Showing posts with label kekasih hazama. Show all posts
Showing posts with label kekasih hazama. Show all posts

Thursday, January 22, 2015

Gambar Kekasih Hazama, Genervie Kam Yang Seksi dan Manaja...




  

Umum sudah mengetahui yang pelantun lagu Malaikat, Hazama kini rapat dengan pemuzik wanita berbangsa Cina semenjak dua tahun lalu. Hubungan mereka pada mulanya hanya sekadar kawan kini lahir bibit cinta selepas kerap menjayakan acara pentas bersama-sama. Gadis tersebut ialah Genervie Kam jauh lebih berusia daripada Hazama tetapi bagi diri Hazama dirinya cukup selesa menyesuaikan diri dengan wanita itu. Lucukkk aksi Hazama di pentas Maharaja Lawak Mega sampai tak kering gusi melihatnya. Opsss

Walaupun berbeza agama Hazama dengan hati terbuka menyatakan kesediaannya untuk mendirikan rumah tangga dengan Genervie Kam. Namun segalanya diserahkan kepada Allah untuk permudahkan perkara baik.
“Untuk cakap soal kahwin ini, saya sudah lama bersedia dan akan lebih membuat persiapan bila dia sudah terbuka hati untuk memeluk agama Islam. Sebab soal hati ini adalah kerja Allah, saya hanya mampu berdoa agar segalanya berjalan dengan baik,”
Kekasih Hazama, Genervie Kam Kini Dalami Ilmu Agama3

Hazama juga tidak juga memaksa buah hatinya untuk memeluk agama Islam biarpun keluarga kedua-dua pihak merestui hubungan cinta tersebut. Tetapi apa yang menggembirakan Genervie Kam telah separuh jiwa selesa untuk terima agama Islam namun masih ada beberapa perkara yang buatkan dia terfikir untuk jangka masa lama nanti.
“Saya tidak mahu memaksa dia tentang bab-bab agama kerana saya menghormati agama dia begitu juga dia. Kami pernah juga membincangkan perkara ini dan saya akan jawab serta beri panduan mana soalan yang saya mampu jawab sahaja. Selebihnya lebih elok dirujuk dengan ustaz.
Kekasih Hazama, Genervie Kam Kini Dalami Ilmu Agama
Apa yang membuatkan Hazama jatuh hati dengan Genervie Kam ialah sifat memahami dan seringkali memberikan kata-kata semangat selain sentiasa melengkapi diri masing-masing. Jelas Hazama juga dia tetap berdoa dan berharap suatu hari nanti Genervie Kam menerima agama islam dengan terbuka.
“Mana ada kelemahan saya, dia akan betulkan begitu juga dengan saya. Kami saling menghargai antara satu sama lain. Kalau Tuhan buka pintu hati dia, maknanya dia memang untuk saya,”
Kalau ada jodoh tak kemana, asalkan dua hati saling cinta. Fuh! semoga jodoh berpanjangan.

Gambar Belangkas