Showing posts with label Jana income. Show all posts
Showing posts with label Jana income. Show all posts

Tuesday, September 8, 2015

Kerja petik buah anggur di australia.



Kerja petik buah anggur di australia (Work picking grapes in australia). Adakah anda bercita-cita ingin bekerja di luar negara dan memperolehi pendapatan yang tinggi hampir setiap minggu? Nah, peluangnya kini dibuka, bekerja sebagai pemetik buah di autralia dengan pendapatan luar biasa. Hubungi kami sekarang!




Aku bukan nak buat iklan ya, tetapi aku menerima mesej seperti di atas. Katanya, kerjaya pemetik buah di australia ini menjanjikan pendapatan yang tinggi jika dibandingkan dengan pendapatan di malaysia. Mungkin ada logiknya. Melalui bacaan aku di sebuah blog, pendapatan mingguan bagi seorang pemetik buah di sana adalah bersamaan RM1400. Ini adalah bersamaan dengan "basic" gaji aku sekarang!

Bayangkan, 1 minggu mereka boleh dapat pendapatan sebanyak itu, kalau sebulan? Kita yang bekerja disini, boleh dikatakan berpendapatan RM2000 *mengikut basic RM1400* sebulan. Itu adalah mengikut kadar pertukaran lama. Jika kita kira dengan nilai tukaran ringgit terkini, sudah pasti nilai pendapatan yang diperolehi lebih tinggi! Hmm, bunyinya seperti menarik kan?

Sebenarnya, perkara/isu ini dah lama bermain di fikiran dan minda aku. Aku sememangnya ingin mencari sesuatu yang baru *juga pendapatan yang baru* di dalam kehidupan aku. Tetapi hingga kini, aku masih kekal dengan kerjaya lama. Tidaklah aku tidak bersyukur dengan kerjaya aku sekarang, tetapi ada masalahnya. Baik, bayangkan diri korang di tempat aku. Korang dah bekerja hampir 10tahun. Sekali lagi, 10 tahun, dan basic gaji korang sekarang adalah RM1400! Apa perasaan korang? Bekerja selama 10 tahun dengan basic gaji RM1400? Suka?

Kerjaya sebagai pemetik buah di australia ini sebenarnya cukup famous di kalangan rakyat malaysia. Sebabnya? Aku punya saudara di sana. Tetapi mereka tidak bekerja sebagai pemetik buah, sebaliknya sebagai kelasi kapal. Baru-baru ni, ada lagi saudara aku ke sana. Dan memilih kerjaya sebagai pemandu teksi. Perihal kelancaran kehidupan di sana, aku kurang pasti. Yang aku pasti mereka memang bekerja di sana.

Orang kita ni lebih memikirkan kelancaran hidup. Atau dalam kata lainnya, lebih selesa berada di dalam zon selesa. Yang akhirnya, membawa kepada kehidupan biasa sepanjang hayat. Cuba tengok rakyat asing yang datang bekerja di malaysia ni. Mereka tu langsung tak tahu apa. Cakap melayu pun langsung tak betul. Punah ranah. Tapi cuba tengok kehidupan mereka. Kalaulah kerajaan malaysia membenarkan rakyat asing yang bekerja di malaysia ni beli rumah, confirm kebanyakkan rumah di sini akan dibeli oleh mereka.

Ada yang datang ke malaysia sehelai sepinggang. Ambil masa beberapa tahun di sini, akhirnya menjadi antara yang terkaya di kampung mereka. Pelik juga sebenarnya aku, mereka datang ke sini, bekerja dan menjadi kaya, rakyat malaysia bekerja puluhan tahun, kenapa tak semuanya kaya? Itu aku pelik. Argghh, malas nak fikir, sekarang point utama aku adalah, adakah aku akhirnya akan memilih kerjaya sebagai pemetik buah anggur di australia? Ataupun apa sahaja kerjaya yang ada? Itu aku akan fikirkan nanti. Kalau korang, macamana?

Wednesday, September 2, 2015

Rutin setiap pagi.


Rutin blogger.
Rutin aku setiap pagi adalah memikirkan cerita atau apakah perkongsian aku untuk blog ceritaejoy. Ya. Setiap hari aku melakukan perkara yang sama. Ada masanya, terlalu banyak cerita yang ingin aku kongsikan, ada masanya, aku hilang arah. Inilah kelebihan yang ada pada top bloggers tetapi tidak pada aku. Mereka punya banyak variasi cerita yang ingin dikongsikan.

Disinilah pentingnya niche blog. Blog tanpa niche ni, agak susah mencari bahan cerita. Bila ada orang yang tanyakan pada aku, apakah niche blog ceritaejoy. Aku akan ambil masa untuk berfikir. Jawapan yang biasa aku berikan adalah, blog ini berkongsikan tips-tips motivasi, personal, perkongsian gambar-gambar menarik, keibubapaan, fesyen lelaki dan sedikit tutorial blog. Secara rumusannya, aku sendiri tak tahu apakah niche blog aku ni.


Aku juga masih lagi mencari blogger template yang betul-betul ngam dengan blog aku ini. Sejujurnya, aku masih belum puas dengan appearance blog ni. Buat masa sekarang, aku hanya mencari free template. Bila sebut pasal barang/perkara percuma ni, almaklumlah, tak semua yang betul-betul memenuhi keinginan kita. Sampai masanya aku betul-betul serius menjadi seorang blogger, aku akan memilih template berbayar. Kerana bila kita perlu mengeluarkan wang, ini bermakna ada sesuatu yang istimewa di situ.


Aku juga masih berusaha dan terus berusaha dalam mencari "kelulusan" adsense. Orang kata, jika ada usaha, disitu terdapat banyak ilmu yang boleh kita belajar. Aku pun hampir lupa, kali ke berapa blog ceritaejoy ini di reject oleh adsense. Mulanya hati sedikit berbunga bila diluluskan untuk fasa pertama. Masuk fasa kedua, segalanya berubah. Terlalu banyak tips adsense yang aku belajar, dan hampir kebanyakkannya telah aku aplikasikan pada blog, tetapi masih juga di reject. 

Sebenarnya, penulisan blog yang memainkan peranan di dalam kelulusan adsense. Bila aku tengok balik cerita-cerita lepas, memang sedikit cacamerba. Nak buat blog memang senang, nak menulis pun senang, tapi nak menghasilkan yang betul-betul berkualiti dan tak nampak copy paste memang susah. Memang benar, kadang tu, penulisan kita adalah lahir dari diri kita sendiri, tetapi search engines bukan tahu pun, nampak sedikit ayat atau keyword yang lebih kurang, dikatanya kita copy paste. Hish.


Bercerita pasal keyword, siapa yang benar-benar faham mengenai keyword blog? Adakah top bloggers memang mahir akan keyword atau mereka ada medium khas? Aku setakat ni, cuma guna adwords keyword tool. Beza tau adsense dengan adwords ni. Nak cerita panjang pun, aku bukan hebat sangat. Yang aku faham, adsense ni medium buat duit dengan blog. Adwords pula adalah medium pengiklanan google. Isikan apa yang patut dan iklan anda akan keluar di google.

Kaitan keyword blog dengan adwords keyword tool ni adalah, ada ruangan khas di dalam adwords yang membolehkan kita search apakah keyword yang boleh kita gunakan dalam penulisan di blog. Mungkin ini adalah medium mudah (easy) bagi seorang bloggers picisan semacam aku. Banyak lagi sebenar keyword search tool yang ada. Yang mungkin salah satunya digunakan oleh top bloggers/blogger malaysia di dalam menghasilkan penulisan berkualiti mereka. Itu kenalah tanyakan sendiri pada mereka ya. 


Hmm, rasanya cukuplah aku bercerita mengenai rutin setiap pagi aku ni. Inilah yang selalu aku buat dan fikirkan hampir setiap pagi *selain daripada memikirkan cara-cara untuk lebih serius dengan blog*. Bukan mudah untuk meniti kejayaan. Semuanya perlu dengan usaha. Semua ingin jadi yang terbaik, tetapi aku ingin jadi yang terbaik daripada yang terbaik. Oleh yang demikian, usaha bukan setakat usaha, malah perlu lebih usaha daripada usaha. Ha, faham tak? Hehehe. Terima kasih sudi luangkan masa singgah ke blog ceritaejoy. Jumpa lagi dalam ceritaejoy yang mendatang. Daa~.

Saturday, August 29, 2015

Aku dah mula putus asa.


Google adsense malaysia. Setelah hampir 10 kali di tolak permohonan aku, aku sedikit hampir putus asa. Pelbagai tips dan tutorial apply google adsense aku dah ikut. Macam-macam benda aku dah tukar dan masukkan dalam blog ceritaejoy ni, namun hasilnya tetap juga di tolak. Apakah punca google adsense di tolak?

Tercari-cari juga apakah masalah sebenar. Cuba perbetulkan seperti apa yang diajar, tetapi masih menerima jawapan yang sama. Melalui perkongsian dalam group google adsense malaysia, mereka mencadangkan aku membeli akaun google adsense. Kerana kata mereka, inilah cara yang paling mudah.

Namun dalam banyak-banyak yang menyarankan aku untuk terus beli, ada seorang rakan yang memberi sokongan. Katanya, blog kita haruslah mempunyai konten yang cukup. Dalam erti kata lainnya. Penulisan yang panjang dan penuh isi. Selain daripada trafic yang tinggi kepada blog.

Ini ada logiknya pada fikiran aku. Kerana apa yang aku nampak, penulisan di dalam blog ceritaejoy ini masih belum cukup "patah perkataannya". Bukan tak mahu menulis panjang-panjang, tapi seperti yang aku ada kongsikan di SINI *baca no #4* aku risaukan tiada yang habis membacanya. Aku sendiri tidak mengemari penulisan yang panjang.

Hmm. Besar rasa kecewanya di dalam hati aku. Tetapi takkan aku nak menyerah kalah semacam itu sahaja kan? Kalau melihat kepada kejayaan top blogger malaysia, bukan mudah untuk mereka berada di dalam kejayaan mereka sekarang. Terlalu banyak halangan yang perlu mereka tempuh. Sama besar rumitnya menyelesaikan cerita MH370 *uish, jauh sangat aku tersasar ni* hehehe.

Chaiyok! Chaiyok! Orang cakap, usaha jangan sekali, teruskan dan teruskan. Dan bila kejayaan itu menjelma, pasti kepuasan dan kesyukuran yang tidak terhingga. Ya! Teruskan berusaha walaupun di reject puluhan, ratusan dan ribuan. Wahahaha. Tapi kenalah belajar jugak kan? Kalau kena reject atas alasan yang sama je, tiada maknanya jugak. Yer idok? Baiklah, teruskan mencari kesalahan dan betulkan. Semoga akhirnya membuahkan keberhasilan. InsyaAllah. Terima kasih sudi baca ya!

Sunday, August 23, 2015

Perniagaan VS Pengalaman.


Perniagaan VS Pengalaman. Mood aku sedikit terganggu pagi ini. Ianya gara-gara perbalahan pendapat mengenai peniagaan dan juga pengalaman. Aku berpendirian, apabila kita ingin memasuki sesuatu bidang itu, pengalaman adalah perkara paling utama. Tanpa pengalaman, segala macam usaha adalah sia-sia.

Di dalam usaha memulakan perniagaan, modal sahaja tidak mencukupi. Ada modal yang banyak, tetapi kurang pengalaman di dalam pengendalian perniagaan, yang akhirnya berkesudahan kembali kepada kehidupan biasa. Jika pengalaman itu besar, dari ceruk mana pun, kita boleh buat wang. Ini terbukti dengan kejayaan ramai suri rumah buat duit dari rumah. Dalam pada fokus mereka di dalam menjaga anak-anak, mereka mampu menjana pendapatan dari rumah. Ini terhasil dari pengalaman yang ada.

Kalau kita bercerita mengenai blog. Kalau dulunya blog hanya di gunakan sebagai medium "luahan perasaan" tetapi kini ramai yang dah berjaya buat duit dengan blog. Ya! Blog juga adalah satu perniagaan. Dan ianya juga berkaitan dengan pengalaman. Dari mana datangnya ilmu? Dari pengalaman.

Aku beri 1 contoh perniagaan. Kita memilih untuk membuka kedai makanan. Pelbagai menu yang kita sediakan. Tetapi kita tak pernah tahu bagaimana rupa atau lebih teruk lagi langsung tiada pengalaman menjual makanan. Apakah yang akan jadi kepada perniagaan kita? Ianya samada tidak bertahan lama atau kekal sebagai kedai kecil sahaja.

Berbeza jika kita mempunyai pengalaman. Kita faham dengan selok belok perniagaan. Kita jelas dengan apa yang kita ingin lakukan. InsyaAllah, apa yang kita bina akan berjaya. Hanya dengan pengalaman.

Hmm. Aku tidak suka dengan mereka yang bermuka-muka di dalam perniagaan. Mereka yang gemar menggunakan pengalaman orang lain di dalam perniagaan mereka. Mereka yang langsung tidak tahu dengan apa yang mereka jualkan. Mereka kata produk mereka bagus, tetapi mereka sendiri tidak menggunakannya. Mereka ajar kita cara pelaburan yang betul, tetapi mereka sendiri tidak melabur. Apakah anda akan percaya dengan perniagaan seperti ini?

Thursday, August 20, 2015

Masih tidak mendapat kelulusan adsense.

buat duit dengan adsense

Masih tidak mendapat kelulusan adsense. Rasanya dah banyak kali kena reject dengan adsense. Aku sendiri tak pasti dimana silapnya. Rasa-rasanya dah cuba ikut tutorial lulus adsense, tetapi masih juga tidak berhasil. Hmm, tak pasti dimana silapnya. Kecewalah juga kan, bila tengok rakan blogger malaysia yang lain mudah je lulus adsense. Hmm.

Ini email yang aku terima:

Your AdSense application status
 
 
 
As mentioned in our welcome email, we conduct a second review of your AdSense application once AdSense code is placed on your site(s). As a result of this review, we have disapproved your account for the following violation(s):
 
We did not approve your application for the reasons listed below

Site does not comply with Google policies: We're unable to approve your AdSense application at this time because your site does not comply with the Google AdSense program policies or adhere to the Webmaster Quality guidelines. It's our goal to provide our advertisers sites that offer rich and meaningful content, receive organic traffic, and allow us to serve well-targeted ads to users. We believe that currently your site does not fulfill this criteria.
Here are some recommendations to help you improve the user experience on your site and comply with AdSense criteria: 
  • It’s important for sites displaying Google ads to offer significant value to the user. As a publisher, you must provide unique and relevant content that gives users a reason to visit your site first.
  • Don’t place ads on auto-generated pages or pages with little to no original content.
  • Your site should also provide a good user experience through clear navigation and organization. Users should be able to easily click through your pages and find the information they’re seeking.

Yang sebenarnya, aku sendiri kurang faham dengan apa yang pihak adsense mahukan. Yang sebenarnya, apa yang mereka mahu aku lakukan pada blog aku ni ye? Hehehehe. Puas juga belek-belek dan betulkan apa yang salah, tapi masih juga tidak mendapat kelulusan adsense.

Aku ada singgah dekat 1 blog rakan blogger ni dan terbaca artikel mengenai perkara yang sama. Daripada bacaan aku, beliau juga menerima nasib yang sama *sob.sob.sob* tetapi, beliau ada menerima email yang mengatakan adsense untuk blog beliau sudah diluluskan. Wah! Tetapi aku juga dapat email yang sama. Aiks!

Melalui komen yang aku baca *pada bahagian bawah entri beliau* ramai yang komen, itu adalah review yang pertama dan mesti letak code untuk pihak adsense melakukan review yang kedua. Baik, itu yang aku tak buat. Letak code dekat mana? Html atau dekat widget? Arghh, tension sungguh aku di pagi hari ni. Tolonglah otai-otai adsense sekalian. Tolong ajarkan aku, apa yang perlu aku lakukan. Hamba sesungguhnya kurang ilmu mengenai perkara ini. Hmm. Hmm.

Tuesday, August 18, 2015

Nuffnang bermasalah?


Nuffnang bermasalah?. Entah kenapa dalam seminggu ni, aku tak boleh log in masuk ke dalam akaun nuffnang. Iklan di blog juga tidak terpapar. Pelik juga. Biasanya, dalam sehari dua tiada iklan mungkin perkara biasa, tapi bila terlalu lama, wujud perasaan pelik dalam diri aku.

Bila aku cuba nak log in masuk ke dalam akaun nuffnang, keluar ayat seperti ini: 

Bad Request


Your browser sent a request that this server could not understand.
Size of a request header field exceeds server limit.


Ini yang menjadikan aku lebih hairan dan pelik. Kenapa dan mengapa? Adakah komputer aku sedang mengalami masalah kritikal atau mungkin juga akaun nuffnang sedang dalam proses naik taraf? Aku sempat juga singgah ke blog rakan-rakan yang lain. Iklan nuffnang mereka berfungsi dengan baik? Ha? Apakah akaun nuffnang aku sahaja yang bermasalah?

Rakan-rakan blogger malaysia ada tak yang mempunyai pengalaman seperti ini? Mungkin juga ada cara untuk selesaikan masalah ini?

Sunday, August 16, 2015

Kenapa perlu beriklan di blog.


Kenapa perlu beriklan di blog. Blog adalah salah satu daripada medium media sosial masa kini. Blog bukan sekadar tempat menceritakan perihal semasa dan peribadi, malahan blog boleh dijadikan sebagai lokasi pengiklanan terbaik. Kenapa? Disini aku cuba huraikan kenapa anda perlu mengiklankan produk anda di blog.

Sebuah blog yang terkenal, dilawati hampir puluhan, ratusan malahan ribuan orang hampir setiap hari.  Ianya mungkin adalah kerana info atau perkongsian gambar yang menarik di blog berkenaan. Dan jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan untuk pengunjung melihat iklan produk anda adalah sangat tinggi. Dan inilah di antara sebab kenapa perlu beriklan di blog.

Berbeza dengan pengiklanan di televisyen, yang mana harganya mungkin mencecah ribuan ringgit, slot pengiklanan di blog boleh menjadi lebih murah dan diletakkan di ruang yang bersesuaian, yang pastinya menarik perhatian pembaca. Tidak seperti pengiklanan di kaca televisyen yang mana iklan anda dikeluarkan pada masa-masa tertentu sahaja.

Dengan kehebatan teknologi di hujung jari, pengguna mampu mengakses internet hampir di mana sahaja. Pelayar internet terdiri daripada kalangan professional, peniaga, pekerja, surirumah malahan pelajar sekolah. Melalui “keyword” carian mereka, pelayar internet akan di bawa ke blog-blog berkaitan. Jika anda memilih untuk beriklan di blog, peratusan pelayar untuk mengetahui produk anda juga adalah sangat tinggi.

Ada 1 lagi rahsia besar yang berkemungkinan tidak di ketahui ramai. Peluang untuk produk anda di kenali bukan sahaja di dalam Negara malahan ke luar Negara! Ini adalah kerana, pelayar internet umumnya, pelayar blog khususnya ada yang datang daripada Negara luar. Jadi peluang untuk memperkenalkan produk anda di mata dunia adalah sangat tinggi! Inilah antara sebab terbesar Kenapa perlu beriklan di blog.

Jadi apa tunggu lagi, jika anda inginkan produk anda dikenali ramai malahan dikenali di mata dunia, mulalah beriklan di blog. Harga yang diberikan sudah pasti bersesuaian dan yang pasti, ianya lebih murah jika dibandingkan dengan medium yang lain. Apa ertinya wang yang anda keluarkan jika dibandingkan dengan permintaan produk yang tinggi bukan setakat di dalam malahan luar Negara.

Bacaan tambahan

Tahukah anda, mereka ini menjadi sangat popular dengan hanya menyanyi di youtube? Malah, nyayian mereka juga dikatakan lebih bagus daripada penyanyi asal? Tak percaya? Tonton video secara percuma di SINI.

Sunday, May 17, 2015

Blogger sepenuh masa.

Blogger sepenuh masa|Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa? Seronok atau tidak menjadi blogger sepenuh masa? Apakah benar dengan menjadi seorang blogger sepenuh masa, kehidupan mereka sangat menyenangkan, menghabiskan masa bersama anak-anak dan isteri di rumah, bercuti kemana sahaja yang mereka inginkan, melakukan hobi mereka, dan macam-macam lagi.

Sebenarnya, perkara-perkara ini sering bermain di dalam minda aku. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa. Rasanya, bukan aku je, ramai lagi yang inginkan kehidupan seperti ini. Kehidupan yang tidak terikat dengan jam bekerja. Dapat lihat anak membesar di depan mata. Bercuti kemana sahaja yang di inginkan tanpa perlu memikirkan cuti samada diluluskan atau tidak. Ini yang ramai orang inginkan, tapi tak semua mampu dapatkannya.

Jana pendapatan dengan blog.

Blogger sepenuh masa memperolehi pendapatan dengan blog mereka. Ianya datang daripada ruangan iklan yang boleh di sewa di blog mereka. Sumber pendapatan mereka juga melalui iklan yang ada di blog mereka (Iklan yang dibayar melalui klik), pendapatan mereka juga datang daripada penjualan produk. Tak aku nafikan, blog juga mampu memberikan pendapatan yang lumayan jika pemilik blog pandai mengaplikasikan blog mereka. 

Dengar macam mudah bukan? Ianya tidak semudah seperti yang di jangka. Untuk menjadi seperti ini, blog haruslah kukuh dari segi nama dan traffic. Pendek kata, lagi ramai orang yang singgah ke blog, maka peluang untuk memperolehi pendapatan melalui blog adalah tinggi.

Perlu bekerja lebih keras?

Ini juga menjadi persoalan kepada aku. Mereka yang kerja makan gaji, masuk kerja pagi, petang habis kerja, hujung bulan ambil gaji. Bagaimana pula dengan kehidupan blogger sepenuh masa ni? Aku menjangkakan, mereka perlu bekerja lebih keras daripada biasa. Bukan mudah mencari pengiklan dan pembeli. Maka mereka perlu bekerja lebih keras. Itu yang aku fikirkan.

Ini bermakna kebebasan hidup sebagai blogger sepenuh masa tidaklah seronok seperti yang dijangka. Mesti ada banyak perkara yang perlu mereka fikirkan. Bagaimana untuk terus mendapatkan pendapatan melalui blog.

Adakah pendapatan mereka terjamin?

Soalan aku, sampai bila atau adakah sumber pendapatan itu terjamin berterusan? Aku buat perbandingan dengan mereka yang menjadikan blog sebagai pendapatan sampingan. Yang mana, mereka ini mempunyai pekerjaan yang tetap. Sumber kewangan mereka pasti ada setiap bulan. Berbanding dengan blogger sepenuh masa, mereka perlu bekerja keras untuk memastikan pendapatan mereka sentiasa berterusan.

Ada juga aku terfikir, kalaulah 1 hari nanti, dah takda orang yang berminat nak beriklan. Atau dah takda orang yang nak singgah ke blog, bagaimana sumber kewangan mereka ketika itu? Dah tentu sumber kewangan mereka datangnya daripada blog kan?

Ramai blogger sepenuh masa.

Sebenarnya, ramai blogger sepenuh masa kat malaysia ni. Antara yang aku kenal, ben ashaari dan Hasrul hassan. Mereka ini sudah terbukti berjaya menjadi blogger sepenuh masa. Sebenarnya ramai lagi blogger malaysia yang berjaya, cuma ini yang dijadikan contoh. Aku jika diberikan kesempatan, nak juga aku tanyakan perihal perkara ini kepada mereka. Bagaimana kehidupan seorang blogger sepenuh masa, bagaimana kepayahan mengekalkan sumber pendapatan, dan adakah kebebasan kehidupan itu amat menyeronokkan?

Apa pun, tepuk dada tanya selera. Anda berhak membuat keputusan untuk kehidupan anda. Jika aku, aku memilih untuk menjadi blogger separuh masa dan menumpukan perhatian kepada perniagaan aku. InsyaAllah. Semoga ianya menjadi suatu perniagaan yang besar dan berjaya. Amin.

Haffizul Iskandar

Sunday, April 5, 2015

Pembeli penipu

Pembeli online penipu.

Assalamulaikum Dan Salam Sejahtera.

Pembeli penipu atau lebih tepatnya pembeli online penipu memang banyakkan dalam masyarakat kita. Dulu aku selalu dengar, sekarang aku pulak yang merasa. Sebenarnya, takdalah banyak mana pun, tapi, masih juga menipu kan?

Sebelum ni, wife aku cuma surirumah sepenuh masa. Tapi, disebabkan ingin menambah pendapatan keluarga, wife aku ada buat peniagaan kecil-kecilan, Menerima tempahan baju kurung untuk wanita dewasa dan kanak-kanak.

Dalam dunia yang serba maju ni, perniagaan bukan sekadar dalam dunia realiti, tapi juga dalam dunia online. Aku pun suka bisnes online ni. Mudah dan selesa. Sebabnya, kita pilih barang, buat bayaran dan barang sampai ke pintu rumah. Itu tanggapan biasa. Yang luar biasanya, kadang-kadang lain size yang diminta, lain pulak size yang sampai. Itu belum cerita cara penghantaran lagi. Ada sesetengah penghantar barang yang tidak memiliki etika langsung. Kita belum sempat bukak pintu lagi, dia dah gerak dah. Aii, tunggu la sekejap bang, kot ngah separuh bogel, nak jugak pakai pakaian yang elok, baru keluar. Hish!

Sebenarnya, ramai juga blogger malaysia yang menjalankan perniagaan baju kurung online ni. Ia juga salah satu cara jana income dengan blog. InsyaAllah, aku juga bakal menyusul, membantu perniagaan isteri.

Berbalik kepada pembeli penipu atau pembeli online penipu ni, ceritanya macam ni. Wife aku terima tempahan melalui pos dari rakan beliau. Kira kenal la jugak. Bila dapat tempahan, bayaran hanya dikenakan bila barang yang dipesan sudah siap sepenuhnya. 

Bila baju kurungnya dah siap, wife aku pun beritahulah rakan beliau ni. Wife aku pulak tahu kat mana rumah rakan dia ni. Jadi, disebabkan rakan dia ni sibuk, wife aku pun hantar baju dia ke rumah keluarga dia (Sebenarnya, ini juga atas permintaan rakan wife aku ni).

Dan sepatutnya bila tempahan sudah siap, bayaran haruslah dibuatkan? Tapi tidak sama sekali. Hingga sekarang, wife aku masih belum terima apa-apa bayaran lagi. Ish, dah kenapa. Barang dah ambil, tapi taknak bayar? Sebenarnya, wife aku kenal dengan rakan dia ni siap dengan family dia lagi. Itu yang berani hantar baju dulu, walaupun bayaran masih belum dibuat. 

Rupanya salah sama sekali. Betul la orang cakap, jangan pernah percayakan sesiapa pun. Inilah jadinya. Aku sebenarnya pelik dengan manusia macam ni. Bayaran baju tak sampai RM100 pun. Baju dia dengan anak dia lagi. Pun susah jugak nak bayar. Kalau harga sampai beratus-ratus tu, mungkinlah kan.

Lepas tu, dia boleh buat dek je. Kita dah mesej banyak kali, pun dia buat dek je. Tak kan lah, sampai nak ke rumah minta kan? Sendiri faham sudah.

Sebenarnya, ini juga adalah pengalaman pertama kali berhadapan dengan perkara macam ni. Aku tahu, bukan setakat pembeli online penipu atau pembeli penipu ni, malah lebih dari itu pun ada. Ada banyak lagi ragam pelanggan yang pelik-pelik. Takpe, ambil ia sebagai pengajaran untuk masa mendatang. Pengajaran, pengajaran jugak, Duit tu bayar la kan.

Bagi sesiapa yang ingin menempah baju kurung dewasa dan kanak-kanak dengan harga yang sememangnya murah dan sudah tentu tanpa cas GST, boleh hubungi 0136400070 (Maria).

Wednesday, March 18, 2015

Menang Dalam Perniagaan.

Teknik Berniaga Online

Aku sekarang ni, lebih suka berbual mengenai perniagaan. Ini mungkin disebabkan keghairahan aku dalam proses memiliki kehidupan sendiri. Bagaimana mahu menang dalam perniagaan.

Bukanlah bermaksud bekerja dengan orang bererti tiada kehidupan, cumanya, jika perniagaan milik kita, masa juga adalah milikan penuh kita.

Aku mencari-cari apakah teknik berniaga online yang terbaik. Dan hampir kebanyakkan orang berkongsi akan pentingnya iklan yang berkesan.

Kalau kita tengok dalam pasaran malaysia sekarang ni, boleh dikatakan hampir kesemua produk sudah ada. Jadi, bagaimana kita yang baru nak bertapak ni, nak masuk dalam pasaran?

Boleh juga aku katakan, dalam pasaran online pun, banyak blogger malaysia yang menjalankan perniagaan. Ini juga adalah cara jana income dengan blog.

Jadi, macamana nak bersaing? Jangan cakap dengan aku pakai bomoh bagai semua ya.

Aku nak bagi sedikit contoh, katakan ada 100 peniaga tudung, dan aku adalah peniaga yang ke 101. Macamana aku nak bersaing dengan 100 peniaga tudung yang sememangnya berpengalaman luas dalam bidang perniagaan.

Fikir punya fikir, makan punya makan, jalan punya jalan. Aku berbual dengan wife aku. Apa yang aku dapat adalah,

"Bila produk sudah semakin banyak, apa yang membuatkan kita unik dan menarik, kau memang dabomb adalah, penggunaan "ayat-ayat" berkuasa di dalam peniagaan serta tawaran-tawaran mengila untuk para pelanggan"

Ini sahaja caranya untuk kita menang dalam perniagaan. Ini sahaja caranya untuk kita menjadi unik di dalam perniagaan. Hehehe.

Aku teringat 1 ayat yang aku pernah baca kat dalam email aku, antara ayatnya berbunyi:

"Berikan tawaran kepada pelanggan yang mana pelanggan itu tidak akan mampu untuk menolaknya"

Rahsia Jualan Produk Jutaan Ringgit.

Rahsia berniaga.

Apakah rahsia jualan produk jutaan ringgit? Ini yang selalu bermain di dalam fikiran aku. Bagaimana mereka mampu menjual produk yang harganya bukan ratus, bukan ribu, tapi jutaan ringgit.

Aku memerhatikan setiap gerak geri mereka. Dalam usaha aku mencari, apakah rahsia mereka, berjaya menjual produk jutaan ringgit. Inilah rahsia berniaga.

Dalam pemerhatian aku. Kadang-kadang tu, bahasa mereka tak fasih mana pun. Terkadang tu, bahasa yang digunakan, tak langsung menerangkan apa yang ingin mereka maksudkan. Sampai kadang-kadang tu, kena guna bahasa isyarat. *ok, ini aku sengaja bohong.

Tapi, mereka mampu menjual produk mereka. Apa rahsia jualan produk jutaan ringgit ni?

Di syarikat tempat aku bekerja sekarang, majoriti pembekal kepada syarikat ini adalah daripada mereka. Kenapa dan bagaimana mereka mampu bertahan lama di dalam perniagaan ni?

Sepanjang pemerhatian aku, akhirnya aku dapat selongkar apa yang menjadi rahsia mereka selama ni. Rahsia berniaga yang dah lama mereka praktikkan. Rahsia jualan produk jutaan ringgit.

Rahsia mereka adalah, mereka sebenarnya bukan menjual produk! 

Dah kenapa kan? Dah tu, mereka jual apa?

Mereka menjual IMPAK daripada produk tu. Ha. Impak!

Inilah rahsia yang mereka pegang daripada dulu. Inilah rahsia jualan produk jutaan ringgit. Katakan mereka ingin menjual mesin pembuatan. Fokus utama mereka adalah, mengurangkan tenaga kerja manusia dan memaksimumkan pengeluaran syarikat.

Impak daripada jualan produk ini adalah, syarikat mampu mengurangkan belanja pembayaran gaji dan bonus kepada pekerja tetapi memperoleh keuntungan berganda daripada pembelian produk ni.

Selain daripada tu, mereka memberikan "Perkhidmatan selepas jualan" class A! Dan perkhidmatan mereka adalah PERCUMA.

Syarikat dah mengeluarkan belanja yang banyak untuk pembelian produk mereka. Dan jika mereka memberikan perkhidmatan "berbayar", ia pasti akan menjadikan penjualan produk yang pertama dan terakhir daripada mereka.

Sebenarnya banyak lagi yang aku nampak, bagaimana mereka mampu menjual produk jutaan ringgit. Tapi inilah antara rahsia berniaga mereka. 

Rahsia jualan produk jutaan ringgit. Apa pula pendapat korang? Sila komen di bawah yer. :)

Sunday, March 15, 2015

Blog Tanpa Identiti.

Pentingnya Niche Pada Blog.

Blog tanpa identiti bermaksud, blog yang tidak diketahui akan isi kandungannya. Pembaca tak tahu dan penulis blog sendiri pun tak tahu apa yang ada dalam blognya.

Bila pembaca tak tahu, ini akan menyukarkan orang untuk kenal dan ingat akan sesuatu blog tu. Di sini pentingnya niche pada blog.

Sepanjang aku berblogging ni, aku biasa dengar tentang niche ni, tapi aku sendiri tak tahu apa itu niche. Hehehehe. Sampailah aku terasa nak tahu apa itu niche pada blog.

Dari pemahaman aku, niche bermaksud, kandungan utama pada sesuatu blog. Contohnya, seseorang yang baru nak buat blog dan memilih untuk fokus pada bidang kesihatan. Keseluruhan cerita dalam blognya hanya menceritakan perihal kesihatan.

Jadi, niche bagi blognya adalah kesihatan. Jika ada orang yang mahukan maklumat mengenai kesihatan, akan mudah ingat pada blog ni. 

Selain tu, kelebihan niche ni adalah, kita akan sentiasa ada idea untuk update blog. Tidak seperti blog yang tidak fokus pada 1 perkara, yang mana mereka sentiasa perlu mencari idea untuk di kongsikan dalam blog.

Di sini, pentingnya niche pada blog.

Blogger Malaysia Terkenal

Blog tanpa identiti ni sama macam manusia tanpa nama. Ha. Boleh kenal tak manusia tanpa nama? Di sini pentingnya niche pada blog.

Kalau kita tengok blogger malaysia yang terkenal, blog-blog mereka mempunyai niche yang mantap dan lazat.

Nama blog mereka terpahat dalam ingatan pembaca-pembaca mereka. Kerana apa? Kerana isi kandungan blog mereka yang  fokus pada sesuatu perkara dan banyak membantu pembaca.

Jadi, jika anda inginkan blog anda setaraf dengan mereka atau dikenali ramai, mula tetapkan niche di dalam blog anda.

Mula fokus pada kandungan utama di dalam blog anda. Ini akan membuatkan pembaca tahu dan kenal pada blog anda.

Jana Pendapatan Melalui Blog

Kelebihan blog dengan niche yang kuat adalah, boleh menarik perhatian pengiklan untuk beriklan dalam blog. Pemilik blog juga berpeluang untuk dijemput menghadiri majlis-majlis tertentu dan menguji produk terbaru.

Ini boleh menjadikan blog sebagai sumber pendapatan sampingan ataupun sumber tetap. Inilah cara bagaimana blogger-blogger terkenal jana pendapatan melalui blog mereka.

Sekarang dah boleh nampakkan pentingnya niche pada blog? Mula tetapkan niche pada blog dan jangan biarkan blog tanpa identiti. Mula fokus pada kandungan utama blog. Dan apa yang anda inginkan, akan mula kelihatan.

Thursday, March 5, 2015

Jana Income Dengan Blog.

Rasanya dah ramai yang tahu, blog bukan sekadar ruangan untuk meluahkan rasa dan menceritakan kehidupan seharian semata-mata. Blog kini di anggap satu bidang kerja yang menghasilkan pendapatan kepada pemilik blog itu sendiri. Dah ramai blogger yang berjaya menghasilkan pendapatan hasil daripada blog ni. Aku cuba senaraikan beberapa contoh, bagaimana korang boleh jana income dengan blog ni.

Pengiklanan.

Antara pengiklanan yang paling top adalah Nuffnang, Adsense, Advertlets dan Innity. Daftar dan dapatkan akaun percuma dari syarikat-syarikat ini dan setelah diluluskan, ambil kod HTML yang diberikan dan pasangkan pada blog anda. Anda akan dibayar mengikut klik pada iklan tersebut. Semakin banyak pengunjung blog klik iklan tu, semakin banyaklah income anda.

Program Affiliate.

Lebih kurang sama macam cara diatas. Cuma, affiliate ni, anda akan dibayar jika pengunjung buat belian ke atas produk tersebut. Katakan anda letak iklan ebook. Jika ada pengunjung blog anda yang beli ebook tu, anda akan dapat komisyen hasil dari jualan tu. Ha.

Sediakan Ruang Iklan.

Ini untuk blog yang ada traffic tinggi. Para pengiklan akan berminat untuk letak iklan mereka pada blog anda dengan bayaran tertentu yang telah anda tetapkan. Hanya dengan sediakan ruang iklan dekat blog, anda dah boleh jana income dengan blog. Best tak? Hehehhe

Jual Produk Sendiri.

Jika anda ada produk sendiri. Boleh juga jadikan blog sebagai kedai online anda. Sekarang ni, ramai pembeli yang suka dengan bisnes online, jadi, jika anda ada produk, boleh niagakan di blog.

Jadi Penulis Jemputan.

Jika blog anda sering menjadi rujukan dan ada informasi yang padat dan ketat, Anda boleh jadi penulis jemputan di majalah atau media massa. Melalui cara ini, anda boleh jana income dengan blog anda.

Ok, setakat ini dulu yer, sebenarnya, banyak lagi cara yang boleh korang praktikkan untuk jana income dengan blog ni. Jika anda rajin dan punya idea yang sangat kreatif, segala kemungkinan akan jadi sangat mudah. Pucuk pangkalnya adalah usaha. Apa-apa pun, dengan usaha, barulah ada kejayaan. Tak gitu? hehehe.

Gambar Belangkas