Showing posts with label Misi Akademik. Show all posts
Showing posts with label Misi Akademik. Show all posts

Sunday, December 30, 2012

Kuala Pilah

Misi Akademik ke Kuala Pilah, Negeri Sembilan

Last two weekends kena bertugas Misi Akademik ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan di Kuala Pilah.  Sepanjang hidup tidak pernah ke sana, ini adalah kali pertama ...agak teruja juga..dan tiada kenderaan disediakan ..oleh itu saya harus memandu sendirian.  Dua orang rakan yang perlu pergi juga sudah pergi dengan keluarga masing-masing.  Akhirnya mengajak Wafa', menemani ummi ..sambil itu Wafa' juga boleh meninjau-ninjau dan mengambil maklumat mengenai IPTA-IPTA yang ada bersama-sama menyertai Misi Akademik ini ..

Pagi-pagi selepas subuh kami sudah bertolak dari Shah Alam...Alhamdulillah sepanjang jalan clear saja..tak ada jam... Sampai exit Senawang lebih kurang pukul 7:30pagi ... 
melepasi bandar Senawang, kemudian kami mengambil jalan ke Kuala Pilah  melalui Bukit Putus... 
 Wow, sudah lama tidak menemui keadaan sebegini...kabus di pagi hari..
  Teringat sewaktu kecil semasa tinggal di Kem di Kamunting, Taiping..kem tersebut terletak di kaki Bukit Jana...setiap pagi keadaan berkabus begini akan meliputi sekitar kem..

Kami sampai Kuala pilah dalam pukul 8:30pg ... lalu kami terus ke Kolej Matrikulasi Negeri Sembilan kerana program akan bermula jam 9 pagi ... 
Masuk ke Dewan lalu mencari booth UiTM.. akhirnya berjumpa tetapi tiada wakil dari Shah Alam di booth , hanya ada peserta dari UiTM Pahang sedang menyusun flyers....lalu saya meminta tolong anak saya Wafa tolong menyusun flyers FSKM di atas meja... 
Jam 9:30pg, organizer dari Kolej Matrikulasi datang menjemput untuk wakil UiTM untuk memberikan ceramah....since rakan-rakan saya belum sampai, maka nampaknya sayalah yang kena bagi talk tersebut...Alhamdulillah, everything's going on smoothly...
Selesai talk, saya balik semula ke dewan besar ...nampaknya salah seorang rakan sudah sampai...seorang lagi rupanya demam, tak jadi datang...
Waktu lunch, telefon guru yang incharge, confirm samada saya sudah boleh check-in ke hotel... Alhamdulillah... lalu saya keluar bersama Wafa' mencari makan terlebih dahulu... selepas itu baharulah berjumpa guru tersebut dan dibawa ke Melang Inn..
Cantik dan baru juga hotel ini di pekan Kuala Pilah ini..
 Ini waktu malam selepas pulang dari dinner 
 pemandangan dari bilik hotel...gunung-ganang dan awan yg cantik
 Pemandangan pada waktu  yg lain
 
 Berada di Kuala Pilah selama 2 hari... Ahad tghr selepas check-out dari hotel kami pun bertolak balik ...on the way singgah beli lemang KP ...
 dan buah-buahan
 dan juga PETAI ! hehehe

sampai sekitar bandar Senawang anak kata dia haus ...
  so, singgah pulak beli air kelapa muda...

Beli 1 biji ajer ...tgh jalan minum..sedap pulak ...tak cukup pulak 1... nak beli lagi malas pulak nak patah balik ...

Sampai Shah Alam kami disambut oleh langit gelap bagai hendak runtuh ...sedikit lagi nak sampai rumah hujan turun dengan lebatnya ...
Alhamdulillah, akhirnya sampai rumah dengan selamatnya...

Gambar Belangkas