Showing posts with label Abdul Latip Talib. Show all posts
Showing posts with label Abdul Latip Talib. Show all posts

Tuesday, November 19, 2013

Pak Latip @ Abdul Latip Talib

Kenangan tahun 2007


Saya mula mengenali Pak Latip @ Abdul Latip Talib, seorang novelis Sejarah Islam yang tersohor di tanah air sejak tahun 2007 di dunia blogger.  Pada waktu itu, ramai orang mula berblogging termasuklah saya sendiri.. Pak Latip juga baru naik bermula menjadi seorang penulis novel sejarah Islam bernaung di bawah PTS.  Membaca novelnya yang pertama membuatkan saya tertarik kerana perbezaan dari segi olahan dan penyampaian cerita.. Berlainan dari buku-buku sejarah Islam yang biasa kita baca, novel sejarah Islam Pak Latib mempersembahkannya seperti kita sedang membaca sebuah novel biasa, membuatkan kita tidak rasa mengantuk hendak membacanya..malahan kita akan tidak sabar-sabar hendak menyudahkan pembacaan sehingga ke helaian yang terakhir...

selepas 6 tahun berlalu, Pak Latip telah menjadi seorang penulis yang tersohor ...dan baru-baru ini beliau telah mencoretkan sesuatu di wall fb beliau mengenai kisah tersebut...
 
(Dari wall fb Pak Latip 7 November 2013)

Novel sejarah yang saya tulis mula terbit pada tahun 2007. Saya mempromosikannya dalam blog. Antara rakan blog yang mula-mula tertarik untuk membelinya ialah Prof Madya Nurazzah.

Beliau berminat membeli dan membaca novel-novel sejarah pahlawan Islam setelah pulang dari menziarahi makam-makam pahlawan itu di Jordan dan Syria. Kerana begitu tertarik dengan kisah yang dipaparkan dalam novel itu maka beliau membeli dari saya dalam jumlah yang banyak lalu mempromosikan kepada kawan-kawannya di UiTM dan jiran-jiran di kawasan kediamannya. Dia melakukannya dengan sukarela.

Itulah antara kenangan yang tidak dapat dilupakan. Sebagai penulis novel-novel tersebut saya amat menghargai usaha yang dilakukannya. Terima kasih Prof Madya Nurazzah. Semoga Allah SWT membalas budi yang baik itu dengan pahala, rahmat dan keampunan-Nya. Amin.

Buah Betik buah Bidara
Elok diletak di atas peti
Sahabat baik bagaikan saudara
Kasih tersimpan di dalam hati.


Nukilan~
Abdul Latip Talib @ Pak Latip - Novelis Sejarah Islam yang tersohor di seluruh dunia

Tuesday, July 10, 2012

Masjid Duniaku

 Masjid Duniaku
Mengimarahkan Masjid, Membudayakan Ilmu

Salah satu usaha kerajaan Negeri Selangor dalam mengimarahkan masjid, membudayakan ilmu  telah diadakan pada 7-8 Julai 2012 bertempat di Mesjid Negeri Shah Alam..pelbagai aktiviti telah di atur untuk masyarakat Negeri Selangor menghadirinya ... pagi Sabtu, program bedah buku "Badiuzaman Said Nursi " oleh Abdul Latip Talib @ Pak Latip ... bersama Ustaz Zahiruddin Zabidi bersama buku beliau...diikuti dengan pelbagai bengkel penulisan , acara-acara untuk kanak-kanak dan pelbagai lagi ... 
Bersyukur lah wahai penduduk Negeri Selangor amnya dan masyarakat Bandaraya Shah Alam khususnya ...
 Alhamdulillah...tidak lama lagi pula Ramadhan akan menjelma ...semoga Allah panjangkan umurku dapat kiranya bertemu sekali lagi bulan Ramadhan yang mulia .. dan dapat menghadiri pelbagai aktiviti sepanjang bulan Ramadhan...masih ingat lagi Ramadhan tahun lepas, suasana sepanjang malam selepas berbuka puasa , solat maghrib, Isya' dan Tarawikh ... suasana yang ku rasa seperti berada di Mesjidil Haram ...
Ya Allah...aku merindui ingin berada beribadah di rumahMU Ya ALLAH ....

 Selepas selesai Pak Latip "bedah buku" Badiuzaman Said Nursi, diikuti oleh Ustaz Zahiruddin, seorang warga Turki tetapi sangat fasih berbahasa Melayu telah tampil untuk membaca petikan dari buku tersebut .  kelihatan sangat familiar rupa beliau, rupa-rupanya beliau ialah Bro Ibrahim ....(tak ingat nama akhir beliau) ... yang pernah muncul dalam rancangan Pidato Antarabangsa Bahasa Melayu suatu masa dahulu...(saya pernah menonton rancangan ini di mana peserta2 dari seluruh dunia menyampaikan pidato mereka dalam Bahasa Melayu! Sungguh kagum dengan mereka yang berbangsa asing berusaha untuk bertutur dalam Bahasa Melayu dengan baik..sedangkan ramai kaum Melayu di Malaysia ini sendiri..yang berbangga berbahasa selain dari Bahasa Melayu)

 Ustaz Zahiruddin Zabidi
 Buku hasil nukilan Ustaz Zahiruddin Zabidi : SRIKANDI-SRIKANDI YANG BENAR dan NIAN HATI SALSABILA
 Bersama Pak Latip dan rakan sekerja Jamilah dan suami
 Hana bersama Bro Ibrahim dari Turki yang fasih berbahasa Melayu
 Semasa kami minum di bawah, bertemu pula dengan blogger Abang Long dan anak
Kami duduk minum semeja dengan Cik Haryani ... kecil molek comel orangnya ..rupa-rupanya beliau ialah KETUA UNIT di PTS LITERA UTAMA SDN BHD.
Banyak tips-tips yang kami perolehi dari beliau ..

Saturday, July 7, 2012

Bedah Buku ~ Badiuzaman Syed Nursi

Dua hari sepanjang hujung minggu ini, 7 - 8hb Julai 2012, pelbagai program telah di atur untuk masyarakat memakmurkan mesjid di Mesjid Negeri Shah Alam...pagi ini kami pergi mendengar forum bedah buku/novel ~ oleh penulis novel Islam tersohor tanah air, Abdul Latip Talip @ lebih dikenali sebagai Pak Latip.

Saya telah mengenali Pak Latip beberapa tahun dahulu, sejak pembabitan awal Pak Latip dalam  menulis novel sejarah Islam...ada saya tuliskan di entri ini, dan ini.
Malam semalam membaca status Pak Latip di facebook bahawa beliau telah sampai di Shah Alam kerana hendak menghadiri majlis disebelah pagi ini di Mesjid Negeri.  Berasa sedikit kecewa kerana tidak dapat entertain Pak Latip  semalam kerana telah berjanji dengan anak hendak menghadiri forum di Surau At-Taqwa (seperti yg dinyatakan dalam entri yang lepas)


Kali ini Pak Latip berkunjung ke Shah Alam lagi untuk memberi penerangan dalam program bedah buku "Badiuzaman Syed Nursi" Novel terbaru yang Pak Latip tulis...
Jika hendak mengetahui siapakah dia, silalah beli novel terbaru Pak Latip ini...


 Bersama Pak Latip, Jamilah (rakan sekerja) dan suami

 Pak Latip sedang menanda-tangani novel Islam yang dibeli semasa PBAKL 2012 tempohari

Ummi , Hana dan Pak Latip


Friday, December 17, 2010

TAHNIAH PAK LATIP!

Saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan setinggi-tinggi TAHNIAH kepada ABDUL LATIP TALIB atau lebih dikenali sebagi PAK LATIP dikalangan bloggers...

 Novel Sejarah Islam Abu Bakar Sahabat Sejati diberi anugerah “Buku Umum Fiksyen Terbaik”.

Pak Latip ialah seorang penulis prolifik novel sejarah Islam yang tidak asing lagi di negara kita. 
Novel-novel sejarah Islam yang ditulis oleh Pak Latip sentiasa mendapat tempat di hati pembaca-pembaca tidak kira usia... Ini disebabkan cara penulisan beliau yang menggunakan Teknik Surah Yusuf yang diperkenalkan oleh Puan Ainon, taukeh besar syarikat penerbitan PTS, menyebabkan pembaca tidak mudah merasa jemu, sepertimana jika membaca kebanyakan buku-buku sejarah yang lain...

Novel-novel beliau juga telah beberapa diulang-cetak..sehinggakan beliau sudah boleh dianggap sebagai jutawan hasil daripada menerima royalti.

 Saya pernah berjumpa Pak Latip beberapa kali kerana memesan novel-novel beliau untuk saya dan rakan-rakan sepejabat. Boleh baca di sini dan di sini.
Beberapa bulan lepas saya telah berkunjung ke rumah beliau buat pertama kali kerana menghadiri majlis perkahwinan anak beliau.

Gambar Belangkas