Lawatan Dewan Harian PAS Pusat ke negeri Johor pada 27&28 feb(jumaat dan Sabtu) berjalan lancar. Ia di atur oleh Lajnah Penerangan PAS Pusat ke seluruh negeri2 bagi menyantuni rakyat, bertemu kepimpinan negeri, ceramah&dialog dan ziarah tokoh masyarakat.
Alhamdulillah, kemuncaknya petang semalam, YB Dato' Seri Tuan Guru Hj Abd Hadi Awang menyempurnakan perasmian Bangunan baru PAS Johor bernilai RM1.5 juta yang terletak di Bandar Baru Uda, hanya beberapa kilometer dari Johor Bharu.
Peristiwa bersejarah ini bukan sahaja di saksikan oleh pemimpin tertinggi PAS Pusat, tapi juga pimpinan Pakatan Rakyat seperti YB Lim Kit Siang, YB Liew Chin Tong, YB Dr Boo Cheng Hau, Hassan Karim dan ADUN2 PR. Kehadiran mereka membuktikan hubungan dalam PR kekal utuh dan mantap.
TERUS BERISTIQAMAH
No comments:
Post a Comment