Showing posts with label ajaib. Show all posts
Showing posts with label ajaib. Show all posts

Tuesday, April 14, 2015

KAMBING AJAIB DI PALESTIN DI SEMBELIH

Gaza: Pihak berkuasa Palestin di sini menyembelih seekor kambing jantan yang dianggap ajaib kerana boleh mengeluarkan susu selepas orang ramai percaya susu haiwan itu boleh menyembuhkan penyakit.


Media melaporkan, pihak berkuasa membayar pampasan kira-kira AS$680 (RM2,523) kepada pemilik kambing itu, Jassir Abu Al Saeed.

Pegawai di Kementerian Pertanian, Zakaria Al Kafarna berkata, kambing jantan itu disembelih selepas terdapat laporan mengatakan susu haiwan berkenaan boleh menyembuhkan banyak penyakit.
Katanya, selepas disembelih daging haiwan itu dijual kepada seorang penduduk kaya.

“Kami mengambil keputusan menyembelih kambing ini selepas ia mencetuskan kegemparan dan kekeliruan dalam kalangan penduduk,” katanya. Menurutnya, kambing jantan itu mengeluarkan susu akibat masalah hormon.

“Susu yang dikeluarkan oleh kambing jantan ini tidak menyembuhkan sebarang penyakit sebaliknya ia boleh membahayakan kesihatan,” tegasnya.

Tambahnya, kementerian mengambil keputusan menyembelih kambing itu bagi menamatkan kekeliruan selepas haiwan berkenaan menjadi berita hangat akhbar dan media sosial sejak beberapa minggu lalu.

Sementara itu, Jassir, 45, berkata, dia membeli kambing berkenaan daripada seorang petani yang mengimport haiwan itu dari sebuah ladang di Israel. - Agensi

Monday, March 9, 2015

BAYI DALAM PERUT TUNJUK ISYARAT "PEACE NO WAR"


London: Membuat pemeriksaan ultrabunyi terhadap bayi yang masih dalam kandungan sering menimbulkan perasaan gementar kepada pada ibu bapa.


Bagaimanapun, bagi pasangan Ed dan isterinya, Dee Parsons perasaan itu terus hilang selepas bayi mereka dirakam menunjukkan isyarat tangan ‘V’ yang sering dirujuk kepada tanda keamanan atau kemenangan.

Dee, 35, berkata, mereka terkejut dan hampir tidak percaya melihat bayi dalam kandungan yang berusia 20 minggu menunjukkan isyarat tangan berkenaan dengan jelas.

Jururawat yang membuat ujian ini juga terkejut dan memberitahu dia tidak pernah melihat keadaan seperti itu.

Kami berasa sangat tenang melihat isyarat keamanan ini ketika berlaku pelbagai kekacauan di sekeliling kita dan di seluruh dunia,” katanya.

Menurutnya, dia dan Ed, 35, sebelum ini berasa sedih dengan situasi di seluruh dunia dan juga kematian rakan rapat mereka.

Kami juga bimbang kerana akan melahirkan anak kami ketika banyak keadaan buruk berlaku ketika ini.Tetapi selepas melihat isyarat ini kami berasa sangat gembira,” ujarnya.

Tambahnya, rakan-rakannya percaya isyarat tangan yang ditunjukkan bayi itu adalah sesuatu yang positif dan simbol kegembiraan.

Isyarat tangan ‘V’ yang bermaksud kemenangan dan keamanan itu dipopularkan oleh bekas Perdana Menteri Britain, Winston Churchill ketika Perang Dunia Kedua.

Pasangan berkenaan yang tinggal di Godalming, Surrey dekat sini merancang menamakan anak mereka Winston jika bayi itu lelaki.

Dee mempunyai seorang anak perempuan, Grace berusia enam tahun hasil daripada perkahwinannya yang terdahulu.

Katanya, Grace menunjukkan isyarat tangan bagus ketika ujian ultrabunyi kandungan yang ketika itu berusia 12 minggu. - Agensi


Sunday, October 24, 2010

Hebat! Kucing Berenang Di Tasik Dalam


Kucing ini ditemukan oleh seorang pemancing yang kebetulan berada di situ. Dari jauh kelihatan seperti botol terapung. Namun ternyata, ada kucing yang berenang dari seberang sana. Hebat bukan?
















Monday, October 18, 2010

Lakukan pembedahan berpandukan SMS


David Nott, seorang sukarelawan untuk kebajikan perubatan Perancis Medicin Sans Frontierescame cuba untuk menyelamatkan seorang budak lelaki yang berusia 16 di Congo, Africa. Lengan budak tersebut tercedara selepas di gigit badak air menurut laporan CNN.


Dr. Nott, 52 tahun, menyatakan bahawa budak tersebut dalam keadaan kritikal, hanya mempunyai kesempatan hidup yang hanya tinggal 2 atau 3 hari.

Operasi pembedahan yang amat rumit itu terpaksa juga dijalankan walaupun beliau sendiri belum lagi pernah melakukan pembedahan seperti itu. Dalam keadaan terdesak, beliau telah menghubungi Profesor Meirion Thomas dari London's Royal Marsden Hospital melalui SMS semasa pembedahan itu. Profesor Meirion Thomas telah membalas mesej dengan menghantar 10 langkah untuk melakukan proses pembedahan itu.

"Saya hanya melakukan apa yang disuruh." Kata Nott. Kini budak lelaki itu telah selamat dan pulih sedia kala.




Sumber: http://www.intomobile.com/2008/12/10/surgeon-uses-sms-text-message-instructions-to-save-congo-boys-life/

Thursday, June 24, 2010

Kecoh telur rebus tanpa telur kuning


KUALA TERENGGANU: Seorang pemuda terkejut apabila telur ayam rebus yang dipotongnya tidak mempunyai telur kuning ketika membantu ibunya berniaga di Pasar Bukit Besar, di sini, semalam.


Keadaan menjadi kecoh seketika selepas kejadian pelik berkenaan diketahui peniaga pasar serta pelanggan gerai ibunya yang mengerumuninya untuk melihat telur berkenaan selain keletah beberapa individu yang menawar untuk membeli telur pelik itu.


Pemuda berkenaan, Muhammad Nor Firuddin Baharom, 21, berkata dia tercengang seketika apabila melihat telur rebus dibelah dua itu tidak mempunyai telur kuning sebelum kejadian pelik berkenaan disedari peniaga dan pelanggan gerai.


“Paling mengejutkan apabila segelintir pihak yang mengetahui mengenai kejadian itu tidak segan silu tawar menawar membeli telur berkenaan sehingga ada menawarkan RM500 untuk membelinya.


“Apabila ditanya faktor yang mendorong mereka menawarkan harga tinggi untuk telur berkenaan, mereka hanya memberi alasan ia boleh dijadikan ubat tanpa memberitahu jenis penyakit boleh dirawat menggunakannya.


“Memang pelik dan jarang berlaku telur ayam tanpa telur kuning, bagaimanapun saya menolak semua tawaran berkenaan kerana ingin menyimpannya sendiri tetapi tidak mengetahui kaedah yang boleh digunakan untuk memastikan telur rebus itu tidak busuk serta tahan lama selain meletakkannya dalam peti sejuk,” katanya ketika ditemui Harian Metro, semalam.


Muhammad Nor berkata, sepanjang membantu ibunya membungkus nasi lemak di warung milik mereka, dia tidak pernah menemui telur ayam tanpa telur kuning.


Justeru, kejadian itu sedikit banyak mengejutkannya dan ahli keluarga selain berpendapat telur berkenaan pasti diminati pengamal perubatan tradisional di negeri ini.


“Mungkin telur pelik itu bernilai bagi sesetengah pihak dan ia mungkin memiliki 1,001 khasiat yang tersendiri. Saya berasa bertuah kerana menemuinya dan akan terus menyimpannya untuk tatapan orang ramai,” katanya.

Sumber: H.Metro

Monday, June 21, 2010

Menara paling senget



Kini dunia memiliki satu lagi bangunan dan menara condong selain Menara Pisa. Capital Gate Tower, yang terletak di Abu Dhabi, Emirat Arab merupakan bangunan yang berketinggian 160 meter dan berkecondongan sehingga 18 darjah. Berbeza dengan menara pisa yang darjah kecondongannya hanyalah 4 darjah sahaja.

Yang menariknya juga, bangunan tersebut mempunyai 35 tingkat yang lantai didalamnya rata dan tidaklah condong seperti menara pisa. (kalau condong macam mana pulak??)
Kemungkinan bangunan ini bakal menjadi gedung membeli belah dan hotel mewah.



Saturday, June 19, 2010

Jambatan gantung hanya diperbuat dari rumput


Qeswachaka, sebuah jambatan gantung yang terletak di selatan Canas di Cuzco, Peru. Jambatan ini dibina dari ikatan-ikatan rumput yang dikutip oleh penduduk setempat lalu disambungkan antara satu sama lain menjadi sehingga 210 meter panjangnya. Walaubagaimanapun, jambatan ini sentiasa diperbaharui pada setiap tahun.








Wednesday, June 16, 2010

Umur tua lapan kali lebih cepat


LONDON: Walaupun secara zahir, dia kelihatan amat tua, jiwa Ashanti Elliott-Smith kekal seperti usia sebenarnya yang baru tujuh tahun.
Itulah masalah dihadapi Ashanti yang mengalami penyakit sindrom Hutchinson Gilford Progeria menyebabkan dia tua lapan kali lebih cepat berbanding sepatutnya.



Masalah itu menjadikan Ashanti berusia 80 tahun pada 2012. Hayat penghidap penyakit itu juga diramal berakhir ketika mencecah usia 13 tahun. Ketika ini, jika dia bermain dengan rakan sekelas atau mendengar muzik kegemarannya, Ashanti terpaksa menghadapi pelbagai masalah orang tua, seperti artritis dan lemah jantung.


Namun, bagi ibunya, Phobe, 24, dia melayan Ashanti sama seperti kanak-kanak lain dan memastikan anaknya gembira seperti sepatutnya.
Selain Ashanti, Phobe turut membesarkan seorang lagi anaknya yang berusia empat tahun.
Kata Phobe, Ashanti adalah budak yang ceria dan mudah dilayan.
“Saya berbangga dengan Ashanti kerana tidak menjadikan penyakitnya sebagai halangan,” katanya. Penyakit itu menjadikan Ashanti botak, manakala tangannya lemah untuk memegang sesuatu.

Ketinggiannya kini hanya kira-kira satu meter, dengan berat 12.7 kilogram - keadaan biasanya dialami budak berusia tiga tahun.
Apabila dia lahir pada Mei 2003, beratnya 2.3 kilogram dan kelihatan seperti bayi normal. Petanda awal Ashanti bermasalah dikesan Phobe apabila seluruh badannya menggigil. - Agensi



















Sumber Artikel: Harian Metro

Gambar Belangkas