Showing posts with label ingatan. Show all posts
Showing posts with label ingatan. Show all posts

Wednesday, September 11, 2013

Gambar yang tak pernah gagal buat saya ;)

Assalammualaikum..

Gambar - gambar ni sentiasa buat saya senyum!
Tak tahu la bila lagi nak berkumpul dan nak happy2 macam ni.
Rindu sangat!

Lupa pulak nak bagitahu, ni semua gambar adik beradik dan sepupu-sepapat. 
Kami memang rapat dulu, cuma bila dah dewasa ni masing-masing dah bawa haluan sendiri. 
Jarang sangat nak berkumpul.

Rindu!! 
Lama tak gelak kuat-kuat.
Rindu!! 
 






Insyallah suatu hari nanti kita berkumpul macam dulu-dulu ye.

Monday, July 22, 2013

Sayalah budak kedai Foto & Kasut

Assalammualaikum..

Hari ni saja-saja je nak bercerita.

Saya ambil SPM tahun 2001. Lepas habis SPM, saya duduk rumah 1 minggu je. Bosan sangat!! Saya pun keluarlah mencari la kerja kat kangaq yang penuh pancaroba tu. Sorang-sorang okey. Saya ni memang jenis relex je.. Saya boleh je jejalan sorang diri, shopping sorang diri.. kira koboi je.

 Satu kedai satu kedai saya tanya. 'ada kerja kosong tak?'  Malu tau sebenarnya, tapi nak kerja punya pasal kan..

Nak dijadikan rezeki, saya dapat kerja kat kedai gambar. Kedai mualaf. Kedai tu uncle bahagikan dengan isteri dia, so...sebelah kedai gambar, sebelah kedai emas. Tingkat atas salon, auntie punya gak. Tingkat atas sekali, rumah depa la.

Gaji RM350 sebulan. Kerja 9 pagi - 6 petang. Saya pergi kerja dengan ayah, awal la.. kul 8 pagi dah sampai kangaq, lepak dalam kereta 45minit, pastu baru jalan gi kedai. Best tau suasana pagi. Tenang je.

Selalunya saya akan sampai awal, uncle tak buka kedai lagi. Soo..jadilah saya penunggu setia, bertinggong depan kedai. ;) Bila uncle buka, saya pun mula la, kemas kedai, sapu sampah, lap cermin-cermin tempat simpan emas tu, susun-susun apa yang patut. Saya suka kerja tu sebenarnya.

Uncle pulak ada 2 orang anak perempuan. Dua-dua baik.

Waktu paling best, 2 minggu sebelum raya. Meriah sangat-sangat!! Orang ramai sangat!! Tambah pulak blok kedai saya kerja ni kedai kasut, borong din, bank... memang jadi tumpuan la. Best tau!!

Tapi...ada satu kejadian yang saya takan lupa. Masa tu saya berdiri kat depan kedai..saja la tengok orang lalu lalang. Sekali tu, sorang makcik ni yang tengah jalan dengan anak lelaki dia, pusing belakang, tarik budak perempuan yang baru selisih dengan dia, zassssss.....zasssssss....zassss......budak tu kena tampaq dengan makcik tu. bertubi-tubi. Ternganga saya. Pastu makcik tu maki-maki sampil pukul-pukul. Anak lelaki dia yang kat sebelah tu mula-mula biar, tapi bila dia tengok mak dia 'naik hantu' baru la dia tarik mak dia. Dari apa yang makcik tu maki, saya dapat tangkap la yang perempuan tu rampas suami dia. Tapi kan..perempuan tu muda sangat, macam belajar lagi je. Anak lelaki makcik tu siap cakap, 'kita jumpa kat mahkamah'. Bayangkan orang tengah ramai masa tu. Kesian...tapi mesti ada hikmah Allah nak bagi depa tu berjumpa kan?

Lagi satu, masa kerja kat kedai tu, saya dah macam jadi geng dengan 'orang-orang istimewa' yang selalu tadah tangan minta duit tu. Tiap-tiap hari depa akan mai minta duit. Saya bagi sebulan sekali je, masa dapat gaji. Ada la satu hari tu, salah sorang mai minta duit, saya cakap la tak ada duit. Dia terus keluarkan duit dalam poket dia, pastu baling, bagi melayang-layang atas muka dia. Lawak!! Tu nak menunjuk la yang dia banyak duit! Pastu auntie buat gaya macam nak terkam ambil duit dia, laju je kutip balik & lari sambil buat muka marah. Haahahhaaa.. lawak tau.

gambar ni uncle yang ambilkan.. ;)
Disebabkan lama kerja kat situ, saya rapat la dengan kakak kedai kasut. Haaa....'kakak' tu merujuk kepada tokey kedai kasut tu ye, dia berbangsa cina, tapi semua orang panggil dia kakak. Sempoi je. 2 minggu sebelum puasa, saya kerja part time kat kedai kasut. Habis kerja kat kedai gambaq kul6, terus je sambung kat kedai kasut. Pastu rehat untuk berbuka. habis kerja kul10 malam. Gaji RM35/hari.

Kat sini pun best. Kiranya kerja kat sini kan, jumpa habis adik beradik, jiran-jiran, kawan-kawan. Semua mai beli kat kedai ni. Seminggu sebelum raya tu, orang teramat la ramai. Sangat ramai, jalan memang bahu bertemu bahu. Ala...kat perlis masa tu memang tu je la kedai kasut yang okey pun.hehe..

Masa mula-mula memang kekok nak tunduk-tunduk bagi & pakaikan orang kasut, tapi bila dah ramai sangat orang, pastu nak cepat, rasa okey je tunduk-tunduk pakaikan orang kasut, picit-picit kat depan kasut nak tengok ketat ke tak. Buang ego la kiranya. Rasanya sebab tu la sekarang ni saya akan rasa okey je bila kena merendahkan diri, tak kisah la apa situasinya. Ala..kalau kita meninggi diri dapat paha ok gak, ni tak dapat apa pun, so biasa-biasa sudah. Ni tak cita lagi kalau stok kasut sampai. Bersila tepi kaki lima tu biasa. Memang tak ayu langsung la. hehe..

Semua ni kenangan yang sangat best. Kakak pun sampai sekarang, kalau beli kasut kedai dia mesti bagi murah gila. Kadang-kadang tu kurang sampai RM10 tau! Walaupun saya kerja kejap je dengan dia, dia tetap ingat, tu yang best.

Semua ni kenangan yang sangat best. Tak kisah la apa bangsa kita, apa agama kita, yang penting kita hormat menghormati. Saya bekerja dengan dua majikan berbangsa cina tapi sorang beragama islam, sorang beragama ibunda dia la, tapi dua-dua baik, dua-dua tunjuk contoh yang baik kat saya, dua-dua sampai sekarang selalu je bagi diskaun kat saya. like! like!

Masa berhenti kerja, uncle bagi gaji lebih, dekat rm1,000 la.. Dia cakap buat belanja nak masuk belajar, jadi, saya terus gi kedai sebelah, buat spek.. hehe..

Last day kerja, sedih nak berhenti, tapi semangat nak sambung belajar. Apapun..ni cuma secubit je daripada  pengalaman saya bergelar budak kedai, ada banyak lagi yang pengalaman best! Kalau ada rekezi kita birak lagi la yek. okey..wassalam.. 







 

Tuesday, May 21, 2013

Inai..

Assalammualaikum..



Saya ada 4 orang adik beradik. Semua dah nikah, kecuali yang kecil sekali. Ala..tu yang cekak pinggang sebelah saya tu, dia la.. Hari jumaat ni bersamaa 24.5.2013 dia akan dinikahkan. Masa majlis saya, kak cik & yon dulu, kami semua nikah kat rumah, kenduri pun kat rumah. Tapi si kecil yang dah tak kecil ni lain. Nikah kat masjid, kenduri kat dewan.  

Lain sangat!! Saya bukan tak suka nikah kat masjid, tapi rasa macam lagi best kalau kita dinikahkan kat rumah yang kita dibesarkan. Konon-kononnya kenangan terindah gitu. Tapi bakal suami dia nak nikah di masjid. Tapi okey jugak, sebab masjid tu masjid yang kami selalu pergi. Masjid yang sangat banyak kenangan. Lagipun masjid tu rumah kedua arwah ton & chaq. 'Tempat' tok pun dah ada kat masjid tu, so kalau kami sampai lambat masa nak solat sunat hari raya pun, kami masih ada tempat yang tok simpan. Sebelah kiri masjid.  Kalau tok ngan chaq ada lagi, mesti depa rasa lega sebab semua cucu-cucu depa dah selamat dinikahkan. 

Ya Allah..rindunya kat tok ngan chaq..

Sedih la pulak!!
Okey-okey,stop bab sedih!!!





Tugas saya macam biasa, siapkan inai. Nasib baik la kat rumah jiran sebelah ada pokok inai yang merahnya sangat cantik.  Inai cikpah memang jadi mangsa la.. Dan terima kasih sangat kat burung yang 'membuang' kat belakang rumah cikpah dan meninggalkan benih inai tu. U sangat berjasa wahai burung! 
i love u!!!

Masa saya nikah dulu, saya yang proses inai sendiri. Masa tu pakej andaman yang saya ambil tu termasuk inai yang lukis-lukis tu, tapi saya tolak. Tak nak lukis-lukis ye, nak tradisional. Bagi saya inai bukan benda yang cantik untuk dimodenkan. Lukis bunga-bunga tu memang cantik, tapi bila kita tengok gambar 20 tahun nanti, benda tu nampak tak cantik. Tapi kalau letak inai macam biasa je, macam orang dulu kala.....inai tu akan tetap cantik walaupun dah 20 tahun gambar tu diambil. Tu pendapat saya je.. lain orang lain la pandangannya. 

Masa kakcik nikah, dia ada la lukis-lukis, tapi inai yang letak kat jari tu saya gak yang buat. Kakcik untung tau! Masa dia kawen, kat tapak tangan tu, dia tiru macam nora danish kawen. Yang tu memang lawa!! Tukang lukisnya yon! Lama gila yon lukis. Yang hairannya, rajin gila yon ngadap tangan kakcik tu!! Susah kot nak lukis tu, tapi tengok yon relex jer..  
*saya dah google gambar inai tu tapi tak jumpa*

Kali ni adik dah bagitau awal-awal dah suh buatkan inai. Kena la buat walaupun sekarang ni saya rasa malas sangat la nak pesah bab inai ni. Daun inai tu pula makin lama makin halussssssss....jenuh la nak pilih tau! Daun pun tak berapa nak ada sangat. Adoii...dah terbayang kerenyahannya!!
Tapi takpa la, ada hero-hero yang boleh tolong makteh ni.

 Lagipun saya dah tak main tumbuk-tumbuk inai ni.
Semua guna kecanggihan teknologi.
 Tekan je SIAP!!!!!

;)




Sunday, February 3, 2013

Lepak macam dulu-dulu..

Assalammualaikum..


Sejak ayah n ibu beli kerusi batu ni, ni la tempat lepak kami. Jiran-jiran pun rajin je datang lepak. Best tau! Kalau saya ngan ibu duduk kat kerusi ni, mata kami liar je jenguk jiran - jiran nak panggil datang lepak. 

Dulu sini la tempat sambut birthday. Tak payah buat majlis-majlis, beli kek, bancuh air oren pastu  main 'keloi-keloi' je. Meriah!


Makcik Pah sebelah rumah ibu pun selalu je bawa makanan. Kekadang tu kami sarapan kat sini. Lepak-lepak minum kopi, bihun gpreng n  nasi lemak.

Isshh..rindu betul nak melepak macam dulu-dulu. 

Baru-baru ni je berkesempatan melepak macam dulu-dulu. Tapi ahli tak cukup.. 

Tapi kan, tetap meriah n happy!!

Banyak dah perubahan, ibu pun banyak duduk rumah kakcik kat shah alam, ayah berulang alik dari perlis ke shah alam, macam biskut..kejap ada kejap takde. Kakcik paling jauh, duduk qatar, yon n adik duduk shah alam. Jarang balik diaorang ni.

Mama kaklong n pakcik jamsari (gambar) setia ada. Tapi diaorang pun selalu je takde rumah, berjalan-jalan. Anak-anak diaorang pun ( kaklong n dikta) tak duduk sini, belajar kat luar. Balik time cuti. Jumpa pun kadang-kadang je.

Makcik Pah pun dah uzur, nak berjalan mai lepak pun lambat je langkahnya. Dah bertongkat. Kak Ti pun dah tak duduk sini, kalau balik pun hari minggu, jarang-jarang boleh lepak sekali.Saya paling rindu bihun goreng makcik pah.. Dari makcik pah jadi jiran kami, boleh kata seminggu sekali mesti makcik pah buat bihun goreng. Berbelas tahun makan. Bihun makcik pah rasa sama je, tak pernah berubah. Ada ketika saya sampai jemu nak makan. Tapi bila dah lama-lama ni...rasa rindu sangat nak makan, tapi makcik pah dah tak larat nak menggoreng bihun..takapa la..

Makcik Imah dah meninggal.

Makcik Melati pun dah tak ronda-ronda macam dulu. 

Saya pun dah duduk rumah sendiri. Kalau ibu ada selalu gak singgah, tapi bila penat tu balik rumah terus je. Kalau ibu takde, jarang la pergi rumah ibu petang - petang, sebab ayah gi kebun, so rumah memang tak ada orang. Sunyi..

Semua dah lain sangat. Masa merubah segalanya. Dah tak ada minum kopi sesama, dah tak ada bihun goreng makcik pah, dah tak ada air oren.Masing - masing dengan dunia tersendiri.










 Tapi kan, saya sentiasa rindu semua ini...





Sunday, December 2, 2012

Siapa kata susah?


Assalammualaikum..

ada anak kecil dan mengandung pun bukan halangan nak menunaikan umrah.

Comel sangat gambar ni kan? 
Saya kagum sebenarnya bila pasangan yang dah dapat baby tapi langsung tak anggap baby tu satu masalah. Maksud saya, ramai sangat pasangan yang ada baby ni mengeluh nak buat apa tak boleh sebab ada baby. Susah katanya. Err..terpulang la ye, tepuk dada tanya minda.
 Pandangan saya mudah, kalau kita anggap anak kita ni menyusahkan, 
suatu hari nanti dia akan anggap kita ni pun menyusahkan.

Ini cuma pandangan saya.

;)



comel!!!


Semoga suatu hari nanti saya pun dapat bawa anak gi umrah.

;)

Monday, October 22, 2012

Bunga 5 tahun lepas

assalammualaikum..

Sebelum adik saya tunang baru-baru ni, saya ada la gi rumah ibu dan korek2 kotak2 lama. 
Sebabnya ibu masih simpan bunga2 zaman saya & kakak saya kawen.
 Mana la tau kot2 ada yang sesuai, boleh guna balik kan. 
Boleh jimat. :)

Saya jumpa khazanah2 lama. Barang saya sikit je.. 
Yang banyaknya barang kakak. Jarum2 peniti berbekas2 lagi.
 Banyak okey!
 

haa...bunga2 tu semua bunga zaman kakak saya kawen. 5 tahun lepas. 
Bunga dok keras elok lagi. Manik2 pun dok kilat je lagi.

Jimat kan.

Itula untungnya jadi bongsu, boleh guna barang2 kakak.
:)


beli kain je, bunga silver tu pun 5thn lepas punya kisah.

 
 
 
 ppiisssttt...membazir kan amalan syaitooonnn.
so, mari berjimat cermat
:)


Wednesday, September 26, 2012

dia selalu merungut.

assalammualaikum..

seseorang ada bertakat kat saya ' ayu takpa la, kawen2 gaji lebat dah. kami ni makan pun tak cukup.'

dia sambung lagi ' ada rumah takpa la.. tak payah bayar sewa, bayaq elektrik dengan ayaq je. macam kami ni susah'

dan sambung lagi 'kami nak duduk sendiri tak mampu, anak lagi, bila demam ubat ja dah berapa dah, ubat mahal tau.'



dia ada isteri. dia ada anak. dia ada kereta. dia ada motosikal. rumah dia tengah buat, belum siap. memang la bukan rumah yang besar, yang penting ada!!

hey!
hey!!
hey!!!

apa lagi yang awak nak dalam hidup? awak nak tau suami saya naik basikal je dulu!! bersyukur boleh tak?? kalau anak tu awak anggap menyusahkan, meh bagi kat saya!! so lepas ni takde la nak merungut-rungut lagi. selesai masalah awak!!

bila kat depan saya ada manusia yang tak bersyukur macam ni, saya rasa nak marah! merungut, merungut, merungut, merungut dan merungut!!!

hidup la mengikut kemampuan!

saya tengok hp dia lagi canggih dari nokia C3 saya yang dari warna putih tapi dah tukaq jadi koko ni. lagi mau merungut ke???

cuba buka mata hati dan bersyukur.
bila awak bersyukur, saya yakin awak akan lebih bahagia.
lebih bahagia dari saya,
 kerana...
sebenarnya awak lebih dari saya!







Saturday, September 15, 2012

berjemaah di porch


assalammualaikum..

masa rumah terbuka mak menakan suami beberapa minggu lepas, kami berjemaah kat luar. kat porch rumah. best! rasanya ni la 1st time saya berjemaah kat porch rumah. kami diimamkan oleh ibrahim, suami kepada sepupu suami. rasanya dia sebaya saya,takpun lebih muda. bacaannya lancar, taklah semerdu imam masjid, tapi cukup jelas dan sesungguhnya saya kagum! 
dia 'budak bandar' yang dididik dengan sangat baik. 

jarang 'budak bandar' boleh menjadi imam. 
hemmm..kagum! 
so, kepada 'budak kampung', tak malu ke dengan budak bandar? 
dah la dalam hal dunia 'budak bandar' menang, 
takan hal akhirat pun korang nak kalah??

fikir fikirkan ye..



:) 

Monday, August 13, 2012

ALLAH maha pemurah

assalammualaikum..

 - kak ayu, pakcik tu bertakung air mata bila dapat duit tu, nampak la air mata kat hujung mata dia -

alhamdulilah.. syukur apabila amanat yang diberikan oleh kelurga saya, sampai tepat kepada orang yang memerlukan.  benarlah ISLAM itu adil. dilebihkan habuan seseorang untuk orang lain. penyampaiannya secara halus. tak terus diberikan kepada kita, tapi melalui orang lain. bukankah dengan cara itu kita akan lebih bersyukur?

saya lihat ramai sahabat-sahabat yang meletakkan diri mereka sebagai tidak berduit. atas alasan itu, mereka tidak bersedekah. tak cukup katanya. tak tahukah mereka dengan RM1 yang mereka sedekahkan, ALLAH akan menggantikan dengan RM10? mungkin laluannya sama. tidak secara terus, tetapi secara halus. sedarlah wahai sahabat.

di sini saya bukan nak mendabik dada yang saya selalu bersedekah. bukan juga untuk menunjuk-nunjuk.  tapi saya nak kita sama-sama merasa 'kebahagiaan' bersedekah. perasaan damai dik melihat orang yang menerima tersenyum. perasaan syahdu akan berputik bila mereka melafaskan 'terima kasih'. perasaan syukur akan mekar bila melihat betapa mereka lebih memerlukan. perasaan yang tidak dapat didambarkan. percayalah. bukankah ketenangan itu satu terapi jiwa?

dulu saya juga sentiasa berkira untuk bersedekah.

RM1 tu lepas nak beli air, buat apa nak sedekah?

sayang la duit pecah, simpan tabung lagi untung!

tak ada RM1 tak cukup sejuta tau! simpan! simpan!

itulah saya suatu masa dulu. kedekut! berkira! sangat sayangkan duit! bagi saya duit perlu disimpan, baru beranak pinak!

sebagai manusia biasa, saya leka dengan hasutan syaitan. hingga terlupa ajaran ibu dan ayah. saya leka seketika.

berapa pun usia kita, kita tak pernah terlewat dari berubah kearah kebaikan. berbuat baiklah walau seminit sebelum ajal menjemput. bukankah itu juga dikira semasa sesi penimbangan diSANA?

sahabat, cukuplah berkira-kira. percayalah yang ALLAH maha pemurah.

Wednesday, August 8, 2012

Pakai tudung ketinggalan zaman?

assalammualaikum..

tadi saya terbaca:

Tawakkul Karman, wanita Arab pertama serta pemenang termuda (32 tahun) Anugerah Nobel Keamanan. Beliau adalah tokoh wanita dalam Revolusi Yaman. Apabila ditemuramah oleh wartawan mengenai hijab yang beliau pakai seolah-olah tidak menunjukkan tahap intelektual & pendidikan beliau yang tinggi, jawapan yang diberikan:

“Manusia pada zaman purba adalah hampir telanjang, dan apabila intelektual manusia semakin berkembang, manusia mula memakai pakaian.

Apa yang ada pada saya hari ini, dan apa yang saya pakai menunjukkan tahap intelektual serta tamadun tertinggi yang manusia telah capai, ianya tidak ketinggalan zaman.

Sebaliknya, tindakan mengurangkan pakaian yang dipakai itulah ketinggalan zaman kerana ia kembali menuju ke zaman purba.”


~subhanallah

Original Tawakkul Karman Quote:

“Man in early times was almost naked, and as his intellect evolved he started wearing clothes. What I am today and what I’m wearing represents the highest level of thought and civilization that man has achieved, and is not regressive. It’s the removal of clothes again that is regressive back to ancient times.”

Tuesday, August 7, 2012

istiqamah

Assalammualaiku..

saya terbaca :


'Istiqamah adalah satu perkara yang sukar dibuat, tetapi mampu di buat bila hati ikhlas mengerjakan sesuatu amalan dan ibadat berterusan. Moga kita sama2 mencari istiqamah di dalam amal dan sunnah Nabi Muhammad s.a.w, makan tamar setiap hari juga sunnah istiqamah yang senang dilakukan, sebelum tidur berwudu dan membaca 3 Qul serta di sapu dari ubun2, seluruh badan dan akhir ke tapak kaki juga adalah sunnah dan boleh kita istiqamahkan setiap malam sebelum tidur sebagai amalan kita hingga ke akhir hayat, InsyaAllah. Carilah istiqamah di dalam amal kerana istiqamah ini akan menjadi pencen buat kita bila kudrat sudah tiada lagi, kalau kita istiqamah mengerjakan solat 5 waktu di masjid/surau bila kita ditimpa ujian pahala mengerjakan solat jemmah masih berterusan di terima, serta amal2 lain yang kita istiqamah kerjakan setiap hari InsyaAllah.'

ianya peringatan untuk diri sendiri.
:)

Wednesday, July 25, 2012

perbezaan ISLAM dan MELAYU

assalammualaikum..

berikut ialah perbezaan yang saya fikir ianya benar berkenaan perbezaan anak orang ISLAM dan anak orang MELAYU

anak orang ISLAM akan DIAJAR SOLAT oleh ibu bapanya, manakala anak orang MELAYU tidak akan KENAL apa itu SOLAT kalau cikgu tadika tak mengajarnya.

anak orang ISLAM  selalunya akan tahu MENGHORMATI orang yang sedang bersolat kerana itu ialah RUTIN BIASA IBUBAPANYA, manakala anak orang MELAYU TIDAK AKAN MENGHORMATI  orang yang sedang bersolat kerana dia beranggapan itu bukan sesuatu yang penting, maklumlah, ibubapanya tak pernah memperlihatkan pemandangan seperti itu. CONTOHNYA~ tidak memperlahankan suara tv@radio semasa orang sedang bersolat

anak orang ISLAM akan tahu menghormati AZAN kerana SUDAH PASTI ibubanya mengajarnya supaya menghormati LAUNGAN azan, anak orang MELAYU selalunya TAK PERASAN PUN azan yang sedang berkumandang.

anak orang ISLAM akan menutup AURAT kerana pastinya itu DIAJAR oleh ibubapanya, manakala anak orang MELAYU keluar dengan kelurga pun pakai seluar paras peha.





ini ialah pandangan saya, tidak ada kena mengena dengan yang hidup @ yang dah berada di alam barzah ye..


Wednesday, June 13, 2012

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

Adakah Suami Isteri Akan Kekal Sebagai Suami Dan Isteri Di Akhirat Kelak?

1. Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin.
Wanita yang meninggal dunia sebelum berkahwin akan dikahwinkan oleh Allah SWT di syurga kelak dengan seorang lelaki di kalangan ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda ‘ Tiada si bujang di dalam syurga’ (Muslim). Ini kerana ada juga lelaki belum berkahwin yang meninggal dunia.

2. Wanita yang meninggal dunia setelah diceraikan dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini juga akan dikahwinkan oleh Allah SWT dengan lelaki daripada ahli syurga.

3. Wanita yang meninggal dunia sedangkan suaminya tidak masuk syurga.
Begitu juga wanita yang meninggal dunia yang masuk syurga sedangkan suaminya tidak masuk syurga, akan di kahwinkan oleh Allah dengan serorang daripada lelaki yang masuk syurga.

4. Wanita yang meninggal dunia setelah berkahwin.
Wanita ini akan berada bersama suaminya di syurga kelak sekiranya suaminya masuk syurga.

5. Wanita yang kematian suami dan tidak berkahwin sesudahnya.
Wanita ini akan tetap bersama suaminya yang dikahwini di dunia sekiranya suaminya masuk syurga.

6. Wanita yang kematian suami dan berkahwin sesudahnya.
Wanita yang kematian suami dan berkahwin lain akan bersama lelaki yang terakhir dikahwininya di dunia tidak kira berapa kali dia berkahwin. Suami yang terakhir adalah suaminya di syurga sekiranya suami itu menjadi ahli syurga. Rasullullah SAW bersabda.. ‘wanita adalah kepunyaan suaminya yang terakhir.

Thursday, May 24, 2012

tak perlu faham

assalammualaikum..

kemana, dimana, bagaimana, kenapa, semunya soalan. jarang sekali melafaskan rasa syukur, alhamdulilah.. terleka ataupun terlupa ataupun terlalu berat melafaskannya. perlukah diingatkan? perlukah mengingati? siapa kata hati tak pernah menipu? kenapa kata naluri selalunya benar? persoalan tak pernah habis, saban hari, setiap masa malah tak pernah lekang merasainya. terasa seperti manusia asing yang sangat kerdil. sekecil semut ataupun sehalus zarah, itu tak pasti. apa yang pasti ialah semuanya milik Allah.

membiarkan keindahan berlalu bak melihat rezeki melintas depan mata, tanpa usaha ianya hanya harapan. tanpa kecekalan ianya bak bulan tanpa bintang, seakan uda tanpa dara, sekelat tea tanpa gula, tak seindah senyuman yang menguntum. begitulah hati, adakala berbunga tanpa sebab, kekadang merajuk tanpa alasan, betulah kita diciptakan, penuh ketelitian, jadi perlukah kita tidak bersyukur.

kekurangan bukan sesuatu yang diminta, agghhhhhhhh....mereka juga ingin seperti kita, bahagia dengan cara sendiri, mungkin dipandang biasa bagi diri, tapi itulah impian mereka yang melihat. jadi, kenapa perlu dipandang sepi kekurangan itu? soalan lagi..bolehkah hidup tanpa soalan? ataupun, adakah ayat lain yang boleh menggantikannya.

jangan soalan lagi, bersyukurlah..



akhir kata..

tak perlu faham..
cukuplah sekadar bersyukur.

:)


Monday, April 16, 2012

“KISAH YANG MUNGKIN NYATA”



Seperti biasa, setelah pulang dari pejabat dan tiba di rumah, aku terus duduk berehat disofa sambil melepas penat.

Sepertinya aku sangat malas untuk membersihkan diri dan menunaikan solat.

Sementara anak2 & isteri sedang berkumpul diruang tengah.

Dalam keletihan tadi, aku disegarkan dengan adanya angin dingin sepoi2 yang menghembus tepat di muka ku.

Selang beberapa lama seorang yang tak tampak mukanya berjubah putih dengan tongkat ditangannya tiba2 sudah berdiri di depan mata.

Aku sangat terkejut dengan kedatangannya yang tiba2 itu.

Sebelum sempat bertanya.. siapa dia.. tiba2 aku merasa dada ku sesak, sukar untuk bernafas.

Namun aku berusaha untuk tetap menghirup udara seperti biasa.

Yang aku rasakan waktu itu ada sesuatu yang berjalan pelan2 dari dadaku.. terus berjalan.. ke kerongkongku… sakittt… sakit.. rasanya.

Keluar airmataku menahan rasa sakitnya…

Oh Tuhan apa yang telah berlaku pd diriku..

Dalam keadaan yang masih sukar bernafas tadi, benda tadi terus memaksa untuk keluar dari tubuhku… kkhh… khhhh.. kerongkonganku berbunyi.

Sakit rasanya, amat teramat sakit..

Seolah tak mampu aku menahan benda tadi…

Badanku gementar… peluh keringat meluncur deras… mataku terbelalak… air mataku seolah tak berhenti.

Tangan & kakiku kejang2 sedetik setelah benda itu meninggalkan aku.

Aku melihat benda tadi dibawa oleh lelaki misteri itu… pergi… berlalu begitu saja…. hilang dari pandangan.

Namun setelah itu… aku merasa aku jauh lebih ringan, sehat, segar, cerah… tidak seperti biasanya.

Aku heran… isteri & anak2ku yang sedari tadi ada diruang tengah, tiba2 terkejut berhamburan ke arahku..

Di situ aku melihat ada seseorang yang terbujur kaku ada tepat di atas sofa yang kududuki tadi.

Badannya dingin kulitnya membiru.

Siapa dia???

Mengapa anak2 & isteriku memeluknya sambil menangis… mereka menjerit… histeria …. terlebih isteriku
seolah tak mau melepaskan orang yang terbujur tadi…

Siapa dia???

Betapa terkejutnya aku ketika wajahnya dibalikkan.

Dia… dia… dia mirip dengan aku…. ada apa ini Tuhan???

Aku cuba menarik tangan isteriku tapi tak mampu…..

Aku cuba pula untuk merangkul anak2 ku tapi tak berjaya.

Aku cuba jelaskan kalau itu bukan aku.

Aku cuba jelaskan kalau aku ada di sini..

Aku mulai berteriak….. tapi mereka seolah tak mendengarkan aku.

Seolah mereka tak melihatku…

Dan mereka terus-menerus menangis…. aku sedar.. aku sedar bahawa lelaki yang misteri tadi telah membawa rohku.

Aku telah mati… aku telah mati.

Aku telah meninggalkan mereka .. tak kuasa aku menangis… berteriak… Aku tak kuat melihat mereka menangisi mayatku.

Aku sangat sedih.. selama hidupku belum banyak yang kulakukan untuk membahagiakan mereka.

Belum banyak yang telah kulakukan untuk membimbing mereka.

Tapi waktuku telah habis… masaku telah terlewat… aku sudah dikembalikan pada saat aku terduduk di sofa setelah penat seharian bekerja.

Sungguh, bila aku tahu aku akan mati, aku akan membahagi waktu bila harus bekerja, beribadah, untuk keluarga dll.

Aku menyesal aku terlambat menyedarinya.

Aku mati dalam keadaan belum solat.

Oh Tuhan, JIKA Kau inginkan keadaanku masih hidup dan masih bisa membaca bicara hati ini sungguh aku amat sangat bahagia.

Kerana aku MASIH mempunyai waktu untuk bersimpuh, mengakui segala dosa & berbuat kebaikan sehingga bila maut menjemputku kelak aku telah berada pada keadaan yang lebih bersedia.

Sebarkan dakwah ini kepada orang terdekat anda, dan mintalah mereka untuk melakukan hal yang sama.

Ini bukan surat ancaman berantai.

Yang jelas jika anda tidak menyebarkan dakwah ini, maka anda telah mensia2kan kesempatan untuk saling menasihati dalam kebenaran dan beramal salih.

Jika anda lakukan dengan ikhlas insya-Allah anda akan menuai kebaikan.

Mari berlumba dalam kebaikan.

Sesungguhnya Allah Tidak Akan Mengubah Nasib Sesuatu Kaum Itu, Melainkan Mereka Sendiri Yang Mengubah Diri Mereka…

Tuesday, March 27, 2012

rahsia DIA

assalammualaikum..

semua orang tahu jodoh itu rahsia ALLAH.
rahsia yang perlu dirungkai.
rahsia yang perlu diselongkar.
rahsia yang perlu digali.

rahsia hati.
rahsia naluri.
rahsia jiwa.
rahsia perasaan.
rahsia DIA.

carilah rahsia itu.
terokailah rahsia itu.

akan ada keindahan dalam rahsia itu.
akan ada magis dalam rahsia itu.
akan ada kemanisan dalam rahsia itu.
akan ada senyuman dalam rahsia itu.

mungkin akan ada tangisan dalam rahsia itu.
mungkin ada kepahitan dalam rahsia itu.

tapi..
 itulah yang dinamakan rahsia...

rahsia DIA YANG MAHA ESA..
:)

Gambar Belangkas