Showing posts with label Bersih 3.0. Show all posts
Showing posts with label Bersih 3.0. Show all posts

Sunday, April 29, 2012

Siapa Sebenarnya Yang Membuka Benteng Polis Di dataran Merdeka Itu


Kenapa Mereka Tidak Memakai Baju BERSIH? Kenapa Mereka Nampak Teruja Sangat Memecahkan Sekatan Polis? Siapa Kenal Mereka2 Ini??

Dari gambar yang tersiar, kelihatan beberapa "pemuda berjaket" merempuh dan mengalihkan sekatan.
Tindakan mereka yang mengalihkan atau membuka halangan tersebut telah menyebabkan para Peserta BERSIH 3.0 memasuki kawasan Dataran Merdeka.

Setiausaha UMNO Bandar Tun Razak yang juga dikenali sebagai Sang Kelembai membuka cerita..

Bacalah apa yang di tulisnya dalam wall FB miliknya ini…





Saturday, April 28, 2012

Bersih 3.0 - Siapa Yang Kejam

Bersih 3.0 - Video Sebenar Kejadian Kereta Polis Diterbalikkan Berhampiran SOGO

Difahamkan, kejadian berlaku kira-kira jam empat petang. Kereta pegawai penyiasat polis itu dikatakan sedang melalui laluan berhadapan kompleks membeli belah SOGO. Peserta demonstrasi dikatakan membaling objek dan terkena anggota polis yang memandu kereta ini. Ia menyebabkan kereta ini terbabas.

Kumpulan peserta demonstrasi yang melihat kejadian kemudian mengerumuni kenderaan ini. Mereka seterusnya memecah dan menendang kereta ini sebelum menterbalikkannya. Difahamkan tindakan tersebut berlaku selepas didakwa melanggar penyokong Bersih 3.0 di situ.

Kejadian tersebut telah menjadi isu, siapakah yang bersalah? Pemandu kereta ke atau penyokong bersih? Dikatakan pula video yang ditayangkan di Berita TV3 telah diedit. Sama-samalah kita tengok video dibawah dan anda nilailah sendiri.


Video Di tayangkan di Tv 3

  

Video Kejadian Sebenar

 

Gambar Belangkas