Showing posts with label Panji Hitam Dari Timur. Show all posts
Showing posts with label Panji Hitam Dari Timur. Show all posts

Monday, February 2, 2015

Ciri-ciri Pengikut Imam Mahdi


Sebahagian daripada pengikut-pengikut muda Imam Mahdi akan menjauhkan dan memisahkan diri daripada keluarga-keluarga mereka yang terperangkap dalam tipu daya Dajjal akibat tekanan dan ancaman yang menimpa ke atas mereka. 

Sepanjang lembaran sejarah, para pemuda yang beriman yang telah memilih jalan yang benar yang telah disampaikan oleh Nabi-Nabi yang telah diutuskan sebagai rahmat daripada Allah SWT, yang telah membantu mereka dan beriman dengan Kitab-Kitab yang diturunkan oleh Allah SWT, sering kali ditimpa pelbagai tekanan daripada orang-orang sekeliling mereka, terutamanya keluarga-keluarga mereka. Para pemuda ini akan mencintai Imam Mahdi (a.s) dengan sepenuh hati, yang kedatangannya di akhir zaman diharapkan dengan rasa yang penuh gembira. Mereka akan mempercayai Imam Mahdi (a.s.) sebenar-benarnya sebagai seorang utusan suci yang diturunkan oleh Allah SWT dan mereka akan hidup berdasarkan nilai-nilai moral al-Qur’an bersama mereka.

Para pemuda ini akan menerima pelbagai jenis ujian yang pernah menimpa orang-orang Islam yang lain sepanjang lembaran sejarah, seperti mana yang disebutkan dalam ayat ini:
Apakah kamu mengira bahwa kamu akan masuk syurga, padahal belum datang kepadamu (cubaan) sebagaimana halnya orang-orang terdahulu sebelum kamu? (Al-Baqarah : 214)
Maka oleh kerana itu, terdapat persamaan antara contoh-contoh yang disebut dalam al-Qur’an dan perkara-perkara yang menimpa sesetengah pengikut Imam Mahdi (a.s.).

Telah diriwayatkan dalam sebuah hadith bahawa para pengikut Imam Mahdi (a.s.) akan tidak mempunyai kawan selain antara mereka, sehinggakan jika mereka sesat, tidak akan ada siapa mencari mereka ini. Ini menunjukkan pandangan negatif masyarakat yang tinggal bersama mereka, keluarga mereka, dan saudara mereka terhadap mereka : 
Dia berkata : Carilah mereka di penghujung dunia. Kehidupan mereka adalah sederhana, rumah mereka di belakang mereka, jika mereka hadir mereka tidak akan dikenali, JIKA MEREKA SESAT JALAN, TIDAK ADA SESIAPA YANG AKAN MENCARI MEREKA, JIKA MEREKA SAKIT TIDAK ADA SIAPA AKAN MELAWAT MEREKA, jika mereka ingin berkahwin, tidak ada siapa akan menerima lamaran mereka. SEKIRANYA MEREKA MATI, TIDAK ADA SIAPA YANG AKAN HADIR PENGEBUMIAN MEREKA. Mereka berkongsi harta benda mereka sama rata antara mereka dan melawat kubur masing-masing; impian mereka adalah sama, walaupun mereka tinggal di bandar yang berlainan. (Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 23)

Hadith menunjukan bahawa para pembantu Imam Mahdi (a.s.) sedikit bilangannya seperti para pengikut Nabi Musa as dan pemuda al-Kahfi.

Hukaym Ibn S’ad berkata: Saya mendengar panglima mereka yang beriman Ali (r.a) berkata: MASYARAKAT QAIM [IMAM MAHDI (A.S.)] ADALAH MUDA, DAN TIADA YANG TUA ANTARA MEREKA. Bilangan mereka sedikit seperti kohl di mata atau garam dalam makanan. Dan garam adalah sesuatu yang paling kecil dalam makanan. (Sheikh Muhammad bin Ibrahim Nomani, al-Ghaybah al-Nomani, p. 374).
Hadith-hadith lain menunjukkan akan terdapat orang muda (orang muda di sini bukan bermaksud belia 30 tahun yang sudah menginginkan status quo dan sesuatu yang ‘praktikal’ untuk memuaskan keluarga, anak-anak dan isteri ‘tercinta’. Ini kerana seperti yang tersebut di atas, sekiranya mereka ingin melamar seseorang, maka lamarannya akan ditolak, menunjukkan mereka muda remaja bukan ‘remaja’ tua – pendapat malakian) yang akan berada di sekeliling Hazrat Mahdi (a.s.) : 
Hazrat Mahdi (a.s.) adalah SEORANG YANG MUDA daripada Ahl al-Bayt (daripada keturunanku (Rasulullah)). GOLONGAN TUA DI ANTARA KAMU TIDAK AKAN MENEMUINYA, TETAPI GOLONGAN MUDA AKAN BERHARAP UNTUK MENEMUINYA. Allah akan melakukan sebagaimana yang dikehendaki-Nya. (Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir Zaman, p. 23)
Bendera Imam Mahdi akan dipegang oleh seorang ORANG MUDA yang KECIL dengan janggut yang sedikit dan berwarna kuning. (Janggut yang sedikit dan berwarna kuning menunjukkan dia sangat muda, bukan berjanggut putih yang menunjukkan usia yang sudah lanjut – pendapat malakian.(Al-Qawl al-Mukhtasar, fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 51)
Pemegang bendera beliau (Hazrat Mahdi a.s.) AKAN MERUPAKAN SEORANG YANG MUDA daripada keturunan Tamimi daripada Timur. (Al-Qawl al-Mukhtasar , fi ‘Alamat al-Mahdi al-Muntazar, p. 26).

Di dalam al-Quran, ALLAH merujuk kepada orang Islam yang meninggalkan keluarga-keluarga mereka atau masyarakat yang tinggal bersama mereka kerana tekanan dan penindasan yang dihadapi mereka seperti : 

(Ingatlah) tatkala para pemuda itu mencari tempat berlindung ke dalam gua, lalu mereka berdoa: “Wahai Tuhan kami, berikanlah rahmat kepada kami dari sisi-Mu dan sempurnakanlah bagi kami petunjuk yang lurus dalam urusan kami (ini).” (Surah al-Kahfi : 10)
Dan janganlah sekali-kali menceritakan halmu kepada seorangpun. Sesungguhnya jika mereka dapat mengetahui tempatmu, nescaya mereka akan melempar kamu dengan batu, atau memaksamu kembali kepada agama mereka, dan jika demikian nescaya kamu tidak akan beruntung selama lamanya. (Surah al-Kahfi 19-20)

ORANG MUDA YANG BERIMAN DENGAN NABI MUSA (A.S.)

Maka tidaklah ada yang beriman kepada Nabi Musa melainkan sebilangan kecil dari keturunan kaumnya, itupun dengan keadaan takut kepada Firaun dan ketua-ketua kaum mereka menyeksa mereka; kerana sesungguhnya Firaun bermaharajalela di bumi, dan sebenarnya ia dari orang-orang yang melampaui batas. (Surah Yunus : 43)

NABI IBRAHIM (A.S) YANG MEMISAHKAN DIRINYA DARIPADA BAPANYA:

(Bapanya) menjawab: "Patutkah engkau bencikan tuhan-tuhanku, wahai Ibrahim? Demi sesungguhnya jika engkau tidak berhenti daripada menyeru dan menasihati daku sudah tentu aku akan meluntarmu dengan batu; dan (ingatlah lebih baik) engkau tinggalkan daku sepanjang masa". Nabi Ibrahim berkata: " Selamat tinggalah ayah; aku akan memohon kepada Tuhanku mengampuni dosamu; sesungguhnya Ia sentiasa melimpahkan kemurahan ihsanNya kepadaku. Dan aku akan membawa diri meninggalkan kamu semua serta apa yang kamu sembah yang lain dari Allah; dan aku akan beribadat kepada Tuhanku dengan ikhlas; mudah-mudahan aku dengan ibadatku kepada Tuhanku itu tidak menjadi hampa (dan derhaka seperti kamu)". (Maryam : 46-48).
Dan bukanlah istighfar Nabi Ibrahim bagi bapanya (dibuat) melainkan kerana adanya janji yang dijanjikan kepadanya; dan apabila ternyata kepada Nabi Ibrahim bahawa bapanya musuh bagi Allah, ia pun berlepas diri daripadanya. Sesungguhnya Nabi Ibrahim itu lembut hati lagi penyabar. (Al-Tawba : 114)

NABI NUH (A.S.) MENGASINGKAN DIRI DARIPADA ANAKNYA : 

Dan Nuh berseru kepada Tuhannya sambil berkata: “Ya Tuhanku, sesungguhnya anakku termasuk keluargaku, dan sesungguhnya janji Engkau itulah yang benar. Dan Engkau adalah Hakim yang seadil-adilnya.” 

Allah berfirman: "Wahai Nuh! Sesungguhnya anakmu itu bukanlah dari keluargamu (kerana ia telah terputus hubungan denganmu disebabkan kekufurannya); sesungguhnya bawaannya bukanlah amal yang soleh, maka janganlah engkau memohon kepadaKu sesuatu yang engkau tidak mempunyai pengetahuan mengenainya. Sebenarnya Aku melarangmu dari menjadi orang yang jahil". (Hud : 45-46)

NABI NUH (A.S.) DAN LUT (A.S.) MENGASINGKAN DIRI MEREKA DARIPADA ISTERI-ISTERI MEREKA :
Allah membuat isteri Nuh dan isteri Luth sebagai perumpamaan bagi orang-orang kafir. Keduanya berada di bawah pengawasan dua orang hamba yang saleh di antara hamba-hamba Kami; lalu kedua isteri itu berkhianat kepada suaminya (masing-masing), maka suaminya itu tiada dapat membantu mereka sedikitpun dari (siksa) Allah; dan dikatakan (kepada keduanya): "Masuklah ke dalam jahannam bersama orang-orang yang masuk (jahannam)." (Al-tahrim : 10)
Sebagaimana yang kita lihat pada ayat-ayat al-Qur’an di atas, sekiranya orang-orang yang beriman dengan Allah dan ingin hidup dalam keredhaanNya, akan menerima tekanan dan penindasan daripada keluarga mereka dan masyarakat di sekeliling mereka, dan mereka akan meninggalkan keluarga dan masyarakat dan hidup berdasarkan nilai moral dalam Islam, dalam keadaan aman dan selamat dengan orang beriman yang lain. Allah memuji sifat ini dalam al-Qur’an.  

Sebahagian sahabat Nabi di zaman Nabi kita Muhammad SAW ditimpa tekanan yang berat daripada keluarga mereka, dipenjara dan dizalimi, semata-mata kerana beriman kepada Allah SWT dan hidup berdasarkan nilai hidup al-Quran.

Ummu Gulthum Bin Ukda terpaksa hidup bersama penyembah berhala di Mekah selama tujuh tahun kerana tekanan keluarganya. Sejak dia berbai’ah dengan Rasulullah, dia, seperti orang Islam yang lain menerima pelbagai kezaliman dan tekanan. Dia terdedah kepada tekanan dan kezaliman terutama daripada ayahnya dan penyembah berhala yang lain agar dia meninggalkan nilai moral Islam. Walau bagaimanapun, dia merupakan contoh kepada orang Islam yang lain DENGAN MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN PERGI BERHIJRAH SEORANG DIRI.

Mus’ab Ibn Umayr (r.a.) tetap mengunjungi Rasulullah secara rahsia, menyembunyikan keimanannya daripada keluarga dan rakan-rakannya. Tatkala keluarganya mengetahui dia secara rahsia menunaikan solat, beliau ditahan dan dipenjarakan oleh saudara-maranya sendiri, dan apabila terbuka peluang untuk berhijrah ke Ethiopia, DIA MENINGGALKAN KELUARGANYA DAN BERHIJRAH KE ETHIOPIA dengan kumpulan utama agar dapat hidup berdasarkan nilai moral Islam.

Hazrat Salama merupakan sahabat Nabi yang telah lama menerima perlakuan buruk daripada keluarganya kerana beriman kepada Allah. Walaupun beliau abangnya Harith beriman dan mengikuti Rasulullah (S.A.W), adik-beradiknya yang lain, Abu Jahl, As dan Khalid tidak menerima nilai moral agama yang diturukan oleh Allah dan menjadi musuh kepada terhadap adaik-beradiknya yang beriman. Salama diseksa dalam jangka masa yang lama oleh mereka yang dekat dengannya. Oleh kerana adik-beradiknya mencuba sedaya upaya untuk memaksa Salama meninggalkan nilai moral Islam, DIA BERHIJRAH KE ETHIOPIA AGAR DAPAT MENYELAMATKAN HIDUPNYA DAN DAPAT HIDUP MENGAMALKAN NILAI MORAL ISLAM SECARA BEBAS.

Jelas bahawa dalam hadith Nabi Muhammad SAW bahawa RAKAN-RAKAN DAN SAUDARA-MARA SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG BERSAMA HAZRAT MAHDI (A.S.) Di penghujung masa, tatkala KEROSAKAN YANG DISEBABKAN OLEH DAJJAL SAMPAI KE KEMUNCAKNYA, mereka (saudara-mara orang muda pengikut Hazrat Mahdi) AKAN MEMUJUK MEREKA UNTUK MENGIKUT JALAN DAJJAL (hidup normal ketika itu).

Adalah jelas bahawa sebahagian pengikut Hazrat Mahdi (a.s.) yang menerima tekanan akan bersikap sama terhadap orang-orang beriman yang lain :
Sebahagian kerosakan yang dibawa oleh Dajjal ialah ia akan berkata kepada seorang Badwi: “Adakah kamu akan percaya bahawa saya adalah Tuhanmu sekiranya saya menghidupkan kembali ibu dan ayahmu? Badwi itu berkata: “Ya.” Dua syaitan akan menjelma menyerupai rupa paras ibu dan ayahnya dan akan berkata: “WAHAI ANAKKU, IKUTILAH DIA. SESUNGGUHNYA DIA ADALAH TUHANMU." (Hadith Riwayat Al-Tirmidhi)
Dalam al-Quran, ALLAH memerintahkan agar manusia tidak bersama tetapi meninggalkan mereka yang ingin memesongkan mereka daripada jalannya, walaupun mereka itu adalah ibu, ayah, anak-anak dan adik-beradik. 
Dan Kami wajibkan manusia (berbuat) kebaikan kepada dua orang ibu- bapaknya. Dan jika keduanya memaksamu untuk mempersekutukan Aku dengan sesuatu yang tidak ada pengetahuanmu tentang itu, maka janganlah kamu mengikuti keduanya. Hanya kepada-Ku-lah kembalimu, lalu Aku khabarkan kepadamu apa yang telah kamu kerjakan. (Al-Ankabut : 23)
Hai orang-orang beriman, janganlah kamu jadikan bapa-bapa dan saudara-saudaramu menjadi wali(mu), jika mereka lebih mengutamakan kekafiran atas keimanan dan siapa di antara kamu yang menjadikan mereka wali, maka mereka itulah orang-orang yang zalim. (Al-Taubah : 23)
Hai orang-orang mukmin, sesungguhnya di antara isteri-isterimu dan anak-anakmu ada yang menjadi musuh bagimu maka berhati-hatilah kamu terhadap mereka dan jika kamu memaafkan dan tidak memarahi serta mengampuni (mereka) maka sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang. (Al-Taghabun :14)
Kamu tak akan mendapati kaum yang beriman pada Allah dan hari akhirat, saling berkasih-sayang dengan orang-orang yang menentang Allah dan Rasul-Nya, sekalipun orang-orang itu bapa-bapa, atau anak-anak atau saudara-saudara ataupun keluarga mereka. (Al-Mujadalah :22)
Sebagaimana yang dapat dilihat daripada ayat-ayat al-Quran dan hadith-hadith tersebut, SEBAHAGIAN ORANG MUDA YANG HIDUP DI ZAMAN HAZRAT MAHDI (A.S.) DAN MENGIKUTI PETUNJUK YANG BERGUNA INI UNTUK KESELAMATAN, akan menderita daripada perlakuan keluarga mereka, yang berada di bawah kawalan (pengaruh) Dajjal, sebagaimana yang menimpa orang yang beriman dimasa lalu, mereka (orang muda ini) akan memilih untuk “MENINGGALKAN DAN MEMISAHKAN DIRI” seperti yang diwahyukan Allah dalam al-Quran.


[via 1, 2]

Tuesday, December 25, 2012

The Hobbit, The Lord of the Ring dan Kisah Akhir Zaman

Artikel kali ini menyingkap sebuah filem yang agak popular tidak lama dahulu, ia merupakan filem dari Hollywood, ia tidak lain adalah filem Lord of the Ring. Mungkin ramai antara kita yang sekadar menonton filem tersebut tanpa berfikir serta merenung mesej yang tersembunyi di sebalik filem tersebut, Alhamdulillah dengan izinnya saya berpeluang untuk mengupas serba sedikit pesanan yang tersembunyi untuk di kongsikan bersama.

Filem Lord Of The Ring (LOTR) bukanlah filem yang bertema sejarah. Mengapa? Jika kita lihat sejarah dunia, tidak ada suatu periwayat atau mana-mana buku sejarah mencoretkan mengenai sejarah sebegitu. Ia juga bukan filem yang berunsurkan fantasi magis seperti Harry Potter, tetapi di dalamnya terdapat adegan-adegan pertempuran menggunakan sihir sihir. Ia juga bukan filem fantasi, kerana kandungan ceritanya mengandungi makna-makna tertentu. Malah ia juga bukan filem seram, sebab tidak terdapat babak yang mengaitkan dengan kepercayaan hantu didunia ini.

Filem LOTR adalah sebuah filem yang dikelaskan sebagai METAFORA FUTURISTIK. Dengan kata yang lebih mudah untuk kita fahami maksudnya, filem itu sarat dengan mesej serta imiginasi dan gambaran mengenai kehidupan yang bakal terjadi pada masa hadapan. Ia bukan perkara yang bersifat imiginasi, Tanda-tanda atau gambaran yang digambarkan di dalam filem LOTR adalah melambangkan TANDA-TANDA KIAMAT. Jika anda berpeluang menonton filem tersebut buat kali kedua, cuba anda perhatikan, begitu banyak persamaan-persamaan yang mereka gambarkan mengenai kehidupan manusia menjelang Hari Kiamat. Tetapi mereka bijak berselindung dan kebanyakan adegan-adegan itu dikaburkan dan diletakan didalam kesamaran dengan harapan kita semua tidak Nampak hakikat sebenar dan terpengaruh dengan mesej yang ingin mereka sampaikan.

Menurut Wes Penre, penyiasat konspirasi bidang hiburan, bagi melihat rahsia tersirat 'Illuminati' pada filem LOTR, haruslah terlebih dahulu kita melihat kepada latar belakang pencipta karya ini, iaitu J.R.R Tolkien. Menurut buku Rahsia Yahudi Dalam Filem Hollywood, J.R.R Tolkien merupakan seorang penulis novel sekaligus agen yang bertanggungjawab untuk memperkenalkan konsep hidup Illuminati kepada masyarakat dunia. Huraian lanjut berhubung J.R.R Tolkien sebagai agen Illuminati bagi bidang hiburan boleh didapati didalam buku terbitan MoonMedia itu.

Mordor = Markas dajjal Laknatullah

Beberapa istilah yang digunakan di dalam cerita LOTR

*Jalan ke utara = ke utara Iran menuju ke Armenia.
*Di antara dua gunung = Gunung Kaukasus.
*Kaum hampir mereka tidak memahami perkataan = Kaum Armenia.
*Tembok besi = Daryal Gorge/Gerbang Iberian/ Gerbang Kaukasia. 

Sauron = All Seeing Eyes = The False Messiah

The All of Seeing Eye

Dinding = Isengard

Witch king = Yajuj & Majuj

Gandalf = Imam Mahdi

Aragorn = Isa almasih

Pedang Nabi Muhammad = Al-Battar

Di atas pedang Baginda S.A.W dikhabarkan terdapat tulisan Arab yang berbunyi : ‘Nabi Daud AS, Nabi Sulaiman AS, Nabi Musa AS, Nabi Harun AS, Nabi Yusuf AS, Nabi Zakaria AS, Nabi Yahya AS, Nabi Isa AS, Nabi Muhammad SAW’. Diyakini bahawa pedang (Zulfaqar) yang akan digunakan Nabi Isa AS kelak ketika dia turun ke bumi kembali untuk menghancurkan Dajjal Laknatullah.
Piramid = Lambang Firaun / Piramid Giza, Menara Babylon (akan di bangun oleh Illuminati)

Film LOTR memiliki jalan cerita yang bagus. Jika kita menonton filem ini, kita dapati tiada langsung mengandungi unsur-unsur lucah, perlakuan yang tidak bermoral dan pemujaan berhala (syaitan), aksi-aksi percintaan pemuda dan pemudi. Filem ini amat luar biasa dari pelbagai aspek. Meskipun ia di terbitkan di Hollywood.

Saya teruja dan berasa sangat hairan mengapa Hollywood meluluskan pembikinan dan penyiaran filem seperti ini?, Padahal ianya terang-terangan telah mengambarkan kekalahan empayar pimpinan dajal laknatullah di akhir zaman nanti. Sedangkan seperti yang kita ketahui Hollywood merupakan sebahagian dari perancangan NWO (New World Order) dan merupakan antara fitnah-fitnah awal dajal laknatullah sebelum ia muncul di akhir zaman nanti. Mungkinkah ini strategi ATASBAWAH? Iaitu strategi dimana akan membuatkan penonton berfikir bahawa "semua ini hanyalah fiksyen semata-mata". Penonton perlu ingat bahawa agama Islam, Kristian dan bangsa Yahudi mempunyai sejarah yang sangat rapat. Justeru untuk mengatakan ia satu kebetulan sahaja, adalah satu mustahil.

Apa yang saya fahami melalui metafora dari filem LOTR lebih kurang begini:

Saat ini jaringan freemason antrabangsa, terus menjalankan rencana yang telah di susun oleh dajjal laknatullah, ia bergerak serentak, dengan penuh komited, dan tidak kenal penat, untuk memperbesarkan empayar kerajaan kejahatan Dajjal (Mordor). Dari sisi pembangunan ekonomi, jaringan informasi, politik, ketenteraan, budaya, pemikiran serta ideologi. Mereka terus bergerak. Agen-agen Freemason di negara itu dianggap sebagai hamba-hamba kepada anak buah Sauron yang sangat fanatik dan bekerja membi-buta tanpa mengenal erti penat. Mereka sedang mempersiapkan bagi kedatangan “The False Mesiah” iaitu dajjal Laknatullah di “The Promise Land” (Palestin).

Sementara kekuatan bagi puak anti Zionis, baik dari kalangan Islam mahu pun Nasrani, juga sedang bergerak menyusun strategi dan kekuatan masing-masing. Suatu saat nanti akan ada kesepakatan antara kekuatan Islam dan Nasrani ini untuk menghadapi, melawan dan menghancurkan Zionis laknatullah.

Sedikit peringatan, Yahudi hari ini bukanlah pengikut Taurat peninggalan Musa AS. Mereka adalah pengikut fahaman-fahaman sihir dari zaman Fir’aun di Mesir. Yahudi saat ini mengikuti Talmud, bukan Taurat. Meskipun, katanya masih ada Yahudi yang setia mengikuti Taurat. Tetapai majoritinya Yahudi yang mengimani Talmud, mereka bukan Ahlul Kitab, tetapi orang musyrikin. Kerana mereka adalah penyembah dajjal Laknatullah atau simbol-simbol paganisme Mesir Kuno. Tentera-tentera dajjal ini bukan pengikut Musa AS, Tetapi mereka adalah musuh sejati Musa AS. Nenek-moyang mereka, Bani Israil penderhaka, mereka telah menyia-nyiakan ajaran Musa AS ketika dirinya diutus kepada Bani Israil. Yahudi hari ini lebih tepat disebut: Pengikut SAMIRI, bukan Musa AS.

Masalahnya, kita menyaksikan filem Lord Of The Ring sekadar hiburan semata-mata, tanpa cuba memahami mesej yang hendak disampaikan, sayang sekali.

Majoriti filem Hollywood tidak berkualiti serta boleh dilabel murahan. Kebanyakan filem-filem keluaran mereka penuh dengan propaganda serta mesej tersembunyi seperti The Matrix, Chlinder List, Salt dan banyak lagi. Namun ada juga yang memiliki elemen-elemen yang berkualiti dan mengadungi pesanan untuk diteladani.

Di antara persamaan isi filem LOTR dengan Tanda-tanda Kiamat antara lain sebagai berikut:

1. Intisari cerita film LOTR adalah pertarungan diantara golongan putih dan golongan hitam. Begitu juga saat menjelang Hari Kiamat nanti, akan terjadi pertarungan besar antara kaum Muslimin dengan kaum Yahudi.

2. Di dalam film LOTR, Ketua bagi unsur yang jahat di perlihatkan menggunakan kekuatan ilmu hitam dan sihir yang bermata satu. Ia tidak ubah kepada perkaitan dengan The False Mesiadi akir zaman nanti.

3. Filem itu turut mengambarkan terdapat dua puak yang kuat dan besar bergabung untuk melawan empayar kejahatan. Di akhir zaman nanti terjadi pergabungan antara umat islam dan nasrani (yang telah mengimani Allah setelah Nabi Isa AS turun) untuk menentang kaum yahudi zionis ini.

4. Di dalam filem itu mempelihatkan seorang yang bernama Aragorn sebagai pemimpin yang berjuang menghancurkan kejahatan. Ia tidak lain bersamaan dengan peranan Nabi Isa AS yang akan turun ke dunia untuk memimpin umat islam untuk menghancurkan dajal laknatullah.

5. Juga, terdapat seorang pahlawan yang berani dalam membela kebenaran. Setelah empayar kejahatan Mordor hancur pahlawan itu di angkat menjadi ketua. Posisi pahlawan ini di dalam tanda-tanda kiamat sangat menyerupai posisi Imam Mahdi.

6. Di akhir babak cerita ini digambarkan empayar kejahatan hancur seluruhnya dan tidak ada yang tersisa. Begitulah perkaitan dengan empayar dajal laknatullah nanti, di akhir zaman empayar ini akan hancur dan kaum yahudi zionis akan hancur dan bercerai berai.

7. Sebelum empayar kejahatan (Mordor) ini hancur, mereka telah mencapai kemajuan-kemajuan yang hebat dan pesat dari sudut kekuatan ketenteraan dengan kekuatan yang mereka ada mampu mengepung kekuatan dari kaum yang baik di sebuah lembah. Di akhir zaman nanti begitulah persamaannya, kaum yahudi akan menjadi sangat kuat dan berkuasa seperti yang kita lihat di Israel kini, mereka memperlekeh-lekeh serta membuat sesuka hati kepada umat islam, Namun akhirnya kekuatan yahudi zionis ini akan hancur seperti hancurnya empayar yahudi zionis laknatullah.

8. Kunci kekuatan empayar kejahatan adalah “sang mata satu” (Sauron). Semakin kuat dirinya, semakin kuat pula kerajaannya. Namun saat dia hancur, maka hancurlah seluruh empayar kejahatannya. Begitulah hubungan antara dajjal laknatullah dengan kaum Yahudi zionis terkutuk di Akhir zaman nanti.

9. Hancurnya kekuatan “sang mata satu” ditambah pula dengan jatuhnya cincin yang dibawa Frodo di sebuah kawah gunung berapi yang membara. Begitu pula digambarkan, nanti di Akhir zaman dajjal laknatullah ketika melihat Nabi Isa As., dia akan meleleh seperti garam yang meleleh.

10. Dalam filem itu digambarkan bahwa tokoh “sang mata satu” bukan muncul dari bangsa jin atau makhluk lain. Ia berasal dari seorang raja di masa lalu. Di dalam Tanda-tanda Kiamat disebutkan, bahwa Dajjal itu sejenis manusia. Lahir dari keluarga Yahudi di Isfahan, Iran saat ini.
Filem ini, bagi yang tahu kaitan antara kisah Yajuj Majuj dan suatu bangsa dari Tembok Darial pasti akan menyedari persamaan jalan cerita - Tema cerita "suatu kaum minoriti dari bawah tanah, yang cuba pulang ke tanah air mereka untuk memperoleh kemerdekaan" persis "minoriti Yahudi dari Eropah yang kembali ke The Holy Land untuk membentuk sebuah negara baru yang kononnya tanah asal mereka."

[via]

Tuesday, July 10, 2012

Best Of The Best 2010-2012

Blockbuster :
1. Piramid Melayu Tersembunyi Di Lautan Jepun? (108277 paparan)
2. Jin Islam Dedah Rahsia Segitiga Bermuda (32843 paparan)
3. Menghampiri Kiamat - Paras Air Tasik Galilee 27.11.2011 (30634 paparan)
4. Muslihat Yahudi Dalam Earth Hour? (23373 paparan)
5. Senarai Game Menghina Islam (10406 paparan)

Curious :
1. Soekarno Ganyang Malaysia atau Ganyang Freemason? deleted
2. Illuminati Bunuh Michael Jackson? deleted
3. Imam Mahdi Syiah Adalah Dajjal?
4. Hakikat Akhir Zaman Yang Disebutkan Oleh Abu Hurairah
5. Membongkar Penampilan Dajjal Sebagai Merlin
6. Harun Yahya Mengaku Sebagai Imam Mahdi
7. Hari Pengisytiharan Dajjal Sebagai Tuhan
8. Manusia Setelah Wafatnya Nabi Isa Di Akhir Zaman
9. Konspirasi Dunia - Penantian Raja Yahudi (Dajjal)
10. Bukti Penglibatan Manusia Disebalik Tsunami
11. Kajian Hadith Rasulullah SAW - A Days Of Dajjal
12. Misteri Kehebatan Teknologi Zaman Nabi Nuh as

Hot :
1. Atlantis Pernah Wujud Di Bumi Melayu?
2. Nostradamus Ramal Kemunculan Imam Mahdi
3. Captain Jack Sparrow Lanun Melayu?
4. Konspirasi Dunia - Transformers Dark Of The Moon
5. Konspirasi Dunia - Harry Potter And The Deathly Hallows

Top 5 Notes from Macjay's Facebook fanpage
1. Baju Nabi Adam as
2. Kisah Nabi-nabi Allah Yang Tidak Disebut Secara Langsung Dalam Al-Quran
3. Sejarah Yang Terhapus - Kewujudan Islam Di Benua Amerika Sebelum Penemuan Columbus
4. 9 Mimpi Rasulullah SAW Mengenai Umat Baginda
5. Perang Akhir Zaman Menggunakan pedang, lembing, panah dan batu



Perhatian : Terdapat beberapa buah lagi artikel/nota dari blog ini, yang telah dipadam dan tidak disenaraikan diatas. Para pembaca adalah dibenarkan untuk berkongsi mana-mana sahaja artikel di atas.

Saturday, November 26, 2011

Menghampiri Kiamat - Paras Air Tasik Galilee 27.11.2011

Hari ini (27/11/2011) telah genap setahun selepas akhbar harian Kosmo! (M) melaporkan beberapa pemimpin Israel mengadakan upacara memanggil hujan. Ia diadakan berikutan kebimbangan Yahudi di Israel terhadap paras air di Tasik Galilee yang dilihat semakin susut.
Akhbar Kosmo! bertarikh 27/11/2010 {1} itu antara lain menunjukkan beberapa orang lelaki Yahudi meniup alat muzik shofar sebelum majlis penyembahan meminta hujan yang diadakan di atas bot di tengah-tengah laut Galilee, utara Israel.
Tahukah anda pada hari ini (27/11/2011), berapakah paras air Tasik (juga disebut laut) Galilee? Menurut data yang MacJay.Net perolehi dari sebuah laman sesawang Save the Kinneret, yang bertanggungjawap melaporkan tahap paras air di Tasik Galilee - paras tasik tersebut kini berada di tahap -213.66 (24-27). Kali terakhir, ia berada pada paras -213.67 (12-24) iaitu penurunan sebanyak 0.01. {2}

APAKAH HUBUNGKAIT TASIK GALILEE DENGAN UMAT ISLAM ?

Sebuah hadis sahih yang diriwayatkan oleh Imam Muslim yang diterima dari Fathimah binti Qais dalam al-Fitan menyebut :
“Saya telah mendengar muazzin Rasulullah s.a.w memanggil untuk solat. Saya pun pergi ke masjid dan solat bersama Rasulullah s.a.w. Selesai solat, Rasulullah s.a.w naik ke atas mimbar. Nampak semacam bergurau Baginda tertawa dan berkata: “Jangan ada yang bergerak. Hendaklah semua duduk di atas sajadahnya.”

Kemudian berkata: “Tahukah kamu mengapa aku memerintahkan kamu jangan ada yang pulang?”

Kami menjawab: “Allah dan Rasul-Nya yang lebih tahu.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Demi Allah aku menyuruh kamu berkumpul di sini bukan ingin menakut-nakuti dan bukan memberi khabar gembira. Aku ingin menceritakan kepada kamu bahawa Tamim Ad-Dari adalah seorang Nasrani, kemudian dia datang menjumpai aku dan masuk Islam. Dia ada bercerita kepadaku tentang satu kisah tentang Dajjal."

"Kisah yang dia ceritakan itu sesuai dengan apa yang telah aku ceritakan kepada kamu sebelumnya. Katanya dia bersama 30 orang kawannya pergi ke laut dengan menaiki kapal. Angin kencang datang bertiup dan ombak besar membawa mereka ke tengah-tengah samudera yang luas. Mereka tidak dapat menghalakan kapalnya ke pantai sehingga terpaksa berada di atas laut selama satu bulan. Akhirnya mereka terdampar di sebuah pulau menjelang terbenamnya matahari. Di pulau yang tidak ditempati orang itu mereka berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga tidak nampak mana jantina dan duburnya."

Mereka bertanya kepada binatang itu: “Makhluk apa engkau ini?”

Binatang itu menjawab: “Saya adalah Al-Jassasah.”

Mereka tanya: “Apa itu Al-Jassasah?”

Binatang itu hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu. Mereka pun pergi ke tempat yang ditunjukkan oleh binatang itu."

Di sana mereka menjumpai seorang lelaki yang sangat besar dan tegap. Ertinya mereka tidak pernah melihat orang sebesar itu. Dari tangannya sampai ke tengkuknya dikuatkan dengan besi, begitu juga dari lututnya sampai ke telapak kakinya.

Mereka bertanya: “Siapakah anda?”

Orang seperti raksaksa itu menjawab: “Kamu telah mendengar cerita tentang aku. Sekarang aku pula ingin bertanya: “Siapa kamu ini?”

Mereka menjawab: “Kami adalah manusia berbangsa Arab. Kami pergi ke laut menaiki kapal, tiba-tiba datang ombak besar membawa kami ke tengah-tengah samudera luas dan kami berada di lautan selama satu bulan. Akhirnya kami terdampar di pulau yang tuan tempati ini."

“Pada mulanya kami berjumpa dengan binatang yang sangat tebal bulunya sehingga kami tidak dapat mengenali jantinanya. Kami tanya siapa dia katanya Al-Jassasah. Kami tanya apa maksudnya dia hanya menjawab: “Wahai kumpulan lelaki, pergilah kamu ke tempat ini untuk menjumpai lelaki macam ini, sesungguhnya dia pun ingin berjumpa dengan kamu.”

Itulah sebabnya kami datang ke tempat ini. Sekarang kami sudah berjumpa dengan tuan dan kami ingin tahu siapa tuan sebenarnya.”

Makhluk yang sangat besar itu belum menjawab soalan mereka terus sahaja mengemukakan soalan: “Ceritakan kamu kepadaku keadaan kebun kurma yang di Bisan itu,” (nama tempat di negeri Syam).

Mereka menjawab: “Keadaan apanya yang tuan maksudkan?”

Orang besar itu menjawab: “Maksudku apakah pokok kurma itu berbuah?”

Setelah mereka menjawab bahawa pokok kurma itu berbuah, orang besar tadi berkata: “Aku takut pokok itu tidak berbuah.”

Orang besar itu bertanya lagi: “Ceritakan kepadaku tentang sungai Tabarah.”

Mereka menjawab: “Tentang apanya yang tuan maksudkan?”

Lelaki itu menjawab: “Maksudku airnya apakah masih ada.” Mereka menjawab: “Airnya tidak susut.”

Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”


Akhirnya lelaki seperti raksaksa itu berkata: “Kalau begitu ceritakan kepadaku tentang Nabi Al-Amin itu, apa yang dia buat?”

Mereka menjawab: “Dia telah berhijrah dari Makkah ke Madinah.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Apakah dia diperangi oleh orang-orang Arab?” Mereka menjawab: “Ya, dia diperangi oleh orang-orang Arab.”

Lelaki itu bertanya lagi: “Kalau begitu apa pula tindakan dia terhadap mereka?” Mereka ceritakan bahawa Rasulullah s.a.w telah mengembangkan dakwahnya dan sudah ramai pengikutnya.

Orang besar itu berkata lagi: “Memang begitulah, padahal mereka beruntung jika taat kepadanya.”

Kata orang besar itu lagi: “Sekarang aku terangkan kepada kamu bahawa aku adalah Al-Masih Dajjal. Nanti aku akan diberi izin keluar, lalu aku pun akan menjelajah dunia ini. Dalam masa empat puluh malam sudah dapat aku jalani semua, kecuali Makkah dan Madinah yang aku tidak dapat memasukinya. Negeri Makkah dan Madinah dikawal oleh para Malaikat, maka aku tidak dapat menembusinya.”

Kata Tamim Al-Dariy lagi, “Rasulullah s.a.w menekankan tongkatnya di atas mimbar sambil berkata: “Inilah negeri yang tidak dapat dimasukinya itu, iaitu Madinah. Saudara-saudara sekalian apakah sudah aku sampaikan cerita ini kepada kamu?”

Mereka menjawab: “Ya, sudah ya Rasulullah.”

Rasulullah s.a.w berkata lagi: “Sememangnya hadis Tamim itu lebih meyakinkan saya lagi. Ceritanya itu bersesuaian dengan apa yang telah aku sampaikan kepada kamu sebelumnya, iaitu tentang Makkah dan Madinah yang dikatakan tidak dapat dimasuki Dajjal. Cuma dia ada mengatakan di lautan Syam atau di laut Yaman. Tidak, bahkan ia dari arah timur. Ia dari arah timur,” kata Rasulullah s.a.w sambil menunjuk ke arah timur.
{3}
Perhatikan pada ayat di atas yang telah dihitamkan. Sungai Tabrah yang disebutkan itulah yang kini dikenali sebagai Tasik Galilee (juga disebut laut). Keadaan 'paras air' di Tasik Galilee ini telah pun disebut-sebut pada zaman Rasulullah SAW jika diperkirakan dari sudut hadith Tamim Ad-Dari ini.
Perhatikan pada ayat di bawah :
Lelaki itu berkata: “Air sungai itu disangsikan akan kering.”
Jelas sekali, Dajjal telah memberitahu kepada 'mereka' bahawa dia (Dajjal) bimbang paras air di Sungai Tabarah (Tasik Galilee) akan kering kerana berdasarkan apa yang telah dijanjikan, Dajjal akan dibunuh oleh Isa Ibn Maryam (Nabi Isa as) yang akan turun setelah keringnya air di tasik itu.
Hendaklah diingatkan bahawa hadith Tamim ad-Dari ini sememangnya terbukti sahih apabila ia diriwayatkan oleh Imam Muslim dan beberapa orang lagi yang tinggi martabatnya dalam Islam. Penulis buku "Membongkar Misteri Dajjal", Muhammad Nurani Maarif memberikan komentarnya berkenaan hadith ini dengan berkata :
Nabi (SAW) tidak hanya memiliki sifat cerdik di dalam memilih kata-kata, bahkan dia adalah seorang yang benar di dalam setiap tutur katanya. Dia membenarkan buah butir perkataan Tamim ad-Dari. Baginda seorang yang amanah dan tidak berselindung atau meninggalkan kata-kata tersembunyi. Baginda berusaha menjelaskan keadaan Dajjal yang dilihat oleh Tamim ad-Dari itu agar ia difahami dengan jelas dan terang.

Saya membaca dan meneliti hadith perihal Dajjal ini (hadith Tamim ad-Dari) secara berulang kali, bahkan melihat riwayat-riwayat yang lain untuk mendapatkan kepastian apakah benar Nabi SAW sekadar menyatakan sesuatu tetapi pada hakikatnya mempunyai makna yang berlainan. JELAS IA TIDAK BERLAKU DEMIKIAN.

Tamim ad-Dari menyebut: :... akulah Jasassah. Tak usahlag kamu bertanya lagi dan hendaklah kamu pergi menemui SEORANG LELAKI yang ada di tempat pertapaan (biara) kerana ia sangat mahu mendengar berita dari kamu. {4}

Jika Dajjal yang dimaksudkan itu adalah segolongan manusia, kenapa pada ketika itu Nabi Muhammad SAW tidak memotong kata-kata Tamim ad-Dari atau mengubahnya atau menghuraikannya semula dihadapan para sahabat yang khusyuk mendengar buah kata baginda? Adalah sesuatu yang pelik apabila Nabi (SAW) tidak bertangguh memanggil para sahabat yang jauh mahupun dekat untuk mendengar berita ini tetapi hanya diam dan bertangguh untuk membetulkan kesalahan fakta dan huraian tamim ad-Dari (jika ada). Bahkan Nabi SAW meng-ia-kan apa yang ditemui oleh Tamim ad-Dari adalah Dajjal.

....Oleh kerana Nabi (SAW) bersifat amanahlah maka baginda menyampaikan berita yang didengarinya tanpa menokok tambah dan baginda menggunakan laras bahasa yang mudah , terang dan jelas...{5}
Apa yang boleh kita fahami daripada komentar Muhammad Nurani Maarif di atas adalah mengenai logik dan sahih-nya hadith yang diriwayatkan oleh Imam Muslim dari Fathimah bin Qais ini.Tidak mampu untuk kita selaku umat akhir zaman cuba menafikan kebenaran, dari petunjuk Nabi SAW ini hanya kerana kita takut menghadapi kemusnahan.

Tasik Galilee kini sedang mengering dengan pantas. Sekiranya diperhitungkan keseluruhan fakta-fakta saintifik yang diperolehi, diperkirakan dengan petunjuk-petunjuk Nabi SAW menerusi hadith-hadith baginda, kita akan dapati bahawa semuanya akan lengkap dalam tempoh 40 tahun saja lagi.

Sebelum kemunculan Imam Mahdi, akan terlebih dahulu munculnya Panji Hitam Dari Timur. Jarak kemunculan di antara Panji Hitam dan Imam mahdi adalah 72 bulan. Nu'aim bin Hammad meriwayatkan dengan sanad daripada Muhammad bin Hanafiah dia berkata ;
 "Akan muncul bendera hitam milik Bani Abbas (Bendera Syiah) kemudian akan muncul dari Khurasan bendera lain yang berwarna hitam,tutup kepala mereka hitam dan pakaian mereka putih..."hingga beliau berkata "Jarak antara kemunculannya dengan diserahkannya urusan kepada Al-Mahdi adalah 72 bulan."{6}
Ini bermakna, apabila "Panji Hitam" benar-benar memperlihatkan 'diri'nya maka, umat Islam hanya ada 72 bulan sahaja sebelum menyaksikan pengzahiran Imam Mahdi yang ditunggu-tunggu. Kemunculan Imam Mahdi bakal disusuli dengan kemunculan Dajjal sebelum turunnya Nabi Isa as sebagai One Man To Unite Them All.

Masihkah anda ingat dengan berita kematian Putera Mahkota Arab Saudi, Sultan Abdulaziz yang menggemparkan hampir seluruh umat Islam sedunia? {7} Kegemparan yang berlaku dalam berita kematian baginda Sultan Abdulaziz bukanlah kerana Sultan Abdulaziz itu sendiri, tetapi muncul khabar angin yang mengatakan bahawa pemerintah Arab Saudi yang sedang memegang takhta negara arab itu kini yakni Raja Abdullah telah mangkat. Ramai yang sudah sedia maklum bahawa kesihatan Raja Abdullah sendiri tidak begitu baik sejak beberapa tahun kebelakangan ini. Baginda Raja Abdullah dikatakan menerima rawatan dari masa ke semasa oleh doktor yang merawat sakit jantungnya.

Apa yang mengejutkan umat Islam mengenai berita khabar angin itu ialah 'khabar angin mengenai kematian Raja Abdullah' itu benar-benar berlaku di saat negara-negara Arab sedang dilanda Revolusi rakyat. Sebahagian daripada para pembaca pastinya sudah faham apa yang cuba saya perkatakan ketika ini. Yang dimaksudkan ialah salah-satu tanda saat pembaiatan Imam Mahdi sepertimana yang telah disebutkan :

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :
"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {8}
Mungkinkah kewafatan Raja Abdullah dari Arab Saudi yang dimaksudkan di dalam hadith diatas? Wallahualam bissawab. Berat hati saya untuk menafikannya apabila mengenangkan bumi Arab Saudi itu, adalah lokasi di mana terletaknya bumi suci, Madinah dan Makkah.

Misteri Nama Kampung Wellington. Pernah Dengar?

Mudah-mudahan kita ditempatkan dikalangan orang-orang yang beruntung. INGATLAH BETAPA DEKATNYA KEDUDUKAN KITA (UMAT NABI MUHAMMAD SAW) DENGAN HARI AKHIR DUNIA.


_________________________________________
1. Petika akhbar Kosmo! bertarikh 27.11.2010 bertajuk, Pemimpin agama Israel minta hujan
2. Lihat laman sesawang, Save The Kinneret
3. Riwayat Ahmad dari Abi Hurairah dan 'Aisyah. Riwayat Ibnu Majah dari Fathimah dan Riwayat Abu Dawud dengan sanad yang hasan dari Jabir.
4. Petikan dari hadith Tamim ad-Dari
5. Lihat Muhammad Nurani Maarif, Membongkar Misteri Dajjal, hlm 28-29
6. Kitabul Fitan, hlm 188 : Nu'aim bin Hammad Syeikh Imam Bukhari
7. Berita kematian Putera Mahkota Arab Saudi ini telah disiarkan hampir di semua dada akhbar. Salah satunya, Utusan Malaysia.
8. Hadit Riwayat Abu Daud dalam Sunannya (4/475, hadith 4286); Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (6/316); Hadith Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya di dalam Mawarid adz-Dzaman (hlm 464, hadith 1881). Hadith Riwayat At-Thibrani dalam Mu'jam al-Ausath (2/90, hadith 1175). hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibn Abi syaibah dan Abu Yu'la. Al-Haitami berkata,"Para perawi hadith ini merupakan perawi hadith sahih." Lihat Majma' az-Zawaa'id (7/315).

Wednesday, November 2, 2011

Apakah Bukti Sahih Pemuda Itu Adalah Imam Mahdi?

Imam asy-Syaukani menyenarai hadith-hadith dan riwayat-riwayat berkenaan Imam Mahdi, dan beliau mengatakan: "...jumlah kesemua hadith dan riwayat yang dapat kita kumpulkan mencapai darjat 'mutawatir' bila ditelaah secara mendalam..." [Kitab al-Fath ar-Rabbani asy-Syaukani]

Menurut sebuah hadith, zaman umat Nabi Muhammad SAW terbahagi kepada lima bahagian mengikut kerangka masa. 
"Masa kenabian itu ada di tengah-tengah kalian, adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Seterusnya masa kerajaan yang menggigit (Mulkan 'Adhan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkatnya. Setelah itu masa kerajaan yang menyombong (Mulkan Jabariyyan), adanya atas kehendak Allah, kemudian Allah mengangkatnya apabila Dia mengkehendaki untuk mengangkaynya. Seterusnya adalah masa Khilafah yang mengikut jejak kenabian (Khilafah 'ala minhaj an-nubuwwah). Kemudian baginda (Nabi) diam." {1} 
Kelima-lima bahagian kerangka masa zaman umat Nabi Muhammad SAW hampir sempurna semuanya, dimana hanya tinggal bahagian kelima yakni zaman Khilafah - dipimpin oleh seorang pemuda yang dimuliakan Allah SWT dalam satu malam - Imam Al-Mahdi. Betapa besarnya harapan umat Islam terhadap pemimpin Khilafah di akhir zaman ini, hinggakan muncul pula golongan dalam umat Islam yang begitu taksub hingga membawa mereka menjurus kepada kesesatan.
1) Muncul pihak yang mendakwa "seseorang" itu adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan berdasarkan HANYA beberapa ciri-ciri inidividu itu.
2) Ada juga individu yang mendakwa dirinya adalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan.
Walhal, telah wujud ijma' dikalangan ulama Ahl Sunnah Wal Jamaah (mengenai hadith-hadith sahih) tentang Al-Mahdi yang mana wajib untuk kita percaya kepadanya. 
AL-MAHDI TERMASUK PERSOALAN AQIDAH 
Dalam pegangan Ahli Sunnah wal Jamaah, Imam Mahdi termasuk di dalam soal aqidah Islam. Umat Islam wajib mpercayai dan meyakini sebagaimana yang telah dikhabarkan secara mutawatir di dalam hadith-hadith Nabawi. Firman Allah SWT dalam Surah al-Hasyr secara jelas menyebut, maksudnya :
Dan apa yang dibawa oleh Rasul kepada kamu hendaklah kamu ambil dan apa yang ditegahnya hendaklah kamu jauhi." (Surah al-Hasyr:7) 
Berdasarkan ayat diatas, jelaslah, apa sahaja yang dibawa dan dikhabarkan oleh Rasulullah SAW wajib diimani. Dan menafikan apa yang diucap atau diperakui oleh Rasulullah SAW (seperti mengatakan bahawa al-Mahdi bukan termasuk soal aqidah) samalah seperti menafikan beriman kepada Rasulullah SAW. Walhal, setiap apa yangg dikhabarkan oleh Rasulullah SAW tentang sesuatu perkara adalah berdasarkan kepada wahyu yang diturunkan oleh Allah SWT.
Ibn Hazm dalam Kitab Muratibul Ijma' menjelaskan bahawa : 

"Ulama Islam telah Istifaq dan Ijma', bahawa sabdaan Rasulullah apabila telah sah dan benar bahawa itu adaah sabda Rasulullah dengan yakin, maka ia wajin kita ikuti." 

Al-'Allamah Syeikh Muhammad Zahid al-Kautsar ketika mengulas perkataan Ibn Hazm di dalam kitabnya Nadzratun Ibaratun : 

"Dihukum KAFIR sesiapa yang ingkar dengan hukum yang ada ijma' (sepakat) padanya dengan ijma' yaqini (kesepakatan yang diyakini), bukan ia diiktibarkan kufur dari segi ijma', bahkan dihukum kafir dari segi ia engkarkan perkara yang tersabit (muktamad) dalam agama dengan ilmu dharuri dan ijma' yaqini itu mestilah ia bersandarkan kepada AL-QURAN dan HADITH MUTAWATIR, maka orang yang engkar akan hukum yang tsabit dgn al-Quran atau hadith mutawatir bukan sahaja ia engkarkan ijma', bahkan ia engkarkan al-Quran dan hadith mutawatir." 

Manakala, Al-'Allamah As-Safarini, di dalam kitab tauhidnya yang terkenal, ad-Duratul Mudhiyatu Fi Aqidatil Firqatil Mardhiya ketika memberi komentar tentang pengzahiran Imam Mahdi menyebut : 

"Adapun beriman dengan keluarnya Imam Mahdi itu adalah wajib sebagaimana yang telah ditetapkan pada ilmu ahli tauhid dan telah dituliskan dalam aqidah Ahli Sunnah wal Jamaah." 

Persidangan Jamaah Ulama, Majlis Agama Islam Kelantan turut mengeluarkan fatwa yang berbunyi : 

"Setelah mengkaji dan berbincang dgn panjang lebar. Maka Jamaah Ulama bersetuju memfatwakan seperti berikut : 1. Orang Islam sayugia (wajib sentiasa) beri'tiqad lahirnya Imam mahdi akan datang. 2. Imam yang dimaksudkan itu berupa khalifah yang memerintah dunia 3. Imam al-mahdi adalah daripada keturunan Rasulullah SAW yg akan dibai'ahkan di antara Rukun Hajar al-Aswad dan Maqam Nabi Ibrahim {2} 4. Tentang dimanakah duduknya Imam Mahdi itu. Hanya Allah sahaja yang lebih mengetahui" {3}

HADITH-HADITH YANG MEMBUKTIKAN PEMUDA ITU ADALAH IMAM MAHDI


1. Musim Haji Berdarah Di Mina 

Negara Arab sebelum itu sudah menjadi perhatian dunia kerana konflik dalaman dan perebutan kuasa yang berlaku di negara tersebut setelah kewafatan Raja Haramain (Arab Saudi). {4} Urusan Haji pada tahun tersebut tidak berjalan dengan lancar kerana berlaku rompakan dan kematian. Ada seperti tindakan sabotaj yang mahu memburukkan pimpinan pengganti Raja yang mengambil alih pada masa itu. Sabda Nabi Muhammad SAW; 

"Sebelum pembaiatan al-Mahdi di antara Hajarul Aswad dan Maqam Ibrahim, ada kabilah yang menarik perhatian al-Mahdi mengenai sikap dan perampasan mereka terhadap jemaah haji di Mina."

Diriwayatkan oleh 'Amr ibn Shu'ayb, al-Hakim dan Nu'aym ibn Hammad ; "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji bersama-sama dan berkumpul tanpa seorang Imam. Orang-orang yang naik haji akan dilempari dan akan ada sebuah peperangan di Mina yang menyebabkan banyak orang terbunuh dan darah akan mengalir sampai Jumratul Aqabah."

Imam Mahdi tidak akan dibaiat sehinggalah umat manusia yang sedang mengerjakan haji dibunuh beramai-ramai oleh sekumpulan orang-orang yang sengaja mahu membunuh mereka. Kumpulan yang membunuh jemaah haji itu adalah dari kalangan orang-orang Syiah kerana hanya orang-orang Islam sahaja yang dibenarkan masuk ke dalam kota suci Makkah. Disebutkan dalam hadis ini ada kabilah yang merampas - ia sekaligus menunjukkan bahawa mereka itu juga adalah orang-orang Islam, mereka masuk ke Makkah dengan tujuan zahirnya untuk mengerjakan haji, kemudian semasa di Mina mereka membunuh sebanyak mungkin jemaah haji. Selain membunuh jemaah haji, mereka juga cuba untuk merampas kuasa di Makkah, dengan tujuan dapat menguasainya dan sekali gus menghalang kemunculan Imam Mahdi yang sebenar (bukan dari kalangan mereka), yang kemunculannya sudah amat pasti saat itu. {5}

Sementara, kitab Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-Zaman {6} pula menyebut : "Orang-orang akan menunaikan ibadah haji tanpa seorang imam yang memimpin mereka. Peperangan besar akan pecah ketika sampai ke Mina dan mereka dilempari seperti anjing dilempari dan suku-suku saling menyerang satu dengan lainnya. Perselisihan ini meluas sehingga kedua kaki terkubur di genangan darah."

Pada tahun 1979, sebuah pembantaian ketika musim haji yang sangat mirip dengan kenyataan di atas telah terjadi berhampiran. Menariknya, pembantaian ini terjadi pada permulaan period sepanjang tanda-tanda kemunculnya Imam Mahdi, iaitu hari pertama 1400 Hijriyah (21 November 1979). Hadits-hadits ini juga menyebut tentang pertumpahan darah dan pembantaian. Pembunuhan ke atas 30 orang sepanjang pertempuran antara tentera Arab Saudi dan penganut Syiah yang melakukan rusuhan selama tempoh itu secara tidak langsung telah memperkuat lagi kebenaran hadits ini. {7}
Jika dilihat dari sudut sejarah, keganasan penganut Syiah pada musim haji adalah perkara yang biasa kerana :
1. Pada musim haji tahun 1979, Khomeini telah mengarahkan kaum kuffar Rafidah - menyamar sebagai kaum muslimin pergi menunaikan haji. Mereka lalu mengadakan rusuhan serta mencemarkan perkuburan Baqi’ (tanah perkuburan para Sahabat Rasulullah SAW).
2. Pada Februari 2009, kaum Rafidah yang menetap di Arab Saudi telah mengadakan rusuhan di Masjid Nabawi dan sekali lagi menceroboh perkuburan Baqi’ serta memijak-mijak kubur para Sahabat Rasulullah SAW. [klik disini]
3. Bukti lain keganasan puak Syiah juga boleh dilihat pada kubah Masjid Nabawi yang mana hingga kini masih kekal jasad seorang penganut Syiah yang cuba mencuri jasad Rasulullah SAW. 
Dan ingatlah bahawa telah dinyatakan di dalam hadith, salah satu peperangan yang akan dilalui oleh Imam Mahdi adalah perang menentang Parsi iaitu bumi Iran kini: 

"Kalian perangi jazirah Arab dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian Persia (Iran), dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Rum, dan Allah beri kalian kemenangan. Kemudian kalian perangi Dajjal, dan Allah beri kalian kemenangan." {8}

2. Tempat Imam Mahdi Dibai'ah 
Menurut Syeikh Nu'aim bin Hammad (guru Imam Bukhari) dalam himpunan atsar akhir zaman, orang yang akan membai'ahnya bukanlah daripada kalangan orang awam, bahkan terdiri daripada kalangan ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT yang didorong mencari Imam Mahdi.Kerja mencari Imam Mahdi bukan kerja kita. Ia adalah kerja orang pilihan Allah SWT. Mereka yang dipilih Allah SWT itu mestilah dikalangan orang soleh dan para kekasih Allah SWT kerana hanya mereka sahaja yang nampak ciri-ciri sebenar Imam Mahdi. Melalui ilmu yang dikurniakan oleh Allah SWT, mereka akan dapat mengecam pemuda yang bakal menjadi Imam Mahdi itu.

Oleh kerana akhlak Imam Mahdi menyerupai akhlak Rasulullah SAW maka para kekasih dan aulia Allah SWT adalah mereka yang layak berada disamping pembaiatannya. mereka bukan sahaja faqih, alim, soleh dan aulia Allah SWT, bahkan mencintai Nabi Muhammad SAW. Mereka pernah dan sudah melihat akhlak Nabi SAW di dalam mimpi-mimpi mereka, kerana melihat nabi di dalam mimpi adalah benar. {9}

Kehadiran ulama soleh, para kekasih dan aulia Allah SWT di Bait Allah SWT (Kaabah) pada saat itu atas dorongan yang tidak dapat dihuraikan. Ia seperti kisah tujuh pemuda Ashabul Kahfi yang berhimpun lari dari kekejaman Raja Diqiyanus - mereka berhimpun di tempat yang sama, padahal dikalangan mereka tidak mengenali  antara satu sama lain tetapi mempunyai tujuan sama. {10}

Di dalam Musnad Imam Ahmad, beliau mengeluarkan sebuah hadith daripada Abu Qatadah ra bahawa Rasulullah SAW bersabda :

"Diberikan bai'ah kepada seorang lelaki di tempat antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim) dan tidak ada yang menduduki Bait Allah (pada masa itu) kecuali yang berhak melakukannya." 

Daripada Ummu Salamah, diriwayatkan secara marfu' :

"Akan terjadi perbezaan pendapat ketika wafatnya seorang khalifah. Kemudian salah seorang lelaki penduduk Madinah pergi keluar menuju Makkah. Penduduk Makkah menemuinya, memintanya keluar dari rumah, padahal ia tidak menyukainya. Kemudian mereka membai'ah lelaki itu di antara rukun (Hajar al-Aswad) dan maqam (Maqam Ibrahim). Kemudian datanglah satu pasukan dari Syam untuk memeranginya. Pasukan itu diserang di padang pasir yang tandus, yang terletak di antara Makkah dan Madinah. Ketika orang-orang soleh Syam dan sekelompok orang Iraq mengetahui itu, mereka mendatangi lelaki tersebut dan membai'ahnya (di antara Hajar Aswad dan Maqam Ibrahim). Saat itu muncul seorang lelaki Quraisy yang memiliki garis keturunan daripada pihak ibu Bani Kilab. Lalu lelaki Quraisy itu mengirimkan pasukan untuk memerangi orang-orang yang membai'ah tadi berhasil mengalahkan pasukan yang dikirim lelaki Quraisy itu. Pasukan lelaki Quraisy tersebut bagaikan anjing. Merugilah orang-orang yang tidak menyaksikan rampasan perang Bani Kilab itu. Kemudian lelaki itu membahagikan harta itu. Dia menerapkan sunnah Nabi SAW sehingga Islam menjadi terhormat di muka bumi ini. Lelaki itu (al-Mahdi) memerintah selama tujuh tahun, kemudian wafat dan kaum Muslimin mensolatkannya." {11}

Hadith di atas boleh menjadi SATU BUKTI YANG AKAN MENSAHIHKAN bahawa individu yang dibai'at itu adalah Imam Mahdi yang sebenar-benarnya.

3. Pasukan Khas Mencari Dan Membunuh Imam Mahdi Dimusnahkan Oleh Allah SWT

Bukti lain yang mensahihkan pembai'atan Al-Mahdi adalah sabda Nabi Muhammad SAW - akan ada bukti pertolongan Allah SWT yang akan dihebahkan ke seluruh pelusuk dunia iaitu tentera yang mahu menghancurkan Imam Mahdi akan ditenggelamkan di Baida'. {12} 

Daripada Syyidah Aisyah Ummul Mu'minin r.a telah berkata :

"Pada suatu ari tubuh Rasulullah SAW bergetar di dalam tidurnya. Lalu aku bertanya; "Mengapa engkau berkeadaan sesuatu yang belum pernah engkau lakukan sebelumnya wahai Rasulullah?" Rasulullah SAW menjawap; "Akan terjadi suatu keanehan iaitu sekelompok orang daripada umatku akan berangkat menuju Bait Allah (rumah Allah) untuk memburu seorang lelaki Quraisy yang sedang mengunjungi Kaabah. Sehingga apabila orang-orang tersebut telah sampai di sebuah padang pasir, maka mereka ditelan bumi." Kemudian aku bertanya; "Bukankah di jalan padang pasir itu terdapat bermacam-macam orang?" Baginda menjawap; "Benar, di antara mereka yang ditelan tersebut ada yang sengaja pergi untuk berperang dan ada pula yang dipaksa untuk berperang, serta ada pula orang yang sedang berada dalam suatu perjalanan, akan tetapi mereka dibinasa dalam satu waktu dan tempat yang sama. Sedangkan mereka berasal dari arah (niat) yang berbeza. Kemudian Allah akan membangkitkan mereka pada hari berbangkit (Kiamat-Hari Pengadilan), menurut niat masing-masing." {13} 

Dan ketika itu, sahihlah pemuda itu adalah Imam Mahdi yang dibantu oleh Allah SWT. Tenggelamnya tentera atau pasukan khas yang mahu membunuh Imam Mahdi akan disiarkan ke seluruh dunia melalui hebahan media massa terutamanya TV. {14}

4. Munculnya Api Yang Membakar Hijjaz

Satu lagi tanda besar yang mengamit perhatian dan pengesahan bahawa Imam Mahdi telah zahir pada waktu itu ialah munculnya api besar yang membakar tanah Hijjaz. Kemunculan api ini memang ada disebutkan dalam hadith Nabi SAW. Namun api yang dinyatakan di atas bukanlah api yang muncul pada 654 M tetapi api yang akan muncul di akhir zaman seiring dengan kezahiran Imam Mahdi. Ia berdasarkan pendapat Ibnu Hajar Al-Asqalani yang berpendapat bahawa api itu akan terjadi dua kali. Yang pertama, pada abad ke-7 H (sepertimana yg disebut oleh kebanyakan ulama). Manakala yang kedua akan terjadi di akhir zaman nanti. {15}

Sekadar catitan - Hujahan daripada buku Menyongsong Imam Mahdi : Sang Penakluk Dajjal yang dipetik daripada buku Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta karya Abu Fatiah Al-Adnani, menyebut {16}: 

...Pasukan besar yang bergerak dari segala penjuru Jazirah Arab itu, berikut yang datang dari sekitarnya, juga yang datang dari luar Jazirah Arab, selamanya tidak akan dapat menjejakkan kaki di Makkah al-Mukarramah. Sebab penghancuran menggerikan atas pasukan as-Sufyani dan bencana besar akan terjadi dalam bentuknya yang tidak pernah terbayangkan dalam fikiran manusia waima yang terpintar. Api akan menyala berkobar-kobar secara tiba-tiba di seluruh penjuru Jazirah Arab...(diringkaskan) adalah api Hijjaz yang diwartakan oleh Nabi SAW menerusi sebuah hadith yang diriwayatkan oleh Abu Hurairah {17}; "Kiamat tidak akan terjadi sampai muncul api dari tanah Hijjaz yang menerangi punuk-punuk unta di Bushra." {18} 

Menurut pendapat yang kuat, api ini bukanlah api yang menyala pada pertengahan abad ke-8 atau lebih tepat iaitu pada tahun 654 H. Imam An-Nawawi dalam Syarh Shahih Muslimnya mengatakan ; "Di zaman kami menyala api di Madinah pada 657 H. Api sangat besar itu muncul dari pinggir Madinah, di belakang Harrah. Berita tentangnya sampai ke Syam dan negeri-negeri lain secara berantai..." {19} 

Ibn Katsir dan Al-Qurthubi menceritakan keadaan munculnya api ini dengan panjang lebar dalam kitab masing-masing, al-Bidayah wa al-Nihayah dan At-Tadzkirah. Dinyatakan juga bahawa api itu dapat dilihat dari Makkah dan pembukitan Bushra. Seorang lagi pemikir Muslim, Yusuf Abdullah al-Wabil, turut mengemukakan pendapat yang sama, bahawa api itu bukanlah api yang dimaksudkan dalam riwayat di atas.

Dalam pada itu, tanda-tanda yang disebut kemunculan bintang berekor, gerhana bulan dan matahari di dalam bulan Ramadhan, terjadinya pertumpahan darah dalam musim Haji, dan kewafatan Raja Haramain (Raja Arab Saudi) adalah tanda dekat kemunculannya.


Justeru, jika ada yang mengaku bahawa dia adalah Imam Mahdi atau sudah bertemu dengan Imam Mahdi, buat masa ini abaikan sahaja, dan berlapang dada dengan dakwaan seperti itu. Semoga Allah memberikan kita petunjuk dan hidayah yang jelas kepada kita semua. Seperkara lagi yang perlu kita ingati adalah "Imam Mahdi sendiri tidak akan mengetahui bahawa dirinyalah Al-Mahdi yang dinanti-nantikan." Dan ketika umat Islam ingin membai'ahnya, 'dia' tidak akan menyukainya. Hal ini telah dinyatakan dengan jelas di dalam hadith-hadith yang telahpun kita bincangkan.

Wallahualam bissawab
_________________________________________
1. Hadith Riwayat Ahmad dan Baihaqi dari Nuaman bin Basyir dari Hudzaifah
2. Lihat juga Fatwa-Fatwa Mufti Johor, 159
3. Himpunan Fatwa Mufti Kerajaan Negeri Kelantan, 184
4. Daripada Abu Daud, daripada Ummu Salamah bahawa Rasulullah SAw bersabda ; "Akan terjadi persengketaan saat kematian seorang khalifah, lantas keluarlah seorang penduduk Madinah berlari menuju ke Makkah. Maka beberapa orang penduduk Makkah mendatanginya dan mengeluarkannya namun dia tidak suka. Mereka membai'ahnya di antara rukun (Yamani) dengan maqam Ibrahim. Lalu berangkatlah satu pasukan tentera daripada Syam untuk mengejarnya. Maka mereka ditelan bumi di daerah Baida' antara Makkah dan Madinah...". (Hadith Riwayat Abu Daud: Kitabul Mahdi, no : 3737 dan al-Hakim Kitabul Fitan, no : 8446. Dan juga Imam Ahmad, Ibn Rahawaih, Ibn Abu Syaibah dan At-Thibrani, dinyatakan sahih oleh al-Haitsami, Ibn Qayyim, asy-Syaukani, Shiddiq Hassan Khan dan Ahmad Syakir.)
5. Ustaz Hawari bin Abdul Malik, Imam Mahdi : Rahsia Kegemilangan Umat Islam Pada Zaman Moden, Bab 2, Bhg 'Tanda-tanda Sangat Hampir Kemunculannya', hlm 197
6. Al-Muttaqi al-Hindi, Al-Burhan fi Alamat al-Mahdi Akhir al-zaman, hlm 35
7. Harun Yahya, The End Time and Hazrat Mahdi 8. Hadith Riwayat Muslim 5161
9. Imam Mahdi hanya menyamai akhlak Rasulullah SAW sahaja, bukannya wajah baginda. Hal ini berdasarkan pada hadith daripada Hudzaifah yang dikeluarkan oleh Abu na'im dan ahdith daripada Ibn Masud yang dikeluarkan oleh at-thibrani dengan isnad yang "sahih"
10. Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 211
11. Hadit Riwayat Abu Daud dalam Sunannya (4/475, hadith 4286); Hadith Riwayat Imam Ahmad dalam Musnadnya (6/316); Hadith Riwayat Ibn Hibban dalam Sahihnya di dalam Mawarid adz-Dzaman (hlm 464, hadith 1881). Hadith Riwayat At-Thibrani dalam Mu'jam al-Ausath (2/90, hadith 1175). hadith ini diriwayatkan juga oleh Ibn Abi syaibah dan Abu Yu'la. Al-Haitami berkata,"Para perawi hadith ini merupakan perawi hadith sahih." Lihat Majma' az-Zawaa'id (7/315).
12. Ada sesetengah pendapat mengatakan di Miqat Bir Ali. 
13. Diriwayatkan oleh Imam Bukhari pada kitab al-Buyu'. Riwayat Muslim pada kitab al-Fitan bab 'Pembenaman Tentera Yang Menuju Ke Bait Allah.'
14. Hal ini amat sesuai jika kita mengambilkira berdasarkan keadaan semasa dimana hebahan media massa sangat mempengaruhi kebanyakan orang awam-tidak hanya di suatu tempat malah seluruh dunia. Lihat Muhammad Nurani Maarif, Fitnah 2012: Konspirasi Galaktik, hlm 212
15. Lihat Fathul Bari XII/101
16. Abu Fatiah Al-Adnani, Fitnah dan Petaka Akhir Zaman : Detik Menuju Kehancuran Alam Semesta, hlm 226
17. Hadith ini diriwayatkan oleh Bukhari dalam Sahihnya, bab 'Fitnah', sub-bab 'Keluarnya Api'. 
18. Bushra disini bukanlah Bashrah, yang terakhir kali dikatakan terdapat di Iraq. Sebaliknya, Bushra adalah sebuah kota yang terkenal di Syam (juga disebut Hauran), tidak jauh dari Damaskus. (Lihat Mu'jamul Buldan 1:441 Syarah Muslim 18/30 dan Fathul Bari 13/80
19. Menyongsong Imam Mahdi Sang Penakluk Dajjal, hlm 87-90

Gambar Belangkas