Showing posts with label golden anniversary. Show all posts
Showing posts with label golden anniversary. Show all posts

Wednesday, November 17, 2010

JUBLI EMAS

Hari ini saya bersiaran dari kampung. Setelah menolong ibuku memasak dari malam semalam. bangun pula pukul 4 pagi sambung memasak ...Alhamdulillah hampir 80% masakan sudah siap, tengahari hingga ke petang tinggal menunggu tetamu datang. 

Kenduri ini di adakan sempena ulangtahun perkahwinan ayahanda dan bonda tercinta yang ke - 50 tahun! kiranya sambutan JUBLI EMAS (Golden Anniversary) lah... 
Ya Allah Syukur Alhamdulillah Engkau kurniakan umur panjang dan kesihatan yang baik bagi kedua ayahanda dan bonda tercinta (sakit-sakit tua yang lain tu biasa lah kan..) 
Alhamdulillah juga ayahanda dan bonda tercinta dapat mengharungi tribulasi perkahwinan dalam jangkamasa yang panjang sehingga 50 tahun ini. 

Adat perkahwinan, perbezaan pendapat dapat diatasi dengan baik, sedangkan lidah lagi tergigit , inikan pula suami isteri.  Sifat Tolak ansur, timbang rasa dan persefahaman itu sangat diperlukan dalam sesebuah perkahwinan.

Walaupun perbezaan umur antara ayahanda dan bonda tercinta sangat jauh, 18 tahun
 , namun Alhamdulillah ia tidak menjadi penghalang bagi ayahanda dan bonda dalam mengharungi kehidupan sebagai suami isteri.

Ayahanda sudah berumur 87 tahun namun ALhamdulillah ayahanda masih lagi kuat ingatan  dan tidak nyanyuk, kecuali keadaan fizikal ayahanda yang sudah tidak kuat lagi, perlukan memakai tongkat untuk berjalan. Mungkin ini berkat ayahanda yang tindak tinggal solat, walaupun dalam keadaan uzur, rajin mengerjakan solat tahajjud dan mengaji Al-Quran. Dalam setahun sudah berkali-kali beliau khatam Al-Quran! (ingatan kepada diriku juga... setahun hanya khatam sekali dalam bulan Rmadhan dan sekali lagi bulan-bulan yang lain!!)


SEMOGA ALLAH LIMPAHKAN RAHMAT DAN HIDAYAHNYA KEPADA KEDUA AYAHANDA DAN BONDA KU, KURNIAKAN KESIHATAN YANG BAIK DAN SEMOGA ALLAH KURNIAKAN AKHIRAN YANG BAIK , KHUSNUL KHATIMAH, KEPADA KEDUA-DUA MEREKA. AMIN.

Gambar Belangkas