Showing posts with label panduan menulis resume dengan baik. Show all posts
Showing posts with label panduan menulis resume dengan baik. Show all posts

Monday, May 27, 2013

7 Panduan Mudah Mencari Kerja | Panduan Lulus Temuduga Pembangunan Masyarakat S41

Assalamua'laikum & Salam Sejahtera.
Berikut adalah perkongsian tentang panduan mencari kerja selepas kita berhempas pulas menuntut ilmu bertahun-tahun. Peluang kerja kerajaan mahupun swasta tidak akan datang kepada kita jika kita tak berusaha. Oleh itu, saya kongsikan 7 Petua Mudah Mencari Kerja Kerajaan mahupun swasta.


1. Usaha sendiri - Kumpulkan paling kurang 10 syarikat berkaitan jurusan anda. Kemudian siapkan resume lengkap berserta surat permohonan. Boleh dapatkan dalam buku Yellow Pages mahupun carian di internet.

2. Jangan memilih kerja - Maksudnya jangan terlalu memilih kerja. Dalam zaman yang memerlukan banyak pengalaman berbanding teori semata, perlu untuk fresh graduate untuk menimba pengalaman sebanyak mungkin. Percayalah, pengalaman anda bakal memberi impak besar dalam resume anda dalam 2-3 tahun selepas itu.

3. Buat kajian - Ada baiknya anda mengkaji serba sedikit tentang syarikat yang anda pohon. Pilihlah organisasi yang lebih stabil untuk mendapatkan pengalaman kerja yang lebih baik. Jika sukakan cabaran lebih besar, apa salahnya mencuba di syarikat kecil, pasti nikmat bekerja akan lebih terasa. Bekerja di sektor swasta juga kadangkala lebih memberi anda pengalaman yang lebih baik. Tepuk dada, tanya selera.

4. 'First Impression' - Oleh kerana wakil anda ialah surat dan resume, pastikan semuanya lengkap dan terbaik. Jangkaan awal majikan pastinya tertumpu kepada resume anda, panggilan yang lakukan dan saat temuduga. Pastikan semuanya sudah lengkap dan tersedia.

5. Sanggup bekerja dari bawah - Jika mendapat tawaran peringkat bawahan, terima saja kerana ia peluang terbaik untuk anda memahami denyut nadi sesebuah organisasi. Jadikan ianya sumber motivasi terbaik untuk menimba pengalaman samada kerja kerajaan atau swasta.

6. Capai keputusan baik - Keputusan yang baik dalam peperiksaan masih lagi menjadi tanda aras penting untuk mendapat pekerjaan. Lebih baik bila anda juga aktif dalam kegiatan ko-kurikulum. Pasti lebih menarik majikan untuk memilih anda berbanding pelajar pasif.

7. Jangan bergantung pada sesuatu yang tak pasti - Istilah "kabel besar" dan "bumiputera" selalunya membuatkan kita terlebih rileks dalam mencari peluang kerja kerajaan mahupun swasta. Lupakan terma-terma 'khas' tersebut, dan berusahalah sebaik mungkin.

Runsing tiada panduan untuk menulis resume dengan lengkap baik dan menarik perhatian majikan? Saya sarankan anda untuk mendapatkan panduan menulis resume ini. Pasti puas hati dengan contoh menulis resume, dan pelbagai lagi tips menarik untuk pencari kerja seperti anda. Dapatkan di bawah;

Tuesday, May 21, 2013

5 Masalah Tulis Resume | Cara & Contoh Menulis/Membuat Resume CV Kerja

Assalamua'laikum & Semoga sihat semuanya.
Cara & Contoh Menulis/Membuat Resume CV Kerja. Antara perkara utama yang memikat hati penemuduga ialah resume yang ringkas, padat dan menarik perhatian. Ada beberapa kesalahan yang sering kita terlepas pandang bila menulis/membuat resume@cv untuk memohon kerja. Maklumlah, ianya tiada format yang tetap. Jom baca 5 masalah utama yang berlaku saat kita tulis resume. Ini boleh dijadiakan panduan atau contoh untuk kita menghasilkan resume yang baik.

5 Masalah Utama Bila Tulis Resume Kerja

1. Menulis Resume Tanpa Strategi Yang Betul
Strategi yang tepat menulis resume atau cv amat penting. Walaupun menulis resume tiada format tertentu, ketepatan dan strategi yang betul menjamin pelung calon pencari kerja untuk lebih tampil ke depan berbanding perncari kerja yang lain. Ibarat, dengan strategi yang betul, pencari kerja sudah menang satu langkah ke depan berbanding pencari kerja yang lain. Strategi seperti berapa mukasurat yang sesuai juga penting!


2. Banyak Kesalahan Ejaan dalam Resume/CV

Penulisan resume atau cv dengan ejaan yang betul amat dititikberatkan. Memandangkan bahagian Sumber Manusia sesebuah syarikat adalah mereka yang amat berpengalaman, kesilapan sekecil ini mungkin mampu mengurangkan peratus keberjayaan anda untuk dipanggil sesi temuduga. 


3. Maklumat Resume/CV Tak Lengkap

Ramai yang menulis resume atau cv ibarat pepatah Melayu, "melepas batuk ditangga." Kesudahannya, apa yang perlu ditulis, tidak ditulis dan apa yang tak perlu ditulis, ditulis dengan panjang lebar.

4. Tiada disertakan Gambar Pencari Kerja Dalam Resume
Walaupun ada majikan yang tak kisah tentang wajah anda, tapi ianya tetap tidak menafikan daya tarikan seorang manusia. Aura yang ada pada gambar yang anda sertakan mungkin mampu menarik perhatian majikan. Soalannya ialah, gambar berbentuk bagaimana yang sesuai untuk dilampirkan di dlam resume atau cv kita?

5. Jangan Lipat Resume
Melipat resume menampakkan ketidakpekaan kita kepada profesionalisma mencari kerja. Elakkan beberapa perkara apabila kita menghantar resume atau cv kita menggunakan khidmat pos.

Untuk menjawab segala kemusykilan anda, bolehlah terus melayari laman ini. InshaAllah, ianya bakal membantu anda untuk menulis resume atau cv yang benar-benar cuk power, lengkap berserta contoh menulis resume pelbagai jawatan yang anda pohon.

Dapatkan Panduan Menulis Resume/CV Lengkap Dengan Contoh

Atau anda boleh juga melayari web ini untuk membaca perkongsian rakan saya tentang panduan menulis resume di pautan ini -->  Contoh koleksi resume

Gambar Belangkas