Showing posts with label IKAN DUYUNG. Show all posts
Showing posts with label IKAN DUYUNG. Show all posts

Tuesday, September 30, 2014

BUKAN IKAN DUYUNG TAPI JIN ALAM LAUT


Baru-baru ni heboh cerita pasal penemuan "ikan duyung" di laut dalam Greenland. Mengikut kepercayaan orang-orang bukan islam, ikan duyung adalah suku manusia separa ikan yang suci hidup di alam lautan.Namun kita sebagai orang Islam pula tidak boleh menerima bulat-bulat fakta kajian ahli sains dari negara-negara barat yang cuba mengubah akidah umah Islam dengan penemuan yang diragui ini.


Ikuti kisah penemuan ikan duyung yang sedang hebat diperkatakan ini:

Ikan duyung dianggap sebagai cerita dongeng untuk kanak-kanak atau sekadar lagenda terutama di Eropah dan di Malaysia digelar dugong. Namun dunia barat mengkaji dari semasa ke semasa bahawa spesis itu mungkin wujud di pantai Eropah dan Greenland serta bukan sekadar dongengan.

Melalui dokumentari “Mermaids: The New Evidence”, bukti terbaru mengenai kewujudan ikan duyung diperoleh pada 6 Mac lepas di perairan Greenland pada kedalaman 3000 kaki di bawah paras laut.



Video penemuan terbaru itu ditonton berjuta orang di laman YouTube dan siaran televisyennya juga di seluruh dunia melalui stesen Animal Planet mendapat sambutan menakjubkan.

Bagaimanapun, daripada bukti itu, ternyata Ikan Duyung tidaklah cantik seperti yang digambarkan, tetapi rupanya seperti tengkorak dengan tangan yang mempunyai sirip ikan. Ekoran penemuan itu, pihak pentadbiran Greenland kini dikatakan telah menghentikan semua lesen carigali minyak di perairannya kemungkinan untuk menyiasat lebih lanjut mengenai habitat spesis itu.


Dari sudut paranormal penemuan ini amat menakjubkan.Ini membuktikan bahawa alam ghaib yang di diami oleh mahluk halus juga wujud di dasaar laut.Bukan mudah untuk mendapatkan footage tentang ikan duyung ini.Kebanyakan footage yang di upload ke dalam youtube adalah `fake' palsu semata-mata untuk mendapatkan rating tertinggi.Namun dari footage yang di ambil oleh pihak geologi marin ini telah di sahkan 99% benar.

Bagi yang Muslim..fahami ayat di bawah ini..
Musnad Ahmad 14027: Telah bercerita kepada kami Abu Ahmad telah bercerita kepada kami Sufyan dari Abu Az Zubair dari Jabir dari Rasulullah shallallahu ‘alaihi wasallam bersabda: “Singgasana Iblis adalah di tengah laut, disanalah ia mengirimkan para tentaranya. Yang paling tinggi kedudukannya adalah yang paling besar kejahatannya “.

Gambar Belangkas