Showing posts with label santai. Show all posts
Showing posts with label santai. Show all posts

Friday, August 14, 2015

[Gambar] Pekerja McDonalds cantik jadi sensasi di Taiwan


Seorang pekerja McDonald 's cantik menjadi sensasi dunia maya di Taiwan. Para pengguna media sosial di negara tersebut menggelarnya "Dewi McDonald 's".

Memetik laporan RocketNews24,  Wei Han Xu kini mempunyai ribuan peminat di dunia maya selepas fotonya dimuat naik ke internet oleh seorang bloger yang dikenali dengan nama Rain Dog.

Para netizen menganggap Wei sebagai pekerja McDonalds paling cantik dalam sejarah Taiwan.








Kredit: rocketnews24.com

Thursday, June 25, 2015

Pertandingan makan cili terpedas Habanero


Pertandingan makan cili Habanero di Habanero Eating Contest di Restoran Chichen Itza, Los Angeles, AS pada 21 jun 2015. Dalam pertandingan ini setiap peserta diberikan 60 biji cili  Habanero untuk dimakan dalam tempoh 20 minit. Peserta paling banyak makan cili tersebut menjadi pemenang.


 Habanero merupakan antara yang terpedas di dunia. Tingkat kepedasan cili ini mencapai 100,000-350,000 skala Scoville.



 Teresa de Jesus Sandoval (tengah) dinobatkan sebagai juara setelah berjaya menghabiskan sebanyak 53 biji cili Habanero.

Piala untuk pemenang.


Foto: AFP PHOTO/MARK RALSTON

Friday, May 29, 2015

Kolam renang syaitan di Zambia


LUSAKA - ZAMBIA. Di persempadanan negara Zambia dan Zimbabwe, terdapat sebuah kolam renang yang sangat ‘menyeramkan’. Sehinggakan ia dikenali dengan nama ‘Devil Swimming Pool’ (Kolam Renang Syaitan).

Ia dikenali demikian kerana kolam renang itu dianggap paling berbahaya di dunia. Bayangkan! Kolam mini semula jadi  ini  terletak tepat di ‘bibir’ air terjun Victoria dan mempunyai ketinggian 128 meter serta seluas 1.708 meter per segi.

Kolam renang  ini terbentuk akibat daripada hakisan air di kawasan itu , sehingga membentuk sebuah bulatan hingga menjadikan ia  sebuah kolam renang mini semula jadi.

DISUKAI PELANCONG!

Pada musim hujan, pelancong dilarang sama sekali untuk bermandi manda di kolam tersebut, kerana tahapnya yang terlampau berbahaya.

Namun, pada musim kemarau, iaitu antara bulan September sehingga Disember, airnya agak surut. Saat itulah kolam ini boleh  digunakan untuk berenang. Maka tidak mustahil ramai pelancong yang ‘berani mati’ untuk bermandi-manda di kolam tersebut walaupun risikonya sangat tinggi dan berbahaya.

Untuk pelancong mereka sentiasa diingatkan akan bahayanya kawasan itu, dan langkah-langkah berhati-hati perlu dititikberatkan untuk memastikan mereka sentiasa selamat.


AIR TERJUN VICTORIA

Air terjun ini juga telah diwartakan sebagai taman nasional di kedua-dua buah negara di mana ia dikenali sebagai Taman Nasional, ‘Mosi-oa-Tunya National Park’ di Zambia dan ‘Victoria Falls National Park’ di Zimbabwe.

Sementara penduduk setempat memanggil air terjun ini dengan nama Mosi-oa-Tunya, yang bermaksud ‘asap yang menggelegar’, kerana arus air yang deras seolah-olah membentuk sekumpulan asap putih yang tebal.

Nama Air Terjun Victoria diberikan oleh David Livingstone, seorang penjelajah dari negara Scotland .

Menurut National Geography, pada tahun 1855, Livingstone “menemui” air terjun ini.

Oleh kerana begitu terpesona melihat keindahan air terjun ini, lantas Livingstone memberikan nama Victoria.

Nama Victoria diambil daripada  nama Ratu Victoria, iaitu Ratu Inggeris yang ketika  itu menjajah Zambia dan Zimbabwe.



Sumber: Sinar Harian

Wednesday, May 27, 2015

(Gambar) Seekor singa ketakutan dikejar kerbau terpaksa panjat pokok untuk selamatkan diri


 Seekor singa melarikan diri ke atas pokok selepas dikejar sekumpulan kerbau. Walaupun sang singa telah memanjat pokok namun kawanan kerbau liar itu tetap menunggu singa tersebut turun atau terjatuh dari pokok.

Kejadian ini berjaya diabadikan oleh Charles Comyn, seorang bekas pegawai tentera berusia 63 tahun bersama isterinya, di Taman Negara Maasai Mara, Kenya.


"Tiba-tiba, entah dari mana, seekor singa jantan melompat keluar dari tempat persembunyiannya lalu pergi ke pokok berdekatan, di mana kumpulan kerbau mula mengejarnya. Singa itu bergegas memanjat pokok, dan ketakutan," kata Comyn.

Setelah beberapa saat berdiam diri di pokok,  singa tersebut keletihan dan turun ke bawah. Sambil mengancam dengan ngauman, ia melarikan diri dari kawanan kerbau itu dengan selamat, dan menghilang di antara semak-semak.



Kredit: Dailymail.co.uk

Friday, May 15, 2015

(Gambar) Cahaya biru muncul di laut China

Cahaya berwarna biru yang bersinar muncul di tepi pantai di Dalian, China Timur. Cahaya ini berasal dari alga yang bernama Noctiluca scintillans. Alga tersebut berbahaya kerana mengeluarkan toksin dan ia boleh membunuh hidupan laut lain.
 








Sumber: dailymail.co.uk

Thursday, April 30, 2015

(Gambar) seekor unta dimasak dalam oven gergasi

Seekor unta seberat 450kg disalut dengan perapan misteri yang mengandungi 36 herba serta telur dan lada hitam terpaksa diangkat menggunakan kren untuk dimasukkan ke dalam tanur untuk dimasak.

Chef menghabiskan masa lima hari membina tanur besar tersebut dengan menggunakan lebih 10,000 batu bata.

Pesta unta panggang ini merupakan sebahagian dari  festival pelancongan di Xinjiang di barat laut China.
 









dailymail.co.uk

Wednesday, April 29, 2015

Lelaki ini minta bantuan netizen edit fotonya, mari lihat hasilnya...

Seorang blogger makanan, Sid Frisjes baru-baru ini mem-posting sebuah foto ke 4chan, sebuah website gambar anonymus.

Sid meminta bantuan netizen asing untuk meng-edit foto tersebut agar jarinya boleh menyentuh puncak menara Eiffel.

Mari lihat apa yang dilakukan oleh netizen terhadap foto Sid tersebut


Foto asal



Foto yang telah diedit




 









Foto: distractify/ntn

Monday, April 27, 2015

(Gambar) Tempat pembuangan barang elektronik terbesar di dunia


Tempat pembuangan sampah di Agbogbloshie, Ghana, Afrika Barat ini merupakan sebuah perkuburan besar bagi barangan elektronik.

United Nations University (UNU) melaporkan, kira-kira 41 juta tan sisa barang elektronik dari seluruh dunia bernilai 34 bilion Pound Sterling dibuang di sini setiap tahun.

UNU turut melaporkan hanya 6 juta tan sisa barang-barang elektronik tersebut dikitar semula.

Ribuan barangan elektronik seperti PC, laptop, televisyen, oven, peti ais, mesin basuh, telefon dan barang-barang lainnya yang sudah rosak dibuang di tempat pembuangan sampah raksasa ini.

Negara-negara Eropah membuang kira-kira 11.6 juta tan sisa-e sepanjang tahun lalu, dengan Jerman merupakan negara paling banyak membuang sisa berkenaan diikuti United Kingdom. 













dailymail.co.uk

Gambar Belangkas