Showing posts with label Perancis. Show all posts
Showing posts with label Perancis. Show all posts

Tuesday, May 13, 2014

PENGALAMAN BERCUTI DI PARIS PERANCIS

Setelah hampir 10 hari di bumi Jerman, saya dan En. Suami terbang ke Paris pula. Kami akan akhiri trip kali ini di Paris, kota yang terkenal dengan jolokan nama Kota Cinta. Memandu sudah, naik keretapi sudah, jadi last sekali sebelum balik kena naik kapal terbang pula. Kitorang naik Lufthansa dari Berlin dengan tiket murah yang dibeli 2 bulan sebelum bertolak. Saya ada menulis tentang kos perjalanan dan planning lengkap untuk disana di entri saya pada bulan Mac 2014 lalu sebagai panduan jika anda ada plan untuk ke sana juga. Selain itu, sudi-sudikan baca perkongsian pengalaman dan tips2 dari saya semasa di Frankfurt, Stuttgart, Neuschwanstein Castle di Schwangau, Munich dan Berlin. Kalau ada plan nak memandu di Jerman, jangan lupa untuk baca pengalaman kami memandu di Jerman.


Paris, here we come!

Kami tiba di Paris pada awal pagi di Charles De Gaulle Airport Terminal 1. Sampai je kat sana, kitorang cari stesen keretapi dulu. Stesen keretapi berada di Terminal 3 (stesen bas berada di Terminal 2). Sampai je di Terminal 3, kitorang pon pergi ke ticket counter untuk beli Paris Visite Pass Zone 3 for 2 days usage. Jangan terus pergi ke mesin sebab mesin tak jual Visite Pass.


Kecik je Paris Visite Pass ni.. kena simpan betul2 so that tak hilang.


BETUL KE PARIS NI BEST?

Nak mengumpat sket... kerani counter tiket di Terminal 3 tu sombong dan rude, sebab dia leh belek2 kuku masa kitorang tanya itu-ini-begitu-begini. Jawab plak dengan ndak tak ndak. Kitorang tanya untuk dapatkan kepastian sebab tak mahu membazir beli salah zon. Dia cadangkan beli untuk Zon 5 pada harga Euro 48.65/adult for 3days (dia masukkan airport pada hari sampai dan balik nanti). Kitorang akan banyak habiskan masa di Zon 3 sahaja yang berharga Euro 17.50/adult untuk 2 hari. Kos keretapi pergi-balik untuk airport-paris-airport baru berharga Euro 10,90/pax. So total untuk Zon 3 & pergi-balik airport baru berjumlah Euro 28.40/adult. Kalu kitorang ikut nasihat dia.. alamatnya rugi Euro20 cenggitu je (RM100/pax lebih tu!). Ada satu couple Jepun tu lagi la kesian siap kena tengking lagi sebab tersalah beli tiket. Adehh... kenapalah mereka begitu kuang ajau sangat..? Potong stim betul.. orang baru nak seronok2 datang Kota Cinta ni..

Perjalanan dari CDG Terminal 1 ke Gare de Lyon ambil masa lebih kurang 30min. Punyalah jauh. Masa ni pemain muzik jalanan a.k.a peminta sedekah akan mengambil kesempatan. Dorang akan mainkan alat muzik atau menyanyi tanpa kita suruh. Lepas habis persembahan, dorang akan hulur balang/topi untuk kita kasi duit. Selagi kita tak masukkan duit, dia takkan beredar. Dia akan paksa kita sedekah. Memula En. Suami hulur Euro 2 tapi dia tak puas hati, dia suruh tambah lagi. Dan suamiku yang comel itu pon tambah lagi Euro 2. Ada sorang mamat Amerika tu lagi la kesian.. dia memula kata takde duit Euro, tapi peminta sedekah tu tak percaya. Dia paksa suruh cari gak dalam beg. Mamat tu pon cari dan jumpa sedikit. Tapi peminta sedekah tu tak puas hati gak, dia suh cari lagi sampai mamat Amerika tu tambah lagi. Kesian saya tengok.. punyalah ganas peminta sedekah di Paris ni. Beginikah Kota Cinta yang manis2 saja diceritakan orang? Huhu... masa tu saya dah mula rasa tak best..

Kitorang menyewa sebuah apartment 1 bilik yang berdekatan dengan stesen metro Hotel de Ville. Sebelum ni ketika di Jerman apartment yang kitorang sewa cantik, kemas dan semuanya dalam keadaan baik. Tapi apartment yang ini tak berapa cantik sangat, water heater rosak dan towel buruk giler. Mentang2 lokasi tersangat strategik sebab sangat dekat dengan Notre Dame dan beberapa lokasi pelancongan lain, dorang letak harga yang amat mahal untuk apartment sebegitu rupa.


10 TEMPAT MENARIK DI PARIS

Selepas melalui beberapa incident yang tak berapa seronok tu, saya rasa macam tawar hati sket ngan Paris. Tapi, dah jauh-jauh kami datang, takkan nak habiskan 3 hari 2 malam di Paris ni dengan perasaan berduka dan berfikiran negatif, kan..? So saya ketepikan semua perasaan itu dan bertekad nak buka mukasurat baru. Saya pasti, ada sebab majoriti manusia di bumi ini bersetuju yang Paris ini indah bersesuaian dengan gelaran 'Kota Cinta'.

Jom saya bawa anda ke 10 tempat menarik di Paris yang bisa menjadikan cinta anda membuak2 semula...


 
1) The Lourve Museum



Cuaca mendung semasa kami di sana, namun still looks magnificent!

Perkara pertama yang kami lakukan ialah ke Musee du Lourve yang menempatkan potret Monalisa. Dari di Malaysia lagi kitorang dah berangan-angan nak tengok cantik sangat ke wanita tidak berkening itu. Dan alhamdulillah angan-angan kami berjaya terlaksana. Untuk masuk tanpa perlu beratur panjang, kami beli tiket siap-siap di kedai cenderamata muzium yang terletak dalam Carousel of Musee du Lourve (CML). Bangunan CML ini betul2 bersebelahan dengan Musee du Lourve dan ia adalah sebuah shopping complex. Once dah masuk CML, pergi ke food court dan anda akan jumpa kedai cenderatamata tu berdekatan dengan lift. Ohya, jangan lupa try makanan Lebanese di Restoran Salam. Dijamin Halal, inshaAllah. Cuma harganya amat mahal sedikit pada pendapat saya yang tak berapa kaya ni.. huhu..

Kitorang habiskan separuh hari di muzium ini. Muzium ini terlalu besar, memang tak sempat nak masuk semua tempat. Kitorang pastikan dapat tengok  yang glamer2 seperti potret Monalisa, Venus de Milo, Egyptian antiquities (sphnix) dan sejarah tentang muzium itu sendiri. Kebanyakan lukisan/patung/ukiran di muzium ini tidak menutup aurat, yang di bawah dan di atas tidak bertutup langsung! So gambar dalam muzium tak dapat saya tunjukkan atas sebab ketidaksesuaiannya. 


Dalam banyak2 dewan pameran, Monalisa punya paling ramai pengunjung. Kena boloskan diri ke depan untuk tengok potret tu. Kecik je potretnye.. Saya buta seni, so tak nampak pon apa yang menariknya.. haha..




2) Eiffel Tower

Tidak sah ke Paris jika tidak ke Eiffel Tower. Ada yang kata ia hanyalah bangunan besi buruk, so kaitannya dengan cinta dipersoalkan. Tapi pada saya, Eiffel Tower memang ada 'roh'nya tersendiri. Once nampak sahaja kelibatnya dari jauh, dada terus berdegup kencang. Makin dekat, makin laju degupannya. Ia memukau mata yang memandang. Kita leh duduk lepak lama2 sekadar melihatnya. Mungkin sebab itulah pasangan bercinta sukakan Eiffel Tower ni. Sebab ia boleh buat kita rasa happy, seronok, terpaku dan terkesima.

Kami ke sini dua kali, sekali siang dan sekali lagi pada waktu malam. Ia cantik pada waktu siang, dan lebih menarik pada waktu malam dihiasi lampu2 neon. Pada waktu malam, sejam sekali mereka akan memainkan pertunjukkan cahaya, iaitu pada pukul 8.00pm, 9.00pm, 10.00pm, 11.00pm and 12 midnite.. so don't miss it. Memang cantik! Kami juga ambil kesempatan naik ke atas Eiffel Tower pada waktu malam untuk melihat kecantikan kota Paris dari atas.


Eiffel at day and night

3) Petit Palais and Grand Palais

Petit Palais (Small Palace) dan Grand Palais (Big Palace) adalah bangunan yang dibina khas sebagai muzium dan exhibition. Bangunan ini berhadapan dengan di antara satu sama lain dan berdekatan dengan Jardins des Champs de Elysees. Dari sini leh berjalan kaki sahaja ke Champs de Elysees.



The Grand Palais.. Ku hanya melihatmu dari jauh... kalau ada rezeki lebih dan masa lebih, inshaAllah nak masuk!

4) Place de la Concorde

Place de la Concorde adalah dataran terbesar di Paris. Antara yang menjadi perhatian di sini ialah obelisk 'Cleopatra Needle' dari Ramses II Temple, Eqypt. Masa tu raja Egypt bagi 3 obelisk kepada pemerintah Perancis, tapi satu je dorang bawa balik. Sebab besar obelisk tu dik non, susah nak anto jejauh tu. Zaman dulu bukannya ada kapal kargo dan barge macam zaman sekarang untuk bawa balik dengan mudah. Juga ada beberapa fountains yang cantik menghiasi tempat ini.


Place de la Concorde

5) Champs de Elysees

Kalau nak rasa shopping macam orang kaya, sila pergi ke Champs de Elysees. Ia adalah sebatang jalan raya sepanjang 2km dimana di kiri kanan tu ada banyak kedai2 mewah, bank dan cafe. Kedai LV berdiri paling mewah kat sini. Majoriti pelancong yang lalu jalan ni memang akan bergambar depan bangunan LV tu. Kitorang berjalan kaki dari Jardin des Champs de Elysees (taman istana yang besar) hinggalah ke Arc de Triomphe. Sakit kaki den berjalan jauh gitu. Tapi sebab nak tengok sendiri apa yang hebat sangat tentang sebatang jalan ni hingga menjadikannya amat glamer di dunia, saya gagahkan juga kaki melangkah. So, hasil dari rondaan di jalan mewah ini, haku hanya dapat sakit kaki dan penat. Nak beli kat situ tak mampu sebab mahal berdengung. Sebenarnya boleh amik metro jika anda tak larat a.k.a malas nak jalan jauh2 dari Place de la Concorde ke sini.


Champs de Elysees adalah jalanraya yang sibuk dengan pelancong dan shoppaholics


6) Arc de Triumphe

Arc de Triumphe ini terletak di tengah-tengah roudabout, so kalu nak gi dekat2 sila ikut underground tunnel ye tuan-puan. Jangan melintas jalan tu sebab ada banyak kereta yang lalu-lalang, suspen tau saya tengok pelancong suka2 je melintas. Arc de Triumphe ni hanyalah sebuah  arca tanda kemenangan yang dibina oleh Napolean pada tahun 1800, tapi yang kelakarnya belum siap lagi arka ni Napolean dah dikalahkan. Siap ada tulis nama2 perang yang depa dah menangi ketika dibawah pemerintahan Napoleon. Kat bawah binaannya terdapat kubur tentera2 yang mati semasa perang dunia pertama dan nama mereka tak diketahui, hence known as the Grave of the Unknown Soldiers. So dorang tanam je reramai kat bawah tu, huhu.. Sebenarnya leh naik kat atas bangunan tu untuk tengok pemandangan kejiranan Charles de Gaulle tu, tapi kitorang tak naik. Maleh aar buang masa, dah naik Eiffel Tower kira dah cukuplah. Tiket masuk Euro9, tapi free je untuk pemegang Paris Pass.


Ramai yang sanggup duk tengah2 jalan semata-mata nak amik gambo berlatar-belakang gate ini (termasuklah kami.. huhu..)

7) Seine River



Pemandangan senja di Seine River 

Sungai ini adalah sungai cinta yang amat popular. Kalau ada masa cubalah naik cruise boat. Sure romantic gilos (i kecewa sebab tak sempat naik naik cruise kat sini). Ada banyak jambatan untuk menyeberangi sungai tu. Apa yang menarik ialah terdapat banyaknya 'love locks' atau pon mangga cinta. Bukan buah mangga yang kita nak makan tu tau, tapi mangga padlock tuu.. Hm, terlalu banyak bergantungan. Salah satu jambatan yang paling disukai dan menjadi mangsa ramai ialah Pont des Art bridge. Dengarnya Kourtney Kardashian pon gantung padlock cintanya dengan suami di sini.

Semasa saya mengarang entri ni, kebetulan kecoh di berita tentang jambatan Pont des Art yang roboh dek berat love locks yang sudah keterlaluan. Sekarang ni penduduk tempatan nak suh kerajaan banned je tradisi pelancong letak mangga kat situ. Bila difikirkan betul juga tu.. sebab makin lama akan makin berat jambatan tu sebab kena tanggung bebanan besi padlock yang beritu2 lemon tu. Huhu.. tak tahulah kerajaan Perancis akan ban atau tidak. Lom ada kesudahannya lagi.
 8)  Notre Dame

Notre Dame Cathedral ni dekat je ngan apartment kitorang, dalam 5min berjalan dah sampai. Kitorang masuk gak la tengok apa ada kat dalam (sebab masuk free). Tapi kalau nak naik kat atas tower (north tower je pelancong leh access) kena bayar. I'll never pay to enter a religious building, tapi kalau masuk masjid/surau saya akan derma walaupun masuk sentiasa free. Notre Dame Catheral adalah gereja gothic pertama yang di bina di dunia ni. Kalau tak salah dalam tahun 1100an..dah beratus2 tahun umurnya. Bangunannya cantik. Tapi nothing much to do here.. dont waste time lah.
 





Patung nganga-nganga di Notre Dame ni macam pernah kulihat... di mana ye? Owh ya, sebijik seperti di Munich!

Masa tu nampak sorang pakcik tu comot jer, ingatkan pengemis. Kemudiannya pakcik tu bagi burung2 liar kat Notre Dame tu makan.. Biar baju buruk, tapi hati cantik!






9) Restauran Istanbul

Kat Paris ni memang ada banyak restoran. Tapi susah nak pastikan ianya halal. So bila kitorang terjumpa Restoran Istanbul yang ada tanda halal di pintu masuk semasa on the way ke Eiffel Tower,kitorang tak lepaskan peluang.


Yummy! Memang sodap!

10) La Defense

Bila kita sebut je Paris, ramai yang terbayangkan binaan2 lama yang romantik2 tu.. tapi sebenarnya Paris juga ada bandar moden yang dipanggil La Defense. Kat sini terdapat banyak bangunan2 moden yang tinggi mencakar langit. Kalau masa tak mengizinkan untuk ke La Defense, korang leh tengok dari atas Eiffel Tower. 

 La Defense yang kelihatan dari Eiffel Tower


Sedar tak sedar, percutian kami di Paris sudah berakhir. 3 hari 2 malam terlalu pendek untuk betul2 menghayati kota cinta ni. Biasanya, bila berada di tempat orang, kami lebih tertarik untuk berasimilasi dengan orang tempatan, namun 3 hari tidak cukup untuk itu. Takpelah, kalau ada rezeki mungkin boleh sampai lagi.




Gambar Belangkas