Showing posts with label Homestay Gopeng. Show all posts
Showing posts with label Homestay Gopeng. Show all posts

Wednesday, May 15, 2013

Homestay Gopeng

Persembahan Selamat Datang
Homestay Gopeng merupakan sebuah lagi Homestay yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan.....
Antara homestay perintis di negeri Perak....
tak heran le bile Homestay Gopeng lebih terkedepan dari homestay2 yang ada di Perak.....
deme udah mampu bergerak sendiri tanpa bantuan dari Kementerian Pelancongan mahupun Tourism Malaysia ...

tambah bertuahnya lagi Homestay Gopeng ni...
disebabkan kebanyakan tempat menarik di Perak ada disini dan berdekatan dengan disini.....
diantaranya Gua Tempurung, Kellie's Castle, Gaharu Tea Valley, Taman Herba Negeri Perak, aktiviti Whitewater Rafting, Muzium Gopeng dan sebagainya......



Muzium Gopeng ...
betoi2 kat tengah Pekan Gopeng
Homestay Gopeng merupakan sebuah perkampungan yang masih mengekalkan adat resam dan masakan tradisional masyarakat Melayu Rawa ataopon disebut Rao.......
deme masih kekalkan adat berjojak dan juga makanan tradisi Melayu Rawa 'Kelamai'.....
pade yang berdarah Rawa mesti kome tak nafikan...
yang Rawa dengan Minangkabau ni dialek, tradisi dan adat lebih kughang same.......
itu sebabnye ape yang Melayu Rawa buat....
kompem Melayu Minangkabau ada.....

Homestay Gopeng terdiri dari gabungan 3 buah kampung.......
iaitu Kg Jelintoh, Kg Sg Itek dan Kg Pintu Padang.....
dengan seorang penyelaras yang bertanggungjawab kepada perjalanan Homestay Gopeng....

Diantara aktiviti yang ditawarkan disini adalah seperti berikut:-
- Pembuatan bakul kertas
- Pembuatan Bedak Sejuk
- Pembuatan Sangkar Burung
- Aktiviti Menangkap Ikan di Sungai
- Pembuatan Kuih Tradisional
- Demo Pembuatan Kelamai
- Persembahan Adat Berjojak dan Kebudayaan

Persembahan Adat Berjojak
- Lawatan ke Gua Tempurung, Kellie's Castle, Gaharu Tea Valley
Keadaaan dalam Gua Tempurung
- Aktiviti White Water Rafting

Aktiviti Whitewater Rafting
Sekirenye kome dari Lebuhraya Utara Selatan....
kome boleh keluo di exit Gopeng......
dan ambik arah ke sebelah kiri menghala ke Pekan Gopeng......
pada yang naik Keretapi pulak...
stesyen Keretapi yang paling dekat.....
Stesyen Keretapi Batu Gajah atopon Stesyen Keretapi Kampar

Untuk maklumat lanjut kome boleh je hubungi nombor tertera...

Penyelaras Homestay Gopeng
No 54, Kampung Sungai Itik
31600 Gopeng
Perak Darul Ridzuan

Tel : 017-506 4783
Faks : 05-477 5145

Tuesday, April 16, 2013

Homestay (Inapdesa) di Perak

Homestay Bukit Gantang yang terkenal...
rumah Cikgu Ghasali ni jadi contoh homestay seluruh Malaysia

Sekarang ni ramai sangat la yang buat homestay ......
tapi kome tau tak....
yang sebeno-benonye homestay ni apa??..

kat bawah ni definisi yang awok ambik bulat2 dari website Kementerian Pelancongan...

"Program Homestay adalah pengalaman di mana pelancong tinggal bersama keluarga yang dipilih, berinteraksi dan menimba pengalaman kehidupan seharian keluarga homestay dan juga mempelajari budaya masyarakat luar bandar di Malaysia. Produk Homestay tidak digolongkan sebagai kemudahan penginapan. Ia lebih memfokuskan kepada gaya hidup dan pengalaman, termasuk budaya dan kegiatan ekonomi." 

jadinye...
mana2 pihak yang ada buat homestay di taman, pekan ataupun kampung....
yang itu sebeno2 nye bukanlah homestay dan tak layak dapat peruntukan dari Kementerian pun......
deme tu sebenonye lebih pada rumahtumpangan je...
takpele..... itu rezeki deme...
tapi awok nak cerita berkenaan homestay di Perak...

Di Perak sahaja terdapat 8 Homestay (Inap Desa) yang berdaftar dengan Kementerian Pelancongan
diantaranya....

1. Homestay Klah
2. Homestay Bagan Datoh
3. Homestay Maju Manik, Teluk Intan
4. Homestay Pendiat, Bota
5. Homestay Gopeng
6. Homestay Bukit Gantang, Taiping
7. Homestay Kg Beng, Lenggong
8. Homestay Selama

Deme nak dapat kan sijil dan kelulusan homestay ni bukan senang...
Penduduk kampung yang ambik bahagian ...semua diwajibkan berkursus..
dan rumah2 deme tu akan diperiksa...
sama ada sesuai atau tidak......

ok leee....
entri2 akan datang awok akan cerita satu2 homestay yang ada di Perak...

Gambar Belangkas