Showing posts with label resepi. Show all posts
Showing posts with label resepi. Show all posts

Monday, April 13, 2015

Sandwich bertingkat-tingkat

Assalamualaikum dan salam sejahtera ..

Tujuan blog ini ditulis terutama perkongsian tentang resepi adalah sebagai salah satu cara untuk saya senang cari kalau saya nak cari sesuatu resepi yang saya mungkin akan buat banyak kali..

Tapi kalau yang berminat untuk mencuba..silakan...sebab ni pon saya ambil dari satu group masakan di FACEBOOK..Yelah sekarang ni diikukan untuk perkhidmatan pon ada dikenakan caj bayaran kan..Tak pelah berbalik pada topik asal, hari ni saya nak kongsikan macam mana nak buat sandwich special iaitu sandwich bertingkat-tingkat ni yang sesuai dimakan untuk sarapan pagi atau waktu malam.



Bahan-bahannya ialah :
1) Sardin
2)  mayonis
3) planta/ marjerin
4) timun, lobak dan sebagainya
5) paling penting roti        






Cara-cara susun roti ni ialah:

p/s : biarlah gambar berbicara..hehe..credit to RESEPI RINGKAS



Sunday, March 15, 2015

Agar Laici Putih

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Lama tak share resepi dalam blog ni..Bukan tak memasak atau tak cuba resepi dah tapi kekangan waktu yang tak sempat nak update pasal resepi yang telah dicuba sebelum ni..

Jom kita tengok rupa AGAR LAICI PUTIH yang elok dijadikan sebagai pencuci mulut..
Buat resepi ni pon sebab dengar orang kata sedap dan senang je buat agar laici ni...Kalau tengok resepi ni banyak versi pasal agar laici ni..ada yang kena carikkan buah laici dan ada letak seketul macam yang saya buat di bawah ni..




Resepi nak buat agar Laici Putih:

  1. 10 Gram agar-agar serbuk/1 paket agar2 tali 28g
  2. 2 liter air atau 5 cawan air
  3. 1 1/2 cawan gula
  4. 1 tin laici (asingkan airnya) ( untuk 1 loyang dan  1 bekas kecil ) 
  5. 1 tin susu cair
CARA-CARA MENYEDIAKAN

  1.  Masak agar-agar bersama air hingga mendidih ( sebab guna agar-agar tali, jadi kena basuh agar-agar tu)
  2. Masukkan gula. Biar mendidih lagi. Tutup api .
  3. Masukkan air laici dan susu cair kacau rata.
  4. Sebelum tuang dalam acuan, tapis dulu kalau guna agar-agar tali.
  5. Sebelum masuk dalam loyang carikkan dalam 6 biji laici dalam loyang tu dan masukkan acuan tu. Selepas dah masukkan acuan tu boleh letak buah laici yang sebiji tu dalam loyang.
  6. Kemudian sejukkan dalam fridge atau tak letak dalam fridge pon tak pe.
  7. Siap dan boleh dimakan.

p/s : resepi ni ambil dekat satu blog ni http://ruhayurazali.blogspot.com/2013/06/resepi-puding-laici-dangdut.htmltapi saya ubahsuai ikut citarasa saya.,,

Saturday, December 6, 2014

roti kaya yang senang dan sedap





senang buat resepi ni..

- mula-mula sapukan jem kaya kat roti 
lepas tu celupkan dengan telur..
goreng dan siap....

Monday, October 13, 2014

Menu Waktu Pagi- Telur Dadar Cheese

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni baru post masakan resepi terbaru iaitu telur dadar bersalut cheese..Sebab diikutkan nak buat roti bersalut cheese..Tak dak pulak roti, so guna je bahan-bahan yang ada di rumah sambil dok belek resepi apa yang nak dibuat dengan telur bagi mengenyangkan perut ni..

Jom tengok resepi ni..

Bahan-bahan ( untuk seorang)


  1.  1 biji telur
  2. 1 biji bawang besar (belah dua dan hiris nipis)
  3. keju (saya guna cheedar yang perlu  dicarik-carik)
  4. garam
  5. minyak
Cara penyediaan


  • Panaskan minyak dan goreng bawang yang dihiris sehingga garing dan diangkat
  • Dalam satu bekas, pecahkan telur dan masukkan bawang yang digoreng tadi dan garam..Pukul telur bersama-bahan-bahan tadi sehingga sebati
  • Panaskan minyak dalam kuali , apabila panas masukkan telur dalam kuali..Masak separuh masa telur tersebut.
  • Masukkan keju yang dicark-dicarik tersebut sebab saya guna keju keping di atas telur tersebut.
  • Selepas tu balik-balikkan telur sehingga masak sebab saya masih guna dalam kuali. Diikutkan resepi asal, dia masukkan dalam oven.
  • Dah siap, boleh makan...boleh letak sosej dan kacang panggang sebagai makanan tambahan untuk dimakan bersama telur dadar cheese...


Klik sini Resepi asal telur dadar cheese sini





Kacang Panggang





Friday, October 10, 2014

Menu sarapan Pagi-ubi bakar ala korea

Assalamualaikum dan selamat pagi semua....

Hari ni tiba-tiba nak makan ubi bakar sebab kebetulan tengok citer korea yang ada babak makan ''ubi bakar sampai hangus tu''....Teringin pulak makan lagipon makan ubi ni ada banyak khasiatnya.....

Diikutkan pada zaman sebelum merdeka ni, semasa pemerintahan Jepun xdak bekalan beras terpaksalah kebanyakan penduduk yang berpendapatan rendah ni makan ubi untuk meneruskan hidup...

Belajar sejarah pulak kan...Dulu atau kalau kita bukan dok di rumah mesti bakar  ubi dengan kaedah tradisional tapi sekarang hmm, aku guna pemanggang api untuk memasak ubi ni..Sebelum ni, mak aku rebus ja ubi ni makan dengan gula, tapi yang tu tak menepati citarasa aku pulak..

Cara-caranya


  1. Basuh ubi keledek  dengan sebersih-bersihnya..Ubi ni boleh didapati di sekeliling rumah kalau kita suka menanam ubi ataupon nak senang beli ja kat pasar tani atau orang Kedah panggil ''nat''
  2. balut ubi dengan Foil aluminium.
  3. Masukkan dalam pemanggang ajaib
  4. Tunggu sehingga 10 minit..
  5. Siap dimakan...Sedap dimakan dengan air Teh o yang suam..


Ubi bakar yang telah dimasak


Ubi bakar yang menunggu dimasak...


Dah boleh dimakan...



Monday, September 22, 2014

Puding Trifle Sumi

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni , saya nak kongsikan cara nak buat puding Trifle yang mudah.. Sebab nampak ada orang cakap sedap lah puding ni.. Tapi mahal kalau beli....

So, Tiba-tiba terasa nak buat puding ni...

Terjumpa satu blog ni..Memang detail cara dia ajar buat macam mana puding ni..

Klik di sini: PUDING TRIFLE YANG MUDAH


Bahan-bahan:

Swiss roll cake, tepung kastard, jelly kristal (brand nona) lebih baik guna perisa mangga atau strawbe
rry, sumi sepeket, susu cair, air gula buah-buahan dan buah-buahan segar sebagai penambah hiasan.


Langkah 1

Potong kek mengikut ketebalan yang kita nak dan mampatkan dalam bekas....Selepas tu siramkan dengan sedikit  air yang diambil dari nata de coco.. (sebelum tu asingkan air dan buah tu) 

*Langkah 2

 Sapu jem strawberry kat kek tu.. Sapu nipis je bagi nak rasa masam-masam.. Pendapat saya kalau nak guna jem strawberry ni lebih baik beli jelly kristal perisa strawberry jugak baru ada chemistery. Tapi saya tak sapu pon sebab kebetulan saya beli perasa mangga.

Langkah 3
amik satu bekas masukkan 3 sudu camca besar tepung kastard dan 1 tin susu air + 1 tin air..kacau rata  sampai kekuningan. Selepas tu masak atas dapur dengan api perlahan.

Langkah 4

Dah selesai langkah 3 tu,  amik dan ratakan dekat bekas yang letak kek tu..biar sekejap sehinga tepung kastard tu kering.

Langkah 5

Apabila dah kering lapisan kastard tu, baru masukkan buah-buahan atau buah koktail tanpa air buah  atau sumi ( saya masukkan sumi) sehingga mampat bekas tu..Alah macam buat kek batik tu..

Langkah 6

Amik sekotak jelly kristal Nona ikut langkah-langkah kat belakang kotak tu dengan api perlahan. Bila dah masak ala-ala sumi tu siram kat puding tadi biar sampai beku.

Langkah 7

Letak dalam peti air sehingga 3 jam lepas tu dah boleh makan..

 Inilah puding trifle percubaan pertama..hehe :)


Thursday, September 11, 2014

Kek Oren Pelangi.

Assalamualaikum dan selamat sejahtera...

Petang ni saya nak kongsikan bagaimana membuat kek oren Pelangi ni,,Sebenarnya nama asal kek ni Kek Sunquick.. Saja ja saya tukar tajuk tu  bagi nampak kelainan sikit .. ..Selalunya saya suka mencuba resepi  buat kek ni waktu malam, bukan apa masa breakfast boleh terus makan..hehe,..
hmm, bagi yang  tak suka perasa oren ni boleh gantikan dengan perisa yang anda suka.. Lebih baik guna cordial tu daripada guna pencelup warna sebab rasanya lebih sedap..Sebab resepi asal ni letak pati sunquick..
p/s: ada yang cuba buat guna pati ribena kata sedap, nak kena cubalah nanti :)

Ini adalah kek Oren Pelangi





Kek ni tinggal separuh ..


Nampak seimbas macam apom hehe..sebab maybe sekejap kukus tu jadi macam ni..

Ini adalah resepi yang diambil dari Resepi Ringkas

Selamat mencuba..:)






Wednesday, September 3, 2014

Kek Batik coklat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Hari ini, saya nak kongsikan macam mana nak buat kek batik coklat.. Saja tambah nama ''coklat'' sebab warnanya seakan-akan coklat. Tak macam yang kita tengok kek batik yang selalu jual tu..Sebenarnya resepi yang tersenarai dalam blog ini adalah percubaan pertama kali yang dibuat oleh saya. Sebelum ni, memang tak minat masak tapi tak taulah sejak akhir-akhir  ni semangat memasak, so banyaklah resepi-resepi yang dibuat oleh saya semasa cuti ni..Saya berpegang pada kata-kata ''PRACTICE  MAKES PERFECT''

Bahan-bahan untuk buat kek batik ( Resepi ni ambik kat Kak Mazni)



  1. 1 paket milo-200 gm ( saiz paling kecil)
  2. 1 bungkus biskut marie (coklat cerah) ( dipatahkan kepada 4 bahagian)
  3. 1 ketul butter-250gm
  4. 1/2 tin susu pekat manis-tin kecil
  5. 1 sudu besar esen vanila
* saya terbeli biskut marie yang warna coklat pekat so kek saya memang macam warna coklat, xde batik-batik yang selalu dibuat oleh orang..hehe :)

Cara-caranya:
# Cairkan butter cair, masukkan milo dan susu. Kacau non stop jangan bagi berketul-ketul.
# Apabila sebati, masukkan esen vanila. Kacau lagi.
#Apabila adunan menjadi pekat dan mendidih, masukkan biskut marie yang telah dipatah-patahkan.
# Gaulkan sehingga biskut marie tadi diseliputi dengan adunan coklat.
# Angkat, dan terus masukkan dalam loyang. Mampat-mampatkan adunan supaya tiada ruang antara biskut tadi.
#Apabila dah siap, masukkan dalam fridge (bahagian ais) lebih kurang 4 jam. 
#Sedia dimakan :)

Inilah hasil kek batik ''coklat'' saya



Sepatutnya kek batik yang asal macam ni..



Monday, September 1, 2014

Resepi Pais Ikan Tenggiri yang sihat

Assalamualaikum dan salam sejahtera

Saja nak kongsikan resepi yang dibuat pada tengah hari tadi.. Sebab apa saya kata sihat kerana ia dikukus dan bahan-bahan nak buat ni banyak guna herba seperti  kunyit hidup, daun kunyit dan sebagainya yang kita tau banyak khasiatnya..

jom, kita tengok apa resepinya..


  1. 3 biji bawang merah
  2. 2 biji bawang putih
  3. 1cm halia
  4. 1cm kunyit hidup
  5. belacan besar ibu jari (ikut suka nak letak atau tak) 
  6. 2 helai daun kunyit racik
  7. 2 helai daun limau purut racik
  8. 2 biji Limau kasturi
  9. 1 senduk kelapa parut
  10. 3 sb cili kisar
# Blend bawang putih, merah, halia, kunyit, serai dan belacan
# campurkan kelapa parut, cili kisar dan bahan blender dan gaul sebati dengan daun kunyit dan daun lima purut.
# perah limau letak gula dan garam
# Letak ikan tenggiri @ ikut suka nak letak ikan apa atas daun pisang pastu letakkan bahan tadi dan lipat..Sematkan dengan lidi dan kukus dalam 8 minit..

Ini adalah Pais ikan yang saya buat



Saja buat sikit sebab baru percubaan..hehe :)

Ini pulak resepi asal yang saya ambik kat group Resepi Ringkas kat fb 



Sunday, August 31, 2014

Resepi puding roti roti yang MENJIMATKAN!

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni, saya nak kongsikan macam mana nak buat puding roti yang menjimatkan. Sebab apa saya kata ia menjimatkan kerana adik saya kalau makan roti, dia selalunya tak suka makan yang kat tepi roti tu, so bila tak makan, ia akan membazir. So, melalui cebisan roti tu dan 2 keping roti tu , dan 2 biji telur dapat lah saya membuat puding roti yang lazat ...hehe!  Bukan apa, selalunya kalau nak buat puding roti mesti kena guna banyak telur tapi kalau guna resepi ni hanya 2 biji telur boleh dapat satu piring besar  puding roti ni..

jom kita tengok apa resepinya:


  1. 3 keping roti
  2. 1 tin susu cair (kadang-kadang saya ada guna susu pekat) rasa guna setengah cawan pon dah ok)
  3. 2 susu teh esen vanila
  4. 1/2 cawan gula pasir
  5. 1/2 cawan air masak
  6. 2 biji telur
# mula-mula roti tu direndamkan dalam susu pekat @ susu cair
#ambil 3 sudu gula yang dipanaskan. letak dalam bekas loyang guna teknik double boiler sampai cair      kekuningan. tutup api dan biar seketika .
# blender 2 biji telur , roti yang direndam dan letaklah 2 sudu gula dan sedikit air   sampai hacur.
# gula yang telah cair dalam loyang tu letaklah sedikit air masak.
# boleh letak dalam pengukus, dan curahkan bahan-bahan yang di ''blender'' ke dalam pengukus.
# paling cepat 3o minit siap kukus . kalau tak ,tunggu sehingga masak.sampai pudung riti tu naik penuh
# Tunggu sampai sejuk pastu baru terbalikkan lyang tu dalam bekas lain
# siap..

Nak tau lebih lanjut cuba buka blog ni, tunjuk cara-cara macam mana nak buat puding roti yang betul..

So, akan jadi begini  ..


Puding ni tak sempat sejuk dah diterbalikkan .Inilah hasilnya.





Monday, November 18, 2013

Kek Simple Hana

Kebelakangan ini, Hana sangat rajin membuat kek. Kek ini sangat mudah dan simple resepi dan cara membuatnya, itu yang menjadikan Hana suka membuatnya.  Apatah lagi sebaik sahaja kek masak, sekelip mata dah habis! macam piranha...hehehe... semua abang dan kakak Hana suka makan kek yang Hana masak ... Rasanya dalam 2 minggu ini, sudah lebih 5 kali Hana bake cake ini ..!



Hana kata resepi dia dapat rancangan TV, lepas tu dia bandingkan dan confirmkan dengan resepi belajar dalam kelas Kemahiran Hidup...mmg simple dan mudah sungguh ... saya biarkan dia buat sendiri..cuma tolong dia panaskan oven dengan suhu yang sesuai..
Alhamdulillah..satu lagi pencapaian Hana pada tahun ini..

Monday, June 17, 2013

E-Buku Panduan Resepi Roti Bun Pau Pizza Mudah Sedap Boleh Jual

Assalamua'laikum.
Resepi Roti Bun Pau Pizza Mudah Sedap Boleh Jual. InshaAllah. Roti bun, pau mahupun pizza yang sedap, lembut, gebu dan paling penting resepinya mudah untuk dicari di kedai dan dibuat sampai menjadi. Inilah e-buku atau panduan cara nak buat roti bun pau dan pizza yang benar-benar boleh menjadi! Untuk mencari resepi roti bun, pau dan pizza yang benar-benar mudah dan sedap serta senang untuk dibuat pastinya bukan mudah. Betul tak?


Panduan asas & resepi bun, pau dan pizza yang mudah

Apa yang bakal saya kongsikan ialah antara perkara yang bakal anda dapat baca dan buat sendiri jika anda membeli e-buku panduan resepi bun pau dan pizza ni. Penulis e-buku ni adalah rakan saya sendiri, En.Hairul yang pernah berkerja sebagai chef di hotel dan akhirnya memilih untuk buat bisnes sendiri dan berkongsi pelbagai resepi dan antaranya ialah resepi cara nak buat roti bun pau dan pizza ni.

Antara perkara yang beliau kongsikan dalam e-buku panduan resepi roti bun pau dan pizza ialah;
  1. Teknik membancuh bahan-bahan bun.
  2. Teknik menguli doh bun dengan tangan
  3. Teknik membulatkan doh besar bun.
  4. Teknik membahagikan doh kepada bun kecil
  5. Teknik memasukkan inti bun
  6. Teknik membulatkan bun kecil style hotel
  7. Teknik gliss/egg wash dan membakar doh bun.
  8. Teknik menjadikan bun berkilat.
Kalau anda masih tiada asas dalam membuat roti bun pau dan pizza, jangan takut untuk mencuba kerana e-buku ni dalam bentuk video. Pasti lebih mudah untuk dipelajari. Cuba tengok snippet video ni;

Jika anda sememangnya berminat untuk belajar cara membuat roti bun pau dan pizza yang sedap, gebu dan mudah dibuat. Inilah panduannya. Klik link di bawah untuk beli e-buku panduan ni;
Selamat mencuba. Semoga anak-anak dan keluarga anda terkejut dengan kesedapan dan kegebuan dengan resepi roti bun pau dan pizza anda!

Friday, March 15, 2013

Asam Pedas Tenggiri

Permintaan anak-anak, terutamanya Hana'... 
"Ummi dah lama ummi tak masak asam pedas... hari ni ummi masak asam pedas ya? Ummi masak sedappppp..."  wahhh..pandai sungguh Hana nak bodek ummi suruh masak ...
Ye lah, lagi pun seminggu lepas saya tak sempat masak ... kesian anak-anak ...apa nak buat, ummi sudah semakin sibuk sejak memegang jawatan ini ... ummi minta maaf ya ... (mode sedih ..)
ok..ummi dah masak ni...sila lah makan ya anak-anak ...

Asam Pedas Tenggiri style Johor (letak daun kesum ..hurrmmm memang wangi!)

Thursday, February 14, 2013

Chocolate Chips & Coconut Muffins

Teringin makan brownies pula hari ni ...teringat brownies yang selalu bau wangi aje kat tepi excalator di Kompleks PKNS ...huhu .. 
update: eh! silap ..bukan brownies tapi MUFFINS ...
cari bahan-bahan yang ada dalam almari saja, vitamin "M" sangat besar melanda ku...malas nak keluar rumah..

Chocolate Chips & Coconut Muffins

3 1/4 cups(390 g) plain flour
1 tablespoon baking powder
3/4 cup  brown sugar
1/2 cup caster sugar
100 g chocolate chips
2 1.2 cups shredded coconut (beli kelapa parut kering khas untuk buat cookies)
1 1/4 cups milk
100 g butter (melted)
2 eggs, lightly beaten

1. Preheat oven to 180 degree Celcius
2. Lightly greese a 5cm muffin or patty pan
3. In a big bowl, shift flour and baking powder.  Add the brown sugar, castor sugar, chocolate chips, and coconut. (stir lightly to combine all ingredients)
4. Add the milk, melted butter and eggs, mix through ALL ingredients until all are combined.
5. Three quarter fill each of muffin moulds with the mixture and bake until muffins aare brown.

SELAMAT MENCUBA!!


Tuesday, January 1, 2013

American Apple Pie

Selepas mendapat mixer yg baru, bersemangat sikit nak buat kuih ...cuba tengok mixer yang baru saya dapat di sini..
Sudah lama saya tak buat Apple Pie. Dulu semasa belajar di USA, saya rajin buat Apple Pie sebab buah apple kan murah kat sana, apatah lagi selepas pergi Apple Picking ...berkotak-kotak apple ... jadi saya suka buat Apple Pie, apatah lagi cik suami suka makan Apple Pie ...
 American Apple Pie, baked with Love..
bak kata Chef Ammar di TV Al-Hijrah ..
"Masak dari Hati, Masak dengan Iman"

Alhamdulillah ...setelah lama tak buat ...jadi juga... 
resepi ikut resepi yg saya belajar semasa di USA ..

Kulit Pie
 (resepi ni boleh buat utk 2 pie)
225g mentega 
150g gula halus
3 biji telur
500g tepung roti

Cara-caranya:
 1. Putar mentega dengan gula sehingga ringan. 
2. masukkan telur sebiji demi sebiji diikuti dengan tepung. Adun sehingga menjadi doh.
3. Bulat-bulatkan doh dan bungkus dengan plastik.  Dinginkan dalam peti sejuk selama lebih kurang 2 jam. Selepas 2 jam, keluarkan dan canaikan dengan ketebalan yg sesuai dan lapikkan dalam acuan pie. 
4. Bakar kosong kulit pie , tutup dengan aluminium foil dan tindih dgn kacang hijau di atasnya pada suhu 175 darjah Celcius atau 350 darjah Fahrenheit selama 10 minit sehingga kuning keemasan..kemudian keluarkan dari oven dan sejukkan.


Sunday, December 16, 2012

Telur Itik Masak Lemak Cili Padi

Setiap kali berkunjung ke rumah kakak ipar, setiap kali juga ada benda baru / projek baru yang akan dibuat oleh biras ku, iaitu suami kepada kakak iparku.. 
Cikgu Omar memang rajin, selain mengemas rumah, memasak dan sebagainya, beliau juga rajin bercucuk tanam dan kali ini beliau membela itik di tanah kosong disebelah rumah beliau ..
dan sesungguhnya Allah hendak menunjukkan betapa orang yang rajin berbudi kepada tanah akan sentiasa mendapat keberkatan dari Allah SWT ... 
\murah rezeki beliau..itik-itik beliau telah mengeluarkan hasil tidak berhenti-henti setiap hari ..
 Saya ada membuat entri mengenai telur itik fresh yang diberi oleh beliau di sini..

dan beberapa hari lepas saya pun merujuk kepada blog Cik Mat Gebu @ Adnan Ibrahim , iaitu DAPUR TANPA SEMPADAN...
Ini lah hasilnya 
 Sedap di makan dengan nasi panas-panas ...
kipas ...kipas...mana? Pedas dan Panas ...

Friday, October 19, 2012

Berjumpa Chef Hanieliza lagi

Alhamdulillah, sekali lagi Allah memberi ku peluang untuk berjumpa Chef Hanieliza kembali ..
Semasa berjumpa Chef Hanieliza buat pertama kali di Mesjid Negeri Shah Alam tempohari, (ada saya buat satu entri di sini) , saya telah membeli buku resepi Chef hanieliza, 365 resepi 1 HARI 1 RESEPI..

Beberapa minggu lepas, semasa majlis usrah di adakan di rumahku, akhawat usrah ku telah berkenan melihat buku resepi tersebut dan berhasrat untuk memelikinya, lalu saya segera menghubungi Kak Hanieliza, samada beliau akan datang ke KL dalam masa terdekat (knowing that she always get invitation to demonstrate her cooking)
 Setelah dikumpul bilangan yang hendak membeli banyak juga, Kak Liza kata beliau akan datang ke Shah Alam/Klang dalam bulan Oktober.. 

Jadi hari Khamis saya mendapat khabar dari Kak Liza bahawa beliau akan berada di Klang hari Jumaat sebab ada masak-masak sedikit untuk membuat penggambaran untuk majalah Saji ...lalu kami pun berjanji hendak berkunjung ke rumah anak beliau di Taman Berkeley, klang..tidak jauh dari rumah saya..

Jom layan gambar ...
Chef Hanieliza bersama 4 jenis nasi, Nasi Dhal, Nasi Serai, Nasi Daging, Nasi Tomato berjagung

Gambar Nasi dari dekat...nak resepi? boleh rujuk di fotopages Chef Hanieliza atau beli terus buku resepi beliau

Lauk-pauk pula...Daging masak lada hitam, acar buah dan 3 jeniskerabu, Kerabu Mangga, Kerabu Daun Selom dan Kerabu Tomato berlada

Apalagi, setelah selesai penggambaran untuk Majalah Saji..(masa kami datang wartawan dan cameraman sudah balik) ..kami pun menjamu selera ...
ALhamdulillah... Terimakasih Daun Keladi Kak Liza...
sedapppp sungguh dan perut pun kenyang ...Alhamdulillah rezeki Allah ..
Semoga Chef Hanieliza terus maju dalam bidang masakan ...
Akhir sekali sebelum pulang, sesi menanda-tangan buku resepi yang kami beli ..
Di tepi itu ialah Hana' (anak bongsu saya bersama cucu Chef Hanieliza)

Wednesday, October 17, 2012

Nasi Paella (Spanish Rice)


Nasi Paella (Spanish Rice)

Hari Minggu yang lalu saya mencuba resepi Nasi Paella yang Chef Hanieliza masak semasa membuat demo masakan di Mesjid Negeri Shah Alam dulu...tapi bahan-bahan ada yang tak cukup..saya pun mulalah "menderhaka" bak kata Chef Mat Gebu ...pandai-pandailah saya modify nak bagi sedapkan ...
(saya pakai beras Basmathi Moghul Faiza)
(image download from internet)

Bahan-bahannya:
1kg beras basmati (direndam selama 1/2 jam , dibasuh dan ditoskan)
 1 liter stok ayam (boleh ganti dgn 1 kiub pati ayam + 1 liter air)
1 potong ikan tenggiri (saya tak letak sebab tak ada)
200 g isi ayam (di potong kecil2)
200 g isi kupang (saya tak letak)
200 g udang besar 
200 g sotong (dipotong-potong)
1 biji capsicum hijau (Dipotong dadu - saya tak letak)
1 biji capsicum merah (Dipotong dadu - saya tak letak)
1/2 cawan kacang pis
(sayur-sayur di atas saya ganti dgn mixed vege)
2 biji tomato (di cincang)
2 sudu makan margerin
2 sudu makan minyak masak (saya ganti dgn minyak zaitun)
1/2 sudu teh serbuk kunyit
Garam secukup rasa

Bahan menumis
1 labu bawang besar (dipotong dadu)
1 ulas bawang putih (saya suka banyak bawang putih ..jadi saya letak 3 ulas)
2 inci halia (diketuk)

Cara-cara membuatnya:
1. Panaskan minyak dengan margerin
2. Goreng udang dan sotong.  Angkat dan asingkan.
3. Tumiskan bahan tumis sehingga layu.
4. masukkan isi ayam dan isi kupang ..Kacau rata.
5. Masukkan stok ayam dan serbuk kunyit dan garam.
6. Masukkan beras dan capsicum, kacang pis dan tomato.  Biarkan mendidih.
7. Apabila sudah kering, kecilkan api dan masak sebentar..
Taburkan bawang goreng, hirisan daun sup/bawang (saya suka letak sedikit daun ketumbar utk wangi)
Taburkan udang dan sotong yang sudah digoreng ..
8. Hidangkan...

*** Saya masak nasi ini dalam pressure cooker NOXXA (hanya 7-8 min sahaja, Alhamdulillah, nasi masak rata dan tiada kerak)

SELAMAT MENCUBA


Gambar Belangkas