Showing posts with label teknik bakar lemak mudah cepat. Show all posts
Showing posts with label teknik bakar lemak mudah cepat. Show all posts

Wednesday, February 27, 2013

Kitaran Haid

Assalamualaikum,

Bagi wanita, haid akan terjadi bila tiba kitarannya. Kitaran haid bagi setiap wanita adalah berbeza. Ada yang teratur dan ada juga yang kitaran haidnya tidak teratur. Bagi yang teratur, tiada banyak masalah, terutamanya jika berkaitan dengan proses mengandung.

Ada beberapa sebab kenapa kitaran haid seseorang tidak teratur seperti wanita lain. Berikut adalah beberapa sebab perkara ini terjadi.

Penyebab Kitaran Haid Tidak Teratur

  1. Individu itu melalui perubahan berat badan. Sebab itu ada kitaran haidnya tidak teratur apabila mengalami peningkatan berat badan, malah ada juga yang haidnya tidak datang apabila berlaku penurunan berat badan.
  2. Berlaku masalah ovulasi, di mana ovari (tempat telur atau ovum dihasilkan) tidak dapat menghasilkan telur seperti biasa.
  3. Indivudu tersebut sedang dalam masalah dan berlaku stres.
  4. Ada penyakit tiroid atau prolactinoma atau lain-lain penyakit.
  5. Pengambilan ubat-ubatan atau makanan tambahan (supplement) yang mampu menganggu perubahan hormon.
  6. Penambahan kalori atau lemak berlebihan. Jadi, kawal pengambilan kalori atau pelajari teknik bakar lemak yan pantas.

 Ada juga yang mengalami sakit ketika berlakunya proses kitaran haid. Admin masih teringat di waktu sekolah dahulu. Ada rakan yang langsung tidak boleh bangun dan hanya berbaring apabila beliau dalam proses kitaran haid ini. Ada dua sebab yang dipercayai berlaku sehingga menyebabkan sakit ini dialami sesetengah wanita:
  1. Sengugut - Hormon prostaglandin dihasilkan secara berlebihan ketika hitaran haid, hingga menyebabkan rasa sakit. Biasanya mereka ini normal dalam struktur tiub peranakan, rahim dan juga ovari.
  2. Endometriosis - Wujudnya 'parut' dalam struktur dalaman wanita seperti rahim, tiub falapio dan juga ovari. Bagi mengesan penyakit ini, pembedahan kecil, laparoskopi perlu dilakukan bagi melihat sendiri parut dan juga tompok hitam yang terdapat pada organ dalaman.
Bagi penyakit-penyakit ini, sila dapatkan pemeriksaan, nasihat dan rawatan dari doktor yang berpengalaman. Admin hanya menyampaikan.

@admin - kitaran haid yang tidak normal juga MUNGKIN antara tanda serviks bermasalah.

Monday, February 25, 2013

5 Teknik Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Cara Selamat

Assalamua'laikum & Salam Perpaduan.
5 Teknik Petua Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Cara Selamat. Apakah cara yang selamat untuk kita dapatkan bentuk badan yang menawan dan langsing? Apakah benar produk X atau Y mampu mengempiskan perut kita tanpa perlu kita bersenam? Agak sedih juga bila kita berhabis wang membeli pelbagai produk menguruskan badan namun hasilnya tidak memuaskan hati malah menyakitkan hati sehingga boleh menyebabkan kita putus asa untuk mendapatkan perut yang kempis dan badan yang lebih kurus. Apakah ada petua dan cara untuk dapatkan badan yang kurus dan perut yang kempis dengan selamat?

Sebenarnya, petua dan tips kuruskan badan dan kempiskan perut dengan cara yang selamat mungkin sudah biasa kita dengar. Cuma mungkin kita terlupa dan terlalu gelojoh dalam usaha kita. Ingat, untuk kita berjaya kuruskan badan kita, masa yang diambil bukan sehari dua, mungkin sebulan dan boleh menjangkau bertahun. Lemak yang terkumpul dalam badan perlulah dibakar dengan betul dan ada tekniknya. Boleh cuba baca ebook ini -->

Baca Teknik Terbukti Berkesan Bakar Lemak dengan Pantas!

Jom kita buat ulangkaji tentang beberapa 5 teknik/petua kuruskan badan  & kempiskan perut dengan cara yang selamat.
  1. Perhatikan jenis minuman kita. Banyak kali kita dengar tentang perlunya kita banyak minum air mineral berbanding air manis. Kenapa penting? Faktanya ialah air mineral atau air kosong tiada kalori. Jadi sahih tidak akan menambah berat badan kita berbanding air manis termasuklah air bergas yang tinggi kalorinya. Cuba periksa di setiap label botol minuman bergas yang kita beli.
  2. Kurangkan garam. Terlebih garam pasti membawa padah kepada badan kita. Garam yang berlebihan dalam badan akan menambah takungan air dalam badan menyebabkan proses pembuangan air terganggu. Makanan apa yang banyak garam? Antaranya ialah mungkin kentang goreng McD!
  3. Pilih buah-buahan yang kurang kalori. Makan buah memang bagus sebagai sumber serat fiber. Cuma perlulah bijak memilih buah-buahan. Elakkan makan buah yang tinggi kalori seperti pisang. Boleh baca entri tentang 8 Petua Mudah Kuruskan Badan & Kempiskan Perut sebagai tambahan info.
  4. Jangan tinggalkan hidangan penting. Biasalah, ramai juga yang biasa skip sarapan untuk kuruskan badan. Bahaya! Sarapan penting untuk bekalkan badan dan minda kita tenaga untuk bekerja. Kalau kita skip makan, kita akan rasa lebih lapar dan bila tiba waktu lunch, kita akan makan lebih banyak! Skip makan juga boleh sebabkan metabolisma kita menurun (sedangkan kita nak metabolisma kita tinggi untuk bakar lemak!). 
  5. Apakah seks membantu membakar kalori? Jawapannya ialah betul. Ia boleh dikategori sebagai 'senaman' membakar kalori. Ia memang boleh membakar kalori dan memberi rasa kelegaan kepada pasangan suami isteri. Cuma perlulah diingat yang  badan perlulah sentiasa rehat dan cergas untuk sebarang aktiviti. 
Jika masih kurang yakin dan perlukan bantuan mereka yang benar terlatih dan layak membantu anda kuruskan badan dan kempiskan perut dengan cara dan teknik yang selamat serta dijamin, boleh cuba untuk mendapatkan bantuan rakan saya di pautan di bawah;

DOWNLOAD Panduan Kuruskan Badan & Kempiskan Perut Teknik Bakar Lemak Pantas sebelum di'tarik balik'

Cubalah untuk konsisten dan beramal dengan petua kuruskan badan dan kempiskan perut ini dengan cara yang lebih selamat. Kalau seminggu kita dapat kurangkan setengah kilo berat badan kita, inshaaAllah untuk minggu berikutnya pasti dapat lebih kurus dengan penurunan berat badan boleh mencecah 1 kilo. 

Ingatlah pepatah Melayu yang glamer, "Hendak seribu daya, tak nak seribu dalih." Selamat mencuba dan semoga berjaya kuruskan badan, kempiskan perut, hidup lebih sihat dan ceria serta lebih yakin!

Gambar Belangkas