Entry ini saya buat khas untuk menunjukkan kira-kira bagaimana saya dan suami terbang ke Eropah secara PERCUMA. Erm.. OK.. bukanlah percuma sepenuhnya sebab kami tetap kena bayar taxes dan surcharges. Tapi kos tambahan ini tidak banyak dan masih menguntungkan. Saya akan tunjukkan bagaimana kami jimat lebih daripada RM20 ribu untuk trip ke Itali nanti.
Antara perks naik bisnes class ialah makanan yang sedap tak putus-putus served in real plates
KOS SEBENAR PENERBANGAN KE EROPAH
Saya buat carian di website MAS untuk perjalanan ulang-alik dari Kuala Lumpur (KUL) ke Paris (CDG), tapi sebenarnya lebih kurang je harga tiket untuk mana2 destinasi MAS di Eropah. Ini adalah sebagai contoh sahaja. Hasil carian saya untuk penerbangan 2 orang dewasa pergi-balik adalah seperti berikut :
- Tiket ekonomi = RM 5,768.00
- Tiket bisnes = RM 29,246.00
Tiket kelas ekonomi untuk 2 orang
Tiket kelas bisnes untuk 2 orang
BERAPA ENRICH MILES YANG DIPERLUKAN UNTUK MENDAPATKAN TIKET PERCUMA?
Di website Enrich ada dinyatakan jumlah Enrich Miles yang diperlukan untuk setiap zone. Untuk mendapatkan tiket pergi-balik ke Eropah, zone yang betul ialah Zone 5. Hanya Paris, London, Istanbul dan Frankfurt yang disenaraikan sebab itu je destinasi Eropah yang MAS pergi. Yang lain tu depa fly through Oneworld dan affiliate flights yang lain (pengiraan enrich miles untuk Oneworld dan affiliate flights berlainan dengan MAS).
Jadi untuk kami berdua, tiket penerbangan pergi balik memerlukan:
- Tiket kelas ekonomi = 60,000 x 2orang + taxes & surcharges = 120,000 enrich miles + (RM715/pax/trip x 4) = 120,000 enrich + RM 2,860
- Tiket kelas bisnes = 110,000 x 2 + taxes and surcharges = 220,000 enrich miles + (RM715/pax/trip x 4) = 220,000 enrich + 2,860.00
Jadual penebusan Enrich Miles untuk Zone 5
BERAPAKAH PENJIMATAN UNTUK PENERBANGAN KE EROPAH INI?
Untuk kelas ekonomi = kos tiket sebenar [tolak] kos tiket penebusan enrich = RM 5,768 - RM 2,860 = jimat RM 2,908 ataupun 50% dari harga tiket sebenar.
Untuk kelas bisnes = RM 29,246 - RM 2,860 = jimat RM 26,386 atau 90% daripada harga tiket sebenar!
KESIMPULAN
Nak tahu bagaimana saya dan suami mengumpul Enrich miles bgitu banyak? Salah satu cara yang ohsem ialah daripada ROCKETMILES di mana saya boleh dapat 1,000 enrich untuk setiap malam penginapan.
Selain daripada itu, kitorang collect enrich miles dengan beberapa cara lain yg saya ada stori di entri saya sebelum ini:
1. Kumpul 2x Enrich semasa booking hotel di Agoda
2. Kumpul Enrich di hotel-hotel affiliate ini
3. Cara kumpul Enrich tanpa naik kapal terbang
Tahun lepas kami ke Jerman pon guna teknik yang sama. Masa tu dapat naik kapal terbang MAS yang baru A380 kelas bisnes. Memang best! Jom baca kat sini sebagai panduan.
No comments:
Post a Comment