Showing posts with label Pekan Gopeng. Show all posts
Showing posts with label Pekan Gopeng. Show all posts

Friday, July 11, 2014

Perak International Gua Tempurung Eco Challenge 2014








Haaaa..... pada pencinta-pencinta alam semulajadi macam awok ni....
dan juga pencitan aktiviti sukan lasak.......
diatas ada awok letakkan borang penyertaan untuk program Perak International Gua Tempurung Challenge 2014...
acara yang julung kali diadakan ini merupakan acara yang dianjurkan oleh Gua Tempurung Outdoor Camp.....

apa yang menarik pada awok.....
bukan selalu kita dapat menerima Gua Tempurung dari sisi lain....
selalu kita cuma menjelajah dalam Gua Tempurung je kan...
kali ni kita selalu seluruh dan sekitar kawasan Gua Tempurung....

apalagi...
jangan segan2 hubungi nombor yang tertera dibawah sekiranya kome ada pertanyaan dan kemusykilan...
atopon kome nak menghanto borang penyertaan kome dah siap diisi ...
boleh ke alamat yang tertera dibawah......


  
Gua Tempurung Outdoor Camp
31600 Gopeng
Perak  Darul Ridzuan

Syarifah - 012 412 2947
Zuliana - 017 527 1926
Shahlan - 013 508 5014
Kay - 019 451 8380
Borhan - 017 539 9323
Shahril - 012-554 9830
Email : gtac.reservation@gmail.com


Sunday, February 23, 2014

Muzium Gopeng

Ok... entri awok kali ni takde kena mengena Padang Rengas dahhh....
kali ni bertuko ke Gopeng pulak....
Kalo sebut Gopeng kat kengkawan awok....
deme cuma tau disini ad aktiviti White Water Rafting, ada Homestay Gopeng  je....

yang deme tak tau... kat sini pun ada Muzium....
Muzium Gopeng.... dan ada dua Muzium Gopeng yang terletak berhampiran ...
yang diuruskan oleh oghang yang sama......
boleh ada 2 Muzium Gopeng adalah disebabkan yang sedia ada dah tak boleh menampung jumlah bahan koleksi pameran..... itu je..

Terletak berhampiran dengan bulatan Gopeng....
tak susah kome nak mencaghi Muzium2 ni....
disebabkan kelainan rekabentuk bangunan deme....

Pada masa dulu, Gopeng  ni banyak dihuni oleh pelombong bijih....
dan oghang Melayu Mandailing yang ramai disana...
jangan le kome heran kalo tengok adat kat kampung2 Melayu area Gopeng ni sama dengan Minangkabau....
disebabkan Mandailing dengan Minangkabau ni daghi satu suku yang hampir...

Muzium Gopeng ni mempamerkan sejarah2 tinggalan nenek moyang di kawasan Gopeng....
daghi peralatan membijih...... bahan2 sejarah berkaitan Gopeng....
dan apa saja yang berkaitan Gopeng, Perak dan Malaysia.....
yang penting... masuk adalah percuma....

Apelagi... moh layan gambo macam biase....







Antara bahan koleksi pameran disini

Bagaimana pentingnya Bijih Timah di Gopeng...
sehinggakan kalo takde le Bijih Timah dijumpai di Gopeng...
Kemungkinan Gopeng hanyala tempat tinggei oghang Melayu di kampung ...
dan oghang Cina di Pekan kecik je...





Kome faham tak???
awok memule konpius jugakkk...
adeke Muzium Gopeng ni bukak haghi Sabtu & Ahad je??
rupanya camni.....
Deme buka macam biasa termasuk  haghi Sabtu dan Ahad....

Dan ditutup pada setiap haghi Rabu dan Khamis....
apeda deme ni..bagi oghang konpius je...











Gambar Belangkas