Thursday, August 31, 2006

Imbas kembali zaman sebelum merdeka

Seperti yang diceritakan oleh makcik Normah bt Kassim kepada wakil
majalah PERMATA (Oktober 1998
)

Ketika orang sibuk dan heboh bercerita tentang komunis, makcik masih
kecil lagi. Kalau tak silap mak cik ketika itu usia makcik dalam
lingkungan 8 atau 10 tahun.

Semasa kecil makcik dipelihara oleh nenek makcik. Selepas kematian
nenek, makcik tinggal pula bersama-sama keluarga bapa saudara makcik,
Pak Long Seman. Dia mempunyai ramai anak perempuan. Makcik dipelihara
dan dibesarkan bersama-sama dengan anak-anaknya.

Ketika itu kami tinggal di Kampung Batu 1 Jalan Tras. Tak seperti
sekarang, masa dulu di sekeliling kawasan ini semuanya hutan belukar.
Hanya ada beberapa buah rumah sahaja. Jarak di antara sebuah rumah
dengan rumah yang lain pula agak berjauhan.

Pada suatu malam ketika kami semua berkumpul, tiba-tiba kedengaran
pintu di bahagian dapur rumah diketuk orang. Bunyi ketukan itu
berterusan tanpa henti.

Ketika itu makcik dan sepupu makcuk berpandangan sesama sendiri.
Walaupun pada waktu itu kami masih kecil tetapi kamu sudah dapat
memahami apa yang berlaku di sekitar tempat kami.

Sebentar kemudian kami lihat Pak Long bangun dan terus menjuju ke
dapur. Perlahan-lahan dia membuka pintu dan mengintai siapa yang
datang. Sebaik sahaja pintu dibuka kami lihat ada beberapa orang lelaki di
luar sana. Kesemua mereka berbangsa Tionghua. Kami dengar mereka
bercakap-cakap sesuatu dengan Pak Long.

Melihatkan air muka dan cara mereka berpakaian kami sudah dapat
mengagak siapa mereka itu. Mereka semua komunis. Apakah tujuan mereka
datang malam-malam buta begini? Perkara tersebut terus menghantui
fikiran makcik. Kami sudah mula berasa risau. Kami terus mengintai
dari celah-celah pintu. Kami ingin tahu apa sebenarnya yang sedang
terjadi.

Pada masa yang sama kami sudah mula berasa takut. Menurut cerita
orang, komunis suka bunuh orang. Sekarang mereka sudah berada di rumah
kami. Apa yang mereka mahu?

Sebentar kemudian makcik lihat Pak Long masuk ke dalam. Dia nampak
kami dan segera menyuruh kami sumua bersembunyi. Seperti yang
diarahkan kami masuk ke bilik dan segera bersemubunyi. Selepas itu
makcik tak tahu apa yang terjadi.

Setelah setengah jam selepas itu kami dengar Pak Long masuk semula.
Kami pun segera keluar dari tempat persembunyian. Makcik dan semua
sepupu makcik terus mendapatkan Pak Long dan Mak Long. Kami ingin tahu
apa yang sudah terjadi.

Sebenarnya pada ketika itu semua komunis tadi baru saja beredar pergi
meninggalkan rumah kami. Dari cerita Pak Long, makcik mendapat tahu
dia telah digertak dan diugut oleh komunis-komunis itu.
"Mereka datang nak minta makan," bisik Pak Long kepada kami. Suaranya
kedengaran gementar. Menurut Pak Long komunis itu mungkin akan datang
lagi.

Kami mendengar cerita Pak Long dengan rasa takut. Komunis itu mengugut
akan membunuh kami semua jika Pak Long enggan memenuhi kehendak
mereka.

Sebenarnya beberapa hari sebelum kejadian tersebut, komunis telah
muncul di rumah salah seorang jiran kami. Apa yang terjadi ke atas
keluarga tersebut amat menyayat hati. Makcik tak berapa ingat nama
jiran makcik itu. Tapi salah seorang daripada anak mereka sebaya
dengan makcik dan sepupu makcik. Dia berkawan dengan kami.

Peristiwa sedih itu berlaku tanpa disangka-sangka. Pada suatu malam
bapa kepada kawan makcik itu baru sahaja menang judi. Dia bawa pulang
banyak wang. Entah bagaimana komunis datang ke rumahnya malam itu.
Mereka minta wang dan makanan. Dia tak bagi. Akhirnya komunis bunuh
dia, isteri dan anak-anaknya.

Entah macam mana secara diam-diam kawan makcik dapat melarikan diri.
Dia datang ke rumah kami. Sambil menangis-nangis dia ceritakan apa
yang terjadi ke atas keluarganya. Kerana bimbang kalau-kalau komunis datang mencarinya maka Pak Long sembunyikan dia di dalam gulungan tikar. Sudah ditakdirkan umurnya masih panjang. Nasib dia baik kerana komunis tak datang.

Kejadian tersebut menjadi bukti kekejaman komunis. Mereka tidak
mengenal mangsa. Sesiapa sahaja yang enggan menurut kehendak mereka
pasti akan menerima akibatnya. Jadi, apabila komunis muncul malam itu,
kami semua berasa amat takut.

Keesokan harinya Pak Long menunggang basikal dan terus menuju ke pekan
Bentung. Pak Long memakai topi besar untuk melindungi mukanya dari
dicam. Kata Pak Long komunis bukan sahaja ada di dalam hutan tetapi
agennya ada di bandar.

Kami tahu apa tujuannya Pak long ke pekan pagi itu. Tapi kami diminta
jangan bising atau mengheboh-hebohkannya. Pak Long menyuruh kami
duduk diam di dalam rumah. Sampai di pekan, Pak Long terus ke balai polis. Dulu tempat ini dipanggil rumah pasung. Pak long membuat laporan polis mengenai
kejadian komunis muncul di rumah kami malam tadi.

Setelah mengambil keterangan, pihak polis menyuruh Pak long pulang.
Polis mengiring Pak Long dari jarak jauh. Ini dilakukan kerana pihak
polis bimbang kalau-kalau ada agen komunis terlihat Pak Long berhubung
dengan mereka dan cuba melakukan sesuatu di tengah jalan nanti.
Mujurlah tiada apa-apa yang berlaku. Pak long samai di rumah dalam
keadaan selamat.

Sampai di rumah, Pak Long terus menceritakan apa yang pihak polis
arahkan kepadanya. Menurut Pak Long, pihak polis hanya akan datang
pada hari esok. Mereka sedang mengatur satu rancangan bagaimana hendak
memberkas pengganas komunis itu. Sementara itu jika komunis datang
lagi malam nanti mereka menyuruh Pak Long melayannya seperti biasa.
kalau mereka minta makan, berikan sahaja. Begitu arahan polis kepada
Pak long.

Malam kedua komunis itu datang lagi. Seperti malam sebelumnya, mereka
datang untuk meminta makanan. Sebagaimana yang diarahkan oleh pihak
polis, Pak Long pun memberi beras, tepung, susu dan gula kepada
komunis-komunis itu. Setelah memperolehi barang-barang tersebut,
komunis itu pun beredar pergi.

Keesokan harinya pihak polis pun datang. Mereka datang seorang demi
seorang. Mereka juga tdak memakai pakaian seragam sebaliknya memakai
pakaian biasa. Pakaian seragam disimpan di dalam satu bekas dan
dijinjing.

Pihak polis juga tidak menampakkan senjata mereka. Senapang dan
pistol mereka dibungkus dengan kain. Senjata itu kemudiannya
ditinggalkan di celah-celah semak di sepanjang jalan menuju ke rumah
kami.

Semua ini dilakukan bagi mengelakkan kehadiran polis dikesan pihak
komunis. Ini kerana kawasan di sekeliling rumah kami dipenuhi hutan
belukar. Komunis mungkin bersembunyi di situ dan mengintai dari
celah-celah semak. Seorang demi seorang daripada anggota-anggota polis
itu datang ke rumah kami. Oleh kerana rumah kami tinggi, mereka masuk
ke bawah rumah dan bersembunyi di situ. Keliling rumah kami telah
dipagar dengan papan dan tiada sesiapa pun yang dapat melihat siapa
yang bersembunyi di bawah rumah.

Sepanjang hari itu, Pak Long ditugaskan mencari 'kayu api'. Sambil
mengutip kayu api Pak Long akan mengutip senjata-senjata yang
ditinggalkan pihak polis tadi lalu diikat bersama-sama kayu api
tersebut. Semuanya dibawa pulang ke rumah. Dia melakukan perbuatan
tersebut berulang kali sehingga habis semua senjata tersebut dibawa
pulang.

Sampai di rumah, senjata-senjata tadi diserahkan semula kepada pihak
polis yang sudah bersedia menunggu di bawah rumah. Mereka juga sudah
menukar pakaian dan kini kesemua mereka lengkap berseragam. Mak Long
memasak makanan dan memberi mereka makan.

Malam itu seperti yang dijangkakan komunis-komunis itu datang lagi.
Seperti malam-malam sebelumnya mereka datang meminta makan. Selepas
berbual beberapa ketika dengan komunis-komunis itu, Pak Long pun
segera masuk ke dalam. Anggota-anggota komunis itu terus menunggu di
pintu dapur.

Pak Long terus menuju ke tengah rumah dan mengelak daripada dilihat
oleh komunis-komunis itu. Sampai di suatu sudut Pak Long membuka papan
lantai dan segera memberitahu pihak polis tentang kedatangan komunis
itu. Papan-papan lantai tersebut memang telah ditanggalkan sebelumnya.

Sebaik sahaja diberitahu, separuh daripada pihak polis segera naik ke
atas melalui papan-papan lantai yang terbuka tadi. Sebahagian lagi
mengepung dari luar. Komunis itu benar-benar terperangkap. Mereka
diserbu dari luar dan dalam. Akhirnya kesemua mereka berjaya diberkas.
Mereka ditahan dan dibawa ke bandar.

Rupa-rupanya kejadian ini telah membangkitkan kemarahan rakan-rakan
mereka yang lain. Beberapa hari selepas itu segerombolan komunis telah
datang menyerang hendap dekat sebuah bukit berhampiran dengan sebuah
tanah perkuburan.

Komunis mula mengganas. Mujurlah sejak kejadian tempohari pihak polis
telah meletakkan anggotanya di semua kawasan hutan berhampiran. Pihak
komunis tidak sempat mara lebih jauh lagi.

Komunis dan pihak polis bertempur sepanjang malam di kawasan bukit
tersebut. Makcik mendapat tahu kemudiannya tidak kurang 30 orang
komunis berjaya dibunuh. Mayat-mayat mereka dapat dilihat dengan jelas
di dalam trak-trak polis yang melalui kawasan berhampiran rumah kami.

Begitulah beberapa kejadian yang tak dapat makcik lupakan berlaku di
dalam hidup makcik pada zaman komunis dahulu. Makcik benar-benar
bersyukur kepada tuhan kerana makcik terselamat dan dapat meneruskan
kehidupan sehingga ke hari ini.

Tuesday, August 29, 2006

Fakta dunia (3)

* Mengunyah chewing gum semsa menghiris bawang boleh mengelakkan mata pedih

* Sebenarnya tiada soda dalam air soda

* Sendawa atau bersin merupakan satu kesalahan undang-undang di gereja Omaha, Nebraska sementara memelihara anjing pula melanggar undang-undang Ireland


* Lebih banyak wang monopoli dicetak setahun berbanding duit sebenar di seluruh dunia

* Tulang paha manusia lebih keras berbanding konkrit

* Kebanyakan orang menggunakan berus gigi warna biru berbanding merah

* Tulang rusuk bergerak lima juta kali setahun setiap kali bernafas

* Burung pungguk hanya boleh melihat warna biru

* Lebah madu mempunyai bulu mata

* Badan obor-obor laut terdiri daripada 95 peratus air

* Satu perempat manusia memakan 35,000 keping biskut sepanjang hidupnya

* Mentadak mentadu adalah serangga yang boleh memusingkan kepalanya

* Semua kincir angin bergerak mengikut pusingan jam kecuali di Ireland

* Secara purata, jantung landak akan berdenyut 300 kali seminit

* Seekor gajah dewasa boleh membawa dua gelen air dalam belalainya

* Jika ikan emas ditinggalkan dalam bilik gelap selama beberapa minggu, ia akan bertukar kepada warna putih secara perlahan-lahan

* School (sekolah) berasal daripada perkataan greek -'sockle' - yang bermaksud 'leisure' (kesenangan)

* Belalang mempunyai darah berwarna putih

* Bintang laut atau tapak sulaiman mempunyai mata disetiap hujung lengannya. Tapak sulaiman juga boleh mengeluarkan perutnya

* Otot pada rahang manusia boleh menerima tekanan sehingga 219 kg

* Sebanyak 25,000,000 batang paku telah digunakan untuk membina menara Eiffel Tower

* Wilayah Florida lebih besar berbanding England

* Gigi manusia hampir sama dengan kekerasan batu


* Air terjun Angel di Venezuela (Amerika Selatan) yang tingginya 988.31 meter, adalah air terjun tertinggi di dunia dan lapan belas kali tinggi daripada Air terjun Niagara

* Separuh daripada tulang dalam badan manusia terdapat dipergelangan tangan, buku lali, tangan dan kaki

* Litar motosikal di Picola Madonie di Scily, Itali mempunyai 9,350 selekoh bagi perlumbanya.

* Otak manusia mempunyai 1,000 juta sel. Setiapnya bersambung kepada sekurang-kurangnya 10 sel berlainan untuk pelbagai fungsi

* Semasa tidur, satu perempat daripada tenaga badan pergi ke otak kerana keaktifan 10,000,000,000 sel saraf perlu dipelihara.

* Berat otak manusia hanya 2 peratus daripada berat badan tetapi ia menggunakan 25 peratus oksigen yang disedut semasa berehat atau tidur

* Setiap hari jantung manusia mengepam darah seperti melakukan kerja mengangkat satu tan barang ke tingkat lima

* kita boleh mencampurkan nitrogen dan oksigen dan menghasilkan 100 juta tan makanan tumbuhan (baja) setahun

* Orang pertama menggunakan sapu tangan adalah King Richard II dari England (1367-1400). Beliau membawa sekeping kain kecil yang digunting untuk menyapu dan membersihkan hidungnya

* Gurun Sahara di utara Afrika, mendapat namanya daripada 'sahra' yang bermaksud liar atau terbiar

* Manusia akan hidup lima setengah minit lebih lama bagi setiap batang rokok yang tidak dihisap

* Sebuah ladang di Byelorussia (Soviet Union) menawarkan bonus sebulan gaji bagi pekerja yang tidak merokok

* Pada 1905 seorang lelaki yang hanya dikenali sebagai Forestier telah memanjat 729 anak tangga menara Eiffel di Perancis dalam masa 3 minit 12 saat untuk sampai ke puncak

* Semasa kempen Napoleon di itali pada 1796-97, pakar perubatannya telah menyediakan ambulan pertama bagi yang sakit dan cedera

* Sebanyak 64 otot digunakan untuk memasamkan muka tetapi hanya 18 otot digunakan untuk senyum. Jangan membazirkan tugas otot muka anda

* Air liur manusia dikatakan sangat mujarab untuk mengubati luka dikulit atau terbakar

* Wanita pertama yang mendapat hak mengundi adalah dari New Zealand

* Kulit yang menyaluti seluruh badan manusia dianggarkan berukuran 18.5 meter persegi

* Ulat sutera boleh memintal benang sutera sehingga 86 ribu kali berat badannya dalam masa 56 hari

* Badan akan kehilangan haba sehingga 23 kali lebih lama dalam air berbanding udara dalam suhu yang sama

* Seorang dewasa yang kuat bekerja akan berpeluh sehingga 4 gelen sehari tapi kebanyakan peluhnya akan tersejat sebelum sempat mereka menyedarinya. Bagaimanapun kuantiti peluh yang terhasil bukan hanya bergantung kepada suhu dan kerja yang dibuat tetapi juga kelembapan cuaca ketika itu. Apabila kelembapan tinggi seperti di negara kita peluh yang keluar lebih banyak berbanding dengan kawasan yang berkelembapan rendah. Mengeluarkan peluh amat penting bagi penyejukan badan tetapi anjing yang tiada kelenjar masih boleh menyejukkan badannya. Haiwan ini akan mencungap-cungap (menjelirkan lidahnya) untuk mengeluarkan haba

* Lelaki 6 kali lebih mudah dipanah petir daripada wanita

* Dianggarkan berjuta-juta pokok di dunia ditanam secara tidak sengaja oleh tupai yang menyembunyikan biji benih, kekacang dan kemudian mereka terlupa tempat menanamnya

* Sebanyak 50,000 perkataan digunakan oleh Ernest Vincent Wright untuk menghasilkan novel Gadsby. Tetapi tiada satu pun perkataan dalam novel itu mempunyai huruf E.

* Huruf yang paling kerap digunakan dalam bahasa inggeris ialah E manakala Q adalah huruf yang paling kurang digunakan

* Pencungkil gigi adalah objek yang biasanya menjadi punya rakyat amerika tercekik

* Setiap 45 saat, sebuah rumah dijilat api di Amerika Syarikat

* Laut merah di Asia Barat mendapat namanya daripada warna alga merah dipermukaannya

* Stesen kuasa atom pertama di dunia telah dibina di Obinsk berhampiran Moscow dan memulakan operasinya dalam tahun 1954

* Sudan di Afrika dikelilingi 8 negara iaitu Mesir,Libya,Chad,Republik Afrika Tengah,Zaire,Uganda,Kenya dan Ethopia

* Matahari adalah 330,330 kali lebih besar daripada bumi

* Terdapat lebih 50,000 gempa bumi diseluruh dunia setiap tahun

* Corak dihidung anjing digunakan sebagai pengenalan seperti cap jari pada manusia

* Lembu adalah haiwan yang buta warna, oleh itu ia akan mengejar apa sahaja yang dikibarkan di hadapannya oleh matador samada kain merah atau kuning

* Epal lebih berkesan daripada kafeina untuk membuatkan seseorang itu mudah bangun pagi

* Menghidu (bukan makan) pisang atau epal hijau boleh membantu mengurangkan berat badan

* Purata berat seketul bongkah ais (iceberg) adalah 20,000 tan


* Menurut Dr. Anna sukar melelapkan mata berkait rapat dengan kaki kesejukan. Apabila ini berlaku, salur darah di bahagian kaki mengecut. Akibatnya haba tidak dapat dibebaskan. Haba yang terperangkap itulah punca anda tidak mengantuk. Kesimpulannya kaki perlu dipanaskan dan cara terbaik ialah berstoking.

* Hanya 3 ibu negara di dunia yang ejaannya bermula dengan huruf O - Ottawa di Kanada, Oslo di Norway dan Ouagadougou di Burkina Faso (benua Afrika)

* Helang dapat melihat sesuatu objek pada jarak 1.6 km. Manusia bagaimanapun hanya mampu melihat sejauh 495 meter sahaja.

* Untuk menghasilkan 0.4 kg madu, seekor lebah pekerja perlu hinggap pada dua juta kuntum bunga. Sepanjang hayatnya pula, lebah pekerja itu hanya mampu menghasilkan satu setengah kecil madu sahaja

* Kandungan karbon dalam badan manusia mencukupi untuk menghasilkan 9,000 batang pensel.

* Ketika melut kering, anda tidak akan dapat menikmati sebarang makanan. Ini kerana air liurlah yang membantu kita merasa sesuatu yang masin,manis,masam atau sebagainya

* Apabila anda mengecam muka seseorang anda sedang menggunakan otak sebelah kanan

* Piramid dibina menggunakan 2,300,000 bongkah batu yang mana setiap satu beratnya 2,500kg.

* Pada retina mata, terdapat lebih seratus juta sel yang cukup sensitif terhadap cahaya

* Asid hidroklorik dalam tubuh manusia cukup pekat sehingga ia boleh melarutkan kuku

* Jika 80 peratus hati manusia dipindahkan, bahagian yang tinggal masih boleh berfungsi, malahan ia akan membesar ke saiz asal dalam tempoh tertentu

* Pada Januari 1904 panggilan kecemasan dikenali dengan sebutan CQD. CQ adalah kependekan daripada sebutan seek you sementara D untuk danger. Bagaimanapun 1906 ia ditukar kepada SOS kependekan daripada Save Our Soul

* Perlawanan akhir bola sepak piala dunia 1970 antara El Savador dan Honduras adalah yang paling buruk dalam sejarah. Ekoran keputusan kontrovesi itu, kedua-dua negara terbabit terlibat dalam satu kancah peperangan yang akhirnya tamat dalam tempoh 3 hari

Gambar Belangkas