Showing posts with label Pemujaan. Show all posts
Showing posts with label Pemujaan. Show all posts

Thursday, August 6, 2015

ANGKARA FENOMENA BULAN BIRU


Polis menyiasat kemungkinan pembunuhan seorang wanita warga emas dan dua anak lelakinya ada kaitan dengan amalan pemujaan ketika fenomena bulan biru, minggu lalu.


Mayat Voncile Smith, 77, dan dua anaknya Richard, 49, serta John, 47, ditemui Jumaat lalu di kediaman mereka di Pensacola, kata Syerif Daerah Escambia David Morgan.

Menurutnya, penyiasat percaya keluarga itu dibunuh sekitar jam 7 malam pada Selasa minggu lalu.
“Berdasarkan siasatan awal, pembunuhan itu membabitkan amalan pemujaan.

“Cara pembunuhan dilakukan - pukul mangsa dengan objek tumpul, mengelar leher dan cara mayat itu disusun - meyakinkan kami mengenai perkara itu. Tambahan pula orang yang disiasat mempunyai hubungan dengan amalan atau agama yang menunjukkan kemungkinan itu.

“Waktu kematian pada Selasa minggu lalu juga serentak dengan fenomena bulan biru yang berlaku setiap tiga tahun,” katanya.

Bulan biru merujuk kepada bulan penuh kedua dalam bulan kalendar. Bulan lalu, bulan penuh berlaku pada 2 dan 31 Julai.

Akhbar Pensacola News Journal melaporkan keluarga Smith mengenali orang yang kini disiasat polis berhubung kejadian itu.

Penyiasat menolak kemungkinan suspek memasuki rumah mangsa untuk merompak kerana sejumlah besar wang masih berada di dalam kediaman itu.

Sunday, September 7, 2014

BUAT RITUAL MAHU ANAK HIDUP SEMULA

Akibat taasub dengan kepercayaan karut, sepasang suami isteri sanggup menyembunyikan kematian bayi mereka sejak Selasa lalu bagi membolehkan upacara pemujaan roh dijalankan kononnya untuk ‘menghidupkan’ semula bayi berkenaan.

LELAKI terbabit memangku mayat bayinya.


Difahamkan, bayi lelaki itu adalah anak pertama hasil perkahwinan pasangan berusia 27 dan 30 tahun berkenaan yang dipercayai dilahirkan kira-kira jam 1 pagi pada hari kejadian di sebuah rumah sewa di Jalan Lapangan Terbang, di sini.

ISTERINYA ketika dibawa ke balai polis.

Bagaimanapun, bayi berkenaan meninggal dunia ketika dilahirkan sebelum pasangan itu dengan dibantu kedua-dua ibu mereka melakukan ritual karut bagi menghidupkan semula bayi berkenaan.

Sumber berkata, selepas gagal dalam ritual itu, bapa bayi itu menghubungi pemilik rumah sewa mereka bagi memaklumkan kematian bayi berkenaan yang kemudiannya melaporkan perkara itu kepada polis, kelmarin.

Katanya, pasangan terbabit bersama ibu mereka akhirnya akur bayi itu tidak dapat dihidupkan semula selepas cubaan mereka menjalankan upacara mistik berkenaan menemui jalan buntu.

Sumber dari Akhbar Tempatan

Gambar Belangkas