Showing posts with label Ilmu Pengetahuan. Show all posts
Showing posts with label Ilmu Pengetahuan. Show all posts

Sunday, May 10, 2015

Sambutan Hari Ibu dalam Islam....

Assalamualaikum dan selamat malam semua..

Entri ini ditulis sempena Hari Ibu..Sekarang ni bermacam-macam sambutan seperti hari ibu, hari ayah, hari kanak-kanak, hari guru, hari buruh, hari wanita dan bermacam-macam hari boleh check kat internet..

Sebenarnya hari ibu bukan sahaja disambut pada hari ini tetapi tiap-tiap hari adalah hari ibu..Dan kita sebagai anak patut menghormati dan menyayangi ibu selagi mana tidak bertentangan dengan ajaran Islam.

Hukum Sambutan Hari Ibu

ISU:
Mohon pencerahan mengenai sambutan hari ibu bagi umat Islam. Apakah hukumnya?

PENJELASAN:
Prinsip yang dipegang dalam menilai sesuatu sambutan ialah selagi tiada perkara yang secara jelas bertentangan dengan prinsip agama sama ada dari segi kepercayaannya atau amalan dan aktiviti-aktiviti yang terkandung dalam sambutan tersebut, maka ia adalah harus.
Dalam konteks Hari Ibu, ianya adalah sambutan yang bertujuan untuk mengingati sumbangan dan pengorbanan golongan ibu dan ia lazimnya diisi dengan ucapan dan pemberian hadiah kepada para ibu.



Adapun pandangan yang mengatakan bahawa Hari Ibu berasal dari perayaan agama Kristian yang diambil dari tradisi penyembahan ibu kepada dewa-dewa di zaman Yunani Kuno, ciri-ciri tersebut tidak lagi wujud dalam sambutan Hari Ibu yang ada sekarang.
Walaubagaimanapun, dalam Islam, semangat memuliakan dan menghormati ibu seharusnya ditanamkan pada setiap masa dan ketika dalam diri semua masyarakat. Ini kerana nilai penghormatan terhadap ibu adalah nilai teras yang ditekankan oleh al-Qur’an bersama-sama dengan tauhid sepertimana yang terkandung dalam ayat “Sembahlah Allah dan jangan kamu mempersekutukan-Nya dengan sesuatupun. Dan berbuat baiklah kepada kedua orang tua Ibu Bapa” (al-Nisa’ 4:36 dan juga Isra’ 23-24)

Nilai ini juga dikaitkan dengan sikap syukur kepada Allah seperti mana yang terdapat dalam ayat, “Dan Kami perintahkan kepada manusia (berbuat baik) kepada dua orang Ibu Bapanya, Ibunya telah mengandungnya dalam keadaan lemah yang bertambah-tambah dan menyapihnya dalam dua tahun. Maka bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua orang Ibubapamu, hanya kepada-Ku-lah kembalimu.” (Surah Luqman: 14) Sementara hadis nabi menyebut “Keridhaan Allah ada pada keridhaan orang tua dan kemurkaan Rabb (Allah) ada pada kemurkaan orang tua”(Hadis riwayat Tirmizi).

Wallahu a'lam.
Artikel dipetik dari Majlis Fatwa Kebangsaan.

Saturday, May 9, 2015

Hukum Berpuasa dalam Islam

Assalamualaikum dan selamat malam semua...

Tujuan entri ni dibuat sebab tengah mencari hari yang diharamkan berpuasa sebab ada sorang pak cik ni bertanyakan kepada saya  hari apa yang diharamkan berpuasa ..So dah alang-alang mencari  ni  saya kongsikan puasa sunat yang elok diamalkan dan puasa yang diharamkan di blog ini sebagai ILMU..lagipon puasa Ramadan semakin menghampiri kita...


Puasa Sunat yang elok diamalkan

Puasa Isnin dan Khamis
Dalam riwayat Abu Hurairah ra, Rasulullah SAW bersabda: “Diangkat amalan seseorang pada Isnin dan Khamis, maka aku lebih suka amalanku diangkat dalam keadaan aku berpuasa” (Hadis Tarmizi).

Puasa tiga hari setiap bulan
Ini mungkin senang sikit nak diamalkan. Tak kisah hari apa atau tarikh bila. Dalam sebulan ada 30 hari. Ambil tiga hari sahaja untuk berpuasa. Maknanya ada 27 hari lagi untuk makan-makan. Tapi yang afdalnya pada hari putih iaitu 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijrah. Pada tiga tarikh ini, bulan sedang mengambang penuh. Jadi cahaya bulan menerangi. Itu pasal nama ‘Hari Putih’

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Apabila kamu berpuasa tiga hari dalam sebulan, maka puasalah pada hari ketiga belas, empat belas dan lima belas” (Riwayat Tirmizi)

Puasa pada hari Arafah
Bagi orang yang tidak mengerjakan haji. Hari Arafah ini ialah Sembilan Zulhijjah. Puasa pada hari tersebut  besar fadilatnya. Rugi jikalau puasa hari Arafah ditinggalkan.

Sabda Nabi s.a.w, maksudnya: “Puasa hari Arafah, aku mengharapkan pahala kepada Allah bahawa ia menghapuskan dosa setahun sebelumnya dan dosa setahun selepasnya.” (Riwayat Muslim)

Hari kelapan Zulhijjah
Amat elok berpuasa pada hari kelapan Zulhijjah  iaitu maknanya dua hari berturut-turut. Ini kerana ada keazaman Nabi s.a.w untuk berpuasa pada sembilan Zulhijjah.


Puasa pada bulan-bulan ‘Haram’ iaitu bulan Muharram, Rejab, Zulkaedah dan Zulhijjah

Tidaklah puasa empat bulan penuh tetapi maksudnya memperbanyakkan puasa pada bulan-bulan ini.

Sabda Nabi s.a.w  maksudnya:  “… dan seafdal-afdal puasa selepas Ramadan ialah bulan Allah iaitu bulan Muharram” (Riwayat Muslim)


Puasa bulan Syaaban

Ini juga besar fadilatnya. Nabi s.a.w memang selalu berpuasa bulan Syaaban sebagaimana yang diceritakan oleh isterinya Aishah r.ha. (Riwayat Bukhari)

Puasa ‘Asyura

Puasa ‘Asyura ini dilakukan pada hari kesepuluh dari bulan Muharram dan lebih baik jika ditambahkan pada hari kesembilan.

‘Asyura berasal perkataan Arab iaitu ‘Asyarah yang bermakna sepuluh.

Hari-hari yang dimakruhkan untuk berpuasa dalam Islam adalah seperti berikut:

   Puasa pada hari ‘Arafah bagi orang yang mengerjakan haji
   Puasa pada hari Sabtu sahaja (ditunggalkan)
   Puasa pada hari Jumaat sahaja (ditunggalkan)
   Puasa sepanjang tahun (sepanjang masa)


Hari haram berpuasa sunat

Puasa pada Hari Raya Aidilfitri iaitu pada satu Syawal
Hari Raya Aidiladha iaitu pada sepuluh Zulhijjah
Hari Tasyriq iaitu pada 11, 12 dan 13 Zulhijjah
Hari wanita sedang uzur syari’I iaitu kedatangan
Puasa sunat seorang isteri tanpa izin suaminya
Puasa pada separuh kedua daripada bulan Syaaban

Petikan dengan izin daripada buku Soal Jawab Remeh-Temeh Tentang Puasa Tapi Anda Malu Bertanya. Buku terbitan Telaga Biru Sdn Bhd itu ditulis oleh Datuk Ismail Kamus dan Mohammad Nidzam Abdul Kadir.

Saturday, April 4, 2015

Macam mana nak transfer duit guna debit kad?

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Hari ni saya buat entri ni sebab baru pertama kali nak guna debit kad.Sebelum ni nak check baki atau nak transfer duit memang pergi kat atm ....Sekarang ni banyak bank ada debit kad contoh Bank Islam, Bsn dan sebagainya.Kalau dulu femes dengan Maybank2u dan CIMB Click.yang guna online banking..

Tapi sekarang ni saya guna debit kad senang lah nak check duit dalam akaun berapa dan kalau nak transfer duit kat akaun orang lain pon senang.. Tapi apa pon kelebihan teknologi memang kena hati-hati sebab ada je yang akan mengambil kesempatan bila guna online banking ni...huhu.. apa pon ingat lepas transfer duit atau  bila kita buka akaun ni untuk online banking ni memang kena padamkan history di laptop anda dan log out.. Paling penting kena waspada kalau buat transfer duit dekat cyber cafe, ada mata-mata yang memerhati anda....

Cara-cara nak guna online banking..

1) Kena daftar kat atm lepastu kena sahkan kat kaunter kata kita nak buat debit kad.. Saya buat debit kad bsn..

2) Cari laman http://www.mybsn.com.my/( Contoh) ...rasanya lebih kurang macam Maybank2u cara nak daftar..


Inilah laman web BSN

3) Ini transfer duit dari BSN ke akaun  BSN..Kena tahu detail nama penuh, e-mail, berapa rm nak transfer dan yang penting no akaun penerima.

4) Cari link 3rd party fund transfer..New 3rd party fund transfer tu no akaun yang kita nak transfer duit.

5) Sender alert email letak email Penghantar..Iaitu kita.

6) Beneficiary alert email tu letak email orang yang kita nak transfer duit.

7) Sms x payah tick

8) Recepient reference tu tarikh kita  transfer duit.

9) Klik request TAC . TAC ni bsn akan antar sms kat kita.

10) Boleh print sebagai bukti kita dah transfer duit tu..ataupon boleh check email yang mengatakan kita berjaya menghantar duit tersebut..Ok dah selesai... :) :) :)



Saturday, March 14, 2015

Belajar cakap bahasa mandarin.





Assalamualaikum dan salam sejahtera..



Hari ni tengah tengok kat youtube bagaimana cara nak bercakap  guna bahasa mandarin.. Sebelum memang tak minat nak belajar bahasa mandarin..Tetapi sebab tugasan kerja kenalah belajar takkan nak suruh orang tolong translate je...



So, kena semangat belajar bahasa mandarin..Tetapi bahasa Arab jangan dilupakan... :) :) :)

Sunday, March 1, 2015

Cara untuk simpan duit dan bayar hutang

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Ini aku  ambil info dari satu blog. Ada yang diedit ikut kesesuaian kewangan anda.




14 tips nak simpan duit

1) hapuskan hutang anda terlebih dahululagi cepat bayar hutang, hati akan menjadi cepat tenang. tak payah fikir pasal hutang dah..hutang aku sekarang ni ptptn

2) tetapkan matlamat tabungancontoh nak beli kereta. berapa banyak bayaran muka yang dibuat? berapa bayar bulan??

3) buat satu jangka masa untuk menyimpansebagai contoh: saya nak beli rumah dalam masa 3 tahun akan datang bermula hari ini.apabila sudah tetap tarikh maka boleh fokus matlamat tersebut. Cuba kira-kira berapa banyak anda boleh simpan setiap bulan. Dari situ anda boleh tengok berapa banyak anda boleh simpan dalam jangka masa yang lebih panjang.

4) Fikirkan Berapa Banyak Yang Anda Perlukan Untuk Menyimpan.Ambil kira setiap perkara yang perlu menggunakan duit dan berapa banyak yang anda perlukan untuk memulakan simpanan harian anda bermula hari ini.

5. Simpan Rekod Perbelanjaan Anda.tulis perbelanjaan setiap bulan dan letak kategori  untuk setiap pembeliaan seperti insuran kereta, bayaran kereta, bil telefon, bil elektrik, hiburan, dan lain-lain.simpan nota kecil dan buat rekod dalam excel.

6) kurangkan perbelanjaan anda

7) Nilai semula matlamat simpanan anda. Cuba buat ni: tolak perbelanjaan anda daripada pendapatan yang anda bawa pulang. Tolak juga cukai.berapa banyak bezanya?

8) Buat bajet sendiri

9. Berhenti Menggunakan Kad Kredit.

10. Letak Duit Dalam Balang

11. Lihat Jika Anda Boleh Mencari Akaun Bank Dengan Kadar Dividen Yang Lebih Tinggi. contoh seperti TABUNG HAJI dan Bank rakyat.

12. Bayar Diri Sendiri Dahulu. Apabila mendapat gaji mendepositkan 10% setiap cek dalam akaun simpanan.

13. Jangan Mudah Kecewa atau Berputus Asa.

14. Tip Terakhir
Bila anda dapat duit raya, jangan lupa simpan duit raya tu! Terutama sekali bila anda masih kecil. Tapi sekarang saya sudah dewasa, kadang-kadang dapat jugak duit raya ni sebab masih bujang.

Sumber: .http://kokotiam.com/bagaimana-untuk-menyimpan-wang...


Friday, October 17, 2014

Prince Lan Ling Wang vs Female Prime Minister

Assalamualaikum dan selamat pagi semua..

Sebelum tu saya nak kenalkan 2 drama yang adaptasi daripada sejarah pada zaman Dinasti Gao..

Mula-mula saya syorkan tengok dulu citer  tu  Female Prime Minister pastu baru tengok citer Prince Lan Ling Wang sebab bila saya tengok citer ini saling berkaitan iaitu kebetulannya pada dinasti Gao.



Suka duka Lu Zhen dalam istana



Female Prime Minister pada awal episodnya  nampak kesian bila  tengok Lu Zhen yang bersikap positif walaupun dibuli oleh ibu tirinya. Citer tu mengisahkan mengalami kisah suka duka seorang gadis ni dalam kehidupannya. Ada lah kisah cinta Lu Zhen dengan Putera mahkota (crown prince) iaitu Gao Zhan. Ghao Zhan kononnya dalam citer ni memanh suka sangat dengan Luo Zhan ni sampai dia tak mau kahwin dengan sesiapa kecuali Luo Zhan ni.. Tapi disebabkan negara yang tidak stabil, Luo Zhan tak dapat jadi ''Empress'' tapi dapat jadi Prime Minister yang pertama dalam sejarah... Bak kata Luo Zhan dalam citer ni ''empress'' hanyalah title saja....

Pendapat saya:
Pada awalnya memang teruja lah tengok citer ni.. Episod sampai 59 tapi dalam masa 4 hari dah boleh habis tengok citer ni tanpa skip citer ni..Jalan citer memang menarik.. Macam-macamlah konflik lah seperti dalam percintaan , persahabatan, pekerjaan dan sebagainya dalam menambah perisa dalam drama ni.. pastu bila dok tengok cter tu nak tengok Lu Zhen ni kahwin tak dengan  Gao Zhan ni? Sambil dok tengok cter ni, boleh pulak dok search pasal citer Lu  Zhen ni sampai betul ke tak..Hmm, bila baca sejarah tu memang nampak berbeza apa yang dipaparkan dalam drama. Lagipon zaman tu ada ka yang setia dengan seorang perempuan? Sebab bukannya dinasti China ramai gundik ka??? Lagipon pada zaman tu, raja takkan jadikan permaisuri kalau tak dak urusan diplomatik antara negara lain ka? Memang bila baca sejarah dan diadaptasi drama memang berbeza.. Dalam drama bolehlah orang kata bernasib baik tapi dalam sejarah ....???? hmm, mengikut apa yang saya baca dalam google ni, Lu Zhen ni rupanya sebelum masuk istana dia nak kahwin dan mempunyai seorang anak.. Dan memang tak dak kaitan pasal percintaan dengan Gao Zhan ni cuma Lu Zhen ni orang kanan kepada isteri Gao Zhan ni..Pasal sejarah Guo Zhan ni memang lah lain sebab dia kahwin dengan anak perempuan Rouran Khan sebab tujuan diplomatik...so, nasihat bagi diri sendiri jangan dok feeling sangat bila tengok citer yang pasangan terpaksa berkorban antara satu sama lain.. dalam drama hanya untuk menyedapkan jalan citer.. Suma nak tengok happy ending kan???



     Nampak tak  pelakon yang memegang watak PRINCE Gao Zhan ni hensem..heheehe



Boleh rujuk kat sini sapa-sapa yang minat sejarah addicted macam saya...




http://en.wikipedia.org/wiki/Emperor_Wucheng_of_Northern_Qi

Drama Prince Lan Ling Wang


Drama Prince Lan Ling Wang





p/s : nanti ada masa, saya akan review cter Prince Lan Ling .. :) :) :)

Monday, September 15, 2014

Perlukah kesudahan cerita ''happy ending''

Assalamualaikum dan salam sejahtera kepada semua pembaca sekalian..



Tajuk entri ni seperti yang tercatat di atas selalu berlegar kat kepala aku bila aku tengok drama atau movie yang penamatnya hero atau heroin perlu mati...huhu :( 




Bukan apa mungkin aku terlalu fokus dalam menonton drama ni.. Dalam waktu terluang ni bila ada kat rumah memang aku akan selalu tengok drama korea/ taiwan/ jepun online kat drama jepun, korea dan taiwan.. Selalunya aku akan tengok citer sejarah.. Sebab aku rasa aku lebih tengok citer berdasarkan ''historical'' dan fantasy sampaikan sepatutnya 50 episod sanggup aku tengok 3 hari ja tanpa aku skip ( Ni yang betul2 aku minat)...hmm, tak tahu sebab apa mungkin masa aku tengok ni, banyak jugak info yang aku dapat pasal sejarah pada sesuatu bangsa ni. Tapi ada je aku tengok citer genre  cinta tapi tak  sekerap yang aku tengok.. Contoh citer sejarah  yang aku ''terkesan'' dok tengok sepanjang drama ni..

1) Empress ki
2) Gu family book
3) Female prime Minister
4) The huntress
5) The return of Iijimae
8) Cruel place(  war of flowers)
9) The palace
10) Empresses in the palace
11) Time slip Dr Jin
12) Prince of Lan Ling Wang

* Akan diupdate dari masa ke semasa

 Drama yang terkesan kat aku seperti empress ki, Gu family book dan Female prime minister..  Sebab drama ni bukan happy ending..

So, bila aku tengok citer macam ni aku tau dah kesimpulannya:

# Berpijak lah pada dunia realiti.. 
Maksudnya dalam dunia penceritaan yang tertulis dalam novel tak seindah seperti dunia realiti. Semua nak mengharapkan ''happy ending'' dalam setiap drama tapi kita tak tahu di sebalik yang berlaku ada takdir terindah yang lebih baik bagi hero dan heroin tu contoh seperti baru-baru ni aku tengok cerita female prime minister ni endingnya Luo Zheng tak jadi ''empress''  tapi dapat berkahwin dengan prince Gao Zhan dan mencipta lagenda menjadi Perdana menteri perempuan yang pertama . Aku terlalu minat sampai aku cari kat google pasal sejarah ni...Bila kat google  sejarah tu macam lain sikit dari drama ..biasalah drama banyak fokus pasal percintaan..hehe

boleh rujuk di sini 

sejarah perdana menteri perempuan pertama

# Tak semesti apa yang kita nak, akan kita dapat... 
Bila tengok drama yang menarik perhatian ni selalunya kita mengharapkan hero dan heroin dapat bersama dan hidup bahagia macam cerita fairytail seperti Cinderella, Rapunzel, Snow White dan baru-baru ni cerita Frozen... Kita rasa bila hero dan heroin akhirnya berkahwin selepas menempuh dugaan bersama dah happy ending tapi kita tak tahu selepas mereka berkahwin lagi banyak dugaan yang datang seperti putera raja yang kononnya memang jatuh cinta dengan Cinderella tu akan hidup bahagia selama-lamanya tapi bila putera raja tu berjumpa dengan gadis yang lebih cantik, dia akan tinggalkan Cinderella.. 

# Setiap detik adalah berharga...
Semua orang mengharapkan kebahagian dan mengharapkan ''true love'' akan bersama-sama dalam hidupnya. Barulah rasa kegembiraan yang sukar digambarkanlah rasa macam dah lengkap hidup kita.. Kisah kita di atas dunia nyata bukan macam cerita drama atau movie yang bila kita tengok citer tu macam best tapi masa dok tengok cerita episod demi episod mesti kita pon nak buka final 
episod nak tahu kesudahannya ( ini kalau tengok cerita online atau yang kita download drama) happy ending atau sad ending? Betul tak? kalau happy ending, akan diteruskan..Sad ending akan berfikir 2x nak tengok ke tak cerita tu...

Tapi bagi aku, setiap apa yang kita lalui dengan orang tersayang atau orang yang rapat dengan kita, kita patut memberikan yang terbaik pada pasangan atau orang yang rapat dengan kita selagi tak menyalahi agama masing-masing. Bagi yang beragama islam, patut letak ALLAH adalah yang teratas yang patut kita cintai, seterusnya nabi muhammad, ibu bapa dan pasangan barulah bermakna dalam hidup kita.. Macam pepatah ada tertulis aku pon lupa , ingat-ingat lupa ni, bila buat sesuatu  kerja, jangan mengharapkan esok untuk buat, . So , bagi aku setiap apa yang kita lalui setiap waktu, setiap hari bagi bermakna sebab kita tak tau esok tu kita masih ada ke tak.. Kita tak boleh jangka masa depan kita..So, dalam Islam memang diharuskan sentiasa memohon maaf kepada pasangan sebelum tidur ataupon sebelum tidur kita kena maafkan semua orang barulah kita tidur dalam keadaan tenang..

Itu sahaja coretan kali ni, ..:)











Thursday, August 28, 2014

Penanda buku yang mudah dibuat

Assalamualaikum dan salam sejahtera..

Hari ni, saya nak kongsikan penanda yang saya buat sendiri.. Sebenarnya penanda buku ni nak bagi kat budak-budak sebab sebagai kenangan lah..bukannya apa, kalau  kita buat sendiri akan rasa bermakna hadiah tu pada seseorang.

Sebelum tu ada jugak cari contoh nak buat penanda buku kat blog dan facebook. Kebanyakan menggunakan tempoh masa yang lama dah siap penanda buku.. Ada juga search kat fb ni KOLEKSI CIKGU ANIS..  Page ni kiranya ramai orang yang kreatif menunjukkan sumbangannya tak kiralah nak  buat alat bantu mengajar ataupun sebagai hiasan dalam kelas. Kita pun akan rasa ''terinspirasi'' nak buat jugak.. Ini  adalah salah satu  group untuk cikgu-cikgu lah..


Ini adalah contoh penanda buku yang saya buat..
# cuma copy gambar pastu edit dan letak kata-kata
# laminate dan gunting
# siap


Monday, August 18, 2014

Tahun 2014 dah...

Assalamualaikum dan salam perkenalan bagi yang baru menjengah blog ni....dah hampir setahun tak update blog ni sebab masa masih mencemburui bak kata orang yang sibuk..hehehe..bukan apa sebelum ni dah pernah buat blog tulis macam-macam citer dari kisah motivasi, kata semangat, kehidupan dan sebagainya ..tapi blog ''dihilangkan '' tanpa meninggalkan kesan..alasannya masa daftar e-mail tu lupa nak tulis tarikh lahir..

Sebagai mukadimahnya, saya akan tulis kata-kata hikmat yang saya ambil daripada buku-buku yang saya baca sebelum ini.. sebagai perrkongsian kerana hidup kita ni ibarat seperti roda, kadang-kadang di atas dan ada di bawah..kadang-kadang bila dah jatuh susah nak bangun balik, kita rasa hidup kita tak seindah dengan hidup orang lain. walhal ALLAH tahu apa yang terbaik untuk kita..bak kata seseorang tu ''ALLAH TAKKAN BERI APA YANG KITA NAK TAPI APA YANG KITA MAHU''..

  • Jadilah individu hebat yang sentiasa berusaha untuk mengatasi masalah-masalah dan dugaan hidup bukan insan yang lemah yang hanya tahu meratapi dugaantapi tak bersyukur apabila beroleh kesenangan.
  • Guru boleh ditemui di sekolah dan di rumah, bagaimanapun guru terbaik ialah PENGALAMAN-PENGALAMAN kita sendiri. -HM TUAH
  • Bahaya yang paling berbahaya dalam hidup bukanlah ketika gagal tetapi gagal untuk mencuba lagi setelah gagal. 
  • Hargai diri anda sebab kewujudan anda membuktikan kekuasaan ALLAH.
  • Cinta harus menjadi booster kecemerlangan diri. Betul ia tiket untuk rasa disayangi tetapi pada masa yang sama jangan sampai diheret perasaan untuk membenci diri sendiri. Cintailah seadaanya.
  • Bergembiralah menyebut kehadiran cinta tetapi sebaik sahaja ia menyebabkan hati anda gelisah serta tumpuan terhadap Tuhan dan pelajaran kian menghilang, tinggalkanlah cinta itu dan binalah cinta baru.
  • Tetapkanlah soal hati ini pada ''awal perkahwinan lagi''. Nyatakan sejujur dan seikhlasnya kepada pasangan anda bahawa di hati anda dan minta dia berbuat begitu terhadap anda. Awal perkahwinan semuanya indah. Ambillah kesempatan ini untuk merakam MOU ( Mutual of understanding) dengan pasangan anda. Dia pasti setuju.
  • Anda boleh berubah untuk mengubah nasib tetapi jangan diri anda turut berubah sebab nilai anda sebagai wanita ANGGUN , cantik, bertanggunggjawab dan menarik terletak pada diri anda yang asal.
  • Hidup ini tak lama untuk kita memikirkan manusia sedangkan manusia itu seperti kita, bila masa akan pergi dan tatkala pergi tiada yang boleh dibanggakan dari tubuh badannya.
  • It may take only a minute to like someone, only an hour to have crush on someone and only a day to love someone, but it will take a lifetime to forget someone.
  • Tanpa ujian, manusia akan hidup dalam kabus dan apabila kabus terlalu tebal dia akan melihat langkahnya sendiri. Jika kabus nipis, ,ereka tersalah sangka..
  • Perlu berhemah ketika berbelanja kerana kekayaan adalah tentang berapa banyak yang kita simpan- Irfan Khairi
  • ''Seseorang yang ingin cemerlang dalam apa jua bidang mesti ada guru dan mesti berguru. Dan ini orang kadang-kadang terlepas pandang''- DR FADHILAH
  • ''Lalu terjumpa satu formula kejayaan di mana lebih banyak buku yang saya baca maka saya bertambah kaya.'' AZIZI ALI
akhir sekali, paling penting apabila melakukan sesuatu perkara niat kerana allah..bak kata ''gambar'' di bawah ni..








Monday, September 9, 2013

Ucapkan ALHAMDULILLAH..

Bismillahirrahmanirrahiim

UCAPKANLAH ALHAMDULILLAH

❥ Ketika tidak punya Wang maka Alhamdulillah masih diberi nikmat yang lain..

❥ Ketika menderita sakit maka Alhamdulillah dosa menjadi berkurang, dan pahala serta kesabaran menjadi bertambah..

❥ Ketika oranglain membenci maka Alhamdulillah ALLAH telah mengajarkan untuk memaafkan dan tidak membalasnya dengan kebencian..

❥ Ketika musibah datang maka Alhamdulillah artinya ALLAH masih sayang agar iman & kesabaran meningkat..

❥ Ketika harus kehilangan maka Alhamdulillah karena itu berarti bahwa ALLAH ingin mengajarkan keikhlasan dan akan memberi dengan yang lebih baik..

❥ Ketika diri tiada lagi berdaya maka Alhamdulillah artinya ALLAH ingin mengajarkan tawakal..

❥ Ketika hidup kekurangan, maka Alhamdulillah karena ALLAH memberikan kesempatan untuk berusaha lebih baik lagi..

❥ Ketika diberi rizqi apa adanya, maka Alhamdulillah ALLAH masih mencukupi segala kebutuhan..

❥ Ketika ALLAH belum mengiZinkan untuk menikah, maka Alhamdulillah berarti punya banyak waktu untuk bersama ALLAH..

❥ Dan ketika satu orang tidak lagi mau berteman maka Alhamdulillah masih banyak orang yang lebih membutuhkan..

❥ Dan Alhamdulillah tiada kata yang lebih indah selain segala puji bagi ALLAH atas segala nikmat dan kURNIA NYA..

❥ Karena tiada seorang pun yang dapat menikmati hidup dalam keadaan apapun kecuali dengan rasa syukur, karena tiada lagi yang dapat menghibur diri kita kecuali datang dari diri kita sendiri dengan senantiasa mensyukuri apapun adanya..

❥ Dan ingatlah jika satu derita mampu membuatmu bersedih maka ingatlah masih banyak kenikmatan yang bisa membuatmu tersenyum dan bersyukur, dan tetaplah Husnudzan kepada NYA.. Karena sesungguhnya ALLAH tidak pernah mendzalimi hamba NYA,maka bersyukurlah..

❥ Karena ALLAH telah berfirman: "Sesungguhnya jika kalian bersyukur, pasti Kami akan menambah (kenikmatan) kepada kalian...
(Qs. Ibrahim: 7)




Saturday, June 29, 2013

Siapa nak cantik???

Assalamualaikum...apa khabar semua? siapa yang tak nak cantik kan..Tapi setiap orang sebenarnya adalah cantik.. Sebab cantik ni adalah subjektif...ok, hari ni, saya nak kongsikan petua yang mungkin pernah terdengar tapi kita buat2 tak dengar maklumlah petua ni kena selalu buat ''istiqamah'' barulah menjadi kan...jangan seperti hangat-hangat tahi ayam..




Petua Untuk Wanita Sentiasa Kelihatan Cantik


1. Anda disarankan minum banyak air. Elakkan atau kurangkan meminum minuman bergas atau air berperisa seperti kopi dan teh. Amalkan meminum air suam atau air mineral. Dengan meminum banyak air bersih, anda mudah membuang toksin dalam badan, serta dapat menjaga kesihatan kulit dan juga membantu membakar kalori dalam badan.

2. Bersenam selalu semestinya ia baik untuk jasmani dan rohani. Berjalan di sekitar rumah pun merupakan suatu bentuk senaman yang mudah. Jangan malas untuk bersenam.

3. Selepas bangun tidur, disiplinkan diri anda untuk melakukan sedikit senaman renggangan untuk melancarkan kembali peredaran darah.

4. Jangan merokok kerana merokok merosakkan kulit dan juga menjejaskan kesihatan.

5. Cukup tidur dan jangan selalu berjaga malam. Kurangnya tidur akan membuat anda kelihatan lebih tua dan mata lebam.

6. Makan jangan berlebihan. Anda perlu makan tetapi jangan berlebihan. Makan ketika lapar dan berhenti sebelum kenyang. Makanan memberikan tenaga dan vitamin yang diperlukan tetapi pastikan ia makanan sihat.

Monday, June 17, 2013

Risiko apabila kita duduk terlalu lama...

Assalamualaikum..

Adakah anda jenis kategori seorang yang duduk lama di kerusi? ia berlaku terutama kepada yang bekerja di pejabat..jom kita tengok apa sebabnya:


TAHUKAH ANDA DUDUK TERLALU LAMA BOLEH MENGUNDANG PENYAKIT DIABETES, CANCER DAN SAKIT JANTUNG...?



Adakah anda duduk dengan selesa? Lebih baik jangan, kerana bukti perubatan mendapati duduk terlalu selesa boleh mengurangkan jangka hayat anda.Duduk yang lama di kerusi berkenaan boleh meningkatkan bahaya kerana ia dikaitkan dengan beberapa wabak moden yang bertoksik daripada kanser, sakit jantung dan tekanan darah tinggi sehinggalah kepada angin ahmar.


Penyelidik dari Universiti Leicester dekat sini melaporkan, masa yang dihabiskan dengan duduk dipercayai akan meningkatkan risiko. Katanya, perbuatan itu menyebabkan tubuh manusia mengumpulkan paras tertinggi gula dan lemak berbahaya di dalam aliran darah anda, sekali gus meningkatkan risiko diabetes tahap dua.

Orang ramai kini didapati menghabiskan masa sehingga 10 jam sehari untuk duduk sama ada di tempat kerja mahupun menonton televisyen, berbeza dengan apa yang berlaku sebelum zaman pertengahan Eropah dengan perbuatan itu sering dikaitkan kepada aktiviti golongan bangsawan.

Satu lagi penyelidikan oleh University of Western Sydney ke atas lebih 60,000 lelaki pertengahan umur mendapati mereka yang duduk lebih dari empat jam sehari cenderung untuk mengalami penyakit kronik seperti barah, penyakit jantung dan tekanan darah tinggi, Ketua Penyelidik, Emma George berkata, kadar penyakit kronik yang dilaporkan oleh responden meningkat semakin banyak dengan masa duduk yang semakin panjang.


  • masalah ini kerap berlaku pada peringkat umur 30 hingga 50 tahun dan mereka yang memandu lama (bekerja sebagai pemandu), perokok dan mereka yang obes.

  • Mereka yang duduk lebih 11 jam sehari akan meningkatkan risiko sebanyak 40 peratus untuk mati dalam masa tiga tahun akan datang berbanding yang duduk selama empat jam sehari.

*Hidup mati memang urusan Allah, tetapi urusan kita menjaga kesihatan anggota pinjaman Allah ini.



Ini adalah penyelesaiannya:

  • Bagi mereka yang bekerja di pejabat, keadaan kerusi dan meja perlu sesuai iaitu jangan terlalu rendah dan tinggi. Jika anda duduk terlalu rendah, tulang belakang akan membongkok, sebaliknya jika terlalu tinggi tulang belakang akan terlalu tegang. Sakit belakang yang teruk boleh membawa kepada masalah diska tergelincir.
  • Sebaik-baiknya, mereka yang bekerja di pejabat mengambil inisiatif seperti melakukan regangan atau berdiri setiap dua jam.
  • Kita boleh melakukan senaman ringan untuk kelegaan otot khususnya bahagian belakang. Pekerja-pekerja juga perlu diberi meja dan kerusi yang sesuai dengan ketinggian mereka ketika duduk.
  • Lain-lain termasuklah ubat-ubatan dan fisioterapi serta pembedahan untuk kes-kes yang teruk ataupun tidak pulih selepas dirawat.
  • Walaupun ada rawatan bagi sakit belakang, Dr. John menasihatkan agar orang ramai mengelak masalah ini dengan melakukan senaman, mendapatkan berat badan ideal dan berhenti merokok.

sumber: facebook, http://myadha.blogspot.com





Saturday, June 15, 2013

Ada apa dengan DEMAM?

Assalamualaikum...sedar tak sedar blog ni dah lima bulan tak diupdate ..Apa khabar semua?
hari ni, saya nak kongsikan ada apa dengan penyakit demam dan rawatannya yang mengikut suunah nabi Muhamad s.a.w..


Apa Petunjuk Rasulullah S.A.W Untuk Rawatan Demam?

1- Daripada Ibn Abbas r.a, Nabi s.a.w bersabda:

Sesungguhnya demam adalah daripada percikan api neraka,kerana itu sejukkanlah badan yang demam itu dgn air. Atau baginda dengan kata lain adalah air zam-zam.
Bagaimana caranya? Begini, renjislah air kepada tubuh atau berendam di dalam air.

2- Daripada Anas bin Malik, Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, hendaklah merenjiskan air sejuk ke atas tubuh badannya sebanyak tiga malam pada waktu sahur-

3-Daripada hadis Nafi’ bin Jubir,katanya Rasulullah s.a.w bersabda:
Apabila salah seorang daripada anda demam, sesungguhnya demam itu adalah sebahagian daripada api neraka, hendaklah memadamkannya dengan air sejuk. Hendaklah berendam dalam sungai yang mengalir, mengadap aliran air selepas solat subuh dan sebelum naik matahari dan hendaklah membaca Basmalah. Hendaklah berendam selama tiga kali selama 3 hari. Jika tak sembuh cubalah sebanyak 5x, 7x atau 9x. Sesungguhnya ia tidak akan melebihi daripada 9x In syaa Allah..

4- Daripada Jabir r.a katanya:
Rasulullah s.a.w pernah menemui Ummu al-Sa’ib kerana melawatnya. Baginda bersabda:
“Kenapa anda menggigil? Jawabnya: Demam dan tidak ada keberkatan daripada Allah padanya. Sabda baginda s.a.w:
Jangan mencaci demam, kerana sesungguhnya ia menghapuskan kesalahan anak Adam, sebagaimana mesin penghembus api menghapuskan karat-karat pada besi.

Hadis Nabi s.a.w. Sebab itulah Nabi Muhammad s.a.w bersabda yang maksudnya:
“Setiap penyakit itu ada penawarnya kecuali mati”.

sumber: facebook

Monday, February 4, 2013

Pemuda Yaman Temukan Al-Quran Tua






Seorang pemuda asal Yaman mengklaim menemukan salinan Alquran tertua di dunia. Lelaki tidak disebutkan identitasnya ini yakin temuannya itu merupakan Alquran pertama, seperti dilansir situs berbahasa Arab Aden Gulf News.



Stasiun televisi Al Arabiya melaporkan, Jumat (12/10/12), remaja ini berkukuh tidak akan menjual Alquran itu walau sempat ditawar Rp 537 juta. Alquran berbungkus kulit

Pemuda Yaman Temukan Al-Quran Tua






Seorang pemuda asal Yaman mengklaim menemukan salinan Alquran tertua di dunia. Lelaki tidak disebutkan identitasnya ini yakin temuannya itu merupakan Alquran pertama, seperti dilansir situs berbahasa Arab Aden Gulf News.



Stasiun televisi Al Arabiya melaporkan, Jumat (12/10/12), remaja ini berkukuh tidak akan menjual Alquran itu walau sempat ditawar Rp 537 juta. Alquran berbungkus kulit

Hujan Adalah Berkah dan Rahmat Allah SWT






بسم الله الرحمن الرحيم



الحمد لله رب العالمين, وصلاة والسلام على أشرف المرسلين. أما بعد



Hujan merupakan salah satu perkara terpenting bagi kehidupan di muka bumi. Ia merupakan sebuah prasyarat bagi kelanjutan aktivitas di suatu tempat. Hujan–yang memiliki peranan penting bagi semua makhluk hidup, termasuk manusia–disebutkan pada beberapa ayat dalam Al-Qur’an mengenai informasi penting

Hujan Adalah Berkah dan Rahmat Allah SWT






بسم الله الرحمن الرحيم



الحمد لله رب العالمين, وصلاة والسلام على أشرف المرسلين. أما بعد



Hujan merupakan salah satu perkara terpenting bagi kehidupan di muka bumi. Ia merupakan sebuah prasyarat bagi kelanjutan aktivitas di suatu tempat. Hujan–yang memiliki peranan penting bagi semua makhluk hidup, termasuk manusia–disebutkan pada beberapa ayat dalam Al-Qur’an mengenai informasi penting

Adian Husaini: Tantangan Utama Kita Bukanlah JIL






Bukan menjadi rahasia umum lagi jika isu liberalisme bukan barang baru bagi Indonesia. Sebab, sebelumnya isu ini telah dikampanyekan sejak lama oleh mendia Dr Nurcholish Madjid.



Meski demikian, yang saat ini menjadi tantangan utama umat Islam bukanlah Jaringan Islam Liberal (JIL), salah satu kelompok kecil yang sering membawakan program-program liberalism, namun tantangan sesungguhnya

Adian Husaini: Tantangan Utama Kita Bukanlah JIL






Bukan menjadi rahasia umum lagi jika isu liberalisme bukan barang baru bagi Indonesia. Sebab, sebelumnya isu ini telah dikampanyekan sejak lama oleh mendia Dr Nurcholish Madjid.



Meski demikian, yang saat ini menjadi tantangan utama umat Islam bukanlah Jaringan Islam Liberal (JIL), salah satu kelompok kecil yang sering membawakan program-program liberalism, namun tantangan sesungguhnya

Friday, January 4, 2013

Berbadan comel sangat baik untuk kesihatan



Assalamualaikum . apa pandangan anda tentang artikel ini. Bagi saya betul juga pendapat ini. Sebab terlebih kurus yang dipanggil anoreksia akan menyebabkan penyakit jugak kan. So , terpulang pada  pilihan anda nak kurus untuk sihat atau kurus yang berpenyakit?




Gambar Belangkas