Showing posts with label google adsense. Show all posts
Showing posts with label google adsense. Show all posts

Wednesday, September 2, 2015

Rutin setiap pagi.


Rutin blogger.
Rutin aku setiap pagi adalah memikirkan cerita atau apakah perkongsian aku untuk blog ceritaejoy. Ya. Setiap hari aku melakukan perkara yang sama. Ada masanya, terlalu banyak cerita yang ingin aku kongsikan, ada masanya, aku hilang arah. Inilah kelebihan yang ada pada top bloggers tetapi tidak pada aku. Mereka punya banyak variasi cerita yang ingin dikongsikan.

Disinilah pentingnya niche blog. Blog tanpa niche ni, agak susah mencari bahan cerita. Bila ada orang yang tanyakan pada aku, apakah niche blog ceritaejoy. Aku akan ambil masa untuk berfikir. Jawapan yang biasa aku berikan adalah, blog ini berkongsikan tips-tips motivasi, personal, perkongsian gambar-gambar menarik, keibubapaan, fesyen lelaki dan sedikit tutorial blog. Secara rumusannya, aku sendiri tak tahu apakah niche blog aku ni.


Aku juga masih lagi mencari blogger template yang betul-betul ngam dengan blog aku ini. Sejujurnya, aku masih belum puas dengan appearance blog ni. Buat masa sekarang, aku hanya mencari free template. Bila sebut pasal barang/perkara percuma ni, almaklumlah, tak semua yang betul-betul memenuhi keinginan kita. Sampai masanya aku betul-betul serius menjadi seorang blogger, aku akan memilih template berbayar. Kerana bila kita perlu mengeluarkan wang, ini bermakna ada sesuatu yang istimewa di situ.


Aku juga masih berusaha dan terus berusaha dalam mencari "kelulusan" adsense. Orang kata, jika ada usaha, disitu terdapat banyak ilmu yang boleh kita belajar. Aku pun hampir lupa, kali ke berapa blog ceritaejoy ini di reject oleh adsense. Mulanya hati sedikit berbunga bila diluluskan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, segalanya berubah. Terlalu banyak tips adsense yang aku belajar, dan hampir kebanyakkannya telah aku aplikasikan pada blog, tetapi masih juga di reject. 

Sebenarnya, penulisan blog yang memainkan peranan di dalam kelulusan adsense. Bila aku tengok balik cerita-cerita lepas, memang sedikit cacamerba. Nak buat blog memang senang, nak menulis pun senang, tapi nak menghasilkan yang betul-betul berkualiti dan tak nampak copy paste memang susah. Memang benar, kadang tu, penulisan kita adalah lahir dari diri kita sendiri, tetapi search engines bukan tahu pun, nampak sedikit ayat atau keyword yang lebih kurang, dikatanya kita copy paste. Hish.


Bercerita pasal keyword, siapa yang benar-benar faham mengenai keyword blog? Adakah top bloggers memang mahir akan keyword atau mereka ada medium khas? Aku setakat ni, cuma guna adwords keyword tool. Beza tau adsense dengan adwords ni. Nak cerita panjang pun, aku bukan hebat sangat. Yang aku faham, adsense ni medium buat duit dengan blog. Adwords pula adalah medium pengiklanan google. Isikan apa yang patut dan iklan anda akan keluar di google.

Kaitan keyword blog dengan adwords keyword tool ni adalah, ada ruangan khas di dalam adwords yang membolehkan kita search apakah keyword yang boleh kita gunakan dalam penulisan di blog. Mungkin ini adalah medium mudah (easy) bagi seorang bloggers picisan semacam aku. Banyak lagi sebenar keyword search tool yang ada. Yang mungkin salah satunya digunakan oleh top bloggers/blogger malaysia di dalam menghasilkan penulisan berkualiti mereka. Itu kenalah tanyakan sendiri pada mereka ya. 


Hmm, rasanya cukuplah aku bercerita mengenai rutin setiap pagi aku ni. Inilah yang selalu aku buat dan fikirkan hampir setiap pagi *selain daripada memikirkan cara-cara untuk lebih serius dengan blog*. Bukan mudah untuk meniti kejayaan. Semuanya perlu dengan usaha. Semua ingin jadi yang terbaik, tetapi aku ingin jadi yang terbaik daripada yang terbaik. Oleh yang demikian, usaha bukan setakat usaha, malah perlu lebih usaha daripada usaha. Ha, faham tak? Hehehe. Terima kasih sudi luangkan masa singgah ke blog ceritaejoy. Jumpa lagi dalam ceritaejoy yang mendatang. Daa~.

Saturday, August 29, 2015

Aku dah mula putus asa.


Google adsense malaysia. Setelah hampir 10 kali di tolak permohonan aku, aku sedikit hampir putus asa. Pelbagai tips dan tutorial apply google adsense aku dah ikut. Macam-macam benda aku dah tukar dan masukkan dalam blog ceritaejoy ni, namun hasilnya tetap juga di tolak. Apakah punca google adsense di tolak?

Tercari-cari juga apakah masalah sebenar. Cuba perbetulkan seperti apa yang diajar, tetapi masih menerima jawapan yang sama. Melalui perkongsian dalam group google adsense malaysia, mereka mencadangkan aku membeli akaun google adsense. Kerana kata mereka, inilah cara yang paling mudah.

Namun dalam banyak-banyak yang menyarankan aku untuk terus beli, ada seorang rakan yang memberi sokongan. Katanya, blog kita haruslah mempunyai konten yang cukup. Dalam erti kata lainnya. Penulisan yang panjang dan penuh isi. Selain daripada trafic yang tinggi kepada blog.

Ini ada logiknya pada fikiran aku. Kerana apa yang aku nampak, penulisan di dalam blog ceritaejoy ini masih belum cukup "patah perkataannya". Bukan tak mahu menulis panjang-panjang, tapi seperti yang aku ada kongsikan di SINI *baca no #4* aku risaukan tiada yang habis membacanya. Aku sendiri tidak mengemari penulisan yang panjang.

Hmm. Besar rasa kecewanya di dalam hati aku. Tetapi takkan aku nak menyerah kalah semacam itu sahaja kan? Kalau melihat kepada kejayaan top blogger malaysia, bukan mudah untuk mereka berada di dalam kejayaan mereka sekarang. Terlalu banyak halangan yang perlu mereka tempuh. Sama besar rumitnya menyelesaikan cerita MH370 *uish, jauh sangat aku tersasar ni* hehehe.

Chaiyok! Chaiyok! Orang cakap, usaha jangan sekali, teruskan dan teruskan. Dan bila kejayaan itu menjelma, pasti kepuasan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Ya! Teruskan berusaha walaupun di reject puluhan, ratusan dan ribuan. Wahahaha. Tapi kenalah belajar jugak kan? Kalau kena reject atas alasan yang sama je, tiada maknanya jugak. Yer idok? Baiklah, teruskan mencari kesalahan dan betulkan. Semoga akhirnya membuahkan keberhasilan. InsyaAllah. Terima kasih sudi baca ya!

Gambar Belangkas