Showing posts with label Enrich. Show all posts
Showing posts with label Enrich. Show all posts

Sunday, July 5, 2015

PROMOSI 50% OFF ENRICH UNTUK PENUKARAN MILES KE CHINA, HONG KONG DAN TAIPEI



Promosi redeem tiket kapal terbang MAS dengan menggunakan hanya 30%-50% daripada jumlah Enrich Miles yang diperlukan kini sudah bermula! Kalau korang memang bercadang untuk ke China, Hong Kong atau Taipei.. dan Enrich Miles masih banyak dalam simpanan, apa kata ambil peluang ini.
 
Sebagai menghargai Negara China sebagai salah satu pengguna tegar MAS, mereka amat bermurah hati untuk menambat hati mereka untuk ke sini dan juga untuk kita ke sana. Promosi ini dinamakan 'Wo Ai Ni' yang membawa maksud "I love You". Ehem.. ehem..
 
Penerbangan bukan sahaja dari Kuala Lumpur, tetapi juga dari beberapa lapangan terbang lain di Malaysia seperti Kota Kinabalu dan Kuching. Dari serendah 5,000 Enrich Miles sahaja dah boleh terbang dari Kota Kinabalu ke Hong Kong! Best tu..!!




Redemption bermula dari sekarang sehingga 14 Julai 2015 untuk penerbangan segera, iaitu anytime bermula dari sekarang sehingga 31 Oktober 2015.
 
Ohya, bukan itu sahaja..
 
Sempena promosi Wo Ai Ni ini, MAS juga memberikan 2X Enrich Miles untuk setiap hotel booking yang dibuat di Rocketmiles.com. Haa!! Ini memang double syiok sebab dalam keadaan biasa kita boleh dapat 1,000 Enrich/night. Kalau double means kita leh dapat 2,000 Enrich/night. Bayangkan kalau duk sana 3 malam, bermaksud 3 x 1000 x 2 = 6,000 enrich miles! Ni dah leh dapat 1 lagi tiket free ni..!!

register rocketmiles and book today!

So ape lagi rakan-rakan maya travelers sekalian? Inilah masanya nak bawa anak-anak pergi Disneyland Hong Kong atau panjat Great Wall of China, betul tak?

Monday, April 13, 2015

DAPATKAN 10% MORE ENRICH MILES DARIPADA KAD KREDIT ANDA

 
Sebelum ini saya ada menulis tentang promosi dari Maybank 2 Cards tentang 10% bonus Enrich. Rupa2nya bukan Maybank saja ada promo ni.. bank-bank lain pon ada juga. Saya punye kekhilafan sebab tak check betul2. Saya terlalu asyik dan focus menggunakan kad kredit maybank sampai termissed promosi dari kad kredit bank lain.


Selain daripada maybank, promosi 10% bonus Enrich Miles juga berlangsung untuk kad kredit dari bank-bank berikut :

1. BSN


2. HONG LEONG BANK

3. RHB BANK

4. ALLIANCE BANK

5. PUBLIC BANK

Semuanya gambo telur emas dalam kalangan telur ayam biasa, ek. Huhu...
 
Dan mungkin ada lagi bank-bank lain yang mendapat tawaran promosi yang sama dari Enrich.. saya tidak pasti. Korang leh check dengan bank kad kredit korang untuk mendapatkan manfaat promosi ini.

Promosi ini berlangsung dari 1 April sehingga 30 April 2015.

Berminat dengan Enrich? Apa kata baca pelbagai lagi tips dan trick untuk mengumpul Enrich Miles di SINI.




SAYA DAPAT 6,000 ENRICH MILES DENGAN BUAT HOTEL BOOKING DI ROCKETMILES

Sebelum ini saya pernah menulis tentang Rocketmiles. Korang tahu tak ape itu Rocketmiles? Pengumpul Enrich Miles, sila ambil tahu tentang Rocketmiles jika masih tak tahu sebab Rocketmiles memang rocks!

Sebelum ini saya buat hotel reservation secara terus dengan hotel. Hotel yang saya pilih adalah dari senarai Enrich partnes and affiliate... sebab saya boleh mendapat 600 enrich miles untuk setiap stay (STAY yer, bukan NIGHT) apabila bermalam di hotel tersebut. Tapi, selepas mengenali Rocketmiles, saya terus jatuh cinta. Sebab Rocketmiles boleh memberikan saya 1,000 enrich miles untuk setiap malam! Bayangkan stay 3 malam, senang-senang je dapat 3,000 Enrich Miles!
 
Saya sudah mendapat ganjaran mudah dari Rocketmiles, iaitu 6,000 Enrich Miles hanya dengan 1 kali hotel booking di website Rocketmiles itu. Wow, kan! Tak percaya, meh saya tunjukkan..
 
 
Jadual di atas adalah jadual kutipan Enrich Miles saya sendiri. Perhatikan pada 7/9/2014 saya hanya mengutip 600 enrich miles bila booking direct dengan hotel traders. Tetapi pada 22/9/2015, saya telah mendapat 6,000 enrich miles dengan hanya book hotel melalui Rocketmiles.

Saya mendapat 3,000 enrich miles untuk 3 malam dan tambahan 3,000 enrich miles lagi untuk first time booking = total 6,000 enrich miles! Saya tak pasti sama ada promosi ini masih ada atau tidak, tapi kalau ada, korang yang belum pernah booking hotel di website Rocketmiles sila berbuat demikian!
 
So ape lagi, mulakan langkah pertama dengan book hotel di Rocketmiles sekarang!
 
 


Tuesday, March 31, 2015

CONVERT MAYBANK TREATPOINTS UNTUK DAPAT 10% BONUS ENRICHMILES

Awal tahun 2015 ini, saya dan suami sudahpun convert hampir kesemua Maybank Treatpoints yang kitorang kumpul selama setahun kepada Enrich Miles, dan sudahpun redeem tiket kapal terbang kelas bisnes ke Italy pertengahan tahun ini. Saya ada update blog ini dengan entry pasal redemption yang dibuat itu di SINI.
 
Pagi tadi, masa sembang-sembang pasal GST di meja breakfast dengan suami, dia nampak ada email masuk dari maybank di smartphone. Dia terus tengok, dan dengan cerianya menunjukkan kepada saya yang Maybank dan Enrich membuat tawaran bonus. Dua tahun yang lepas kitorang dah pernah ambil peluang begini.. masa tu 15% bonus enrich. Kali ini 10%, but it is still worth it!
 

Sekarang ni, adalah sket2 belen berbaki dan hasil penggunaan kad kredit secara berhemah (cewahh!) 2-3 bulan yang lepas. Tak banyak, tapi demi mendapat tambahan 10% enrich, kami perlu ambil kesempatan ini. Caranya mudah, hanya call maybank customer service no. dan minta mereka tukarkan semua treatpoints yang ada kepada Enrich Miles. Nanti dalam 7 hari bekerja, Enrich Miles akan dikreditkan ke dalam akaun Enrich kita, plus 10% Enrich Miles bonus tu.
 
Katakan saya leh tukar treatpoints kepada 10,000 enrich, saya akan mendapat 10,000 + 1,000 bonus = 11,000. Hm, that is not bad! Bukan senang nak mendapat 1,000 enrich tau.
 
Promosi ini berlangsung dari hari ini 1 April 2015 sehingga 30 April 2015. So dalam masa sebulan ni, kumpullah treatpoints banyak-banyak. Dah nak hujung bulan nanti baru convert ke Enrich. Haa.. barulah banyak bonus leh dapat.
 
Perlu dinyatakan bahawa promosi ini diberikan kepada semua pemegang kad kredit Maybank 2 Cards Premier sahaja. So kalau korang belum memiliki kad ini, jangan lupa untuk memohon. Kad ini adalah kad kredit terbaik untuk Enrich Miles collector sebab ia memberikan 1.1 Enrich Miles untuk setiap RM1 perbelanjaan. Mana ada kad kredit lain boleh celen kad ini dalam conversion rate ke Enrich ini.  Bayangkan kita bayar RM100 untuk maxi, leh dapat 101 enrich miles, isi petrol sebulan dalam RM300, leh dapat 303 enrich miles. Senang citer, kalau sebulan kita berbelanja dalam RM1,000, kita leh collect 1,100 enrich miles!
 
Tips untuk collect Enrich Miles yang banyak? Senang jer... Gunakan kad kredit Maybank AMEX Reserve (1 daripada kad kredit Maybank 2 cards premier) ini di mana-mana sahaja, walaupun untuk makan sepotong kek RM10 di Secret Recipe pon saya bayar pakai kad kredit sebab saya leh dapat 11 enrich miles! Biarlah orang tengok saya macam teruk benor sket2 camtu pon pakai kad kredit. Nak kutuk ke ape ke saya tak kisah.. sebab saya  dan suami memang serious kumpul enrich miles ni. Disebabkan kesungguhan inilah saya dan suami dah bertahun-tahun berjaya terbang ke Eropah dengan kapal terbang MAS kelas bisnes! Kalau bayar sendiri tiket kelas bisnes ni, dalam RM20k sebenarnya.
 
SO guys, make good use of your credit card. Tapi make sure, lepas gunakan terus bayar! Install apps M2U kat henpon canggih korang. Anytime lepas buat bayaran di kaunter/internet pakai kad kredit, lepas tu terus transfer duit dari akaun kita ke kad kredit tu melalui M2U apps tu. Dengan cara ini kita takkan berhutang. Kita hanya jadikan kad kredit sebagai medium untuk membayar. It's a clean and easy transaction.

Wednesday, February 18, 2015

SAYA MEMERLUKAN ENRICH MILES.. ADA SESAPA NAK JUAL KAT SAYA TAK?




Saya sedang berangan-angan untuk ke satu destinasi idaman, tapi sekarang ni kekurangan 10,000 enrich miles untuk mendapatkan tiket MAS ke sana. So, sekiranya uolls yang membaca post ini mempunyai lebihan enrich miles yang tidak digunakan/hampir nak expired, apa kata jualkan kepada saya. 

DARIPADA ENRICH MILES UOLLS EXPIRED BEGITU SAHAJA, LEBIH BAIK JUAL KEPADA SAYA...

Macamana nak jual?
OK, senang je. Menurut Enrich Online, kita boleh pindahkan setiap enrich miles yang kita ada kepada sesapa yang kita mahu pada kos 4sen/enrich + RM40 kos administration. Saya akan bayar segala kos transfer yang dikenakan oleh Enrich ini.

 
Berapa harga saya sanggup beli? 
Saya akan tanggung kos 4sen/enrich dan adminstration fee RM40. Selain itu saya akan bayar uolls RM50 untuk setiap 5,000 enrich miles. 

Not bad, kan? Daripada enrich miles uolls expired cenggitu jer.. kan membazir. So, it's a win-win situation. Uolls dapat duit, saya dapat gi travelling ke tempat idaman saya.

So, sekiranya berminat untuk jual kepada saya, leh email saya di cutifamili@gmail.com.

Disclaimer:
Mahu saya tegaskan di sini bahawa saya mencari anda yang sukarela mahu melepaskan Enrich Miles anda kerana tidak tahu bila nak menggunakannya, atau tak sempat nak menggunakannya atau memang takde hajat nak menggunakannya. Saya bukannya mahu berurusniaga enrich miles, dan bukan mahu mendapatkan keuntungan. Saya hanya mahu mencukupkan jumlah enrich miles saya. Harap maaf jika ada yang berkecil hati atau tidak puas hati. Harap maklum.



Sunday, February 15, 2015

DAPATKAN 3X ENRICH MILES DI HOTEL HILTON


Uolls.. inilah masanya untuk dapatkan enrich miles berganda-ganda-ganda. 3X hokey, not normal stuff. Selain daripada dapat Enrich Miles, dalam masa yang sama leh continue collect HHonors points. So, apa lagi.. kalau memang bercadang nak ke mana-mana tu, jangan lupa untuk consider hotel Hilton.


Biasanya, setiap kali bermalam di Hilton, kita hanya boleh memilih antara Enrich miles atau Hhnonors points. Menurut Enrich Online, kita boleh mendapat 600 enrich miles/stay (bukan per night ye) jika kita memilih untuk mendapatkan enrich. So, dengan promo 3X ni, bermakna kita leh dapat 1,800 enrich miles setiap kali kita menghuni hotel mereka. Wowow!
En. Suami yang memangnya kerjanya outstation tu amat excited dengan promo terbaru dari Hilton ni. Hujung tahun lepas dia dapat FREE Upgrade ke Gold Member semata-mata kerana memiliki kad kredit Visa Infinite, tahun ni boleh pula kumpul HHonors dan Enrich serentak. Memang double dip terbaik!
Opss.. ni bukan double dips, ni.. ni dah dikira triple dips. Sebab :
1. Dapat HHonors points
2. Dapat 3X Enrich Miles
3. Dapat Enrich Miles dengan membayar guna kad kredit
So, uolls.. percayalah. This is an offer not to be missed!
Inilah ayat dari website Hilton yang saya copy+paste untuk maklumat bersama :

THE WEEKEND IS CALLING, MAKE YOURS A REWARDING ONE
EARN 3X ENRICH MILES WITH HILTON HHONORS

Take a relaxing weekend break with your loved ones and let Hilton HHonors™ reward you.
From 1 February to 30 April 2015, earn triple Enrich Miles with a weekend stay at any participating hotels and resorts within the Hilton Portfolio in South East Asia and India. So whether you’re planning to add vacation time to a business trip or simply craving an indulgent staycation, you can make the most of your experience with us.

To earn triple Enrich Miles, you must: (1) be a Hilton HHonors member; (2) be a member of Enrich; (3) register for this promotion on this page; (4) select Malaysia Airlines as your preferred Double Dip™ partner*.

*HOW TO SELECT YOUR DOUBLE DIP PARTNER
Start earning both Enrich Miles and Hilton HHonors points with every stay by following these simple steps:
    1.   Login to your HHonors account.
    2.   Click “Edit Profile”.
    3.  Click “Edit Preferences”.
    4.  Choose “MyWay Earning Style”, and select “Points & Miles Earning Style”.
    5.  Click “Preferred Travel Partner”.
    6.  Select Malaysia Airlines as your preferred travel partner, and enter your Enrich account number.
    7.  Save your changes.


Offer valid dari 1 Feb - 30 Apr 2015.
Jika berminat, bolehlah register di SINI.

Wednesday, February 11, 2015

JIMAT LEBIH RM20 RIBU UNTUK KELAS BISNES MALAYSIA AIRLINES KE EROPAH

Entry ini saya buat khas untuk menunjukkan kira-kira bagaimana saya dan suami terbang ke Eropah secara PERCUMA. Erm.. OK.. bukanlah percuma sepenuhnya sebab kami tetap kena bayar taxes dan surcharges. Tapi kos tambahan ini tidak banyak dan masih menguntungkan. Saya akan tunjukkan bagaimana kami jimat lebih daripada RM20 ribu untuk trip ke Itali nanti.

Antara perks naik bisnes class ialah makanan yang sedap tak putus-putus served in real plates

KOS SEBENAR PENERBANGAN KE EROPAH

Saya buat carian di website MAS untuk perjalanan ulang-alik dari Kuala Lumpur (KUL) ke Paris (CDG), tapi sebenarnya lebih kurang je harga tiket untuk mana2 destinasi MAS di Eropah. Ini adalah sebagai contoh sahaja. Hasil carian saya untuk penerbangan 2 orang dewasa pergi-balik adalah seperti berikut :

  • Tiket ekonomi = RM 5,768.00
  • Tiket bisnes = RM 29,246.00

 
Tiket kelas ekonomi untuk 2 orang

 
Tiket kelas bisnes untuk 2 orang


BERAPA ENRICH MILES YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN TIKET PERCUMA?

Di website Enrich ada dinyatakan jumlah Enrich Miles yang diperlukan untuk setiap zone. Untuk mendapatkan tiket pergi-balik ke Eropah, zone yang betul ialah Zone 5. Hanya Paris, London, Istanbul dan Frankfurt yang disenaraikan sebab itu je destinasi Eropah yang MAS pergi. Yang lain tu depa fly through Oneworld dan affiliate flights yang lain (pengiraan enrich miles untuk Oneworld dan affiliate flights berlainan dengan MAS).

Jadi untuk kami berdua, tiket penerbangan pergi balik memerlukan:

  • Tiket kelas ekonomi =  60,000 x 2orang + taxes & surcharges = 120,000 enrich miles + (RM715/pax/trip  x 4) = 120,000 enrich + RM 2,860
  • Tiket kelas bisnes = 110,000 x 2 + taxes and surcharges = 220,000 enrich miles + (RM715/pax/trip x 4) = 220,000 enrich + 2,860.00

Jadual penebusan Enrich Miles untuk Zone 5


BERAPAKAH PENJIMATAN UNTUK PENERBANGAN KE EROPAH INI?

Untuk kelas ekonomi = kos tiket sebenar [tolak] kos tiket penebusan enrich = RM 5,768 - RM 2,860 = jimat RM 2,908 ataupun 50%  dari harga tiket sebenar.

Untuk kelas bisnes = RM 29,246 - RM 2,860 = jimat RM 26,386 atau 90% daripada harga tiket sebenar!


KESIMPULAN

Berbaloi kami mengumpul Enrich selama ini. Jimat lebih daripada RM 20,000 untuk menikmati kelas bisnes MAS yang terkenal dengan keselesaan dan layanan istimewa.

Nak tahu bagaimana saya dan suami mengumpul Enrich miles bgitu banyak? Salah satu cara yang ohsem ialah daripada ROCKETMILES di mana saya boleh dapat 1,000 enrich untuk setiap malam penginapan.

Selain daripada itu, kitorang collect enrich miles dengan beberapa cara lain yg saya ada stori di entri saya sebelum ini:

1. Kumpul 2x Enrich semasa booking hotel di Agoda
2. Kumpul Enrich di hotel-hotel affiliate ini
3. Cara kumpul Enrich tanpa naik kapal terbang



Tahun lepas kami ke Jerman pon guna teknik yang sama. Masa tu dapat naik kapal terbang MAS yang baru A380 kelas bisnes. Memang best! Jom baca kat sini sebagai panduan.


Gambar Belangkas