buku, duit belanja hari hari. Duit pulak tak pernah nak cukup cukup. Belum hujung bulan dah habis. Simpanan tak payah cerita. Akhirnya saya buat keputusan yang mudah� iaitu saya perlu lakukan sesuatu. So saya join bisnes ni dgn tekad untuk selesai sebahagian masalah saya. Walaupun tak 100% selesai dan tension tak habis habis. Saya percaya rezeki pasti datang jika kita bertindak untuk berusaha dan melakukan sesuatu untuk mengubah kehidupan kita. Allah tak pernah mungkir janji. Jadi janganlah jadikan beban kerja anda sebagai satu penghalang untuk anda bertindak untuk mengubah kehidupan dan keluar daripada bebanan kerja dan kewangan anda.


05
PROSPEK KATA : �KALAU ENGKAU DAH BERJAYA NANTI KAU DATANG JUMPA AKU�
ANDA JAWAB :
Ini adalah penolakan yang biasa dan datangnya daripada orang yang rapat dengan kita seperti kawan-kawan kita. Orang yang memberi alasan penolakan sebegini memang patut kita berikan kata-kata yang TAJAM kepada mereka. Kita jangan ada perasaan simpati kepada orang seperti ini. Sebelum ini apa jua alasan yang mereka berikan dan mungkin kalau anda tidak hentam mereka �kaw-kaw� mereka ini tak akan sedar sampai bila-bila. Mereka join tak join itu kita kemudian cerita, kalau join alhamdulillah.. tak join pun anda tak rugi apa apa. Yang penting ialah anda dah �sekolahkan� mereka.
Cakap je kat mereka:-
�anda ingat kalau saya dah berjaya saya nak jumpa anda? Saya kalau dah berjaya saya akan berjumpa orang yg bawah dari anda tetapi mereka yg sanggup untuk keluar dan belajar dan berusaha untuk maju �Ingat! Kita bukan sombong atau takbur tapi inilah cara terbaik untuk orang yg berfikiran sebegini. �Kalau aku jumpa engkau sekali pun bukan pasal bisnes ini lagi tapi aku nak cerita pada engkau pengalaman aku bersama orang-orang yg maju dan berjaya�


06
PROSPEK KATA : �AWAK ASYIK CERITA KEJAYAAN ORANG, AWAK BILA NAK BERJAYA?�
ANDA JAWAB :
Maaf, saya masih baru dalam bisnes ini dan saya tak dapat tunjukkan bukti kejayaan saya dan secara jujurnya saya masih merangkak dan masih belajar. Saya yakin dan percaya bahawa mereka yang dah berjaya dan bergelar jutawan pun waktu mula-mula dulu menyertai bisnes ini juga seperti saya. Tak ada orang yang berjaya di hari pertama menyertai bisnes ini, mereka juga perlu berusaha dengan gigih, sabar menghadapi dugaan dan cabaran, terus belajar dan tidak mudah kecewa dan berputus asa. Saya juga yakin dan percaya bahawa satu hari nanti saya juga akan jadi seperti mereka, walaupun anda tak join bisnes ini. Saya percaya kepada diri saya kerana sebab utama untuk berjaya bukan disebabkan oleh orang lain tapi adalah diri saya sendiri. Saya yang pilih dan tentukan samada untuk berjaya atau gagal, bukan orang lain.


07
PROSPEK KATA : �SAYA DENGAR RAMAI YANG GAGAL DALAM BISNES NI�
ANDA JAWAB :

Pada saya itu perkara biasa dalam kehidupan. Bukan semua orang boleh berjaya dengan cemerlang dan bukan semua orang menemui kegagalan dalam kehidupan. Ada yang berjaya dan ada juga yang gagal. Jangan cakap bisnes inilah, apa juga aspek kehidupan ada yang gagal dan ada yang berjaya. Saya nak tanya anda, ada ada tanya tak KENAPA mereka gagal? Saya nak tanya lagi, anda ada BERJUMPA dan tanya tak kepada mereka yang BERJAYA dalam bisnes ni? Pada saya tak adil kalau anda hanya mendengar cerita-cerita orang yang gagal sahaja, anda patut tanya pada orang yang berjaya dan bagaimana cara mereka jalankan bisnes ini hingga berjaya. Kalau dengar 100% cakap orang gagal memang itulah yang kita akan ingat negatif tentang bisnes ini. Tapi cuba kita bercampur dengan orang yang dah berjaya, saya pasti cerita mereka 100% positif. Sebab itulah jika kita positif tapi bercampur dengan orang yang negatif pasti kita juga akan terpengaruh untuk menjadi negatif. Tapi jika orang yang negatif bercampur dengan orang yang positif maka saya pasti kita akan terpengaruh untuk bertukar menjadi orang yang positif.


08
PROSPEK KATA : �BISNES NI KENA JUAL BARANG KA?�
ANDA JAWAB :
Seronok sangat saya bila tanya soalan ini. Macam inilah, dari raut wajah anda, saya agak anda memang suka bisnes tapi masalahnya anda mungkin tak suka jual jual barang�betul tak? Kalau fikir logik akal mana ada bisnes yang tidak menuntut kita tak menjual barang atau perkhidmatan, betul tak? Tapi bisnes yang saya perkenalkan pada anda ini memang unik. Tak da barang nak kena jual dan tak da barang nak kena beli. Kita buat bisnes perkhidmatan. Ramai yang buat bisnes ini tapi tak nampak pun mereka jual barang tapi ada duit banyak. Contoh macam saya sekarang. Saya cuma bawak laptop saja dan ramai dah berjaya. Kalau anda tak percaya, ikut saya pergi pejabat dan lihat sendiri, betul ke tidak apa yang saya cakapkan. Ramai yang tak faham tentang bisnes ini sebab itu mereka tak nampak kehebatan dan keistimewaannya.


09
PROSPEK KATA : �BISNES NI KENA CARI ORANG KE?�
ANDA JAWAB :

[jangan guna perkataan CARI, tukar kepada MEMPERKENALKAN]
Bisnes ni memang kena memperkenalkan pada orang. Kalau orang tak fham memang dia kata susah tapi kalau orang tu faham, sebenarnya terlalu mudah. Anda bayangkanlah mana ada bisnes yang tak perlu kita perkenalkan kepada orang? Katakan anda buka satu bisnes tapi anda tak beritahu pada orang, anda ingat orang akan tahu ke? Macam ni lah� kadang kadang kita tak sedar yang kita ni dok jadi promoter tak bergaji, sebagai contoh, katakan anda beli kuih dikedai makcik Limah, saya datang rumah anda dan anda hidangkan kuih tersebut, saya makan kuih tersebut sedap. Anda kasitau anda beli kat mana. Lepas ni saya pun pergi beli, anda dapat apa? Tak dapat apa apa kan? Orang kata sikit sikit lama-lama jadi bukit, so apa salahnya kita perkenalkan bisnes ni pada orang.


10
PROSPEK KATA : �SAYA NI TAK PANDAI NAK CAKAP MACAM AWAK�
ANDA JAWAB :

Anda ingat saya ni pandai cakap sangat ke? Saya hentam je, pada saya tak cuba bercakap tentang bisnes ni sampai bilapun saya masih tak tahu yang saya boleh bercakap tentang bisnes ni. Pada saya setiap orang ada kebolehan
dan kehebatan cuma kita kurang pengetahuan saja dalam bisnes ni. Kalau anda ada pengetahuan saya rasa anda lebih hebat bercakap daripada saya. Saya lihat anda ada skill komunikasi yang baik dan idea serta pandangan anda memang bagus. Cuma anda kena buat sedikit kerja, join bisnes ni dan belajar tentang bisnes ni.Saya yakin anda boleh lakukan, percayalah!


11
PROSPEK KATA : �SETAHU SAYA BISNES MACAM NI TAK TAHAN LAMA�
ANDA JAWAB :

Anda dah pernah buat bisnes macam ni ke? Kalau boleh saya nak tahu syarikat apa? Saya memang tak nafikan ada syarikat yang tak bertahan lama, sebab itu kita kena pilih syarikat yang betul, jujur dan ikhlas dalam menjalankan
perniagaannya. Syarikat yang saya nak memperkenalkan ni dah berusia lebih 2 tahun dan dah ada banyak cawangan di luar negara. Ahlipun dah melebihi 200,000 orang. Anda fikir syarikat ni main-main ke buat bisnes? Dan yang paling seronok, syarikat ni masih belum gagal buat bayaran sejak hari pertama sehinggalah ke hari ini walaupun ramai dah bergelar jutawan! Pada saya, kalau anda buat bisnes dan bisnes itu menguntungkan, anda rasa anda nak tutup bisnes atau malas nak teruskan bisnes? Pada saya kita buat je kerja kita dan syarikat buat kerja dia. Sebab ramai yang kata, kalaulah aku tahu benda ni dulu lagi aku dah join! Mungkin kata-kata saya negatif bagi anda tapi anda fikirlah, kalau anda gagal pun berapa anda rugi, kalau syarikat rugi agak-agak anda berapa banyak? Itu kalau anda rugi, kalau bisnes anda berjaya macamana? Bisnes ni sebenarnya, kita dah tahu berapa banyak nak rugi dan untungnya pula tiada had dan batasan. Jadi janganlah fikir tak tahan lama, fikirlah berapa cepat dan berapa banyak kita boleh buat duit. Semuakan kuasa Tuhan. Kita berusaha dan tawakal.


12
PROSPEK KATA : �COMPANY BOLEH BAYAR KA KALAU DAH RAMAI SANGAT YG JOIN?�
ANDA JAWAB :

Sebenarnya lagi ramai join lagi seronok syarikat nak bayar. Inilah masalahnya bila kita tak faham tentang bisnes ni. Kalau anda buat bisnes dan bisnes anda maju, ada ada masalah ke nak bayar gaji pekerja? Kalau anda ada bisnes dan ada diantara pekerja anda yang malas buat kerja, anda nak simpan atau anda nak buang dia? Kalau pekerja anda rajin dan bawa jualan dan bawa jualan yang banyak kepada syarikat anda, anda ralat ke nak bayar gaji yang tinggi pada dia? Bisnes nipun macam tu, siapa yang rajin dan ikut sistem maka dia berhak mendapat pendapatan lumayan tapi kalau dia duduk diam tak buat apa apa, syarikat tak nak bayar pendapatan (bonus). Senang cakap, ada kerja ada gaji, tak kerja tak ada gaji!


13
PROSPEK KATA : �MAAF, SAYA LIHAT PRODUK/SYSTEM/SERVIS AWAK MACAM KURANG KUALITI�
ANDA JAWAB :

Terima kasih atas pandangan anda tapi saya nak tanya beberapa soalan, andakah kita betul-betul faham maksud kualiti dalam konteks yg sebenarnya? Macam mana kita tentukan sesuatu produk itu berkualiti ke tidak? Anda ukur kualiti dari segi apa? Harga ke? Tanda halal ke atau cop SIRIM? Maaflah, ramai sebenarnya tahu cakap pasal kualiti tapi tak tahu makna sebenar. Kalau anda faham makna sebenar kualiti, anda tak akan cakap produk syarikat saya kurang kualiti. Kalau anda ukur dari segi harga pada saya anda silap, kalau anda ukur kerana tanda halal lagi anda silap sebab dah banyak yang kena tipu kerana tanda tersebut, dalam surat khabar dah dedahkan pasal tanda halal ni. Sebagai contoh, anda sakit kepala dan saya pun sakit kepala, anda makan ubat berharga RM500.00 dan saya makan panadol harga 80 sen. Sakit kepala anda tak hilang tapi sakit kepala saya hilang. Adakah harga penentu kualiti? Saya bukan nak tunjuk pandai tapi saya nak beritahu , pengertian atau makna sebenar kualiti ialah, citarasa dan keserasian. Ramai orang jadi jutawan tapi mengapa ada yang pakai BMW, ada yang pakai VOLVO atau Mercedes Benz, ada yang pakai Ferrari. Senang cakap, kita buat duit dulu dan bila duit dah banyak kita belilah produk-produk yang kita rasa ada kualiti pada kita. Kalau tak ada duit, cakap pun tak guna.


14
PROSPEK KATA : �SAYA RASA BISNES NI BAGUS TAPI BAGI SAYA FIKIR DULU BOLEH?�
ANDA JAWAB :

Kalau anda kata bisnes ni baik tapi anda masih nak fikir dulu, saya cadangkan tak payah fikir dan anda lupakan saja bisnes ni dan saya pun tak kecil hati kalau anda tak join. Bagi saya, saya serius tentang bisnes ni, saya bukan main-main dan saya tak nak buang masa. Kalau anda masih nak ifkir, saya hanya bagi anda peluang untuk berfikir tentang berapa BC anda nak ambil dan bila nak bayar? Maaf mungkin cara saya kasar tapi itulah sebenarnya hakikat kehidupan. Nak berjaya mesti berani buat keputusan dan bertindak dengan pantas. Takpa jangan risau, anda tak join pun tetap akan jadi kawan saya. Masa tak pernah menunggu kita.


15
PROSPEK KATA : �SAYA OK TAPI KENA BINCANG DENGAN ISTERI DULU�
ANDA JAWAB :

Kalau anda nak bincang dengan isteri dulu terpulanglah kepada anda. Kalau isteri anda kata tak payah macam mana, sedangkan anda kata anda ok? Macam nilah, anda sebagai ketua keluarga, sebenarnya sebagai ketua keluarga anda yang buat keputusan, pada saya, kalau isteri kata �NO� tapi anda kata �YES� jawapannya pasti �YES� sebab anda yang bertanggungjawab untuk menentukan dan mencorakkan kebahagiaan keluarga anda. Betul tak? Pada saya bincang tu hanya untuk memberitahu yang anda nak buat satu bisnes, itu saja. Mungkin mula-mula isteri anda tak faham tapi bila anda buat betul-betul dan nampak kejayaan walaupun sedikit saya percaya isteri anda pasti akan menyokong anda malah bila anda duduk rumah isteri anda jadi risau dan akan bertanya, abang tak keluar ke buat bisnes? Saya rasa anda pun tahu berapa ramai suami yang buat aktiviti-aktiviti malam macam pergi karaoke, dangdut, disko malah ada yang kahwin lagi satu tanpa berbincang dan minta izin daripada isteri mereka, betul tak? Itu yang saya hairan, buat benda tak berfaedah dan yang patut bawak berbincang dengan isteri tapi tak pulak nak bincang dengan isteri. Pelik kan?


16
PROSPEK KATA : �SAYA NI DAH TUA. BOLEH KA BUAT BUSINESS MACAM NI?�
ANDA JAWAB :

Orang macam pakcik dan makciklah yang patut buat bisnes macam ni sebab bisnes ni rileks habis. Tak payah usung produk sana-sini. Tak payah bawak losyen bakar lemak, krim kaki segala macam. Bisnes mengisi masa lapang. Kalau saya kata bisnes ni dengan modal serendah RM420 mampu untuk membawa pakcik, makcik ke Mekah buat umrah dan haji setiap tahun. Makcik dan pakcik percaya tak? Orang dapat puluh-puluh ribu dan ada yang dapat ratus-ratus ribu sebulan itu orang punya pasal tapi kalau makcik dan pakcik dapat RM2000 sebulan ok tak? Setahun dah ada RM2400, boleh tak setiap tahun pergi umrah dan haji? Makcik dan pakcik tak pandai buat bisnes ni itu bukan masalah besar, yang penting makcik dan pakcik nak buat atau tidak? Makcik dan pakcik ada anak-anak, jadi biar mereka jalankan bisnes ni untuk makcik dan pakcik. Mereka ramai kawan-kawan yang boleh mereka ajak buat bisnes ni. Anak mana tak sayang mak bapak? Kalau makcik dan pakcik cakap baik-baik, saya pasti mereka akan faham dan akan membantu makcik dan pakcik buat bisnes ni. Apapun makcik dan pakcik kena bertindak dulu, tak boleh modal besar, mulakan dengan modal kecil dulu. Nanti kita upgrade ke yang lebih besar. Benda yang baik, anak-anak pasti sokong. Kalau anak-anak tak percaya, biar mereka jumpa saya dan saya akan terangkan dan jelaskan tapi makcik dan pakcik kena masuk dulu.


17
PROSPEK KATA : �AKU MANALAH TAHU INTERNET-INTERNET NI?
ANDA JAWAB :

Anda fikir saya tahu sangat ka internet-internet ni?. Aku hentam saja buat bisnes ni dan dalam masa yang sama aku belajar pelan-pelan. Lama-lama aku tahu sebab dalam bisnes ni, aku tengok makcik pun guna komputer. Kalau makcik boleh takan aku tak boleh? Kat pejabat tu ramai yang akan tolong dan bantu kita. Engkau bagi je borang dengan duit pandailah mereka akan buat. Aku selalu pergi pejabat dan kadang-kadang aku minta tolong orang atas aku. Engkau tak payahlah nak pening pening atau sakit kepala fikir pasal internet atau komputer tu. Yang engkau patut pening ialah kalau engkau lambat buat keputusan dan tindakan untuk join dan ikut aku dalam bisnes ni, tak boleh modal besar engkau mulakanlah dengan modal kecil yang penting engkau buat. Aku bukan apa, kita ni dah lama susah dan sampai bila nak susah manjang. Manalah tahu dengan bisnes ni hidup kita berubah, engkau senang, aku pun senang. Tak cuba kita tak tahu. Aku yakin kita boleh buatlah.


18
PROSPEK KATA : �AKU BERMINAT TAPI AKU TAK ADA DUIT�
ANDA JAWAB :
Aku kenal engkau bukan sehari dua dan engkaupun kenal aku bukan sehari dua, tapi dari dulu itulah alasan engkau asyik tak ada duit. Engkau rasa bila engkau nak ada duit? 2 tahun lagi? 5 tahun lagi? Atau mungkin tak akan ada duit? Aku ajak buat bisnes ni sebab nak cari duitlah, korban sikit tak boleh? Ikatlah perut sikit bukannya lama, sekejap dah dapat balik modal tapi buat betul betul jangan main main. Macam nilah, kalau engkau nak berubah, engkau usahalah cari duit tu, aku bukan nak tipu engkau sebab aku tahu engkaupun susah. Aku ajak engkau ni sebab engkau kawan baik aku dan kita boleh buat sama sama. Yang penting engkau mesti join bisnes ni.


19
PROSPEK KATA : �SAYA RASA BISNES NI BAGUS TAPI TAK SESUAI UTK SAYA�
ANDA JAWAB :

Maaf, saya tak faham kenapa anda kata bisnes ni tak sesuai untuk anda. Anda malu ke? Bisnes ni �low class� ke pada anda? Bisnes yang macam mana sesuai untuk anda, boleh saya tahu? Macam nilah, pada saya yang tak berapa cerdik ni, apa juga bisnes adalah peluang yang baik untuk kita. Dalam mencari duit ni, tak kira bisnes apa (tapi yang halal). Anda kata tak sesuai, itu mungkin pada anda, tapi mungkin tidak pada adik-beradik anda, kawan-kawan anda, mereka kan aset anda kenapa anda tak nak pelbagaikan aset yang anda ada? Anda tak nak buat bisnes ni tak apa tapi boleh tak anda join dan perkenalkan bisnes ni kepada adik beradik anda atau kawan-kawan anda dan bila mereka positif dan nampak peluang bisnes ni biar mereka bekerja untuk anda (bukan anda yang bayar gaji mereka, biar syarikat yang bayar gaji mereka) anda duduk diam-diam sahaja terima duit, kerja anda hanya perkenalkan bisnes ni sahaja kepada kawan-kawan anda. Takkan itupun anda tak boleh buat. Kalau anda masih tak boleh buat apa yang saya cadangkan, saya minta anda berikan pada saya 3 atau 5 nama dan nombor telefon kawan-kawan anda untuk saya jumpa dan berkongsi peluang bisnes yang saya ada pada mereka.


20
PROSPEK KATA : �KAWAN SAYA SEMUANYA JAUH-JAUH�
ANDA JAWAB :

Jauh ke dekat ke tak penting, yang penting anda nak buat tak? Kalau anda nak buat itu bukan masalah sebab bisnes yang saya buat ini ada sistem yang canggih. Mungkin anda tak percaya kalau saya kata, buat bisnes ni tak perlu keluar rumah pun kalau kita ada komputer dan talian internet di rumah. Tak ada computer pun takpa, cyber cafe pun berlambak. Anda boleh diperkenalkan melalui kecanggihan sistem internet dengan berbual-bual di alam cyber (chatting) atau email. Kalau tak tahu komputer pun tak jadi masalah sebab anda boleh perkenalkan melalui SMS dan kawan-kawan anda minat anda pos saja risalah dan keterangan mengenai bisnes ni pada mereka. Bila kawan-kawan anda nak join suruh mereka masukkan duit ke akaun anda dan anda tolong daftarkan. Selesai masalah. Kalau dulu saya akui memang susah, barang nak kena hantar, tapi dalam bisnes ni anda tak perlu risau sebab anda tak perlu hantar barang, syarikat yang tolong hantarkan sampai ke rumah kawan-kawan anda. Selesai lagi satu masalah. Anda suruh mereka pergi �meeting� di �center-center� yang berhampiran dengan tempat tinggal mereka. Selesai satu lagi masalah. Sebab tu saya kata, kawan-kawan duduk jauh bukan satu masalah, yang masalahnya ialah samada anda nak buat bisnes ni ke tidak? Anda jangan takut, saya akan bantu anda kalau anda betul-betul serius nak buat bisnes ni dan nak mengubah kehidupan anda

.
21
PROSPEK KATA : �INI SYARIKAT ORANG MELAYU KA?�
ANDA JAWAB:

Saya pun fikir macam tu juga tapi saya rasa melayu ke bukan melayu ke bukan masalah kalau ada peluang bisnes yang baik untuk dapat duit banyak apa salahnya, yang penting kita tak tipu orang. Kalau syarikat melayu pun kalau asyik buka tutup � bukan tutup macamana kita nak maju, bukan saya tak sokong syarikat melayu, sebelum inipun banyak juga saya sertai bisnes yang tuan punya syarikat orang melayu tapi akhirnya tutup. Bila dah tutup impian saya pun turut berkubur. Satu lagi saya rasa tak salah kita berurus niaga dengan orang bukan islam sebab Rasulullah pun berurus niaga dengan orang bukan islam, jadi kat mana masalahnya? Saya ada tanya-tanya juga pasal hal ini pada beberapa orang yang saya kira arif tentang hal-hal agama, mereka kata tak adapun satu ayat dalam al-quran atau hadis yang melarang orang islam untuk berurusniaga dengan orang bukan Islam. Kalau nak ikutkan kita orang melayu ni susah nak hidup sebab ramai yang menjalankan perniagaan bukannya orang melayu. Nak barang murah pergi supermarket, supermarket tu siapa punya? Nak beli baju pergi kompleks beli belah, kompleks tu siapa punya? Nak makan ayam pergi KFC, KFC tu siapa punya? Kadang-kadang kita tak sedar apa yang kita lalui setiap hari dalam kehidupan. Anda fikirlah baik-baik, ramai orang-orang yang cerdik pandai agama pun join bisnes ni, kita buat benda betul dan satu lagi, saya sama warna kulit, sama bangsa dan sama agama dengan anda, marilah kita sama-sama bangunkan bangsa kita dan saya nampak bisnes ni salah satu cara untuk kita mencapai impian kita.


22
PROSPEK KATA : �SAYA DAH BANYAK JOIN BISNES CAM NI TAPI TAK MENJADI PUN�
ANDA JAWAB :

Betul kata anda, saya pun dah banyak buat, ada yang berjaya walaupun taklah sehebat mana dan banyak juga yang gagal, baru nak berjaya syarikat pulak tutup. Join lagi, join lagi, lepas satu, tapi saya tak pernah kecewa dan putus asa bila saya gagal sebab saya kaji kenapa saya gagal, akhirnya saya dapat jawapan bahawa kegagalan saya adalah disebabkan salah saya sendiri bukan kerana orang lain. Saya tak buat kerja yang mesti saya lakukan, saya lupa bahawa ini bisnes saya sendiri. Saya tak datang �meeting�, kursus saya tak masuk, tak nak ambil tahu sangat tentang syarikat, tentang pengurusan, tentang sistem, tentang produk dan macam-macam lagi yang saya tak nak ambil tahu. Saya buat pun macam nak tak nak, kejap buat kejap tak buat dan satu lagi saya terlalu bergantung kepada orang atas saya. Bila saya dah dapat jawapan kenapa saya gagal, saya buat bisnes yang saya buat sekarang ni betul betul dan saya tak mahu ulangi kesilapan yang saya buat dulu. Saya percaya kepada satu perkara dalam hidup, rezeki di tangan Allah, kita berusaha sahaja Tuhan yang tentukan. Saya juga berpegang kepada prinsip Jepun kuno, �Janganlah anda takut jika jatuh berjuta kali, tapi anda harus takut jika tidak mampu bangun kembali daripada satu kejatuhan�. Saya rasa kita sama sama ada impian, tak salah anda sekali lagi, mana tahu mungkin kali ini kejayaan berpihak kepada anda, siapa tahu. tak payah besar-besar, anda mula-mula kecil dahulu, kalau anda yakin tak salah mula dengan modal besar.


23
PROSPEK KATA : �KALAU DIRECT SELLING ATAU MLM AKU TAK NAK DENGAR�
ANDA JAWAB :
Engkau ni kenapa? Aku datang nak belanja engkau minum, kan satu peluang engkau dapat minum free. Jangan terus bercakap tentang peluang bisnes. (sebab dia bukan kepala batu tapi dalam kepala dia ada batu) so anda
tanyalah tentang keadaan dia sekarang, tanya tentang perkembangan kawan-kawan lama mana tau dia tahu. Just cerita sikit tentang perkembangan anda tapi jangan sentuh bab bab bisnes anda. Ingat! Dalam kepala dia
ada batu. Dalam masa yang sama cuba telefon pada rakan niaga atau sub-agent anda, tanya perkembangan bisnes mereka, �semalam berapa? (buat-buat tak dengar), 7 kedai, alhamdulillah, tahniah-tahniah, nnt pukul 4 ada
lagi sms masuk tu.� Lepas tu gelak kuat sikit. Biar bergegar batu dalam kepala dia. Saya pasti bila dia dengar perbualan tersebut pasti perasaan tertanya tanya mula datang dalam kepala dia. Anda buat tak reti saja, terus berbual yang tiada kena mengena dengan bisnes anda. Saya pasti akan datang ketikanya yang dia akan tanya anda buat bisnes apa sekarang. Ok, peluang dah datang jangan lepaskan. Batu dalam kepala dia dah mula nak cair. Bisnes yang aku buat adalah bisnes yang engkau tak mahu dengar so buat apa aku nak jawab soalan engkau. Bagi aku hanya siapa yang nak dengar dan join je aku cerita, aku malas nak bazirkan masa engkau dan masa aku je. Assalammualaikum! Anda rasa apa jadi dengan prospek anda selepas anda beredar? Jawapannya ialah batu dalam kepala dia semakin cair � semakin cair � semakin cair�. pasti dia akan telefon anda.


24
PROSPEK KATA : �MACAM MANA NAK JOIN SEBAB SAYA TAK FAHAM LA?�
ANDA JAWAB :
Saya bukan suruh anda faham, saya suruh anda join dan bila anda join baru anda akan faham. Selagi tak join selagi itulah anda susah nak faham walaupun bisnes ni sangat mudah. Saya nak tanya anda, dulu waktu anda nak mula mula kerja, anda faham dulu atau anda kerja dulu baru anda faham? Atau ada tak anda cakap macam ni, �Bos, bagi saya faham dan pandai dulu baru saya mula kerja�. Kenapa anda tak cakap? Waktu anda nak mula sekolah dulu, anda kena pandai dulu baru masuk sekolah atau anda masuk sekolah dulu baru pandai? Atau ada tak anda cakap macam ni, �Abah, bagi saya pandai dulu baru saya masuk sekolah darjah satu�. Kenapa anda tak cakap? Senang macam nilah, anda join dulu dan bila anda dah join saya akan ajar anda macam mana nak jalankan bisnes ni dengar cara terbaik. Jangan takut, saya tak tipu anda. Berapa BC anda nak? Anda boleh mula dengan satu kedai sebagai tanda jadi dan balik anda fikir berapa anda nak tambah lagi


25
PROSPEK KATA : �MAAF YA SAYA KURANG YAKIN DENGAN SYARIKAT DARI MALAYSIA�
ANDA JAWAB :

Kalau anda cakap macam tu tahniahlah kerana anda seorang yang berpandangan jauh serta berfikiran global. Saya tak nafikan bahawa ada ramai orang yang tidak yakin dengan syarikat tempatan, tapi kalau anda kaji, anda selidik atau anda amati, sebenarnya banyak syarikat daripada luar negara yang bungkus dan gulung tikar jika dibandingkan dengan syarikat tempatan dan akhirnya ramai rakyat Malaysia yang kecundang dan kecewa di dalam mengejar cita-cita dan impian mereka, saya adalah salah seorang daripada mereka yang dikecewakan. Saya ni taklah berapa pandai nak bercakap tentang ekonomi, tapi sikit-sikit tu tahulah jugak. Bila kita join syarikat luar negara sebenarnya duit kita mengalir keluar, tapi bila kita join syarikat tempatan duit kita tu membantu meningkatkan ekonomi negara kita. Syarikat ni kalau nak tahu dahpun berada di 8 buah negara, India, Hong Kong, Filipina, Singapura, Indonesia, Brunei dan juga Thailand. Lebih membanggakan syarikat ini adalah syarikat tempatan. Sebagai rakyat Malaysia anda tak bangga ke syarikat Malaysia mampu bertapak ke negara luar? Anda kena ingat, tak semua syarikat tempatan tak bagus. Kadang-kadang kita lupa bahawa sebenarnya kita pun ada silap, silap dalam memilih syarikat. Anda kata tak yakin dengan syarikat tempatan, so syarikat ni dah lahirkan banyak jutawan dalam masa tak sampai 3 tahun dan dapat pelbagai anugerah pengiktirafan, anda masih tak yakin ke? Syarikat macam mana yang boleh yakinkan anda, boleh saya tahu? Macam nilah, anda join saya dan buat betul betul, kita sama sama lihat, syarikat tempatan ok ke tak? Satu lagi, kalau dalam masa 1 bulan anda tak dapat balik modal anda. Saya bayar balik tapi dengan satu syarat, anda mesti ikut apa yang saya cakap dan apa apa yang saya ajar. Amacam setuju? Tak payah fikir fikir, anda nak berapa BC?


26
PROSPEK KATA : �KALAU SAYA BAGI DEPOSIT DULU BOLEH TAK SBB SAYA TAK CUKUP DUIT?�
ANDA JAWAB :
Kadang-kadang orang guna alasan ini untuk menolak. Satu lagi dalam bisnes ini mengambil deposit adalah satu kesalahan. Kita boleh ambil deposit tetapi dengan syarat mesti ada produk yang kita bagi, contohnya dia kasi RM50 kita kasilah Bio Energy Card ka.


27
PROSPEK KATA : �APASAL AWAK PUNYA MAHAL, SYARIKAT LAIN MODAL MURAH SAJA?�
ANDA JAWAB :
Saya tak nafikan apa yang anda cakap, tapi saya nak tanya anda, kenapa teh tarik kat kedai mamak harganya tak sama macam teh tarik kat hotel, rasa sama je? Saya rasa anda pun tahu tentang pelaburan (modal) nak bangunkn sebuah perniagaan, ada yang puluhan ribu, ada yang ratusan ribu dan ada juga yang menjangkau sampai berbillion ringgit. Dengan modal RM3 ribu sekali sahaja, anda rasa anda boleh ke; Mulakan perniagaan untuk keuntungan RM100 ribu sebulan
Bangunkan sistem IT
Bayar sewa pejabat
Bayar gaji akauntan
Bayar gaji penghantar barang
Bayar kerani untuk urusan bank
Bayar pegawai pemasaran
Bayar pengiklanan
Kalau nak cerita secara terperinci banyak lagi ni�
Saya pasti tidak ada sesiapa pun yang mampu dan boleh melakukannya, tapi dalam bisnes yang saya perkenalkan kepada anda ni semuanya boleh sebab syarikat dah sediakan semuanya. Syarikat dah sediakan sistem untuk anda, syarikat dah sediakan akauntan untuk anda, syarikat dah sediakan penghantar barang untuk anda, syarikat dah sediakan kerani untuk urusan bank anda, syarikat dah sediakan pegawai pemasaran untuk anda. Malah banyak lagi yang syarikat ini sediakan. Sekarang saya nak tanya anda, dengan kemudahan yang disediakan anda rasa mahal ke murah RM420 tu? So, apa yang anda nak tunggu lagi. Kita buat bisnes ni, kenapa kita nak susah payah lagi fikir tentang apa yang saya cakapkan tadi. Lebih hebat lagi RM420 tu untuk seumur hidup. Nak tunggu lagi? OK, berapa BC?


28
PROSPEK KATA : �SAYA PERLUKAN MASA UNTUK FAHAM DAN PANDAI DULU BARU JOIN�
ANDA JAWAB :

Macam ni je, anda tak akan faham dan pandai selagi anda tak buat. Sepatutnya apa yang penting ialah anda kena buat keputusan dan bertindak dulu, daripada situ baru anda akan ada komitmen dan pengalaman akan datang selepas itu. Bila pengalaman dah ada lama kelamaan anda akan faham dan pandai tentang bisnes ini. Saya dulu pun macam anda juga, tapi bezanya saya bertindak dulu, waktu join dulu pun saya tak faham, tapi saya belajar dan praktik kan apa yang saya belajar dan lama kelamaan saya faham tentang bisnes ini.


29
PROSPEK KATA : �BISNES NI NAMPAK BAGUS TAPI SAYA RASA MACAM SAYA TAK BOLEH BUAT�
ANDA JAWAB :

Boleh saya tahu apa yang membuatkan anda rasa anda tak boleh buat? (tunggu respond prospek terhadap soalan anda, jika prospek lambat respon anda mesti cepat teruskan langkah seterusnya). Pada saya selagi anda tak cuba anda tak akan tahu samada anda boleh buat ke tidak. Dulu saya pun sama macam anda, bila pertama kali kawan perkenalkan bisnes ini, dalam hati saya berkata, �bisnes macam ni mana aku boleh buat�. Saya telah menutup minda saya. Selepas 2 bulan kawan saya datang lagi berjumpa saya, tetapi datang dalam keadaan yang jauh berubah. Ketika itulah hati saya terbuka kembali kerana kawan saya tu sebelum ini sama macam saya. Satu kata-kata dia yang membuatkan saya ingat sampai hari ini ialah, �selagi engkau tak cuba, engkau tak akan tahu kehebatan dan kebolehan engkau.� Selepas itu saya terus buat keputusan untuk join bisnes ini. Alhamdulillah hari ini saya dapat rasakan nikmatnya walaupun tak banyak sebab saya masih baru tapi saya yakin saya boleh buat. Saya yakin anda boleh buat, tak mampu keluar modal besar anda mulakan dengan yang kecil dulu, apa yang penting anda bertindak sekarang dan saya akan sama-sama bantu anda dalam bisnes ini.


30
PROSPEK KATA : �KAWAN-KAWAN SAYA KATA BISNES NI MENGARUT�
ANDA JAWAB :

Jangan kata kawan-kawan, saya dulu pun waktu mula buat bisnes ni, ahli keluarga saya sendiri pun tak menyokong malah ada yang memperlekehkan saya. Mereka kata mengarutlah, tak masuk akal lah, keluar duit sikit mana boleh jadi jutawan dan macam-macam lagi, tapi saya ambil itu sebagai sesuatu yang positif dan pembakar semangat saya untuk buktikan kepada mereka bahawa tanggapan mereka salah. Pada saya mereka hanya dengar cakap-cakap orang yang tak pernah buat bisnes macam ini. Pada saya kebanyakkan orang gagal dalam bisnes ini jarang untuk menyalahkan diri mereka sendiri, mereka asyik salahkan orang lain, apa yang patut mereka lakukan mereka tak buat. Cuba anda tanya orang-orang yang dah berjaya, anda rasa mereka akan jawab bisnes ni mengarut ke tidak? Kalau anda tanya mereka yang gagal pasti jawapannya mengarut. Sebab itu, pada saya kita jangan dengar cakap-cakap mereka yang tak pernah buat atau mereka yang gagal. Anda cuba dan cuba dengan bersungguh-sungguh, saya akan bantu anda dan kemudian baru anda tahu samada bisnes ni mengarut ke tidak. Kalau anda tak berapa yakin, anda boleh mulakan dengan modal yang kecil dulu.


31
PROSPEK KATA : �ORANG KAN SUKA LIHAT APA YANG KITA ADA, SAYA NI NAK TUNJUK APA?�
ANDA JAWAB:

Saya akui cakap anda tu ada betulnya, kebanyakan orang suka melihat apa yang kita ada dari sudut metarial, tapi pada saya, apa yang penting ialah sama ada kita jujur, ikhlas dan amanah atau tidak bila kita perkenalkan bisnes ini pada orang. Bila kita jujur, orang pun tahu mana mungkin baru join seminggu dua dah dapat duit ratus-ratus ribu atau dah mampu beli kereta mewah. Semua orang dalam bisnes ni mula daripada kosong. Anda jangan takut, apa yang perlu anda takut ialah anda tidak jujur dan ikhlas dalam memperkenalkan bisnes ini. Buat permulaan ni saya akan bantu anda, saya akan tolong anda bila anda ada prospek. Anda gunakan saya sebab kita dah jadi �business partner� dalam bisnes ni. Jangan takut pada tanggapan orang terhadap kita.


32
PROSPEK KATA : �SEBENARNYA SAYA BERSYUKUR DENGAN APA YANG SAYA ADA�
ANDA JAWAB :

Betul, saya pun bersyukur dengan apa yang ada, tapi apa salahnya kita tambahkan atau pertingkatkan lagi apa yang kita ada hari ini. Islam sendiri menyeru umatnya untuk terus berusaha mempertingkatkan serta memajukan diri.
Sebab itu dalam azan dilaungkan, �hai Ya Alal Falah�� (marilah menuju kejayaan)�. Mungkin anda dah tunaikan tanggungjawab anda pada diri dan keluarga, tapi apa salahnya anda buat bisnes ini untuk membantu orang-orang
lain yang masih belum berjaya dalam kehidupan mereka, itukan salah satu bentuk fardhu kifayah yang boleh kita lakukan. Saya bukanlah pandai sangat nak bercakap bab-bab agama ini. Apa yang penting saya tahu apa yang saya buat sekarang ni boleh membantu diri saya dan disamping itu saya boleh bantu orang lain. Kita sama warna kulit dan sama pegangan agama, jom kita buat sama sama untuk mempertingkatkan ekonomi ummah bangsa dan agama kita. Saya akan bantu dan tolong anda untuk buat bisnes ini.


33
PROSPEK KATA : �BISNES NI BAGUS TAPI SAYA WAS-WAS DARI SUDUT AGAMA�
ANDA JAWAB :

Saya hormati perasaan anda sebab bila melibatkan soal-soal agama ni kita perlu berhati-hati. Saya pun ada perasaan yang sama macam anda. Bila kawan saya bawa saya pergi BOP saya lihat ramai yang berjubah dan berstatus haji hadir dan ada yang dah menyertai bisnes ini. Malahan ada penceramahnya terdiri daripada mereka yang berkelulusan dalam jurusan syariah. Saya rasa itu sudah cukup menyakinkan saya malahan saya bertambah yakin bila mana dah bertahun-tahun bisnes seperti ini berada di Malaysia, tiada satu fatwa pun yang dikeluarkan oleh Majlis Fatwa Kebangsaan bahawa umat Islam tidak boleh menyertai bisnes seperti ini kerana ia bertentangan dengan hukum agama. Kalau ada saya adalah orang pertama yang akan angkat kaki dari bisnes ini. Jika anda nak keterangan lanjut saya boleh bawa anda ke pejabat dan anda boleh tanya kepada mereka yang lebih arif.


34
PROSPEK KATA : �GAJI SAYA RM3500 TAPI KOMITMEN BANYAK SO MODAL TAK ADA, BUKAN TAK NAK BUAT BISNES INI�
ANDA JAWAB :

Tak apa, anda dah tahu komitmen anda banyak dan sebab itulah anda kena rebut peluang bisnes ni. Saya hanya berikan anda cadangan sahaja bagaimana nak dapatkan modal. Anda dah akui bahawa bisnes ni bagus. Yang jadi masalah sekarang ialah anda tak ada modal untuk buat bisnes ni. Saya selalu tanamkan dalam diri saya. �Tanpa keberanian, impian tidak akan menjadi kenyataan� saya dulu pun waktu nak buat bisnes ni, saya tak cukup modal, saya tahu bisnes ni bagus kalau saya tak rebut dan buat saya dah kehilangan satu peluang untuk merealisasikan impian kehidupan saya. Apa yang saya buat ialah, saya tangguhkan dulu bayaran ansuran bulanan yg kurang penting sikit. Duit tu saya jadikan modal untuk buat bisnes ni. Bila saya sanggup berbuat demikian saya buat bisnes ni bersungguh-sungguh, Alhamdulillah dalam masa sebulan saya dah dapat balik modal dan saya bayar yang bertangguh dulu. Itu saya tapi ada juga yang gadai barang kemas isteri, sandar geran motor, pinjam pada adik beradik, pinjam pada kawan dan macam macam lagi mereka lakukan untuk buat bisnes ni, sebab mereka nampak peluang dan potensi bisnes ni. Sebab itu saya kata, kita kena berani bertindak jika kita ada impian dalam kehidupan kita. anda jangan risau, jika anda berikan 100% komitmen terhadap bisnes ini, saya akan berikan pada anda 10X ganda komitmen sebab anda adalah business partner saya.


35
PROSPEK KATA : �SAYA MASIH BELAJAR MACAM MANA SAYA NAK FOKUS BISNES NI?�
ANDA JAWAB :

Sebab anda masih belajarlah saya ajak anda sertai bisnes ni. Betul nak berjaya kena fokus tapi jika kita tahu gunakan masa itu bukan satu masalah besar sebab kita yang tentukan masa kita, jangan biarkan masa yang tentukan kita, ramai orang silap kat sini. Bisnes ni tak tuntut masa yang lama pun, sehari 1 atau 2 jam takkan tak boleh? Daripada anda dok lepak-lepak baik buat bisnes ni, anda ada advantage sebenarnya, 1 sebab anda pandai komputer, ke 2 anda ramai kawan dan ke 3 anda masih muda. Pada saya bila ketiga-tiga elemen ini anda gunakan pada landasan yang betul, pasti anda boleh mencapai kejayaan. Satu lagi saya mahu anda buat persediaan awal setelah anda habis belajar nanti. Anda pun tahu tahap pengangguran di Malaysia berada pada tahap merunsingkan. Ramai lepasan universiti masih tidak dpat kerja, bila anda buat bisnes ini sekurang-kurangnya anda tak risau lepas habis belajar nanti dan dalam pada buat bisnes ni anda bolehlah cari kerja yang bersesuaian dengan kelulusan anda. Dalam bisnes ni ramai pelajar yang melibatkan diri dan ada di antara mereka yang sudah berjaya, bukan berjaya sikit-sikit malah ada yang dah mampu beli rumah dan berkereta mewah. Saya akan bantu dan tolong anda menjalankan bisnes ni.


36
PROSPEK KATA : �SAYA SEBENARNYA BERMINAT TAPI SUAMI PULAK TAK KASI�
ANDA JAWAB :

Ramai suami yang macam tu sebab mungkin mereka tak nampak atau tak tahu tentang bisnes ni. sebab itu anda kena fahamkan suami anda tentang bisnes ni atau anda kena terangkan kat suami anda kenapa anda minat
nak buat bisnes ni. Antara yang boleh saya cadangkan ialah:
Anda minat sebab nak cuba bantu ringankan beban suami.
Anda minat sebab nak cuba belajar bisnes dan cari duit sendiri.
Anda minat sebab teringin nak hantar mak ayah ke Mekah dengan duit sendiri.
Anda minat sebab cemburu lihat wanita-wanita yang sama macam anda boleh berjaya dalam bisnes ni. Balik nanti anda cuba pujuk suami anda untuk berjumpa dengan saya esok dan biar saya terangkan kat suami anda. Anda pun tahu bisnes ni bagus dan rugi kalau anda tak rebut dan bertindak sekarang. Mana tahu kot-kot terbuka pintu hati suami anda dan anda sama sama jalankan bisnes ni, rezeki nak datang tak ada siapa yang tahu. Jangan lemah semangat bila suami anda tak bagi, ingat, hari ni anda ada suami maka anda mungkin tak rasa susah, tapi jika anda tak buat persediaan, apa-apa berlaku takkan anda baru nak mula mencari.�Jangan tunggu lagi.


37
PROSPEK KATA : �BISNES NI KAYAKAN BANGSA ASING�
ANDA JAWAB :

Salah ka jika bisnes ni boleh buat kita senang dan kaya? Sebelum ni pun saya berfikiran macam anda juga, saya buat bisnes dengan tokey melayu sebab semangat melayu tu kuat, akhirnya saya kecundang juga sebab company lingkup. Bila company lingkup dengan saya sekali melingkup. Kelemahan orang melayu ialah mata mereka naik juling bila tengok duit banyak, mulalah nak berebut dan bergaduh sesama sendiri. Akhirnya siapa jadi mangsa? Kita melayu juga yang jadi mangsa, kena marah, kena maki dengan orang orang yang kita bawa buat bisnes tu, orang jarang salahkan syarikat, tapi mereka salahkan siapa yang memperkenalkan. Islam pun tak halang kita untuk berurus niaga dnegan orang bukan islam, Rasulullah dulupun berurus niaga tak kira bangsa dan agama, apa yang penting perniagaan itu sah dan tidak menyalahi undang-undang begara serta agama. Saya sendiri seronok bila lihat ramai orang-orang melayu yang berjaya dalam bisnes ini. Susah saya nak lihat di company lain, bukan tak ada orang melayu yang berjaya, tapi jumlahnya terlalu sedikit. Kalau tak percaya jom ikut saya dan lihat dengan mata anda sendiri. Pada saya kalau bangsa asing sekalipun boleh menjadikan diri kita berubah kearah yang lebih baik apa salahnya daripada bangsa sendiri yang kebanyakkannya pentingkan perut sendiri, dengki khianat, cemburu dan irihati melihat kejayaan bangsa sendiri, anda pun tahu � namanya pun orang melayu penerima pingat PHD (Pingat Hasad Dengki) paling ramai di dunia. Takkan kita nak jadi salah seorang daripada penerima pingat PHD tersebut.


38
PROSPEK KATA : �KENAPA BANGSA ASING KURANG TERUTAMA CINA?�
ANDA JAWAB :

Tepat sekali, bangsa cina kurang dalam company ni, tapi masih ada cuma mereka jarang kelihatan di HQ. Mereka bergerak di luar sebab itu anda tak nampak mereka. Orang cinakan otak mereka otak bisnes, jadi mereka ada strategi dalam bisnes seperti ini. Mereka tidak akan bawa prospek atau pelanggan mereka ke HQ jika mereka rasa tindakan itu boleh menjejaskan bisnes mereka sebab orang cina pada kebiasaannya mempunyai semangat bangsa yang kuat. Jika mereka lihat ramai bangsa lain, mereka akan cuba mengelak untuk ikut serta walaupun mereka tahu bisnes tu bagus. Mereka kan suka duduk atas jadi orang nombor satu. Dalam company ni sahaja yang anda boleh lihat bangsa kita terlalu menyerlah kejayaan mereka. Pada saya bila kita buat bisnes kita jangan beza bezakan bangsa sebab semua bangsa mencari peluang yang sama macam kita. Semua orang tak kira apa bangsa sekalipun mempunyai impian dan matlamat dalam kehidupan mereka. Cara berfikir kita perlu berubah jika kita betul betul ingin berjaya dalam kehidupan. Jom ikut saya, kita sama-sama buat bisnes ini, saya akan tolong dan bantu anda sekurang-kurangnya untuk amda dapatkan modal anda balik.


39
PROSPEK KATA : �MASALAHNYA KAWAN-KAWAN SAYA SEMUANYA GOLONGAN ELIT�
ANDA JAWAB :

Baguslah tu, susah nak dapat orang yang macam anda. Golongan elit ni banyak contact. Jadi jika anda buat keputusan untuk join bisnes ni lagi mudahlah anda sebab golongan macam kawan-kawan anda ni tak ada masalah untuk sediakan modal. Apa yang penting anda perlu buat ialah perkenalkan sahaja bisnes pada mereka, mungkin bila mereka nampak, mereka akan buat atau kalau mereka malu konon nak jaga �standard� mungkin mereka suruh adik-beradik mereka buat ataupun mereka suruh kawan-kawan mereka yang tak berapa elit macam mereka untuk buat bisnes ni. Kalau saya dapat kawan-kawan macam tu, saya pasti tak akan lepaskan peluang ni. Anda tak cuba anda tak tahu. saya akan bantu anda, anda hanya aturkan temujanji sahaja dengan kawan-kawan anda tu. Amacam? Ok?


40
PROSPEK KATA : �SAYA TAK ADA KAWAN�
ANDA JAWAB :

Pada saya anda bukan tak ada kawan, Cuma dah lama anda tak hubungi ataupun kurang berhubung. Cuba anda duduk sorang-sorang dan fikir serta tanya diri anda sendiri, betul ke anda tak ada kawan? Oklah, katakan anda tak ada kawan, adik-beradik ada tak? Saudara mara ada tak? Jiran ada tak? Saya pasti jawapannya ada, jika jawapannya ada, apa anda tunggu lagi, buatlah keputusan sekarang. Saya akan bantu malah anda akan seronok untuk hubungi semula kawan kawan anda. Saya pasti lepas ni anda akan ada akaun Facebook. Pernah dengar Facebook? Email ada?


41
PROSPEK KATA : �SAYA TAK BERMINAT LA, BISNES NI SAMA SAJA MACAM SYARIKAT MLM LAIN�
ANDA JAWAB :

Maaf, saya tak setuju anda kata syarikat ni sama macam syarikat MLM lain. Macam mana anda kata bisnes ni sama macam syarikat MLM lain? Anda tak dengar habis, anda dah kata sama. Bisnes ni lain daripada yang syarikat MLM yang lain sebab, nama syarikat pun dah lain, services pun tak sama. Anda tahu ke dalam bisnes ni, bonus/keuntungan/pendapatan dibayar secara hari dan secara bulanan? Kalau anda tak tahu atau tak pasti, macam mana anda boleh kata sama macam syarikat MLM lain? Anda kena bagi diri anda peluang untuk mendengar dan cuba untuk memahami bisnes yang saya nak perkenalkan ni terlebih dahulu, kemudian baru anda�boleh kata samada ianya sama atau tidak dengan syarikat MLM lain, betul tak?


42
PROSPEK KATA : �SAYA LEBIH BERMINAT JUAL PRODUK, SYARIKAT AWAK TAKDA PRODUK�
ANDA JAWAB :

Saya akui syarikat saya tidak ada produk tapi ramai yang suka dengan services yang kita tawarkan seperti SMS blaster yang jauh lebih murah dari normal sms, Blog percuma, e-book, e-office dan BIO ENERGY card percuma. Kalau banyak produk pun tapi tak boleh nak jual tak guna juga. Pada saya biar jual services dari jual produk tapi orang berebut nak beli. Kita buat bisnes! Bila buat bisnes kita nak untung, pikul produk banyak-banyak kehulu-hilir pun tapi kalau orang tak nak, tak guna juga, buat senget kereta je buat apa, tapi saya �salute� dan tabik springlah kepada anda sebab bukan senang nak jumpa orang macam anda sekarang ni yang suka jual produk. Apa kata anda ikut saya dan cuba lihat services yang ditawarkan, lihat hasilnya. Ok ke ok?


43
PROSPEK KATA : �INI SYARIKAT BARU, BOLEH PERGI JAUH KA�
ANDA JAWAB :

Pada saya bukan soal 3 tahun ke atau 30 tahun ke, apa yang penting adalah kredibiliti atau siapa yang menguruskannya. Ada juga syarikat lebih 10 tahun tapi masih tak dapat melahirkan ramai jutawan. Betul, syarikat
tu masih wujud tapi berapa ramai yang berjaya jadi jutawan? Orang sekarang lihat pada bukti bukan cakap cakap kosong tentang visi dan misi syarikat yang yang tidak jelas atau kabur. Saya yakin bahawa syarikat saya ni boleh pergi jauh, pertama kerana pengalaman yang ada pada pengurusannya, kedua kerana dalam masa terdekat telah terlalu banyak perubahan yang syarikat lakukan demi untuk memajukan ahli-ahlinya, ketiga kerana dalam setahun ada 365 hari dan syarikat menyediakan banyak kursus dan bengkel latihan, keempat kerana sejak hari pertama lagi sehingga sekarang syarikat tidak pernah gagal kotakan janjinya temasuklah tidak pernah gagal membayar bonus kepada ahli yang layak. Saya memang yakin bahawa syarikat ini boleh pergi jauh, sebab itu saya tidak ragu ragu atau malu untuk perkenalkan bisnes ini kepada anda.


44
PROSPEK KATA : �AWAK DAH BERJAYA BOLEHLAH CAKAP�
ANDA JAWAB :
Anda tengok ketika saya sudah berjaya tetapi anda tak pernah lihat keadaan saya sebelum saya berjaya. Saya pun macam orang lain juga yang bermula daripada kosong, kelebihan saya cuma satu iaitu � berani buat keputusan untuk bertindak tanpa perlu berfikir panjang. Kalau saya jenis orang yang tunggu dan lihat, saya pasti saya tidak akan sampai ke tahap sekarang. Sebab itu, pada saya, anda pun boleh berjaya jika anda berani buat keputusan untuk bertindak. Pada saya, ahli-ahli sekarang cukup-cukup beruntung jika dibandingkan dengan ahli-ahli yang awal kerana semua kemudahan dan bukti kejayaan telah ada. Apapun pada saya, tiada istilah lambat, yang lambat ialah bila kita tidak mampu buat keputusan untuk bertindak. Saya yakin anda boleh berjaya, percayalah.


45
PROSPEK KATA : �SAYA NAK JOIN TAPI MODAL TAK CUKUP, KALAU NAK JOIN SAYA NAK AMBIL YANG BESAR SEBAB IMPIAN SAYA BESAR�
ANDA JOIN :

Semua orang mempunyai impian yang besar, termasuk saya. Ramai juga orang yang merana kerana masuk sikit keluar banyak. Gaji RM2000 sebulan, tapi belanja RM3000 sebulan, mana tak sengsara. Itu yang sampai sekarang hutang kad kredit tak pernah selesai, duit plastik mana nak rasa. Anda boleh mulakan dengan modal yang rendah, bila bisnes dah untung, anda bolehlah tambah modal anda (tambah BC). Kalau nak tunggu cukup duit, saya yakin anda tak akan join bisnes ni atau apa-apa bisnes sekalipun, sebab itulah antara alasan-alasan yang sudah terlalu biasa diberikan � duit tak cukup. Saya hanya cadangkan pada anda, buat tindakan sekarang dan mulakanlah bisnes ni dengan modal yang rendah dulu, kemudian anda usaha bersungguh-sungguh dan masa yang sama anda cari duit untuk tambah BC. Yang penting anda dah mulakan bisnes ni. saya akan bantu dan sokong anda dalam bisnes ni. Ok? Berapa BC nak?


46
PROSPEK KATA : �DAH RAMAI YANG TAHU BISNES NI SO PELUANG SAYA JADI TIPIS�
ANDA JAWAB :

Saya setuju ramai yang dah tahu tapi berapa ramai yang buat? Tahu dan buat dua perkara yang berbeza. Sebenarnya peluang akan menjadi tipis bila kita tidak mahu bertindak. Selagi kita tidak cuba kita tidak akan tahu samada peluang itu tipis ataupun tidak, sebab orang yang kita tidak kenal adalah lebih ramai daripada orang yang kita kenal. So, kenapa anda nak takut atau risau, yang anda perlu takut dan risau ialah bila anda tak buat. Percayalah, bila anda buat bisnes ni baru anda tahu, eh�.. ramai lagi yang tak tahu rupanya. Saya percaya lepas itu anda akan rajin berjumpa dengan kawan-kawan, saudara-mara atau sesiapa sahaja anda perkenalkan bisnes ni. Bukannya susah pun buat bisnes ni, jumpa orang cakap jumpa orang cakap jangan tak cakap, itu sahaja. Tak tahu cakap anda bagi flyers, bila mereka nak jumpa, anda buat temujanji dan panggil saya, biar saya yang tolong cakap bagi pihak anda, amacam, senang ka mudah?


47
PROSPEK KATA : �BISNES NI RAMAI YANG DAH JOIN SO SUSAHLAH SAYA NAK CARI ORANG�
ANDA JAWAB :

Betul kalau mencari memang susah so jangan cari. Anda perkenalkan sahaja. Kalau dah susah susah sangat anda cari yang bukan orang. Sebab dalam bisnes ni orang boleh join dan bukan orang pun boleh join. Apa masalahnya? Anda tahu tak manusia ni terlalu ramai yang sedang cari peluang tapi kita yang tak pergi cari mereka, sebab kita tak kenal yang mana satu orang yang sedang cari peluang. Syarikat bisnes yang saya buat ni baru 2 tahun. Makna kata tak ramai lagi yang join company ni di Malaysia. Kalau ditakdirkan semua rakyat Malaysia dah join itu pun bukan masalah, sebab kita boleh perkenalkan kepada orang luar negara kerana bisnes ni adalah bisnes global. Bisnes dunia tanpa sempadan. Buat keputusan untuk bertindak sekarang, jangan fikir yang bukan-bukan yang boleh memusnahkan impian kehidupan kita. Orang yang banyak fikir tanpa bertindak, lama-lama mereka akan jadi fakir. Ok anda nak berapa BC?


48
PROSPEK KATA : �RAMAI ORANG JANJI NAK TOLONG TAPI BILA DAH JOIN MEREKA BUAT TAK TAHU�
ANDA JAWAB :

Itu orang bukan saya. Saya tak akan janji gunung dan intan permata pada anda hanya semata-mata nak ajak anda join. Pada saya anda tak join pun tak apa. Saya akui ramai yang macam tu, janji itu janji ini tapi habuk pun tak ada. Saya tak sanggup gadaikan maruah saya hanya kerana ambil RM420 dari anda. Dunia ni bulat, Malaysia pun bukanlah besar sangat, lambat laun kalau umur panjang kita akan bertemu juga suatu hari nanti. Kalau saya tipu sudah pasti anda akan menyumpah-nyumpah saya, nama saya akan jadi buruk sedangkan bisnes ni periuk nasi saya. Sebab itulah, saya minta maaf terlebih dahulu kalau kata-kata saya ni menyinggung anda atau membuat anda terasa. Kalau anda nak tahu, suatu waktu dulu, saya adalah sebangsat-bangsat dan sehina-hina manusia di atas mukabumi ini, anda nak tahu kenapa saya cakap macam tu? Sebab saya tidak menunaikan janji yang telah saya buat pada diri sendiri. Saya tipu diri sendiri! Saya tak mahu jadi manusia bangsat dan hina lagi. Bila saya kata saya janji akan tolong, saya akan pastikan saya tolong dan dalam masa yang sama anda juga kena berusaha untuk belajar tentang bisnes ni. Anda percaya dengan saya atau anda yakin dengan saya, yang mana satu? OK, kalau macam tu bertindak sekarang, kita buat sama sama bisnes ni dan
jangan tunggu lagi, percayalah bisnes ini tidak merugikan anda. Anda nak pakej yang mana? Boleh bayar sekarang? (kalau prospek nampak masih susah nak buat keputusan) Oklah, anda bayar sekarang dan mulakan dengan
1 BC dulu, yang penting anda buat. Ini borang, anda isi, hari ni juga saya daftarkan keahlian anda dan anda dah boleh mula perkenalkan bisnes ni kepada kawan kawan ada. Sekarang register sekarang jugak dapat sms confirmation.


49
PROSPEK KATA : �SAYA NI MUDAH KESIAN KAT ORANG, BISNES MACAM NI ORANG YANG MACAM SAYA SUSAH NAK BUAT�
ANDA JAWAB :

Kalau anda tak buat lagi susah, sebab anda dah tahu potensi bisnes ni serta pulangan yang lumayan menanti anda dengan melakukan kerja yang mudah. Masalah kesian ni tak timbul kalau kita benar-benar ikhlas ingin tolong orang untuk mengubah kehidupan mereka. Apakah kerana kita kesiankan kat orang maka kita lepaskan satu peluang yang baik? Ingat, bila kita susah ada orang yang datang ambil tahu? ada orang datang bantu? Tapi saya percaya bila kita senang ramai yang datang minta tolong, betul tak? Dalam bisnes �NO� kesian-kesian tapi kena ikhlas. Jangan korbankan impian kita kerana orang lain tidak akan korbankan impian mereka kerana kita!


50
PROSPEK KATA : �SAYA NI KURANG SABAR BISNES MACAM NI KENA SABAR�
ANDA JAWAB :

Kalau anda ada sikap tak sabar, bisnes ni memang sesuai untuk anda, sebab anda akan lakukan dengan bersungguh sungguh dan anda akan buat dengan pantas, sebab anda tak sabar. Orang relax-relax, anda buat kerja, orang dok sembang-sembang, anda buat bisnes � itu yang saya kata, baguslah kalau anda ada sikap tak sabar itu. Anda jangan lihat daripada sudut negatif, anda kena lihat sikap tak sabar anda tu daripada sudut positif. Anda tukarkan daripada asid kepada alkali (negatif kepada positif). Anda pun sedia maklum, untuk berjaya banyak dugaan dan halangan, jadi anda lawan dengan sikap tak sabar anda itu, contoh, anda kata, �aku tak sabar-sabar nak hapuskan dugaan dan halangan yang datang untuk memusnahkan impian aku�. Kalau anda berjaya positifkan sikap tak sabar anda tu, abnda seorang manusia hebat dan saya yakin anda mampu melakukannya.


51
PROSPEK KATA : �SAYA PERNAH BUAT BISNES MACAM NI TAPI SEKERAT JALAN SAJA, SAYA CEPAT PUTUS ASA BILA SAYA RASA SUSAH DAN ORANG TAK NAK JOIN�
ANDA JAWAB :

Jangan macam tu, takkan awak tak nak menzahirkan walaupun satu impian semasa hayat hidup anda? Tak dapat semua impian, dapat satu pun Alhamdulillah. Sekurang-kurangnya anda sudah berjaya dan tidaklah sia-sia kehidupan kita di dunia ini. Kalau anda sudah ada keluarga, ada isteri dan anak-anak, tidakkah anda terfikir apa akan jadi kepada mereka setelah anda tiada? Maaf, isteri anda, anda tak perlu risau, ramai yang akan jaga, tetapi anak-anak anda belum tentu ada yang sanggup nak jaga. Anda jangan putus asa demi masa depan anak anak anda. Saya pun dulu macam anda, cepat sangat kecewa dan putus asa, tetapi bila kawan saya yang perkenalkan bisnes ini pada saya cakap perkara yang sama seperti apa yang saya cakap kat anda, saya tersedar � dalam hati saya berkata, �betul juga cakap dia�. Lalu saya tidak berfikir panjang untuk buat keputusan join bisnes ni. Saya rasa anda masih belum terlambat untuk buat bisnes ni, saya akan bantu anda.


52
PROSPEK KATA : �SAYA MUNGKIN BOLEH BUAT TAPI KAWAN-KAWAN DAN ORANG LAIN BELUM TENTU�
ANDA JAWAB :

Kita jangan sesekali membuat andaian yang kita sendiri tidak pasti. Ramai orang selalu suka untuk membuat andaian. Cuba anda lihat Genting Highland Siapa percaya yang mendiang Tan Sri Lim Goh Tong boleh membangunkan sebuah pusat peranginan dan percutian di tempat yang orang tidak pernah terfikir masa itu. Ramai yang kata dia gila dan hilang akal. Hari ini anda lihat, apa dah jadi dengan puncak bukit tu? Waktu kerajaan umum nak usahakan projek angkasawan, ramai yang tertawakan dan memperlekehkan idea dan usaha tersebut, tetapi hari ini, kita dah berjaya buktikan bahawa MALAYSIA BOLEH! dan sebagai rakyat Malaysia kita patut merasa bangga dengan Datuk Sheikh Muzaffar, lebih-lebih lagi beliau anak Melayu! Sebab itu kita jangan buat andaian sebelum kita mencuba. Apa yang penting ialah, kita buat dulu! Saya yakin dan percaya, dari cara anda bercakap, anda mampu buat bisnes ni dan mencapai kejayaan.


53
PROSPEK KATA : �MALAS NAK BUAT BISNES MACAM NI, KERJA PENAT DAN MASA BANYAK TERBUANG TAPI UNTUNG TAK SEBERAPA�
ANDA JAWAB :
Kerja apa pun penat jika kita tidak tahu cara dan masa pun banyak terbuang jika tidak tahu gunakan dengan betul. Samalah juga dengan bisnes ni, sebab itu saya buat bisnes ni tak macam orang lain buat, saya suka pergi dengan kelainan bukan pergi dengan harapan. Bila jumpa prospek kita kena perkenalkan dengan cara yang mudah difahami dan terus kepada apa yang prospek mahu. 99.9% prospek yang jumpa kita sudah tahu tujuan mereka berjumpa kita iaitu bisnes. Jadi bila cakap tentang bisnes ini, mereka tentu ingin tahu keuntungan yang mereka akan dapat daripada bisnes tersebut. Cerita je tentang marketing plan, kecuali prospek yang minta kita terangkan tentang servis atau lain lain. Ingat! 99.9% manusia sukakan duit! Kebanyakan kita banyak buang masa cakap perkara-perkara yang tidak begitu penting walaupun ianya patut diberitahu kepada prospek seperti, terlalu detail tentang syarikat, pengurusan syarikat, servis dan sebagainya. Hinggakan kadang-kadang kita tidak sedar yang kita syok sendiri � prospek kita tak faham-faham juga. Bisnes ni kan dah advance (e-commerce bisnes) sebab itu kita kena pandai guna masa yang begitu terhad, terutama yang buat bisnes ni secara sambilan. Anda join bisnes ni dan saya akan tunjukkan cara kerja yang paling mudah dan tak banyak buang masa.


54
PROSPEK KATA : �SAYA CARI BISNES YANG MUDAH, BISNES AWAK NI SAYA RASA SUSAH LA�
ANDA JAWAB :

Mana ada bisnes yang mudah, semuanya perlu bermula daripada susah baru datang kesenangan. Bukan anda sahaja cakap bisnes ni susah, ramai orang pun cakap macam anda, tapi bila saya terangkan tentang bisnes ni, baru mereka sedar apa yang mereka fikir selama ini salah dan kebanyakkan mereka yang dah pernah buat MLM mengakui bahawa kegagalan mereka adalah disebabkan diri mereka sendiri. Kalau sesiapa yang nak join bisnes ni, tak kiralah apa syarikat sekalipun, jika mereka nak �duduk diam dapat duit (4D)� lebih baik lupakan sahaja dan jangan join. Nanti bila gagal akan salahkan orang lain. Saya nak tanya satu soalan dekat anda, anda rasa, kalau bisnes ni susah, macam mana ramai jutawan lahir daripada bisnes ni? Anda mungkin rasa susah sebab selama ini bila anda buat anda tak dapat bimbingan yang betul daripada pemimpin anda atau syarikat kurang menyediakan kelas-kelas bimbingan, kursus dan seminar, sebab itu anda rasa susah. Susah datang bila kita kurang ilmu dan ilmu yang paling baik datang daripada pengalaman kita melakukan sesuatu dengan tekun dan bersungguh-sungguh tanpa kenal erti kekecewaan dan putus asa. Saya akan bantu dan sokong anda dalam bisnes ini. Saya nak anda lupakan pengalaman pahit anda yang lalu, jom join saya dan kita bina impian kita bersama-sama. Anda cuba bisnes ni dulu. Jom kita bertindak sekarang.


55
PROSPEK KATA : �DAH BANYAK SYARIKAT SAYA CUBA TAPI MASIH TAK BERJAYA, MUNGKIN BUKAN REZEKI SAYA�
ANDA JAWAB :

Rezeki ni ada di mana-mana, kita tak akan tahu yang mana satu bidang yang akan mendatangkan rezeki bagi kita. Samalah juga dengan bisnes ini, saya pun dah banyak join sebelum ni, macam-macam company saya join, asal kawan-kawan cakap bagus, saya join, bersusun-susun �starter kit� tunggu nak hempap kepala saya dan berkotak-kotak produk bawah katil, tapi masih menemui kegagalan. Walau macam mana pun saya masih tak menyesal atau putus asa untuk mencuba lagi. Bila kawan saya perkenalkan bisnes ni, saya lihat ianya berbeza dengan bisnes MLM lain yang pernah saya buat. Kawan yang perkenalkan kepada saya bisnes ni setahu saya memang negatif gila, tapi bila dia perkenalkan kepada saya, saya jadi tanda tanya macam mana dia boleh terima bisnes ini yang dia tolak selama ini. Pada saya tentu ada sesuatu, betul tekaan saya, bila saya ikut dia pergi HQ dengar BOP saya dapati bisnes ni lain daripada yang lain. saya terus buat keputusan dan malam itu juga saya join. Pada saya kalau tak jadi pun saya akan terus mencari dan mencuba, itu kalau tak jadi, KALAU JADI? Alhamdulillah keputusan saya tepat, saya dah nampak hasilnya, walaupun tak banyak lagi, tapi bisnes ni terlalu mudah dan tak seperti yang saya buat sebelum ini. Kalau anda tak percaya cakap saya, anda ikut saya pergi HQ atau centre dan dengar sendiri atau isi borang dan buat bayaran dulu, lepas tu kita pergi dengar BOP ataupun kita pergi ke HQ atau centre sekarang. Anda tak akan rugi, percayalah.


56
PROSPEK KATA : �SAYA NAK BUAT TAPI SAYA TAK ADA MODAL DAN TAK ADA KAWAN, AWAK BOLEH TOLONG SAYA TAK?�
ANDA JAWAB :
Pada saya itu cuma alasan anda untuk menolak bisnes yang saya nak perkenalkan ini. Dalam bisnes kita boleh tolong dan bantu satu sama lain dalam apa segi sekalipun, tetapi dari segi bantu atau tolong bagi pinjam untuk dijadikan modal. Kalau kita rasa bisnes ini baik tentu kita akan berusaha untuk cari modal. Betul tak? Katakan modal paling rendah RM420, anda nak buat modal tak ada, takan kerana modal tak ada anda nak tengok saja dan lepaskan peluang tersebut tanpa mahu berusaha supaya sesuatu peluang itu tidak terlepas. Saya tak percaya anda tak ada kawan dalam hidup anda. Anda ada �facebook�? Orang takda kawan takda �facebook�. Dalam handphone anda ada tak senarai nama tak kiralah sesiapapun mereka dengan anda? Macam mana anda kata anda tak ada kawan? Kalau dalam ramai-ramai tu hanya ada 10 orang je kawan-kawan termasuk adik-beradik anda, apa susah, anda pinjamlah daripada mereka seorang RM50. Dah dapat RM500! Janganlah minta pinjam RM420 atau RM840 memanglah susah orang nak bagi, tapi setakat RM50 tu mudah orang nak bagi pinjam. Saya lihat dalam bisnes yang saya buat ni, ramai yang gadai barang kemas untuk dapatkan modal dan mereka betul-betul serta bersungguh sungguh dan akhirnya mereka berjaya. Jangan tunggu lagi, kita mesti rebut peluang ini, pakej mana anda nak? Atau berapa modal yang anda sanggup cari dan keluarkan, RM420 dan bila nak bayar, malam ni boleh? Berapa anda ada sekarang? (jika dia jawab RM50), Ok, isi borang ni dan bagi duit tu kat saya dan katakan pada dia, �saya bagi anda tempoh seminggu untuk bayar baki. Amacam bestkan bisnes ni?
p/s: �ORANG YANG AKAN MENCAPAI KEJAYAAN IALAH MEREKA YANG TAHU TENTANG KEKURANGAN DAN KELEMAHAN MEREKA SERTA BERUSAHA UNTUK MENGATASINYA! UNTUK BERJAYA, JANGAN ADA ALASAN!�


57
PROSPEK KATA : �SAYA TAK BAWAK CASH, ESOK SAYA BANK-IN DALAM AKAUN AWAK BOLEH TAK?�
ANDA JAWAB :

Tak boleh! Sebab saya dah banyak kali terkena dengan janji-janji yang macam ni, esok bila kita telefon, mulalah tak angkat, SMS tak balas lama-lama duit kita yang habis dok call dan SMS. Berapa anda ada? Anda isi borang dan bayar sikit dulu tanda jadi. Saya bukan nak paksa anda tapi ini adalah untuk kebaikan anda juga untuk mengubah kehidupan sama seperti saya dulu.


 59
PROSPEK KATA : �SAYA MINAT DENGAN BISNES NI TAPI BOLEH TAK BAGI SAYA MASA SIKIT?�
ANDA JAWAB :
Tak boleh! Anda dah kata anda minat, so kenapa nak tunggu tunggu lagi? Mungkin anda nak balik bincang dengan isteri anda, betul? Atau anda nak cari duit, betul? Macam ni sajalah, saya rasa dulupun mungkin dah ramai kawan-kawan anda ajak anda buat bisnes macam ni, tapi anda bagi jawapan yang sama, anda minat, tapi minta masa sikit. Betul? Pada saya, jika anda tak buat keputusan untuk bertindak hari ini, 10 tahun akan datang pun anda tetap orang yang sama. 2 tahun dulu ada seorang kawan dah ajak saya buat bisnes ni tapi biasalah, saya pun macam anda juga, minat tapi minta sikit masa. Bila dia datang balik jumpa saya, saya lihat banyak perubahan yang berlaku dalam hidup dia. Bayangkan kalau 2 tahun dulu saya terus join, mungkin saya lebih hebat daripada dia. Pada saya, jangan banyak fikir kepada perkara yang positif � jom join saya hari ini


60
PROSPEK KATA : �SAYA SELALU OUT-STATION MACAM MANA NAK TUMPU BISNES NI�
ANDA JAWAB :
Lagi bagus! Bermakna anda ada peluang untuk membuka bisnes anda di merata-rata tempat dan peluang seperti ni bukan semua orang yang dapat. Kalau saya, saya lihat ini sebagai sesuatu yang positif. Nama pun bisnes networking dan bila buat networking maka kita perlu melebarkan empayar bisnes kita dan anda pula dah terbentang luas jalan untuk melebarkan empayar bisnes anda, kenapa nak tunggu-tunggu lagi? Saya akan ajar anda macam-mana nak buat bisnes ni sesuai dengan masa kerja anda. Bila anda tahu, anda akan merasa seronok, sambil kerja sambil buat bisnes dan yang paling penting bisnes ni langsung tak ganggu kerja anda. Dah jangan fikir macam mana nak tumpu pada bisnes, sekarang fikir pakej mana anda nak? Bayar tunai ke pakai kad kredit?


61
PROSPEK KATA : �SAYA NI MUFLIS, BOLEH KA SAYA BUAT BISNES NI?�
ANDA JAWAB :

Nak ikutkan tak boleh, tapi oleh kerana anda belum bankrap otak, untuk bisnes ni tiada masalah. Yang susah bila orang tu dah bangkrap otak. Itu yang susah nak tolong. Bisnes ni, bisnes e-commerce so semuanya online dan segala komisyen di bayar terus dalam bentuk BC ke akaun maya (e-wallet) tiap hari. Kita juga boleh transfer ke akaun rakan untuk tukar cash atau langsung ke HQ. Proses ini tak perlu melalui transaksi bank! Saya nak tanya anda, bisnes ni mudah tak? Jom join saya hari ni. Nah ini borang, boleh bayar sekarang? Tak cukup tak pe, bayar berapa yang ada dulu.


62
PROSPEK KATA : �SAYA KERJA KILANG, SIAPA NAK PERCAYA KAT SAYA�
ANDA JAWAB :

Cuba lihat saya. Saya pun dulu kerja kilang tapi kenapa dia boleh buat bisnes ni? Jawapannya mudah saja, sebab saya pilih untuk menjadi orang yang berjaya. Orang bukan lihat apa kerja kita, tapi mereka lihat pada keikhlasan, kejujuran dan amanahya kita dalam melakukan sesuatu, apatah lagi dalam bisnes yang melibatkan duit dan kepercayaan. Kadang-kadang orang yang kita jumpa lebih tinggi pelajaran dan kerja pun bagus daripada kita, tapi otak dan cara mereka berfikir lebih teruk daripada kita. Ada juga orang yang kita jumpa tak minat dengan bisnes kita, tapi mereka akan memberikan sokongan kepada kita bila mereka melihat kesungguhan kita untuk mengubah kehidupan dengan berikan nama-nama kawan kawan mereka untuk kita hubungi atau mereka sanggup keluarkan modal untk adik-beradik menjalankan bisnes ni. Sebab itu anda jangan rasa rendah diri. Anda patut rasa bangga dengan keputusan anda untuk bisnes ni pada hari ini. Saya akan bantu anda, jangan takut dan jangan malu. Saya tahu anda hebat cuma anda sahaja yang tak sedar kehebatan diri anda.


63
PROSPEK KATA : �SAYA NI KERJA JAGA JE, ADA KA ORANG YANG NAK PERCAYAKAN SAYA?�
ANDA JAWAB :

Apa? Kerja JAGA hina ke? Kerja JAGA jatuhkan maruah anda ke? Mana lebih baik dengan orang yang kelulusan tapi tak dapat kerja atau mana lebih hina dengan orang yang tak mahu kerja? Kalau saya jadi awak, saya akan rasa bangga bila saya dapat mengubah kehidupan saya menjadi lebih baik. Kita mesti ada keyakinan dan keberanian untuk berubah. Itu sahaja! Saya percaya awak pun boleh berjaya, mungkin lebih cemerlang daripada yang saya jangkakan. Dah. Jangan takut. Jom join saya sekarang dan kita buat sama-sama bisnes ni sampai berjaya atau setidak-tidaknya balik modal!


64
PROSPEK KATA : �SAYA NI DRIVER LORI JE, ORANG NAK PERCAYA KE CAKAP-CAKAP SAYA?�
ANDA JAWAB :

Dalam bisnes ni, ramai driver lori yang dah tak bawa lori lagi. Mereka buat bisnes ni dengan tekun dan sungguh-sungguh disamping itu mereka belajar dan terus belajar. Pada saya, jika awak sanggup belajar, awak tidak akan hadapi masalah untuk buat bisnes ni tak kiralah samada awak driver lori atau pencuci pejabat, percayalah. Jom join saya sekarang dan nanti saya akan kenalkan awak dengan orang yang telah berjaya tapi datang dari pelbagai latar belakang yang berbeza. Awak tanyalah sendiri dengan mereka, apa yang sedang mereka nikmati sekarang dan hari-hari seterusnya dalam bisnes ini.


65
PROSPEK KATA : �SAYA KERJA DESPATCH, NAK CERITA TENTANG BISNES E-COMMERCE, ORANG BOLEH PERCAYA KE KAT SAYA?�

ANDA JAWAB :
Awak kena yakin dan percaya kepada kebolehan dan kelebihan yang ada pada awak, kalau awak tak tahu, awak kena cari dan salah satu cara ialah dengan join bisnes yang saya perkenalkan pada awak ni. Saya tahu awak boleh buat bisnes ni. jom join saya sekarang.


66
PROSPEK KATA : �PELAN PEMASARAN BISNES AWAK MACAM PIRAMID JE?�
ANDA JAWAB :

Anda tahu ke sistem piramid tu macam mana dan piramid tu salah ke? Cuba anda terangkan sikit kot-kot ada yang saya tak tahu. (anda dengar macam mana prospek anda terangkan, jangan takut sebab 99% prospek tak tahu apa sebenarnya sistem piramid dan kebanyakan mereka hanya dengar cakap-cakap daripada orang yang juga tak tahu apa itu piramid). Oklah, sebenarnya anda pun tak tahu dan tak jelas berkenaan sistem piramid. Kalau piramid tu salah, maka kita tak boleh bekerja, kita tak boleh bagi anak kita sekolah, kita tak boleh kahwin dan macam-macam lagi perkara yang kita tak boleh buat sebab semua bentuk kehidupan adalah piramid. Dalam bisnes ni memang bentuknya piramid, tapi ada yang kita perlu tahu ialah samada piramid itu dibenarkan ataupun tidak? Piramid yang dibenarkan dan diluluskan oleh kerajaan ialah, bila orang bawah boleh mengatasi pendapatan atau pangkah orang atas. Kalau orang bawah tak boleh potong orang atau walaupun kerja kuat, itu piramid yang salah dan tidak diluluskan. Dalam bisnes ini, kalau anda orang bawah, tapi keluar modal RM840 dan orang atas RM420 siapa berpotensi dapat banyak income? Jadi Pelan pemasaran bisnes syarikat saya adalah piramid yang dibenarkan dan diluluskan oleh kerajaan, kalau tidak dah lama lesen kena tarik, syarikat diarahkan tutup dan saya pun dah terlungkup. Saya harap anda faham sekarang apa itu sistem piramid. So nah borang, boleh join saya sekarang dan kita buat sama-sama. Pakej dan modal mana anda pilih sendiri.
p/s: Ramai orang bercakap tentang perkara yang mereka sendiri tidak faham dan tidak tahu. Mereka cuba memperlihatkan kehebatan mereka sedangkan sebenarnya mereka sedang memperlihatkan KELEMAHAN dan
KEBODOHAN mereka tanpa mereka sedari.


67
PROSPEK KATA : �DAH BANYAK SANGAT BISNES NI DI MALAYSIA, PERSAINGAN TENTU JADI HEBAT, BOLEH BUAT LAGI KE BISNES NI?�
ANDA JAWAB :

Saya rasa semua rumah ada TV malah ada yang sampai dua-tiga buah TV, tapi kenapa syarikat TV masih keluarkan TV? Anda pun pakai handphone dan ramai orang dah pakai handphone, tapi kenapa handphone masih dikeluarkan lagi? Ramai orang dah ada kereta, tapi kenapa proton masih mengeluarkan kereta lagi? Jadi samalah macam bisnes ni, walaupun dah beratus syarikat yang ada, tapi masih lagi tetap keluar yang baru malahan yang daripada luar negara pun berlumba-lumba nak masuk pasaran Malaysia. Amway yang dah lebih 30tahun di Malaysia pun masih tak sampia 1% rakyat Malaysia yang jadi ahli Amway, betul tak? Persaingan tu bagus kalau semua jalankan dengan penuh etika, ikhlas, bertanggungjawab serta mengikut undang-undang. Syarikat saya ni boleh bersaing kerana telah banyak bukti kejayaan dapat ditunjukkan dan sistem yang diperkenalkan adalah sistem terbaru dan telah terbukti kehebatan dan kebenarannya. Jadi jangan tunggu lagi, jom join saya sekarang dan pastikan anda adalah salah seorang jutawan yang akan lahir daripada syarikat ini. Kalau tak jadi jutawan pun dapat 10 ribu atau 20 ribu sebulan ok tak?
p/s: �Keberanian menghadapi persaingan adalah salah satu kunci untuk mencapai kejayaan�. �Orang BERANI selalu BERJAYA; Orang PENAKUT selalu GAGAL

.
68
PROSPEK KATA : �SAYA NI AGEN INSURAN, MANA ADA MASA NAK JOIN BISNES AWAK NI�
ANDA JAWAB :

Pada saya andalah orang yang paling beruntung jika awak buat bisnes ni. Saya ni mungkin tak berapa faham tentang kerja anda, tapi daripada kawan-kawan saya yang juga jual insuran kata, sekarang ni susah sikit nak dapat �payment� dan bila �payment� susah maka komisen mereka pun turut terjejas. Pada saya, ramai yang guna duit gaji untuk bayar bulanan duit insuran tu, so kadang-kadang bila komitmen bulan tu tinggi, maka nak bayar duit insuran itu terkucil. Bila tak dapat bayar, komisen pun tak dapat. Bila anda buat bisnes ni anda sebenarnya boleh bantu pelanggan insuran anda. Anda perkenalkan sahaja pada pelanggan anda dan tunjukkan potensi bisnes ni, bila mereka join dan buat betul-betul mereka akan dapat income. Bila dapat income maka mereka tak ada masalah nak bayar duit insuran, bila mereka mampu bayar anda dapat komisen. Oleh itu siapa senang? Anda jugak. Anda kena berfikiran positif, mungkin ramai di antara pelanggan-pelanggan insuran anda sedang mencari peluang untuk tambah pendapatan, tapi anda tak tahu dan anda tidak akan tahu sampai bila-bila selagi anda tak cuba bisnes ni. Kelebihan anda yang sebenarnya adalah anda sudah ada prospek yang ramai. Setiap pelangan insuran anda adalah prospek terbaik. Mereka juga sudah mengenali anda so kalau nak bertemu senang sekali. Anda join bisnes ni sekarang. Jangan bazirkan aset (pelanggan) yang anda ada, orang lain yang buat bisnes nipun mungkin juga menjadikan pelanggan anda sebagai sasaran prospek mereka.


69
PROSPEK KATA : �SAYA NI JUAL KERETA, TAK TERKEJAR SAYA KALAU SAYA JOIN BISNES AWAK�
ANDA JAWAB :
Pada saya ,andalah orang yang paling beruntung jika anda buat bisnes ni. Anda sudah ada ramai pelangan yg pernah membeli atau menjual kereta dgn anda. Mereka ini adalah prospek terbaik anda. Mengapa saya kata terbaik? Sebab sewaktu transaksi penjual atau pembelian pastinya ada tahu tahap atau sumber kewangan serta latarbelakang pendapatan mereka. Gunakan sepenuhnya info yang anda ada dah jugak kepercayaan yang telah diberikan sewaktu pembelian/penjualan kereta sebelum ini. Anda juga sudah pasti mempunyai kepakaran dalam pertuturan dan pastinya ini adalah satu asset utk anda menjana pendapatan lebih. Jom join sekarang dan saya akan bantu anda.


70
PROSPEK KATA : �TERIMA KASIH HE LAH NAK, MAKCIK NI JUAL NASI LEMAK JE, MANA RETI NAK BUAT BISNES MACAM NI�
ANDA JAWAB :

Sebab makcik jual nasi lemaklah saya nak makcik join dan masuk bisnes ni. Bisnes ni tak susah sebab orang yang datang cari makcik, makcik tak payah susah-susah cari orang. Macam saya ni keluar jumpa orang, makcik tak perlu, tapi kalau nak susahkan diri keluar memperkenalkan bisnes ni pada orang lagi bagus. Bila makcik jual nasi lemak, kan ke orang datang kat makcik nak beli nasi lemak, apa yang makcik perlu buat ialah, masukkan flyers dalam beg plastik letak nasi lemak � itu sahaja yang makcik perlu buat, mudah tak? Bila ada orang minat nak tahu bisnes ni, makcik beritahu saya dan saya akan terangkan untuk makcik, kalau orang join, saya letakkan bawah makcik sebab orang itu makcik yang dapatkan. Lagi satu, makcik boleh minta tolong anak-anak makcik untuk tolong makcik buat bisnes ni biar mereka nampak potensi bisnes ni. Apa kata makcik join dulu dan kemudian saya jumpa anak-anak makcik untuk saya terangkan bisnes ni kepada mereka.


71
PROSPEK KATA : �PAKCIK TAK RETI, ADA ANAK PUN TAK MINAT BERNIAGA�
ANDA JAWAB :

Pakcik tak reti, tak apa, yang penting pakcik minat untuk mencuba. Itu sudah cukup membanggakan saya kerana dalam usia pakcik sekarang, pakcik masih ingin terus mencuba untuk mengubah kehidupan pakcik. Tak seperti budak-budak muda sekarang, asyik suka dok melepak buang masa dan tak habis habis menyusahkan mak bapak dari kecil sampai besar. Pakcik buat je perlahan-lahan, saya akan bantu ajar pakcik, pakcik ada kawan-kawankan, jadi pakcik cerita je, kalau mereka nak tahu lebih lanjut, saya akan datang terangkan. Bila mereka masuk, saya letakkan bawah pakcik, pakcik hanya cakap kat kawan-kawan pakcik, �aku baru masuk satu bisnes, tapi aku nak terang tak pandai sebab aku baru masuk, aku tengok ramai yang dah dapat duit. Orang-orang yang sama baya dengan kita pun ramai yang dah masuk dan berjaya�. Itu sahaja yang pakcik cakap kat mereka. Bab anak-anak tak minat, itu masalah kecil pada saya. Mereka mungkin tak faham tentang bisnes ni lagi, saya percaya bila anak-anak pakcik faham tentu mereka akan buat dan sama-sama tolong pakcik buat bisnes ni. Pakcik masuk sekarang dan lepas tu baru saya jumpa anak-anak pakcik dan saya akan terangkan pada mereka. Bila pakcik dah masuk, senang saya nak buat mereka jadi minat.


72
PROSPEK KATA : �CUBA KAU TENGOK ANAK-ANAK AKU NI HAH�BERDERET-DERET, MACAM MANA AKU NAK PI MEETING ATAU BERJUMPA ORANG, BUKANNYA AKU TAK MINAT�
ANDA JAWAB :
Macam ni jelah kak. Meeting tu kakak boleh pergi ikut kesesuaian masa kakak, petang atau malam. Seminggu sekalipun tak apa. Mintalah suami kakak jaga sekejap sementara kakak pergi meeting tu. Kakak bukan nak pergi makan angin, kakak nak pergi buat bisnes cari rezeki, bukannya lama pun� sejam dua je, itupun seminggu sekali, takkan tak boleh, bolehkan? Kalau suami minat nak ikut sekali lagi bagus. Kita ni kakak kena fikir tentang masa depan kita dan anak-anak serta keluarga, sampai bila kita nak hidup susah dan duit tidak pernah cukup. Itu pun mujur suami ada kerja, kalau jadi apa-apa kat suami macam mana? Takkan waktu itu baru kakak nak tercari-cari, orang tuakan pernah kata, �sediakan payung sebelum hujan� Janganlah risau pasal anak berderet-deret tu, kakak patut risau jika tak dapat berikan mereka pelajaran secukupnya. Lepas ni kalau ada rezeki, keluar lagi, keluar lagi, keluar lagi dan kak akan terus berikan alasan yang sama � anak berderet deret macam gerabak keretapi�. jomlah kakak ikut saya join bisnes ni, mana tahu Tuhan nak berikan kakak rezeki dan bantu suami serta mampu mengubah kehidupan kakak ke arah yang lebih cemerlang, siap tahu? Amacam?


73
PROSPEK KATA : �AKU BUKAN TAK MINAT TAPI AKU TAKUT BISNES TAK KEMANA, MODAL LESAP SEBAB BISNES MACAM NI AKU PERNAH BUAT DULU, HABUK PUN TARAK�
ANDA JAWAB :

Dulu tu bila? Engkau masuk syarikat apa? Siapa perkenalkan bisnes tu kat engkau? Sebelum engkau join bisnes tu, ada tak engkau selidik dulu latar belakang syarikat? Latar belakang pengurusan? Dah ramai ke orang yang berjaya? Berapa ramai jutawan yang dah dilahirkan? Syarikat pernah dapat pengiktirafan ke dari mana mana pihak? Semua ni engkau kena ambil tahu sebelum engkau join. Bisnes yang aku nak engkau join ni aku dah selidik dulu, kemudian baru aku join, aku pun tak nak buat bisnes mengarut dan merugikan aku. Lagi satu, aku tak nak engkau putus kawan dengan aku hanya kerana bisnes. Aku nak engkau join bisnes ni dan kita buat sama-sama, sekurang-kurangnya dalam waktu terdekat ni dapat pulang modal dulu. Engkaupun bukan tak kenal aku, engkau pun tahu rumah aku kat mana, jom pergi ke HQ dan daftar serta bayar kat sana.


credit to  http://khaizabir.ads4blog.net


p/s : klu saya senang jer, byk sgt penolakan, bagi byk alasan NEXT jer lahhh :)


Gambar Belangkas