Telah mengenali bloggers Mulan, Mak Lang dan Kak Hanieliza / chef Hanieliza sejak era mula berblogging pada 2007 lagi ... waktu itu tiada facebook, hurmm..bukan tiada, tetapi facebook masih belum dikenali ramai ...
Pada waktu itu, blog adalah medium utama dalam berhubung di alam maya ...
Telah beberapa kali berjumpa dengan Chef Hanieliza, perkenalan di alam maya terus terjalin ke alam realiti. Pertama kali bertemu Chef hanieliza semasa Kak Liza datang ke Mesjid Negeri Shah Alam untuk membuat demo masakan, ada saya ceritakan di sini. Kemudian saya berkunjung ke rumah anak Kak Liza di Klang untuk membeli buku masakan beliau yang terkenal.
Cuma dengan Mulan dan Mak Lang sahaja yang masih belum ketemu sejak tahun 2007 hingga 2012. Beberapa kali merancang hendak bertemu apabila Mulan ke KL tetapi selalu tidak berkesempatan. begitu juga dengan MakLang, beberapa kali ingin bertemu apabila MakLang ke KL mengikut suami atau mengajar kelas Ribbon Embroidery nya tapi masih belum diizinkan ALlah untuk bertemu. Ada sahaja perkara yang hendak ku lakukan semasa MakLang datang ke KL. MakLang ni bukan sahaja pandai masak seperti Kak Liza, tetapi juga pandai membuat craft Ribbon Embroidery , boleh lihat di blog MakLang lagi satu Ribbon Chanteq.
20hb Feb 2013 melakar sejarah dalam dunia berblogging bagiku kerana setelah sekian lama mengenali mereka di alam maya, akhirnya diizinkan ALlah jua kami bertemu. Tugasan kerja memaksa ku pergi jauh ke daerah Dungun di Terengganu. Sengaja ku tempah tiket kapalterbang awal pagi agar ku mempunyai masa untuk bertemu sahabat bloggers Pantai Timur ini...
Perancangan dibuat awal agar sebaik sahaja aku mendarat di Kuala Terengganu, dengan menaiki van UiTM Dungun Terengganu akan terus ke Dungun, ..namun kita merancang tetapi Allah lah sebaik-baik perancang. Sebaik sampai sahaja di lapangan terbang Kuala Terengganu, rakan-rakan sekerja yang menaiki pesawat bersama hendak bersarapan pagi terlebih dahulu dan kemudian mereka hendak berjalan-jalan di KT. Mereka ramai, aku seorang sahaja yang hendak ke Dungun dahulu. Aku mengalah, tetapi dalam hati risau kerana sedar MakLang, Kak Liza dan Mulan sudah pun bersusah-payah memasak dan kami merancang hendak berpiknik ditepi pantai. Ligat otak ku berfikir, bagaimana caranya hendak ke Dungun bersendirian... lalu aku menyuruh driver van menunggu sebentar sementara aku masuk semula ke airport dan bertanyakan teksi dari airport ke Dungun. WOW! terkejut juga apabila diberitahu bahawa tambangnya RM100! hurm... Plan A tak jadi, fikir Plan B pula. Lalu terus bersama-sama mereka menaiki van ke pekan KT, menghantar mereka ke restoran untuk bersarapan...al-maklumlah kami sudah keluar rumah dari awal jam 4 pagi lagi hendak ke LCCT..selepas menghantar rakan-rakanku, aku meminta driver van menghantarku ke stesyen teksi ... tanya-tanya ...mereka hendak tambang RM80 satu teksi... aduish...masih mahal ... Plan B tidak jadi lalu terus ke Plan C... pergi ke stesyen bas... pusing2 tanya, bas ekspres pukul 8:30pg sudah berlepas, next bas adalah pukul 10:30 pg oleh .. nak naik bas henti-henti pun sudah berlepas... lalu aku duduk menunggu ... lebih kurang setengah jam kemudian ternampak bas Maju Ekspress tulis hendak ke Dungun, Alhamdulillah akhirnya jam 9:30 pg dapat menaiki bas Maju Ekspres ke Dungun.
Perjalanan mengambil masa lebih kurang 1 jam... tidak ramai penumpang dan bas bergerak agak laju juga... lebihkurang jam 10:30pg sudah kelihatan bangunan dan kedai tertulis perkataan "Dungun" ..bermakna kami sudah tiba ke daerah Dungun... tapi bas masih belum berhenti. Bila nak sampai stesyen bas Dungun ni? tertanya2 dalam hati. "Ah...mungkin belum sampai lagi agaknya" ..
Tiba-tiba telefonku berbunyi! tengok nama tertera nama Kak Liza. Terus kuangkat. "As-Salam kak", aku menyapa.
Kedengaran suara Kak Liza dihujung talian. "Wa'alaikumsalam Azzah. Azzah kat mana sekarang? " tanya Kak Liza.
Terus kujawab, "dalam bas kak."
Tiba-tiba Kak Liza terkejut,"Eh, Azzah, stesyen bas Dungun dah lepas dah. Kita bertembung tadi di traffic light. Kenapa bas tak berhenti sana? ok Azzah suruh driver bas berhenti kat depan tu ada Sek Men Sains Dungun. Azzah turun dan tunggu situ, akak patah balikambil Azzah."
"Ok kak. Terimakasih." jawab ku. Terus aku bangun dan berjalan terhoyong-hayang dalam bas menuju ke pemandu dan bertanya, "pakcik tak berhenti ke di Stesyen bas Dungun? Saya nak turun situ... tak apalah..turunkan saya di depan tu di Sek Men Sains Dungun. "
"Oh..awak nak turun Dungun ke?" tanya pakcik bas tu.
wahhhh..terkejut saya, pakcik ni tak tahu ke saya nak turun Dungun, Alhamdulillah Kak liza and the geng nampak bas saya ni tadi, kalau tidak dah terlajak sampai ke Kerteh dan terus ke Kuantan pulak! huhuhu... gelihati pun ada ...satu sejarah dalam hidup ..dah lama tak naik bas ...
Turun sahaja bas, saya terus menunggu di depan SMS Dungun, tiba-tiba ternampak ada satu stesyen minyak Petronas kat depan, terus saya melintas jalan dan menuju ke toilet ...sejak pagi turun dari kapalterbang tadi tidak berkesempatan ke toilet ...
keluar sahaja saya terpandang kan kereta Honda CRV putih kepunyaan MakLang (setelah MakLang mention dalam fb kata nak bawa CRV ni) ...teruja sungguh makcik-makcik bloggers ni dapat berjumpa bersama. Kami bersalam berpelukan seperti sudah lama tidak berjumpa, sedangkan sememangnya kami belum pernah berjumpa, hanya bertegur sapa dan bertemu di alam maya , namun Allah telah mengikat hati-hati kami seumpama saudara sendiri layaknya. Naik sahaja kereta makLang terus kami bergerak menuju ke tepi pantai Dungun .. Alhamdulillah lama tak tengok pantai ...cantik dan sayu melihat ombak menghempas pantai dan pepohon meliuk lentok dibuai bayu laut ...
Kereta terus dipandu kehadapan mencari port yang sesuai untuk kami berpiknik...akhirnya kami bertemu sebuah wakaf yang masih tiada pengunjung berteduh di bawahnya ..
wahhh..sungguh terharu melihat betapa banyaknya makanan yang dibawa oleh sahabat ku bertiga, seperti hendak menjamu 20 orang sahaja!
lalu hari ini dalam sejarah ... pertemuan 4 orang makcik bloggers ...
dari kiri: Mulan, Mak Lang, nurazzah8 dan Chef Hanieliza(gambar ni kurang clear ...)
Pertemuan dengan Makcik bloggers Pantai Timur