Showing posts with label maut. Show all posts
Showing posts with label maut. Show all posts

Sunday, August 2, 2015

VIDEO [ISU AM] HOT!!! Terlalai 5 Saat Sudah Cukup... Budak 2 Tahun Dilanggar Kereta Yang Sedang Berundur... #SahabatSMB

Siapa yang patut dipersalahkan? Adakah kanak-kanak yg baru berumur 2 tahun yang masih belum memahami apa2 patut dipersalahkan... atau sebenarnya ia berpunca kelalaian ibu bapa yang mungkin terlepas pandang disebabkan perkara lain hingga terlupa untuk mengawasi anak2, khususnya dari segi keselamatan...


Kejadian dipercayai berlaku di sebuah daerah di Negara China... seorang kanak-kanak berumur dalam lingkungan 2 tahun telah dilanggar dan digilis oleh sebuah kereta... pemandu yang sedang mengundurkan kenderaannya tidak menyedari akan kehadiran kanak-kanak tersebut dan terus melanggarnya...

Jom kita tonton video yang dirakam oleh cctv berhampiran...



Orang awam yang berada berhampiran menyedari kejadian itu terus mengangkat kanak2 tersebut ke tepi... menariknya, selepas beberapa ketika, kanak2 tadi bangun berdiri dan terpinga-pinga dengan kejadian itu... pemilik kedai berhampiran yang mengenali kanak2 itu terus menghubungi ibu bapanya dan membawanya ke hospital berhampiran... pemilik kedai tersebut turut sempat mencatat no pendaftaran kenderaan lalu melaporkan kepada pihak berkuasa... pemandu tersebut mungkin tidak menyedari yang dia telah melanggar seorang budak menyebabkan pemandu itu terus berlalu pergi... kanak2 itu dilaporkan tidak mengalami kecederaan serius melainkan luka2 di tangan...

Setiap individu khususnya ibu bapa perlu menjadikan insiden ini sebagai satu pengajaran sekalipun ia bukan berlaku di Malaysia... kita juga sering mendengar dan membaca di dada2 akhbar kejadian seumpama ini di negara kita... kemalangan seperti ini tidak mengenal tempat atau bangsa...

Sesiapa pun, jika mereka lalai dan leka boleh mengakibatkan kemalangan seumpama ini... sebagai ibu bapa kita perlu sentiasa mengawasi dan memantau setiap gerak geri anak2 kita... apatah lagi jika anak kita termasuk dalam kumpulan kanak2 yang hyperaktif...

Ingatlah... sesaat kita terleka boleh mengakibatkan kecelakaan...


By Mamu Karapoley

Tuesday, June 30, 2015

VIDEO [DUNIA] PANAS!!! Rakaman Amatur Dari Penduduk Tempatan... C130 Terhempas Di Medan, Indonesia... #SahabatSMB


Sebuah pesawat jenis Hercules C130 milik tentera Indonesia (TNI) telah terhempas di Medan, Indonesia... pesawat tersebut membawa lebih dari 130 orang penumpang...
 


C130 terhempas...


Menurut saksi, pesawat tersebut meletup di udara dan membentuk seperti bebola api yang besar sebelum terhempas di kawasan kediaman sekitar Medan...



Jom kita tonton rakaman video amatur yang sempat dirakam oleh seorang penduduk tempatan yang kebetulan berada di tempat kejadian... video ini dirakam sejurus sebaik sahaja pesawat itu terhempas...
 
Sorry... terlupa rotate

Setakat ini, lebih 100 mangsa yang terdiri daripada penumpang pesawat dikhuatiri terkorban... manakala 3 orang penduduk tempatan disahkan maut...

Saturday, May 30, 2015

AIR TERJUN DAN KOLAM RENANG SYAITAN YANG DI GEMARI PELANCONG


ZAMBIA - Di persempadanan negara Zambia dan Zimbabwe, terdapat sebuah kolam renang yang sangat ‘menyeramkan’. Sehinggakan ia dikenali dengan nama ‘Devil Swimming Pool’ (Kolam Renang Syaitan).


Ia dikenali demikian kerana kolam renang itu dianggap paling berbahaya di dunia. Bayangkan! Kolam mini semula jadi  ini  terletak tepat di ‘bibir’ air terjun Victoria dan mempunyai ketinggian 128 meter serta seluas 1.708 meter per segi.

Kolam renang  ini terbentuk akibat daripada hakisan air di kawasan itu , sehingga membentuk sebuah bulatan hingga menjadikan ia  sebuah kolam renang mini semula jadi.

DISUKAI PELANCONG!

Pada musim hujan, pelancong dilarang sama sekali untuk bermandi manda di kolam tersebut, kerana tahapnya yang terlampau berbahaya.

Namun, pada musim kemarau, iaitu antara bulan September sehingga Disember, airnya agak surut. Saat itulah kolam ini boleh  digunakan untuk berenang. Maka tidak mustahil ramai pelancong yang ‘berani mati’ untuk bermandi-manda di kolam tersebut walaupun risikonya sangat tinggi dan berbahaya.

Untuk pelancong mereka sentiasa diingatkan akan bahayanya kawasan itu, dan langkah-langkah berhati-hati perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka sentiasa selamat.


AIR TERJUN VICTORIA

Air terjun ini juga telah diwartakan sebagai taman nasional di kedua-dua buah negara di mana ia dikenali sebagai Taman Nasional, ‘Mosi-oa-Tunya National Park’ di Zambia dan ‘Victoria Falls National Park’ di Zimbabwe.

Sementara penduduk setempat memanggil air terjun ini dengan nama Mosi-oa-Tunya, yang bermaksud ‘asap yang menggelegar’, kerana arus air yang deras seolah-olah membentuk sekumpulan asap putih yang tebal.

Nama Air Terjun Victoria diberikan oleh David Livingstone, seorang penjelajah dari negara Scotland .

Menurut National Geography, pada tahun 1855, Livingstone “menemui” air terjun ini. 

Oleh kerana begitu terpesona melihat keindahan air terjun ini, lantas Livingstone memberikan nama Victoria. 

Nama Victoria diambil daripada  nama Ratu Victoria, iaitu Ratu Inggeris yang ketika  itu menjajah Zambia dan Zimbabwe.

Sunday, March 15, 2015

Inilah Nota Anak Arwah Pekerja TNB Yang Bakal MENITISKAN AIR MATA Anda !!!

Inilah Nota Anak Arwah Pekerja TNB Yang Bakal MENITISKAN AIR MATA Anda !!! | KEHILANGAN dahan tempat bergantung bukanlah satu perkara mudah untuk dihadapi apatah lagi bagi kanak-kanak yang belum mengerti apa-apa. Sudahlah sedang kesedihan kehilangan suami, bayangkan pula bagaimana si ibu mahu menerangkan hakikat kematian kepada anak-anak yang asyik bertanya, bila bapa mereka mahu pulang?

1
Inilah situasi perlu dihadapi isteri Mohd Zaidi Mohd Shariff, 35, juruteknik Tenaga Nasional Berhad (TNB) yang meninggal dunia di Pusat Perubatan Prince Court, Kuala Lumpur petang Jumaat lalu. Bagi mereka yang mengunjungi keluarga arwah, hati turut dipaut sayu melihat dua keping nota tulisan tangan yang dihasilkan anaknya. Walaupun ayat yang ditulis jelas keanak-anakan namun tidak susah menebak bahawa ia melambangkan rasa rindu yang teramat sangat kepada si bapa yang ketika itu sedang terlantar sakit di hospital, bergelut antara hidup dan mati.
Paling meruntun perasaan, tulisan berbentuk pertanyaan “mana ayah” diikuti gambar hati. Manakala sekeping lagi nota, mencatatkan doa“semoga ayah sihat”, “kami sekeluarga sayang ayah”, “anak2 ayah sayang ayah”, “I love you ayah” dan“terima kasih”.
Turut dinukilkan anak arwah yang menggelar dirinya Wani ini adalah kenangan dipeluk, didukung dan dibantu ayahnya. Memang sedih.. hiba… malah mana-mana ibu pasti mengalirkan air mata membaca nota anak yatim ini namun berat mata memandang, berat lagi bahu memikul. Sama-samalah kita doakan, semoga keluarga arwah tabah menghadapi ujian Allah ini.
Allahyarham Mohd Zaidi merupakan mangsa terakhir yang maut akibat letupan di pencawang elektrik di Taman Tan Yew Lai, Jalan Klang Lama, 23 Februari lalu. Sebelum itu dua rakan sekerja arwah iaitu Mohd Ruzairi Razali, 34 dan Norizan Abdullah, 59, meninggal dunia pada 25 Februari dan 1 Mac lalu selepas melecur akibat terkena percikan api ketika proses pensuisan dibuat usai kerja penyelenggaraan. KREDIT MYNEWSHUB.CC

Sunday, February 8, 2015

SUARA GHAIB MAHU NYAWA IBU


Gara-gara mendakwa mendapat arahan daripada suara ghaib, seorang anak bertindak kejam apabila memukul ibunya menggunakan batang cangkul sehingga mati di Batu 8, Jalan Kuantan-Gambang, di sini.


Lelaki berusia 20 tahun itu melakukan perbuatan berkenaan kira-kira jam 6.30 petang, kelmarin.
Ketua Polis Daerah Kuantan Asisten Komisioner Abdul Aziz Salleh berkata, kejadian berlaku ketika mangsa, Hamidah Mat Zin, 47, berehat di ruang tamu rumahnya.

“Sebelum itu, anaknya dikatakan meracau seorang diri sebaik memasuki ruang tamu rumah itu sebelum bertindak ganas memukul kepala ibunya bertubi-tubi.

“Difahamkan, lelaki itu melarikan diri sejurus kejadian. Anak saudara mangsa yang kebetulan singgah di rumah berkenaan kemudian terlihat mangsa dalam keadaan berlumuran darah dan tidak sedarkan diri,” katanya ketika dihubungi di sini, semalam.

Abdul Aziz berkata, saksi kejadian itu kemudian membawa mangsa ke Hospital Tengku Ampuan Afzan (HTAA) di sini untuk mendapatkan rawatan kecemasan sebelum meninggal dunia sekitar jam 9.30 pagi semalam.

Menurutnya, anak saudara mangsa itu kemudian membuat laporan di Balai Polis Jaya Gading di sini.
“Polis berjaya menahan suspek yang berada di rumah itu kira-kira dua jam selepas kejadian.

“Berdasarkan laporan siasatan awal, suspek mengalami masalah mental sejak berusia 16 tahun dan mendakwa sering mendengar suara ghaib. Dia mendakwa suara ghaib itu mengarahkannya memukul ibu sehingga mati,’ katanya.

Abdul Aziz berkata, mangsa bekerja sebagai pekerja am di Sekolah Kebangsaan Fakeh Abdul Samad, di sini.Jenazah mangsa sudah dituntut ahli keluarga untuk urusan pengebumian.

Abdul Aziz berkata, siasatan lanjut masih dijalankan dan pihaknya sudah merampas kayu cangkul dipercayai digunakan suspek dalam kejadian itu.

Katanya, suspek kini ditahan reman seminggu dan kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh.

Tuesday, November 4, 2014

TUBUH AHMAD RAFIKIN DITEMUI SELEPAS LAUNGAN AZAN DAN BACAAN YASIN

Tangisan anggota keluarga dan sanak saudara menyelubungi suasana di Hutan Lipur Air Terjun Sekayu di sini apabila Ahmad Rafikin Azman, 16, yang dilaporkan hilang Sabtu lalu semasa menyertai acara Larian Antarabangsa Gunung Gajah Terom 2014 ditemui mati.



Mohd Johari yang juga Ketua Pemuda Umno Terengganu merupakan individu pertama menemui Ahmad Rafikin Azman, 16, kira-kira jam 3.30 petang tadi ketika menyertai operasi mencari dan menyelamat mangsa yang dilaporkan hilang sejak Sabtu lalu.

Menurut Johari, beliau bersama sekumpulan pasukan pencari memulakan operasi hari ke-4 itu kira-kira jam 10.30 pagi dan nalurinya kuat mengatakan Ahmad Rafikin berada di sekitar kawasan batu yang terletak tidak berapa jauh daripada kasut mangsa ditemui petang semalam.

“Sebelum berjaya menemui mangsa, saya berada di kawasan itu bersama tiga individu lain. Hati saya kuat mengandaikan Ahmad Rafikin ada di situ dan ternyata ia tepat apabila ternampak satu objek seolah-olah tangan seseorang di celah batu,” katanya kepada Sinar Harian.

Sementara itu, Timbalan Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Asisten Superitendan Mohd Rosli Mohd Amir  mengesahkan penemuan berkenaan dan mayat mangsa dibawa keluar oleh pasukan keselamatan sebelum tiba berhampiran bilik gerakan operasi jam  6.40 petang.

“Berdasarkan laporan diterima mayat mangsa berjaya ditemui di celah batu. Punca sebenar kejadian masih belum disahkan dan mayat mangsa dihantar ke Hospital Hulu Terengganu untuk pemeriksaan lanjut,” ujarnya.



“Ketika berada di kawasan sekitar batu itu, saya laungkan azan lalu menyeru nama Ahmad Rafikin beberapa kali. Dengan izin ALLAH SWT,  saya terlihat satu objek di celah batu dan rupanya ia adalah tangan mangsa,” kata Mohd Johari Abu Bakar.

Gambar Belangkas