Malam semalam berakhirlah majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa ke 54 Tahun 2012. Bermula dari 6hb hingga 13 Julai 2012 bertempat di Dewan Merdeka , PWTC.
Seramai 64 peserta (41 Qari dan 23 Qariah) telah memperdengarkan bacaan masing-masing. Johan Qari dan Qariah akan menerima wang tunai RM40,000, naib johan akan menerima RM30,000 dan tempat ketiga menerima RM20,000. Kerajaan Malaysia telah meningkatkan hadiah untuk 8 perserta ke atas.
Keputusannya untuk bhgn Qari, Malaysia menjadi johan, manakala di bhgn Qariah, johan adalah dari negara Maghribi/Morroco. Qariah Malaysia telah menduduki tempat ke-3. Persaingan adalah sangat sengit di bhgn Qariah kerana pemenang pertama sehingga ketiga SEMUAnya mendapat markah yang sama, iaitu 94 markah. Oleh itu kemenangan ditentukan dengan penilaian tajweed, dengan perbezaan yang sangat sedikit.
Johan Qari dan Qari'ah 2012
QARI'
======================================
Johan
Mohammad Anuar Ghazali (95.33%) dari Malaysia
Naib Johan:
Amin Pouya Amer (91.67%) dari Iran
Tempat ketiga:
Raden Harmoko Baharuddin (90.16%) dari Indonesia
Tempat keempat:
Ahmad Muhammad Al-Khalidi (89.84%) dari Maghribi
Tempat kelima:
Ahmad Mailud Syawish (88%) dari Algeria

QARIAH
==================================
Johan
Hasnaa’ Muhammad Khoulali (94% – 38.67% Tajwid) dari Maghribi
Naib Johan
Rahmawati Bakri Hunawa (94% – 38.20% Tajwid) dari Indonesia
Tempat ketiga
Hajah Che Aminah bt Che Awang (94% – 38.17%) dari Malaysia
Tempat keempat
Dayang Nurfaezah Hj. Emran (89.33%) dari Brunei
Tempat kelima
Mashitah Ibrahim (84%) dari Thailand

TAHNIAH KEPADA SEMUA PEMENANG
(gambar ihsan: http://www.anakulucheka.com/ )