Showing posts with label automobil. Show all posts
Showing posts with label automobil. Show all posts

Sunday, May 17, 2015

Gambar perkuburan kereta yang tak laku dijual

Di sinilah ribuan kereta yang tak laku di pasaran disimpan...
 
Sheerness, United Kingdom
 
 Swindon, United Kingdom
 
 Baltimore, Maryland, U.S.A

Nissan test track in Sunderland United Kingdom
 
 Sunderland United Kingdom

car park in Spain
 
at the port of Valencia in Spain
 
St Petersburg, Russia
 
Upper Heyford, Bicester, Oxfordshire
 
Royal Portbury Docks, Avonmouth, near Bristol in the United Kingdom


Kredit: http://imgur.com

Tuesday, May 12, 2015

Kereta terbang terhempas ketika ujian

Kereta terbang AeroMobil terhempas, Jumaat lepas.

SLOVAKIA - Kereta terbang pertama di dunia keluaran sebuah syarikat teknologi terhempas dalam satu ujian penerbangan di Slovakia, Jumaat lepas.

Menurut Fox News, kereta terbang tersebut yang juga prototaip ketiga keluaran syarikat AeroMobil dikemudi penciptanya, Stefan Klein ketika kejadian.

Saksi memberitahu, kereta terbang tersebut berpusing dan memaksa Klein membuka payung terjun pada ketinggian 900 kaki untuk pendaratan yang selamat.

Kereta terbang tersebut remuk teruk manakala Klein selamat tanpa sebarang kecederaan.

Menurut kenyataan dari AeroMobil, data penerbangan dari ujian tersebut akan digunakan dalam ujian akan datang selepas kereta terbang tersebut dibaiki.

"Dalam proses mencipta kenderaan baru, terutamanya prototaip, kemungkinan sesuatu yang buruk terjadi adalah tinggi, dan ianya normal.

"Ini adalah tempoh 'belajar' dan penting untuk kami untuk mengenal pasti (masalah) dan memperbaikinya dalam rekaan kami yang seterusnya," dipetik dari kenyataan tersebut.

AeroMobil bertanggungjawab menghasilkan kereta terbang tersebut sejak tahun 1990 dan enjin Rotax 912 yang digunakan mampu diisi di stesen minyak konvensional.


Sumber: Sinar Harian

Friday, April 3, 2015

Harga kereta yang diguna dalam filem FAST AND FURIOUS 7

 Dodge Challenger SRT-8. Di pasaran kereta ini dijual dengan harga USD 26,495

 Dodge Charger. Harga USD 27,995

 1972 Plymouth Barracuda. Kereta ini bernilai USD 29,500

 Subaru WRX STi. Harga USD 35,285

 Maserati Ghibli. USD 66,900

 Nissan GT-R. Harganya USD 109,330

 Audi R8. USD 114,900

 Dodge Charger R/T 1970. USD 130 ribu

 Chevrolet Camaro 1968. Kereta ini berharga USD 180 ribu

 Aston Martin DB9. Dijual dengan harga USD 183,700

 McLaren MP4-12C. Kereta ini berharga USD 239,400

 Ferrari 458 Italia. Harganya USD 257,412

 Bugatti Veyron. Kereta ini bernilai USD 3 juta

Lykan HyperSport. Kereta paling mahal yang digunakan dalam filem ini. Harganya USD 3.4 juta





Foto: via carsdirect/IGN/aia
Sumber: kapanlagi.com

Thursday, February 19, 2015

Makmal rahsia Apple hasilkan kereta elektrik?

WASHINGTON: Apple Inc mempunyai makmal rahsia yang ditubuhkan untuk tujuan mencipta kereta elektrik jenama berkenaan, lapor akhbar Wall Street Journal semalam.


Projek yang diberi nama kod ‘Titan’ itu dilaporkan sedang mereka kenderaan yang kelihatan seperti sebuah van mini dan dijangka mengambil masa bertahun-tahun untuk merealisasikannya.

Bagaimanapun, belum dapat dipastikan sejauh mana penglibatan Apple dalam projek berkenaan.

Berita berkenaan memberi isyarat bahawa Apple sedang berusaha mempertingkat kemampuannya dalam teknologi automotif. Bidang tersebut sudah menjadi tumpuan utama dalam kalangan syarikat-syarikat di Silicon Valley seperti Google Inc., Uber dan Tesla Motors Inc.

Kenderaan tersebut dijangka memiliki perkhidmatan Internet dan perisian penuh yang melengkapi upaya navigasi serta komunikasi. Inovasi itu disfatkan sebagai bidang yang menjadi fokus kebanyakan syarikat berasaskan teknologi tinggi.

Bulan Mac lalu, Apple telah memperkenalkan CarPlay, yang membolehkan pemandu kenderaan mengakses senarai nama dalam iPhone, membuat panggilan atau mendengar pesanan suara tanpa perlu melepaskan tangan daripada stereng kenderaan.

Dalam masa yang sama, ketua unit penyelidikan dan pembangunan (R&D) Mercedes-Benz, Johann Jungwirth dilihat telah berpindah tugas ke Apple dengan jawatan ketua kejuruteraan Mac Systems.

Penglibatan Jungwirth dalam makmal rahsia Apple itu telah dilaporkan oleh The Financial Times.

Apple yang telah merekrut ratusan pekerja kini dilaporkan sedang memancing pakar robotik untuk turut serta dalam projek berkenaan.

Percubaan untuk mereka bentuk kenderaan disifatkan sebagai anjakan perubahan bagi Apple yang selama ini banyak membuat R&D  dalam pelbagai projek tetapi masih kekal dengan bisnes terasnya iaitu pembuatan peralatan mudah alih dan elektronik. - SiakapKeli

Gambar Belangkas