Showing posts with label Restoran Thailand De' Seafood. Show all posts
Showing posts with label Restoran Thailand De' Seafood. Show all posts

Sunday, July 20, 2014

Restoran Thailand De' Seafood

Assalammualaikum...

Minggu ni minggu terakhir puasa untuk tahun 2014... Hopefully korang still sihat wal'afiat la ye sampai hari ni... Baju raya da beli ke, kuih raya korang tunjuk-tunjuk je ke korang buat... Mrs. Yan tak buat apa pun lg... Tengoklah, kalo rajin, ada lah kuih yang kami buat... Hikhikhik... 

Sebenarnye nak cite alkisah Mrs. Yan ngan Mr. Aid g ke Lost World Tambun sebelum puasa hari tuh... Dah alang-alang, ktorg plan nak g Teluk Intan jumpa si gedik Dayah dulu... Balik je keje hari Jumaat, ktorang terus bertolak ke Teluk Anson. Sampai sana lebih kurang pukul 10 malam, Dayah bawak la kami makan kat Restoran Thailand De' Seafood ni... Memang da janji pun kalo datang sana Dayah nak blanje makan kat restoran nieh :)




Ktorang amik set 1, RM35.00;
- Tomyam
- Siakap 3 rasa
- Kangkung belacan
- Telur dadar
- 2 pinggan nasi putih
- Laicikang, RM3.00
- 2 gelas kecil air tembikai, RM5.00






 Ni special kat sini, Dayah request sebab dia slalu datang sini kan... Roti telur tuh letak susu pekat ngan gula... Sedap baq hang... :)

Overall makan sedap... Staf restoran ni memang dari Thailand so tomyam dia best, siakap 3 rasa ktorang tukar siakap stim pun sedap gak, plus dengan roti telur yang superb tuh... Tak sia-sia la makan kat sini...

So, kalo korang bercuti kat Teluk Intan, korang try la search Kampung Bahagia, 36000 Teluk Intan, Perak. Direction dia kalo korang dari Kolej Komuniti Teluk Intan, nanti KKTI kat belah belah kiri korang, terus je nek jambatan, pastu terus je lagi sampai korang jumpa jambatan kedua, pastu terus lagi, korang tengok kt belah kanan korang, jumpalah Thailand De' Seafood :) Lepas ni Mrs. Yan cite ktorang brunch katne lak sebelum gerak g Tambun...

-Thanks for reading-
 

Gambar Belangkas