Showing posts with label tempah online korban hari raya haji. Show all posts
Showing posts with label tempah online korban hari raya haji. Show all posts

Thursday, September 12, 2013

Tempahan Ibadah Qurban Sempena Hari Raya Haji | Buat Korban di Kemboja

Assalamua'laikum.
Ibadah qurban sempena Hari Raya AidilAdha 2013. Ibadah qurban/korban dimaksudkan dengan menyembelih binatang tertentu dengan niat mendekatkan diri kepada Allah dan dilakukan pada masa-masa tertentu. Ibadah qurban yang dilakukan pada Hari Raya Adha ini hukumnya sunat muakkadah (sunat yang dituntut untuk dilaksanakan). Makruh pula hukumnya jika kita yang berkemampuan meninggalkan amalan qurban ini.


Hikmah Ibadah Qurban

Antara hikmah ibadah korban ialah tanda kita bersyukur kepada Allah di atas segala nikmatnya yang datang kepada kita dalam pelbagai bentuk. Ia juga bertujuan sebagai kifarat kepada kita yang melakukan ibadah korban atas segala dosa dan kesilapan sepanjang kita bernafas di atas muka bumi Allah. Melaksanakan ibadah korban juga insyaAllah memberi kelegaan kepada mereka yang buat ibadah korban dan juga kepada mereka yang menerima daging agihan korban.



Buat Ibadah Korban/Qurban di Kemboja

Dengan ledakan teknologi, ibadah korban kini mampu kita lakukan di tempat-tempat yang memerlukan sumbangan ibadah korban. Setiap tahun, di tempat kita contohnya, biasanya banyak lembu akan dikorbankan setiap tahun. 


Apakah pernah kita terfikir nasib saudara-saudara seagama kita di lain-lain tempat yang tidak mampu buat ibadah korban?

Di sinilah wujudnya peluang untuk kita berkongsi rezeki yang Allah berikan kepada kita dengan saudara seagama kita yang lain. Antaranya ialah di Kemboja. Ibadah korban di Kemboja boleh dilakukan dengan sempurna jika kita tahu saluran yang betul. Antara penyedia untuk ibadah korban di Kemboja ialah eQurban. eQurban adalah sebuah syarikat yang bekerjasama dengan Koperasi Muslim Kemboja.

Cara tempah buat ibadah korban di Kemboja dan harga terkini 2013 korban/akikah di Kemboja

Ibadah korban di Kemboja oleh pihak eQurban
Lagi ibadah korban oleh pihak eQurban di Kemboja
Harga terkini ibadah korban/akikah 2013 di Kemboja oleh pihak eQurban
  1. 1 bahagian lembu: RM250 -  anda boleh tempah 1 atau lebih bahagian. Setiap bahagian boleh dinamakan asing-asing dalam tempahan yang sama.
  2. 1 ekor lembu: RM1750. Akan ada 7 bahagian dan anda boleh namakan setiap bahagian juga dalam 1 tempahan.
  3. 1 ekor kambing: RM550. Seekor kambing khas untuk 1 nama sahaja.
  4. Semua peserta korban/akikah di Kemboja akan diberikan sijil dan gambar-gambar yang menunjukkan bahagian anda sudah selesai dilaksanakan.
Jika anda melakukan ibadah korban di Kemboja dengan pihak eQurban, pihak eQurban akan menghantar gambar-gambar dan sijil aku janji sebagai wakil melaksanakan ibadah qurban kepada anda.
Lembu-lembu atau kambing untuk ibadah qurban/korban di Kemboja kelolaan eQurban semuanya diternak sendiri di ladang mereka di Stungstreng, Kemboja. Bekalan yang ada sememangnya cukup sepanjang tahun. 

Inilah saat dan tikanya untuk anda melakukan ibadah korban/akikah di Kemboja. Jika anda ada mampu dan sudah berniat, moga-moga pihak eQurban dapat menunaikan hasrat murni anda. Semuanya mudah, hanya anda bayar mengikut bahagian, dan pihak eQurban akan melaksanakannya bagi pihak anda.


Seperti gambar di atas, menunjukkan harga terkini untuk sembelihan qurban/akikah di Kemboja;
Jika anda berminat untuk membuat tempahan korban/akikah di Kemboja, boleh terus membuat tempahan di pautan di bawah;

TEMPAH IBADAH QURBAN/KORBAN DI KEMBOJA SEKARANG. MOGA IBADAH ANDA DITERIMA ALLAH.

Selamat menunaikan ibadah korban/akikah. Moga-moga dengan ibadah korban/akikah ini akan mendekatkan diri kita dengan Allah SWT. Ameen ya rabbal a'lamin.

Gambar Belangkas