Showing posts with label cer cinta. Show all posts
Showing posts with label cer cinta. Show all posts

Sunday, July 3, 2011

Blog deena meragam...

skang kuar kt wall fb...

Baru-baru ni deena prasan lepas klik ' button share facebook ' tajuk entri tak kuar ? puas cari dari mana silap pas tanya gang2 otai blogger, dorang kata mungkin kena tukar script lain ? atau tukar templates ! oooo tak sanggup kang tukar punya tukar sure widget dan lain-lain hilang. Dah bermacam cara deena buat dan cuba tetap mcm tu gak, nak tak nak tiap kali klik share button tu terpaksa la deena tulis tajuk entri blog kat wall fb..

sebelum macam ni haa..

Pada kengkawan yang penah alami kes mcm deena nih * besarrrrr punyo kes haa...* sudi-sudi la share yer.. nnt deena bagi cekelat heee....http://www.emocutez.com


p/s: gatal sangat tangan nak letak itu ini kan dah susahh.... :-)

Saturday, March 12, 2011

10 hadiah utama yang sering dilupai untuk orang tersayang..

picture credit to pokcik google

Ini ialah senarai 10 hadiah yang paling senang dan sesuai diberikan kepada sesiapa sahaja yang kita kasihi ~ ibu, bapa, suami, isteri, saudara-mara, anak dan sebagainya. Contoh di bawah ini lebih menjurus kepada hubungan lelaki-wanita,  Pilihlah satu atau pun semua.

1. Hadiah Mendengar: Berikan hadiah ini kepada yang memerlukan, dan kamu hendaklah benar-benar mendengar apa yang dikatakan. Jangan mencelah, jangan berangan-angan dan jangan merancang bagaimana kamu hendak membalas.

2. Hadiah Tanda Kasih: Jangan kedekut memberikan pelukan, ciuman dan ramasan tangan. Biarkan tanda-tanda kecil ini tunjukkan kasih dan sayang yang ada di dalam diri kamu.

3. Hadiah Sehelai Nota: Ia mungkin ringkas seperti "Sayang Awak" atau sesuatu yang kreatif seperti sebuah puisi. Letakkan nota-nota ini di tempat yang tidak disangka oleh orang yang dikasihi.

4. Hadiah Ketawa: Berikan sesuatu yang melucukan seperti gambar kartun atau artikel. Mesejnya ialah, "Saya suka ketawa bersama awak."

5. Hadiah Puji-Pujian: Sesuatu yang simple seperti "Warna biru memang ngam dengan awak" atau "Sedap masakan awak" mempunyai nilai yang tinggi kepada orang yang mungkin merasa dia

6. Hadiah Bantuan: Tolong basuh pinggan mangkuk, buang sampah, jaga anak, dll.

7. Hadiah Bersendirian: Ada ketika kita hanya mahu bersendiri. Peka kepada saat-saat itu dan berilah masa dan ruang untuk dia bersendiri.

8. Hadiah Keceriaan: Cuba sedaya upaya supaya kita sentiasa ceria apabila bersama orang-orang yang dikasihi.

9. Hadiah Riadah: Sertai sesuatu sukan/aktiviti yang disukai oleh orang yang dikasihi. Kalah pun tak apa, kamu masih menang.

10. Hadiah Doa: Selalu berdoa untuk kesejahteraan orang-orang yang dikasihi dan beritahu mereka yang mereka setiasa berada di dalam doa kita.

info kredit to Tentang Cinta


p/s : kadang kita atau pasangan sering terlepas pandang tentang ni smua.. hmmmm

Friday, January 21, 2011

Biar tak kaya, tapi kaya dengan kasih sayang,cinta dan kesetiaan...


Wallaa.. ! poyo jer bila tengok tajuk entri deena kali ni, hakikat nya memang perlu semua tu, bukan sekadar diawal percintaan jer, kalau bleh dah tentu kita nak ia berkekalan sampai bila2. kita diberi pilihan samada nak bahagia,susah atau senang. kalau nakkan seseorang tu tapi hati tak berkenan apetah lagi bukan ciri2 yg kita nak pun takda makna gak biarpun dia berwang... ( bukan beruang yer...) jgn terkezut klu deena katakan ada yg lebih mementingkan material dari mikir hati dan perasaan nih biasa la tu..

Harus diingat sesetia mana seseorang itu bila pasangannya ditimpa kesusahan, atau tak mampu utk melaksanakan kehendaknya ? sanggup ke kita kongsi atau mula angkat kaki ? tak semua yang ada sikap mcm ni hanya segelintir shj.
kadangkala semua benda yang terjadi ada sebab yg mana  ingin menguji sejauh mana kesetiaan kita pada pasangan. Andai kukuh iman, kesetiaan, kejujuran dan cinta kita pada nya insyaallah.. tapi jika sebalik nya ia takkan kemana..

Hidup kita ni ibarat pokok, tak cukup sekadar menyiram air sahaja, ia perlu dijaga, dibaja sepangjang masa agar tak layu dan mati.. biarpun hidup tak semewah seperti orang lain bila ada nya terbit rasa cinta, kasih sayang,pengorbanan, rindu dan kesetiaan di hati tak berbelah bagi pada orang yang kita sayangi apa pun rintangan dan halangan takkan rapuh hubungan seseorang tu sampai bila2.. insyaallah ;-) 

p/s : selalu berharap dan berdoa agar ape yg deena miliki skang takkan berubah dr dulu hgga kini... ;-)

Friday, December 17, 2010

KENAPA BERUBAH BILA SUDAH DIMILIKI



Mengapa suami saya tidak berbual-bual dengan saya”, satu keluhan biasa. Yang tak biasanya, ;mengapa ISTERI saya tidak berbual-bual dengan saya”….

Ini hakikat, orang lelaki tidak merasakan sesuatu yang sangat perlu untuk berbual-bual dengan isteri mereka berbanding orang perempuan terhadap suami mereka.
Seorang isteri berkata, “Kenapa suami saya tidak macam dulu, suka bercakap-cakap, ‘loving’, ‘caring’…. bila dah kahwin, dia berubah, tak banyak cakap. Saya bercakap pun dia tak berapa nak dengar…tapi dia banyak ‘ modal’ bila bersama kawan-kawannya”.

Mengapa begitu?…Sebab…suaminya seorang lelaki!. Orang lelaki pandai berbual-bual dan rajin mendengar di masa bujangnya (masa bercinta) atau di masa awal perkahwinan (ini kes yang tidak berpeluang untuk berkenalan apatah lagi bercinta!) kerana banyak sebab.
Tujuan utama mereka ialah untuk mendapatkan ‘good impression’. Mereka nak yakinkan bahawa mereka budak baik, berakal, hebat, seronok didamping dan boleh diharap. Mereka berusaha untuk mengenali dan memenangi hati pasangan mereka. Mereka harus tahu bagaimana perasaan, kecenderungan, kesukaan dan apa yang tidak disukai oleh pasangan mereka supaya dapat membuktikan cinta dan kesetiaan yang tidak berbelah bagi. Untuk itu, jadilah mereka pemuda peramah yang berkemahiran mendengar.
Mengapa lelaki berubah setelah berkahwin?.. .. Sebab… mereka rasa “the ‘job’ is done!”
Mengapa suami tidak berbual-bual dengan isteri sebagaimana mereka boleh berbual-bual dengan orang lain?…


Ada 2 sebab;
? suami itu lelaki
? isteri itu perempuan

SUAMI ITU LELAKI
? Nilaian lelaki lebih kepada kuasa, kepakaran,keberkesa nan dan pencapaian.
? Mereka beri tumpuan kepada benda/objek dan barang demi untuk mencapai
kejayaan dan matlamat yang ingin dicapai. Mereka baca suratkhabar dan jurnal. Mereka dengar berita, sukan dan pasaran saham. Mereka bercakap tentang kereta, komputer, teknologi, matawang, pasaran saham,perniagaan, pemimpin, perang, politik dan perkembangan dunia.

ISTERI ITU PEREMPUAN
? Tumpuan perempuan berkisar pada manusia dan perasaan. Mereka menghargai cinta, pertalian, perhubungan dan keindahan. Mereka baca novel dan buku-buku psiikologi. Mereka suka menonton filem romantik dan menatap majalah hiburan. Mereka bercakap tentang diri, keluarga, perasaan,perhiasan, fesyen dan kecantikan.
Mengapa isteri mahu suami berbual-bual dengannya sebagaimana suaminya boleh berbual-bual satu ketika dulu?.. Sebab… isteri itu seorang perempuan!
Orang perempuan suka bercakap dan bercakap-cakap perlu bagi mereka. Mereka seronok bila ada orang melayan percakapan mereka. Bila tertekan, bercakap-cakap boleh melegakan mereka. Mencurahkan masalah pada orang lain dapat menghilangkan kerungsingan. Sebab itu tidak hairanlah orang perempuan boleh ‘bersembang’ atau ‘bergayut’ pada telefon berjam-jam lamanya.

Orang perempuan mahukan ‘good listener’ bukan ‘problem solver’. Mereka mahu bersama seseorang, yang pada pendapat mereka sangat mengambil berat ‘tentang’ dan ‘untuk’ diri mereka. Fokus mereka lebih kepada kejadian-kejadian sehariannya, orang-orang yang mereka temui dan yang penting -’apa perasaan mereka terhadap orng-orang yang mereka temui itu’.
Mereka nakkan ‘verbal attention’ yang boleh membuatkan mereka rasa di kasihi. Bagi mereka, selagi ‘penumpuan’ dan ‘perhubungan’ini dijalin, selagi itulah ikatan dan kasih sayang dapat di jamin.
Perkahwinan sebenarnya menyatutemukan hakikat seorang lelaki dengan hakikat seorang perempuan. Perbezaan sikap, minat dan kecenderungan tidak boleh menjadi alasan untuk tidak berkomukasi dengan baik antara suami dan isteri. Perhubungan yang baik menjamin kebahagiaan dan tercapainya matlamat perkahwinan tersebut. Bila komunikasi antara suami dan
isteri tidak berkesan, ‘perbualan sihat’ tidak wujud.

BAYANGKAN bila…
? suami isteri tidak berbual-bual
? suami atau isteri tidak ‘respond’ dengan baik bila salah seorang berkata-kata
? suami gagal menjadi pendengar yang baik
? suami tidak memberi peluang kepada isteri untuk mengadu
? suami isteri membiarkan halangan-halangan perbualan berada di antara mereka
? suami ‘diam’ di rumah tapi ‘bising’ di luar ada faktor penghalang kepada perbualan yang sihat
maka BERKEMUNGKINAN
? ‘tabung cinta’ suami isteri akan ‘bocor’
? isteri takut pada suami (takut yang tidak kena pada tempatnya)
? isteri mengadu pada orang lain dalam hal peribadi dan rumahtangganya- mencurah perasaan pada sesiapa yang sudi mendengar
? isteri bosan, kesunyian dan tertekan anak-anak jadi mangsa
? isteri tidak tahu apa yang suaminya ‘is up to’ dan suami tidak tahu apa yang isterinya ‘is trying to do’
? berlaku kemungkinan- kemungkinan yang memberikan kesan buruk pada perhubungan suami isteri dan rumahtangga.

p/s : artikel ni deena kongsi dr rakan blogger Esarli Budak Baik... tks dear :)


Deena  : Dalam perhubungan perlu ada memberi dan menerima..


Gambar Belangkas