Showing posts with label restoran. Show all posts
Showing posts with label restoran. Show all posts

Sunday, May 17, 2015

HOTEL KANIBAL HIDANG DAGING MANUSIA KEPADA PELANGGAN


Sebuah restoran hotel di Nigeria ditutup selepas didapati menghidangkan daging manusia sebagai sajian kepada pelanggan-pelanggan yang berkunjung ke restoran terbabit.


Satu serbuan dilakukan oleh pihak berkuasa selepas menerima aduan daripada orang ramai yang mengadu menerima khabar angin bahawa restoran tersebut menghidangkan daging manusia kepada pelanggan mereka.

Lapor sebuah portal dari UK, polis melaporkan menemui keadaan kepala manusia yang dipotong dan disembelih dalam keadaan mengerikan selain turut menjumpai cebisan-cebisan daging manusia yang disimpan di bahagian dapur restoran.

Pihak berkuasa turut menemui sejumlah telefon bimbit dan laras senjata automatik ketika melakukan serbuan ke atas restoran tersebut.

Seorang penduduk tempatan ketika ditemui pemberita berkata, dia sentiasa menyedari aktiviti pelik yang berlaku di restoran terbabit.

“Mereka (pekerja) tidak pernah memakai pakaian yang bersih dan teratur, cara mereka keluar masuk hotel juga agak pelik. Saya tidak terkejut dengan apa yang didedahkan di restoran tersebut,” katanya.

Sehubungan itu, pihak berkuasa menahan 10 pekerja yang didakwa terbabit dengan jenayah tersebut.


Gambar hiasan ini di ambil dari filem Wrong Turn yang memaparkan sekumpulan manusia yang suka membunuh dan memakan daging manusia.

Sunday, February 22, 2015

Mengejutkan! Individu Dedah Gambar Restoran Terkemuka Di Bangi Sangat Kotor.



Seorang pengguna Facebook memuat naik beberapa gambar 'dapur' sebuah kedai yang kotor dan tidak bersih bertempat di Bandar Baru Bangi, kelmarin.

"Cuba teka, dapur masak kedai mana ni? Di Bandar Baru Bangi. Hiii, geli kalau uolls dapat tengok depan-depan mata.

"Bahagian depan customer tengok macam bersih aje. Tetapi part yang belakang, masyaAllah!! 

"Kebanyakan customer, orang melayu kita, ni restoran cina Islam katanya. Kalau macam ini dapurnya, hmmm.. Patutlah sedap kot! Ahaks!" katanya.

Berdasarkan comment pengadu, kedai yang dimaksudkan adalah kedai Mee yang mempunyai cawangannya di Sungai Besi dan pernah dipromosikan dalam program, Jalan-Jalan Cari Makan yang baru dibuka di bangunan baru, Bandar Baru Bangi

Lagi gambar di bawah:




Gambar Belangkas